HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Cheesy Mashed Potato Pancake

Hello assalamualaikum! Ok semalam saya cuba, cuba buat pancake super cheesy ni..anda boleh buat juga sebab bahan-bahannya mudah dan boleh di makan bila-bila masa, breakfast ke, tea time ke.. sambil tengok cerekarama malam-malam ke hehe



Ok bahan-bahan :


- Beberapa biji kentang
- susu dutch lady low fat
- Cheddar cheese, kasi shred kan, carikkan
- Daun bawang 
- Telur sebiji (pukul perlahan)
- Tepung serbaguna



Cara buat:


1) Rebus kentang sampai lembut. Keluarkan. Dalam satu mangkuk letak sikit susu rendah lemak tu untuk bagi lembap2 sikit. jangan byk sangat pulak nanti lembik, u pandai-pandai la ye. Mash kan. Lumatkan, dan sejukkan.


2) Letakkan cheddar cheese yang kita shredded kan tadi.


3) Letakkan daun bawang 


4) Lepas tu telur sebiji yang dah kita pukul perlahan tadi.


5) 3 sudu tepung serbaguna. Gaulkan semua. Tambah garam & blackpepper secukup rasa ya.


6) Gunakan tangan, roll setiap satu jadi mcm bola compact gitu then flatten kan, penyetkan sikit bagi macam pancake.


7) If nak elakkan melekat, letak tepung dalam satu tray, salut sikit tepung serbaguna kat so called pancake kita tadi, then goreng :)








Siap! Senang kan? Boleh letak sour cream kat atas but since I dont have that, saya letak mayonese je haha.. 


ok.. Feel free to like and share! Thanks for reading sayang, till then assalamualaikum :)





Salam vivix from me, 
a happy work-at-home-wife
Tiera 019-4120913
Facebook Athirah Tieramiessyou

2 comments:

Nur Inani said...

sedapnyaaaa. treliue tengok.
jom join segmen saya :D

I 'm T i e r a said...

hehehe try la buat hehe. segmen ape tu inani.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...