HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kurus dalam masa 3 bulan





Hai korang! terima kasih sebab sudi singgah blog tiera. Entry kali ni, tiera nak share sikit tentang plan tiera untuk kurus dalam masa 3 bulan dari sekarang 😊


Actually kan, Tiera sedih.. Sedih sebab banyak benda tiera mampu buat untuk diri sendiri, kenapa untuk kurus dan sihat tiera tak mampu komited? 


Kenapa kena kurus? Untuk siapa sebenarnya? Untuk diri kau sendiri Athirah!


tepuk tepuk pipi


Okay, tiera tunjuk dulu macamana keadaan tiera dulu masa kurus ya. 


2009 , 45kg

2011, 49 kg

Sungguhpun shape muka memang bulat tapi jari jemari tu ternampak runcing di situ. cantiknya jari jemari yang dulu 😩


konvo, 2013, 53kg

kahwin 2014, 55kg

Melbourne, 2015, 58kg
lengan mula sado

june 2016, zuppp, 65 kg 😅.
but tahun inilah, tiera dapat tahu tiera pregnant pada nov 2016, selepas buat program detoks. Berat turun naik kejap 65 kejap 60kg 😪 detoks tu bagus, tiera je yang tak konsisten

2017, hampir nak bersalin. dekat 80kg berat.
2018, italy, officially 74kg 😫

Tiera mungkin boleh terus berselindung di sebalik teknik angle ketika bergambar, di sebalik baju baju dan cara tiera menggayakan sesuatu pakaian, tapi tiera takkan boleh tipu diri tiera sendiri! 

dekat France baru baru ini
amboi, pandai dia ye pakai baju yang boleh sorokkan kegemukan dia 😖. Cukuplah, tiera decide untuk berubah!

maka perjuangan ini bermula. Maafkan bibik yang tak berapa pandai amikkan gambar, nampak sangat jari tu halang kamera haha


nak kurus susah. gemuk pun susah jugak. susah nak cari baju, susah nak nak amik gambar, susah nak gerak laju, cepat penat dan macam macam lagi! dua dua pun susah. 

So kenapa tiera mesti nak pilih susah bila jadi gemuk? baik tiera pilih susah untuk kurus kan? lagi berbaloi!


Main reason kan, tiera nak sihat. I want to be healthier. Tiera dapat rasa sangat tiera tak sihat sekarang ni 😔 cepat mengah, mudah mengantuk, banyak lagi (ku rahsia kan dulu. dah kurus nanti I share)


Dan korang tahu tak banyak penyakit memang datang dari pemakanan dan gaya hidup yang tak sihat? 


Sekarang berapa ramai budak budak muda lagi dah kena kanser kan?sakit jantung pun ada. Dulu rasa warga emas je banyak kena. Sekarang.. huhu


Masalah depression, korang rasa apa punca? pemakanan! jangan simply nak kata sebab jauh dari tuhan lah apa lah. 


Kita harini banyak makan makanan di proses,  lemak tepu, lemak trans, gula, garam, makanan tin ggi kalori.


Ada satu kajian tu, mereka buat ke atas 2 golongan selama 5 tahun! 


pada permulaan kajian, peserta di beri senarai 127 makanan untuk di pilih. Yang menariknya, melalui pemilihan makanan tersebut, ngam ngam peserta terbahagi kepada 2 kumpulan. 

Kumpulan makanan proses : pencuci mulut yang manis manis, coklat, makanan bergoreng, daging proses, bijiran ringkas, produk tenusu yang tinggi lemak. 

Kumpulan makanan penuh terdiri daripada sayuran, buah, ikan, bijiran penuh. 


selama lima tahun kajian.. tahap kemurungan di kaji menggunakan 20 item skala kemurungan yang dah di selaraskan.  nak tahu apa keputusannya?


kumpulan 1, 58% cenderung untuk dapat kemurungan berbanding kumpulan 2! ni tiera baca sharing kak fyda ni. 


saintis pun tak tahu apa kaitan pemakanan dengan kemurungan. tapi mereka buat kesimpulan, bahawa makanan dari kumpulan 2 mengandungi antioksida, asid folik dan omega 3 yang lebih tinggi dan nutrisi tersebut boleh mencegah kemurungan. dah sedar sesuatu tak?


Tiera memang seorang yang suka berfikir tau. Weekend baru ni tiera check in hotel marriot dengan suami tiera. Saja nak staycation. Dan tiera susun aktiviti kami


pagi > breakfast
lepas breakfast > ke spa, body massage 
settle massage > swimming 

Dan tiera baru perasan, selama ni setiap kali check-in hotel 4 star ke 5 star, memang kita boleh jugak masuk gym secara percuma. Kenapa hotel sediakan gym? Bukan ke orang pergi hotel nak relaks, nak bercuti. Bukan nak bersenam 😂


Tapi tiera faham dah. Kalau orang tu dah biasa gaya hidup sihat, mesti pergi keluarkan peluh is a must kan? 


Siapa yang selalu pergy gym? Orang yang macamana? maka tiera dapat satu kesimpulan baru hehe


Gym ni kalau nak masuk kat mana mana di luar, mahal. So basically orang yang selalu pergi gym ni high maintenance, so mesti golongan berduit ni kan hehe. Dan bukan tu je, kalau jenis nak ada body cantik, even lelaki nak cuba ada six pack. Work out kat gym selalu. maksudnya mereka jenis jaga ooo diri. Nak nampak cantik, nak nampak hensem lagi ketak 😂 Dan untuk ni semua perlukan disiplin, kesungguhan, dan konsisten! 



Maka, tiera pilih nak jadi orang seperti ini! hehe I can conclude orang kaya yang sihat dan suka cantik dan hebat  inilah gaya hidup mereka! I want to follow yeehu!


Lepas ni setiap kali check-in hotel, I nak pastikan I bawak baju untuk ke gym hehe. Rumah I memang ada gym, bayar pun setiap bulan untuk maintenance. Rugi sungguh kalau tak manfaatkan. Hotel pun samalah, dah bayar untuk menginap, dapat free lagi masuk gym. kenapa tak nak gunakan? 


Lepas ni kalau bercuti, boleh buat aktiviti pagi pergi gym dengan my hubsbaby hehe. lepas tu sarapan. lepas tu ber spa massage massage, lepas tu mandi kolam dengan aleesha. Haaa cun tak aktiviti ni hehe


Korang tolong doakan tiera berjaya kurus ye? 3 bulan dari sekarang tiera mesti kurus, majlis kahwin tiera di hotel 5 bintang pilihan hati 😛


Shaklee akan sponsor untuk majlis meraikan master coordinator, bukan di hotel biasa biasa tau. Dan boleh lah jemput semua dan menjamu selera di hotel 😋

hehe ok dah enough talking about food. now fokus athirah fokus! 


Eat right (with right amount as well) + exercise + support dengan supplement shaklee


come on athirah, don't lose faith, lose weight!



Inshallah my plan is  



detoks dulu then eat clean n finally ikut the right calory yang patut amik. 


doakan ya! 

terima kasih sebab baca sampai habis hehe

xoxo
Master Athirah Tieramiessyou

Percutian Atas Kapal Mewah - Western Mediterranean Cruise




Apa exposure anda tentang percutian atas kapal? Well for me, dah tentu cerita Titanic 😊


Alhamdulillah berpeluang merasai percutian mewah atas kapal baru baru ini. Kapal TERBESAR dalam dunia pulak tu!


Anda google sahaja Royal Carribean Cruise, dan spesifikkan lagi pencarian anda dengan sambungan nama kapal, iaitu Symphony of The Seas (SoTS). Then you will know betapa besarnya kapal ni! Ada banyak kapal lain lagi dengan nama yang berbeza, (SoTS) ni salah satu under Royal Carribean dan memang yang paling besar so far dalam dunia.




Kalau kita tengok cerita titanic tu pun dah rasa kapal dia gah macam apa, boleh imagine tak kapal yang saya naik ni lagi gah dan besar tahap macamana? Titanic boleh muat approx 3500 penumpang, kapal yang saya naik boleh muat 6000 penumpang. wow kan! hehe gambar ni saya google. Tapi jumpa harmony of the seas punya picture je dan masa ni belum wujud kot SoTS. Symphony of the seas (SoTS) ni baru lagi. So takde latest gambar. dan ia besar sikit lagi dari harmony of the seas. Dulu harmony of the seas paling besar.






Ini bilik yang ada dalam kapal ni. Susunan gambar tu menunjukkan bilik dari harga biasa biasa hingga harga yang mahal. Bilik pertama (paling kiri), balcony dia kat dalam kapal. takde nampak laut. Bilik no 2 tu, ada lah tingkap bulat situ untuk tengok tengok laut. Bilik no 3, ada sliding door dan balcony. keluar terus laut, sangat best! Dan ini lah bilik saya weehu! 









suka suka sangat!!!


Cruise yang saya naik ni, adalah selama 8 hari 7 malam, bermula di Spain, kemudian ke France, kemudian ke Italy. 





Baik, mana nak book percutian atas kapal ni? Anda bukak je lah website Royal Carribean ye. Harga survey lah situ, saya ni dapat PERCUMA saje! hehe ye , tak percaya ke? FREE jee 😍



Macamana boleh dapat free, sila teruskan bacaan anda. 



Kita nak naik cruise ni di Spain (Barcelona), so kena lah amik flight ke sana dulu dari Malaysia betul tak. Jadi sila bear in mind kos untuk anda peruntukkan for this trip ok?



Flight ticket + Cruise + Shore Excursion + Makan bila turun kapal + Shopping dan Souvenir



it's my time ever naik Emirates tau. So far dah pernah rasa 

✓ Malaysia Airlines - MAS
✓ Dragon Air
✓ Cathay Pacific
✓ Air Asia


Besar oo emirates ni. Kalau anda nak tahu, Emirates ni satu antara top 10 BEST economy class airlines in the world! 

  1. Eva Air
  2. Garuda Indonesia
  3. Cathay Pacific
  4. ANA All Nippon Airways
  5. Emirates
  6. Qatar Airways
  7. Singapore Airlines
  8. Thai Airways
  9. Lufthansa
  10. Japan Airlines



ini masa saya naik MAS business class. Naik business class baru dapat sudu besi kan hehe. economy class dia sudu plastik je. Tapi di Emirates, baru economy class pun dah di sediakan sudu besi! 







screen nak tengok movie pun besar 😍

Transit (connecting flight) di Dubai Airport

Dari malaysia ke dubai lebih kurang 6 jam. Kemudian dari dubai ke barcelona 6 jam 45 minit lebih kurang. 

Transit di dubai 3 jam. 


Yang paling di harapkan, toilet dia ada air. oyeahh ada. hehe malah tempat amik wuduk pun tersedia khas. Dubai ok, kan pak pak arab islam duk dubai gak. Jadi di sini tak perlu bimbang dengan makanan halal, tempat solat etc


kids zone. besar area dia. budak-budak boleh main kat sini. kalau anda bawak anak, ok sangat bagi mereka spend masa di sini


selesai solat subuh, misi mencari makanan bermula. lapar 😹


with my kakak. akhirnya mcd jadi pilihan. mcd sini halal don't worry be happy hihi

burger clubhouse sangat sedap, roti lembut daging super tebal. anda mesti cuba kalau sampai sini. Harga lebih kurang RM40

ok masa dah tamat. mari kita naik kapal terbang seterusnya, from dubai to barcelona!

breakfast dalam penerbangan seterusnya. 

beberapa jam seterusnya, lunch pulak 😍


Dan masa di habiskan dengan menonton movie dan tidur.

And finally! yes! Dah sampai airport barcelona! 

Inshallah akan saya buat entry seterusnya berkenaan itinerary sepanjang percutian bersama cruise terbesar ini ok? Dari Day 1 hingga Day 8


sebelum tu, bagi menjawab persoalan di atas mengapa saya dapat PERCUMA aje.. 


ini jawapannya.. 



ye! Shaklee yang hadiahkan saya trip ini. Fully sponsored termasuk shore excursion dan makan makan. Siap dapat meal allowance (lebih kurang RM800) untuk tempat tempat yang bebas nak makan kat mana. tqsm shaklee! 


ok lah, sekian dulu update dari saya. Nantikan next update, saya kongsikan itinerary, activities dan shore excursion ok 😉


Thanks for reading guys!


xoxo, 
Athirah Tieramiessyou









Beetle Kereta Pasarku





Harini najmi kurang sihat. Biar dia rehat. Tiera keluar kejap pagi tadi untuk belikan sarapan. Tiera capai kunci kereta myvi instead of kereta audi. Sebab nak beli nasi lemak kat depan sana je pun, bawak kereta kecik je lah. 



Tahu tak, masa awal awal tiera belajar kereta, sesi latihan tiera adalah menggunakan kereta myvi. Walau waktu itu baru beli audi, tak nak lah risiko kan kereta baru untuk berlatih memandu. So memang setiap hari, najmi balik kerja, terus tiera turun dan start bawak kereta myvi round round sekitar kawasan. 


Masa tu tiera tanya najmi, ada beza tak bawak myvi dengan audi? Najmi jawab mesti lah ada. Tiera tanya lagi, beza dari segi apa? 


Najmi kata adalah, dari segi enjin, steering apa semua. Tiera cuma "ooooo.."



Hingga dah mula naik taraf sesi latihan 😂. Dah nampak macam okay bawak myvi, masa untuk cuba bawak audi pulak. Yelah untuk apa pulak aku beli audi tapi tak nak bawak kan 😅



Awal awal bawak tu..rasa macam.. apa beza.. sama je.. audi ke myvi ke haha boleh tak macam tu. Sebab apa? tiera tak mahir lagi drive. So fokus sangat cara pegang steereng, cara tekan minyak tengok cermin and so on. So memang tak dapat nak menilai "sedap" nye tu kat mana. 



Hingga lah akhirnya... Tiera dah mula mahir drive.. Dah mula ke sana ke sini bawak audi.. and yeah today pagi ni.. bawak myvi.. 



okay now I KNOW 😂



memang ada beza.. 


1) seat. keselesaan kerusi audi dan myvi. ada bezanya


2) break. kalau audi tiera break lama sikit contoh masa kat traffic light, tiera lepas kaki tak tekan break, kereta tak kan jalan, kena tekan minyak baru jalan balik. So untuk orang yang selalu leka macam tiera - bahaya jangan tiru haha. Sangat safety la. Macam tadi bawak myvi, memang kena hold lah kaki tu kt break. lepas, memang jalan. 


3) pick up. Lepas break, tekan je minyak anytime. terus laju. dan rasa ringan sangat. Macam myvi, lama stop, gerak tekan minyak, berat sikit, dan amik masa sikit nak start laju.. 


4) steering. Bawak audi rasa smooth ringan je nak gerakkan steering, myvi macam keras. 



I see.. baru rasa beza dia.. dan tak semena mena tiera terfikir, macam tu nak lah kereta kecik satu untuk jadikan kereta pasar atau kereta yang kalau nak pergi tempat dekat dekat je kan kan. Dan walau untuk p pasar pun, tetap nak hat sedap bawak punya.. Terus terfikir beetle! 😍


TAPI... tiera cepat cepat cakap dengan myvi masa drive tadi.. eh myvi, aku sayang kau tau! aku bukan tak suka tak sayang kau tau.. kau lah kereta pertama aku dengan suami aku.. kau banyak sangat jasa.. mana aku ada harini, kau ada dalam cerita jejak jejak kejayaan aku.. you are part of it!


Banyak tempat dah kau bawak aku dengan suami aku.. bagi kemudahan bergerak, berteduh. tq myvi.. sayang kau sangat..



Kalau aku niat nak beli kereta beetle tu, doesnt mean aku tak suka kau, aku cuma nak upgrade lagi impian aku.. boleh kan kan 😊



so here we go!







Comelnyeeee 😍



Pernah tau tiera nampak orang bawak beetle ni ada wind up key kat belakang. Sumpah comel 😂 Macam kereta mainan. So google google, ada haa contoh.. hehe nak tepek sini.


tu wind-up key kat boot belakang.. comel kan macam kereta mainan haha



Dah tengok gambar ni ternampak hat lain pulak. tu warna hijau tu, boleh bukak roof! wahh bestnya. terus google pulak bettle yang boleh bukak roof.. 




😱 best giloz.. dah sudah.. ni nak buat kereta pasar ke ape ni haha.. 



then tiera google lagi, nak tahu harga pulak, berapa agaknya harga beetle biasa ni kat malaysia..bukak website wolkswagen. okay lebih kurang RM140K gitu lah.. hmm ok la kan.. takpe, tambah je dalam vision board nanti.. senarai impian 😃




sekian celoteh tiera di pagi hari. terima kasih sudi baca sampai habis hehe.. 



hidup ni sementara. akhirat kekal abadi. apepun sementara hidup ni lah, tiera nak nikmati semua benda yang tiera nak.. tambah pulak dalam usaha mengejar semua impian ni buat tiera jadi lebih baik kan.. dari malas jadi lebih rajin, dari lewat solat jadi kejar kejarkan solat, dari jarang bersedekah jadi semangat nak sedekah dan banyak lagi kebaikan yang tiera nampak mula seronok di lakukan walau awal awal buat sebab nak dapat balasan > di murahkan rezeki. tapi kesannya, ia makin sebati dengan jiwa dan diri kita.. contoh duha. tahap sebati dengan kehidupan kita sampai kalau tertinggal, rasa berdosa pulak. kan? I bet korang semua rasa benda yang sama.. sesiapa saja bila dah amalkan, akan rasa ya allah ruginya tertinggal.. kan kan?


so why not kejarkan.. kejayaan dan kekayaan sementara hidup atas muka bumi ni kan. kalau ia boleh buat kita jadi lebih baik 😉


okay lah. till then. Bye!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...