HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Lukisan yang membawa maksud...

Assalamualaikum




Ingat entry saya semalam? Klik sini  Indahnya menjadi WHAW kalau nak tahu.




Baik ini lukisan semalam. 

Ada 10 buah pintu 




Saya berjalan, dan cuba membuka semua pintu. Saya try bukak semua pintu satu demi satu.



Pintu 1 : Ada banyak wang.banyak sampai melimpah keluar ha.
Pintu 2 : Eh juga banyak wang.
Pintu 3 : Ya Allah pintu ni mengalirkan wang yg banyak!
Pintu 4 : Wang melimpah keluar jugak!
Pintu 5 : Wang,di mana mana, Allahuakbar
Pintu 6 : Eh duit lagii, banyak sangat ni!
Pintu 7 : Mashaallah duit banyaknye!
Pintu 8 : Subhanallah..banyaknya duit melimpah
Pintu 9 : Wang. Duit. Baaaanyak.
Pintu 10 : Saya menjangkakan perkara yang sama dengan pintu-pintu sebelum ini..tapi..saya tersilap.. saya terkejut lalu terduduk...
kenapa pintu ke 10 ini wang nya kurang? Terlalu banyak beza berbanding apa yg saya temui dalam pintu 1 hingga 9.



Sebenarnya, itu lah gambaran yang saya nampak bila baca hadis yang di catatkan oleh Imam Al-ghazali dalam kitabnya yang terkenal Ihya Ulumuddin. Hadisnye berbunyi :


عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق





"Berniagalah kamu kerana sembilan dari sepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan"



Jika 9 pintu pertama yang saya lalui mengalirkan banyak wang, start pintu ke sepuluh dan seterusnya wang yang mengalir, KURANG, SEDIKIT, kenapa saya tidak pilih untuk masuk mana-mana 9 pintu yang pertama?



Ya, saya pilih untuk berniaga. Sebab saya punya impian. Impian saya besar. Untuk saya capai semua impian saya, duit yang sangat banyak di perlukan.



Kalau saya pilih pintu 10? Mungkin mustahil untuk saya capai impian saya, kalau dapat pun, mungkin memakan masa yang sangat lama. Mungkin ketika saya sudah berusia 30? 40 tahun? Atau mungkin ketika sudah bermenantu kelak baru tercapai semua impian saya? 



Biar saya straight to the point pintu ke 10 adalah makan gaji. Saya konvo tahun lepas kan.


Kalau saya bekerja makan gaji, lepas saya konvo sampai hari ini, saya tak rasa saya mampu bagi ibu saya setiap bulan hampir RM1K. Kalau gaji saya katakan RM2K sebulan, tolak bayar kereta RM600, groceries rumah RM400 sebulan, Internet RM100, Hutang PTPTN RM200, Savings maybe boleh la RM200, cash untuk emergency dalam tgn RM200, Takafaul Insuran RM200, Lebih RM100 utk ibu ayah, kan?


Banyak ke banyak?


Kalau saya ni jenis tak kisah.. jenis tak berimpian balas jasa ibu ayah.. maybe saya rasa ok kot, banyak kot RM100 sebulan.



Tapi masalahnya saya bukan macam tu, pernah baca kan kisah kami hidup susah dulu... Lepas bussiness ayah jatuh..


Kalau belum baca, boleh tengok sini Cukup lah aku pernah hidup susah dulu!



Mana mungkin segala kesusahan yang di lalui oleh mereka dalam membesarkan saya, saya balas hanya dengan RM100 sebulan?



Kan saya kata, impian saya banyak, impian saya besar. Salah satu nya saya nak bagi mereka lebih RM1K sebulan. Lepas tu nak bawak mereka round satu dunia, selain haji dan umrah.


Riak kah saya?


Terpulang cara anda melihat. Saya bercerita tentang pilihan saya,  dan apa yang saya kecapi harini ini dan saya mahu ia menjadi satu inspirasi buat semua yang masih tercari-cari jalan untuk capai impian masing-masing.


Saya masih belum sampai puncak kejayaan, sebab tu baru mampu bagi parents saya RM800 sebulan, target saya lebih RM1k.


Saya dah pilih satu dari sembilan pintu pertama, apa perlu saya risau. Teruskan je lah.


Saya percaya semua impian yang saya tuliskan satu demi satu akan tercapai. Dan kalau hari ini kertas impian saya di tampal di dinding, satu hari nanti ia hanyalah satu coretan.. kerana semua nya telah saya capai..Saya percaya Allah itu sifatnya maha memberi, dan maha adil, siapa usaha lebih, pasti Allah beri.  :)





Shaklee adalah pilihan saya. Sistem pemasarannya sangat adil. Cash,Car & Convention yang di tawarkan juga sangat logik untuk di capai, dan membuat saya jadi semakin bijak mengatur plan dan strategi pemasaran, paling penting, semua produk shaklee best, saya memang makan dan guna. Apa tidak nya, Shaklee ni di asaskan oleh seorang doktor bernama Forrest C Shaklee. Wujud sejak tahun 1956. It always safe, always work and always green. Selamat, berkesan dan mesra alam.


Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan shaklee. Mudahkan jalan untuk aku berjaya dan untuk memimpin kesemua anak bisnes ku , downline ku untuk sama-sama mencapai impian masing-masing. Jauhkan kami dari sikap negatif, malas, suka bertangguh dan mudah putus asa. Amin.



Saya akhiri dengan satu video yang selalu saya tengok ulang-ulang, ia sangat memberi semangat kepada saya.






Berimpian lah.. Beranilah  mimpikan yang hebat, bermimpi besar. ianya percuma.


Mimpi itu adalah harapan..

Harapan yang akan menggerakkan kita ke arah usaha mencapai segalanya.


Menulislah...Tuliskan lah mimpi-mimpi anda secara nyata..jangan tulis dalam ingatan saja.. kerana pasti anda akan lupa...



Athirah Tieramiessyou
A happy work-at-home-wife

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...