Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 10 kita berpuasa. Siapa rasa nak kekal segar sepanjang hari waktu berpuasa, try la minum Performance Drink, sodap aih!
Kali ni saya nak share pengalaman saya bekerja..
Hmm pagi ni macam biasa saya akan greet anak-anak shaklee saya dekat whatsapp group..dan kami sembang santai sebagai pembuka hari baru..
salah seorang anak shaklee saya baru je start kerja di sebuah syarikat..dan dia cerita la setakat harini macamana, company follow rules singapore katanya.. waktu kerja tak dibenarkan pegang handphone & tiada wifi..tiada facebook..
salah seorang anak shaklee saya baru je start kerja di sebuah syarikat..dan dia cerita la setakat harini macamana, company follow rules singapore katanya.. waktu kerja tak dibenarkan pegang handphone & tiada wifi..tiada facebook..
"sekarang saya dah faham..kerja makan gaji ni memang perit bila kita laluinya.." kemudian dia sms saya..
Kemudian seorang lagi anak shaklee saya mencelah..Dia juga sedang bekerja di sebuah syarikat ni..
katanya... "betul..kerja makan gaji bunuh banyak potensi dalam diri.."
Dan saya cuba dapatkan penjelasan di sebalik kata-kata anak shaklee saya ni.. bunuh banyak potensi dalam diri? Saya tak faham..
katanya... "betul..kerja makan gaji bunuh banyak potensi dalam diri.."
Dan saya cuba dapatkan penjelasan di sebalik kata-kata anak shaklee saya ni.. bunuh banyak potensi dalam diri? Saya tak faham..
Saya cuba imbas pengalaman yang saya ada.. pengalaman bekerja sebelum saya konvo dan berkahwin pada 31 jan 2014 yang lalu..
Masa tu saya belajar dekat UiTM Merbuk, Kedah. (Pre-law, asasi undang-undang). Masa cuti sem, kawan sekolah menengah saya, Munim ajak saya try kerja kat sini.. Maklumlah dia pun tgh cuti jugak..Kami pergi untuk interview sama-sama.. Stesen minyak Esso dekat semabok, melaka hihi.. sekarang dah PETRON. Alhamdulillah kami dapat kerja situ.. Gaji RM650 sebulan.
Awalnya saya confident nak try rasa pengalaman tu, sebab kawan saya ada sama. Tapi rupanya, kena ikut shift.. alaa.. terpisah la saya dengan munim..sob3..kerja 7 jam sehari, kalau shift pagi, start pukul 7 pagi sampai pukul 2 petang. kalau shift petang, bermula pukul 2 petang sampai la 9 malam..
Boss baik. Mereka tekan kan soal solat. Kerja saya? Duduk di kaunter. Orang datang, nak isi minyak saya ambil duit, tekan-tekan, swipe card, settle. Nampak mudah tapi bila waktu pagi, Ya Allah ramai sangat orang isi minyak. Kaunter satu. Orang semua nak cepat pergi kerja.. Terkial-kial saya tanya pam nombor berapa, tekan itu tekan ini. Dalam hati "cepat tiera org ramai que tu, cepat!"
cabaran bila kita nak cepat, then tersalah tekan nombor pam mana satu. Nak kena cancel kan cepat otherwise kalau orang tu selamat isi minyak, haiyo hbs la saya..amount salah key in tu.
Cabaran lain nak menghadap pelanggan yang bermacam karenah. Satu hari tu boss kata dapat dua keping duit palsu RM100.. sejak tu tingkap kecik (yg selalu kita as pelanggan guna untuk bayar duit pada pekerja kaunter dari luar) ditutup dan siapa nak isi minyak kena masuk dalam dan bayar supaya kitaorang sempat cek duit tu..
Apa lagi bising la semua orang.. Lagi lagi yang nak cepat pergi kerja. Yang kena marah nye saya & kawan saya lah! huhu Membebel-bebel pelanggan sepanjang buat pembayaran, leceh la, menyusahkan lah, tak praktikal la.. bla bla bla..
Apa lagi cabaranya, cabaran integriti hehe..
nak layankan permintaan pelanggan print kan dua resit (ni kes nak menipu either claim kat boss lain amount atau tipu parents konon isi minyak full) Ya Allah berdosa sangat saya rasa. Tapi dah diaorang kat tempat kerja kata buat je, saya ikut je la.
nak layankan permintaan pelanggan print kan dua resit (ni kes nak menipu either claim kat boss lain amount atau tipu parents konon isi minyak full) Ya Allah berdosa sangat saya rasa. Tapi dah diaorang kat tempat kerja kata buat je, saya ikut je la.
Apepun dapat la berkenalan & berkawan dengan pekerja lain di situ. Saya tak ingat dah nama haha. Tapi yang saya ingt dua orang lelaki muda yang selalunya bekerja diluar, wipe cermin kereta pelanggan,cuci tandas etc. Dua lagi lelaki sedikit berusia, pakcik apa ya nama lupa, tapi baik la pakcik tu. Dan tiga orang pekerja perempuan lain selain kawan saya munim.
Guess what, genap 2 minggu saya mintak berhenti.Tak tahan ooo.. Saya paling tak suka kena arah.. bila takde orang isi minyak, suasana pun lengang. Pekerja lagi sorang sibuk tag harga kat keropok semua tu la..saya lap lap kaunter, susun-susun kotak rokok sikit-sikit. Lepas tu boss kecik tengok saya dan marah "Amboi athirah sedap je kau eh. Pergi la tag harga ke apa..tercongok kat kaunter buat apa.. pergi tolong tag harga tu..lemau je la kau ni haih..!"
Rasa like eeee kena arah , kena marah tak suka!! Sampai minggu depan, saya bagitahu saya nak berhenti.. Ok lah dapat la jugak RM160 hihi..
|
Kisahnya saya try ikut kawan cari kerja di mydin melaka tapi tak dapat. Jadi ok la saya decide nak temankan Along Ziha saya ke sabah. Along saya ni cikgu, masa tu baru je kahwin dah kena posting ke sabah sana. Husband dia tak dapat ikut sebab sabah takde TNB (abg ipar saya keje TNB). Sana ada Sabah Electricity, bukan TNB..Jadi guana nak mintak tukar tempat kerja ye tak.
Kesian dia sedih nak berpisah jauh dengan suami. Kalau saya teman sekurang-kurangnya ada la sikit kekuatan along saya ni nak kerja kat sana tambah-tambah saya memang free time tu tunggu result spm keluar..
Kebetulan, kawan satu university along saya ni (kak sya) berkahwin dengan orang sabah (abg iwan, kawan along jugak tu hehe) dan menetap di sana. Kak sya tinggal dengan mertua.. Jadi kami pernah la bermalam sehari dua dekat rumah mertua kak sya ni di Waikiki Condominium Tg Aru Beach.(Berkenalan la kami dgn daddy,mummy, sherry & lain2.argh rindu pulak)
Family deorang baik sangat-sangat :)
Uncle dapat tahu saya tengah cari kerja, jadi dia ajak saya kerja dekat college tu. (Uncle CEO kolej pd waktu itu)
Maka bermula lah pengalaman saya bekerja sebagai telemerketer di department marketing. Jujurnya, saya sangat seronok bekerja di sana! Seronok sangat!
Saya paling kecik kat situ.. Budak lepas SPM kan.. Tengah tunggu result pulak tu.. makanya, ada la yang memanggil saya budak kecik. hehe. Abang Azfar la yang start, budak kecik,budak kecik.
Saya berkawan dengan ramai orang. Semua baik-baik.. Student saya kenal, yang saya ingat (selain jojo,janet,sherry,farhana hihi) saya kenal robin, nana.ramai la.
Lecturers kat situ pon saya kenal, accountant dia (Chinese woman) saya selalu gak jumpa terutama bila dapat gaji hihi.. tapi alamk lupe nama! larikk :p
Dan ofcourse, saya kenal dan sangat rapat dengan staff marketing! hihi. Saya sempat bergambar dengan deorang pada hari terakhir saya bekerja di situ, sebab keputusan SPM dah keluar, saya kena balik untuk further study :')
ini kak tasha head marketing |
|
Ape je ye kerja saya di sana? Saya ni Telemarketer. Tugas saya buat phone calls. Setiap hari.. Saya rujuk & update database, dan call student sorang-sorang.. Offer untuk sambung belajar dekat situ..
kemas kemas terjumpa file tiera waktu kerja dulu.. minit mesyuarat tu, aiii suka hehe kak sue lah buatkan utk semua . Meeting meeting tiera suka waktu tu, membayangkan I salah seorang pemegang saham ala ala dalam drama kat tv tu haha |
Saya merasa la jugak suasana yang best..rakan kerja yang ceria..tahu la jugak perasaan kena panggil pergi meeting.. Benda paling best bila outstation..heh3..Kita akan ke kem-kem PLKN buat talk.. Saya handle database collection..Sometimes selain kem, ke sekolah-sekolah jugak. Best la saya suka sebab berjalan. Luas pemandangan.. Lepas tu dapat dengar talk dari kolej lain jugak..Nampak marketing masing-masing macammana, ILMU :)
Outstation hehehe career talk, PLKN kat mana tak ingat.. Kota marudu ke tamparuli ke mana ye lupa la... p/s : saya kelihatan begitu kurusss sekali waktu ini haha |
Hari terakhir saya, deorang buat surprise. Kak sue la paling pandai berlakon eh haha katanye boss panggil ada benda nk cakap.Penting. Jantung macam nak keluar dengar boss panggil. like hey kenapa?aku buat salah ape? sampai sampai je.. masuk je bilik tada..ade pisszaaaaa hehe.
|
Di interview dengan bermacam soalan. Dan di minta memberi ucapan & kata-kata terakhir.. Terharu saya hehe... (jerawat kat dahi bukan main, nasib sekarang dah makan shaklee hik3)
|
Apa yang dapat saya simpulkan, pengalaman ni berharga.. saya enjoy bekerja di sana walaupun sometimes ada la perkara-perkara tak best berlaku like down sehari takde langsung student saya dapat.. Surau kolej tak siap lagi, saya kena solat dekat surau centre point. beg kena curi. handphone dua habis (satu handphone sndiri satu office punya)..Tapi alaa itu biasalah seling-selingan kisah sepanjang kat sana.
Next...saya berpengalaman intern kejap sebulan dekat Kompleks Mahkamah Melaka. Walaupun intern, pengalaman jugak what.. hehe |
Dan setaip kali pergi mahkamah, saya tahu waktu saya boleh balik adalah pukul 5 petang. Saya selalu tertunggu-tunggu waktu nak balik.. Saya perasan yang saya tak suka terikat dengan waktu 8am-5pm.. Saya happy memang la happy dengan kawan-kawan ape semua..tapi saya ni jenis rasa cepat bosan, penat, tertunggu-tunggu nak blk.. aiyaiyai
dapat la tengok2 sikit permohonan bwh akta penagih dadah.. waran tangkap waran gelidah sepina, ape ntah lagi lupa haha
Saya perhatikan, kerja ni sentiasa ada. tak pernah habis.. lagi lagi kakak-kakak abang-abang yang kena proses permohonan-permohonan saman, kena cop cop semua tu la. memang salute la kat deorang kan..serius...mengadap timbunan fail untuk proses..deorang fokus buat sampai habis.. Dah habis kang, sampai lagi timbunan baru..fuh dahsyad! respect la!
|
Bersama pelajar-pelajar dari SMK Pulau Sebang, dorang buat lawatan, kami budak intern kena tolong cakap sikit-sikit la cerita la kandang pesalah,jurubahasa semua tu. |
Mahkamah MBMB. |
Rakan se-intern |
Bersama ketua Hakim Negara yang ke enam Yang Arif Tan Sri Tun Zaki B.Tun Azmi |
Visit kompleks penjara |
Bila ada makan-makan free saya nombor satu. Time ni ada longcall di high court |
Minum pagi. Warung ni depan mahkamah je |
Tak banyak sangat kerja. dah nama pun intern hihi..Round masuk satu demi satu mahkamah tengok/dengar perbicaraan. Perbicaraan tertutup pun berpeluang dengar sekali.. |
Hari terakhir kami. Yang ini Tuan kanasan (pendaftar kanan) |
Untuk pengalaman saya yang tak seberapa ni, saya sedar banyak benda.
1) Saya suka kebebasan.Saya tak suka terikat dengan masa 8 pagi sampai 5 petang. Saya rimas sangat-sangat.
"Bila nak pukul 5 ni..." hahaha serius ini lah yang selalu bermain kat kepala saya..
2) Saya jugak tak suka kena arah.. Saya rasa saya macam di kuli-kulikan je. Tapi maybe ni terasa sangat masa kerja ESSO tu kot.. Masa kerja dekat Sabah tu saya ok je. seronok..cuma..lihat no 3 hehe
3) One thing yang saya pasak dalam kepala, bila tengok lifestyle orang bekerja office ni kan..Saya tahu.. Apa yang patut saya ikut, apa yang tak patut saya ikut..Kalau saya kahwin, dah jadi isteri orang, dan kalau saya di takdirkan berkerja di mana-mana pejabat..
Saya TAK KAN keluar makan dengan rakan sekerja-lelaki. Tak kan. Tak tahu la, saya rasa tak manis walaupun beramai-ramai bukannya berdua.. Dan sebenarnya ia juga boleh mengundang fitnah. Setuju?
Suami saya mempunyai pendapat yang sama...dia sendiri selalu pesan dulu-dulu kat saya.. Kalau kerja nanti jangan senang sangat keluar makan dengan kawan lelaki.. Kena jaga. Kita dah selalu makan sama, karang makin selesa, makin senang la nak terlepas cakap, atau ter-share apa-apa yang tidak patut.. rasanya suami saya pernah jugak lah 2-3 kali makan ramai ramai masa baru start kerja. Lepas tu memang katany selagi boleh elak, kita elak.
4) Saya rasa potensi dapat gaji besar tu kecik sangat sebenarnya. Saya pergi interview kerja kat PTPTN untuk post Legal Officer tu pon gaji RM2200 mcm tu.. Alahai.. kalau banyak tu la gaji yang saya boleh dapat, what happend with my dreams? Dengan kos sara hidup kat KL yg tinggi, bayar hutang ptptn bayar insuran, duit makan. gitu gini berapa je tinggal... Saya ada impian. Impian saya besar. Untuk capai semua impian saya tu, saya perlukan duit yang banyak!
So berdasarkan pengalaman saya, ini lah yang saya pelajari.. Saya suka bebas. Saya suka bekerja sendiri. Tapi saya tak suka kalau saya tak produktif. Saya mahu jadi seorang yang hebat , ala ala executive gitu. berkerjaya (bussinesswomen juga satu kerjaya bukan?) ada freedom.. financial freedom, masa yang bebas, free,free...!
Dan adalah menjadi salah satu impian saya untuk memiliki satu office khas, yang cantik dan nyaman..pejabat saya punya sendiri.. Tapi masih belum tercapai, jadi buat masa ni saya gunakan dulu apa yang ada ya. hee
Kalau rasa down. Pandang sini.. Dan bangkit la semula :) |
Penerangan jelas anak shaklee saya yang saya cerita kat atas tadi |
Wahai pembaca, andainya ada mana-mana perkataan yang keluar dari mulut saya mengguris hati, saya minta maaf. Tapi saya benar-benar berharap mesej yang saya nak sampaikan jelas.
Makan gaji tak salah, dan tidak berdosa. Malah ada sesetengah jenis pekerjaan sangat ter sangat mulia. Tiera bangga dengan anda! Malah ada juga pekerjaan yang merupakan fardu kifayah tau!
Cumanya jika anda ingin menjadi seorang isteri yang bekerja, tapi work from home.. freelance. boleh usahakan dan jangan biar impian ini tenggelam begitu sahaja..
Duduk di rumah sambil bekerja boleh lah bantu dari segi ekonomi suami, tapi pada masa sama kita punya masa yang flexible seterusnya boleh bagi yang terrbaikk..
Masa yang lebih banyak untuk lakukan yang terrbaikk..
Masak? Masa banyak kan, ada masa untuk masak hanya yang terbaik. Ada masa buat macam-macam!
Kemas rumah? Hias bilik tidur cantik-cantik, wangi-wangi? Ada masa banyak kot.. Kita boleh bagi yang terrrbaikkk..
Bila ada anak, kita tak perlu risau macam mana orang lain jaga anak kita. Kita jaga anak kita sendiri.. kita dapat lihat sendiri bagaimana anak kita membesar depan mata..kita bagi hanya yang terrbaik untuk anak kita..Apa perkataan pertama yang anak kita sebut.. Kita tahu dulu bukan penjaga..
Mashaallah banyaknye kebaikan bekerja di rumah ni. Kalau anda berimpian begini, jangan kuburkan impian anda begitu sahaja ok? Harapan itu ada!
Jom kita keluar dari comfort zone kita dan lakukan sesuatu yang extra! Siapa nak join team saya, nak jadi anak didik mentor athirah, pintu rumah sparkle sentiasa terbuka luas..
Buat shaklee ni senang je, asalkan kita tahu teknik yang betul, inshaallah kita berjaya. Nak masuk under orang lain? Takde masalah, masuk la. Tapi hati-hati, bukan semua distributor shaklee boleh guide kita, bukan semua tahu teknik yang betul tau!
Maka jangan tersalah pilih rumah. Rumah sparkle inshaallah best! hehe
Yang benar,
Mommy shaklee anda
Athirah 019-4120913
6 comments:
Januari 2015 saya bergelar WAHM nanny ! seronoknyaaa !
visualize + have faith + action = jutawan magic :)
Sya suka baca entry mrs athirah...!^_^
Yeke.. terima kasih hidayah! :)
tiera, bestnyaa ade small office at home !
doakan mira berjaya dalam shaklee jugak insyaAllah :)
hehe mira buat la jugak nanti ok!
nak buat stok shaklee pon boleh, sikit2. start dgn sebotol-2 botol stp bulan :)
Post a Comment