HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Indahnya menjadi W.A.H.W (Part 1)

Assalamualaikum



Hai! :)


Tahu tak apa itu W.A.H.W? hehehe selalu dengar WAHM ni WHAW pulak ek. 


Kalau WAHM abbreviation untuk working-at-home-mom, WAHW pulak adalah abbrv untuk working-at-home-wife.


Since I belum ada anak lagi (tak lama lagi insyaallah) so I guna WAHW lah!



Saya ni dulu tak pernah pun terfikir nak jadi WHAW. Sebab dulu saya rasa isteri yang duduk rumah, macam orang lama je, atau bahasa kasar sikit , ketinggalan atau kolot. Duduk rumah, masak, jaga anak, tunggu suami balik. Eh eh...



Saya mengimpikan satu kerjaya, yang mana saya ke office setiap hari, saya dress-up cantik-cantik everyday, kasut tumit tinggi, jalan laju sebab busy yang amat, dengan file di tangan, kasut berbunyi bunyi ketak-ketuk ketak-ketuk... you know, gaya seorang wanita bekerjaya..fuh itu yg saya bayangkan..saya mahukan..suatu ketika dulu...

Masa baru balik dari mahkamah.
Kenangan Intern.
Pendaftar kanan suruh kami pakai blazer hari2 uols hehe
dan sy suka tak tau kenapa



Tapi segalanya berubah bila....



Saya konvo tahun lepas ye, bulan 5. Saya pelajar undang-undang di UiTM Shah Alam. 


Saya frust gila bila saya rasa susah sangat nak dapat kerja. Kalau belum baca kisah saya interview kat mana, dan pengalaman saya bekerja di beberapa tempat boleh tengok gambar dan cerita di sini ye Work Experience


Frust sedih. Dan saya cuba selami hati saya sendiri. "Tiera, kau nak bekerja untuk apa sebenarnya? Kan syok macam sekarang, duk rumah dengan ibu ayah, sekali sekala share psl shaklee (masa tu tak aktif sgt pun shaklee, saje-saje je buat kalau ada mood) tak payah pergi class mcm dulu dah. Makan semua best ibu masak sedap-sedap. Petang enjoy p gym dengan amirah...Apa lagi kau nak.. sibuk sangat cari kerja.."


Lama saya tunggu jawapan (dari diri sendiri hihi)


"Aku nak duit.. aku tak boleh kahwin kalau aku takde duit.. aku tak boleh melancong oversea kalau takde duit..plus aku malu dengan kawan-kawan aku.. ada yang dah keje. ade yang sambung LLB.. habis tu aku? Malu la!..."


Malu? untuk apa malu? Kenapa hidup mesti bersandarkan apa orang fikir? Di mana enjoy dan seronoknya hidup ini kalau asyik fikir what other people think about you?


Finally I know, tujuan utama saya is DUIT. Saya kerja sebab saya nak duit. Nak bergaya, nak ada kerjaya, tak nak malu itu semua no 2.  Yang utama tujuannya ialah duit.






Dalam lukisan ni ada 10 buah pintu. Faham ke maksud lukisan saya tu? hehehe kalau tak faham nanti next entry saya explain. Maaf la tangan xde seni haha.Orang lidi yang terduduk tu saya la tu.. terduduk mak jemah terkejut bila bukak pintu no 10 tu.


Apa indahnya saya jd WAHW ni? Ada banyak tau. Ni part 1 baru,  saya cerita satu je la dulu hehe



Working at home bererti saya bekerja sendiri. Saya lah boss, saya lah pekerja.



Suami saya? Dia seorang engineer di salah sebuah anak syarikat TNB. Kerja nya ok, cuma banyak outstation. Site visit, meeting etc.


Sekali outstation bukan yang dekat-dekat, Penang, Perak, Cameron Higland, Terengganu. 



Jadi kalau dia outstation, saya macamana? hey saya ikot sekali lah!


Ini indahnya bila saya jadi WAHW, saya tak perlu apply cuti dekat boss. Saya bebas nak follow suami saya kemana saja. yeahooo!


Permai Inn Kuala Terengganu
Breakfast
Feel so relax bila berjalan, sebab takde pikir masak kemas rumah ape semua hehe

Terkejut tengok kenderaan perang apakah ini hehe.
Suami outstatation ke kedah pulak. Saya follow...harus laaaa 
Alhamdulillah dah sampai!
Emerald Puteri Hotel







Benda penting saya wajib bawak. Kata WAHW kan.. hehe
Saya hanya perlukan handphone, laptop dan internet. Untuk saya whatsapp ank cucu shaklee saya dalam group sparkle. Untuk saya layan whatsapp customer, untuk order barang, update blog dan macam-macam lagi.

Esoknya, suami dah kena p site visit. Saya duduk dekat hotel la buat shaklee. Ni baru lepas breakfast. Habis breakfast salam salam peluk2 (ok ini over) then dia ke kereta saya masuk lift naik bilik.
Kebetulan masa tu memang di ambang closing. Haa siapa sid dia tahu la apa perasaan nak ngadap closing. cemas gigil semua lah macam nk amik exam hehe. Gambar ni suami sy yang amik ish3




Ding dong room service!
laksa kedah RM14. di hantar terus ke bilik sebab kami malas nk turun hehe. Sedap boleh tahan
Saya bawak ye few shaklee products bersama , sebab mana la tahu tibe-tibe ada customer dari kedah nak COD ka. kot la gadis receptionist nak ka. ha senang le hihi tu yg sy pangkah tu adalah produk yang tibe2 ade buyer. nak tahu siapa?
Ni dia, kak ida! Cun lagi wehhh hehe...
Saya kenal masa duduk kolej delima dulu.
JPK kolej dulu..Saya update kt fb yang saya di kedah, lepas tu kak ida tanya kalau saya ada ESP.  Memang ada pon, so kak ida balik kerja terus singgah hotel amik ESP :)




Cara kak ida minum ESP... sedap katanye campur dgn gula merah slurp3


:)



Ini indahnya bila menjadi seorang WAHW. Sekian part 1 hehe 


p/s : suami kata tulisan blog saya kecik buat dia hilang semangat nak baca blog saya haha. so saya buat besar-besar haaaa :p



Sekian,
pengakuan jujur betapa seronoknya bekerja sendiri, part 1.

Athirah Tieramiessyou,
Working-at-home-wife

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...