HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Tips bershopping di IKEA

Assalamualaikum





Semalam cuti Hari Malaysia, kami ke IKEA lagi. Macam ada benda perlu di beli hihi. Apapun jom saya nak share sikit tips untuk bershopping di ikea buat mereka yang masih bujang atau yang baru berkahwin macam kami (^_^)





Ikea ni best sebab barang-barang dia praktikal, mudah,simple nampak kemas yet cantik. Okay tips ni merangkumi masa,senarai barang apa yang you nak beli, barang apa yang you patut beli (orang bujang atau baru kahwin) sampai lah mcmn nak jadi part of ikea family dan apa you nak makan.








1) MASA


Ikea waktu weekend atau public holiday memang ramai.You macam berjalan dekat pasar malam tau, jalan setapak,setapak, sebab ramai sangat orang depan belakang kiri kanan! So the best you pergi hari weekdays,lega, tak ramai orang, enjoy sangat hehe. Macam I ni buat shaklee, masa kerja I fleksibel, boleh la anytime pergi, tapi untuk orang yang bekerja office hour, susah la kan. So korang boleh pergi weekend waktu pagi, sepagi yang boleh sebab nak elak jammed waktu balik dan dapatkan parking, ikea ni waktu pagi pun ramai tapi percaya tak ada yang datang saja-saja untuk breakfast saya tengok, serious! So mana yang dah habis breakfast tu you follow dia amik parking dia hehe, semalam saya & hubby pergi pukul 10 pagi, agak lewat.Tapi still, balik awal dengan senang hati, tak jammed. Ikea buka start 9.30 pagi. So sila pergi lebih awal dari itu :D





2) to-buy-list


Sebelum you pergi ikea, make sure malam sebelumnya you dah bukak website ikea malaysia. Klik sini IKEA MALAYSIA. Tengok dulu limited time deals, apa barang yang ikea ada offer dalam suatu masa tertentu, yelah dah nama limited time kan! Kalau ada benda yang suka and berbaloi, sila masukkan dalam list :p







Then pandai-pandai lah you tengok setiap category, dari living room sampai la kitchen textile apa semua tu. Yang penting amik nama, contoh UDDEN. No rack & section rasa takde kat web, so kena cari jugak la, cuma atleast you terarah nak cari apa kan. Macam I, I screenshot siap-siap kat hp hahaha malas nak tulis-tulis/type dekat note :p . 








3) APA PATUT BELI - bagi yang bujang atau baru berkahwin



Okay, for me Ikea ni murah kalau pandai cari. Murah dan praktikal ie mudah bawak, ringan, boleh lipat etc. Orang bujang atau yang baru kahwin, rumah biar simple tapi selesa cukup keperluan.


Buat checklist dari ruang tv, tempat makan, keperluan dapur sampai la ke bilik air.



Eventhough you dah tahu apa nak beli, make sure you tengok jugak la semua barang kat sana.



Jalan start dari showroom dia kat atas sampai la turun bawah ke bahagian store. Sebab kadang-kadang ada barang takde dekat web tapi ada dekat sana. Contoh meja ni, I check web takde, pergi sana terjumpa pulak.


Meja ni I beli RM70 lebih je. Murah la tu weh. Kan. Harga tv nak tanya tak? haha :p itu tv import jauh punya, jangan main-main tau hehe


Korang cari meja la, sekarang ikea ade offer satu meja tu RM95. Tak ingat apa nama meja tu sorry. Tengok je dekat store-layan-diri dia tingkat bawah. Ada dia display.



Sofa ikea? Erm I takde beli sebab yang best semua mahal ribu-ribu, yang murah pulak macam KNOPPARP ni contoh nya. Yes murah tapi tak sesuai.... saya dan husband tak boleh la nak baring sama-sama sambil tengok tv kalau macam ni hahaha :p I mean, sofa kita nk duduk,nak baring masa rehat, kan..






RM249, kalau cari kat kedai perabot biasa you boleh dapat yang lagi best. I bagi contoh, ni kak ngah I kak ainul ada beli 


ha tengok sofa-bed tu, bukan dari ikea, harga lebih kurang tapi lagi cantik dan panjang, best pun best baring, kan ke berbaloi tu. Siap boleh jadi katil tu tau.
Ni ruang tv tingkat atas, carpet, cushion polka dot, meja tv, almari buku dan lampu tu yes,yes, yang itu semua barang ikea. I tell you lampu berdiri belakang tv tu RM59 je!


So



a) Ruang tv you boleh cari meja tv, carpet, cushion x 2, lampu (cari bedroom > floor lamp), ha cukup lah. Alaa awal2 ni relaks dulu tak payah beli macam-macam sangat. Nak tambah cermin besar ke, boleh, tapi kena la ada drill pulak. So tak payah lagi la.



b) Ruang makan? Meja makan cari yang RM129, murah. Yes kecik tapi cantik. Simple tapi menawan hee. Cukup la untuk 4 orang. Orang baru nak 'hidup' macam kami ni yang kecik-kecik sudeh. Kerusi ada yang RM25, tapi I cari yang RM10 satu, (ada color putih,hitam,merah) beli 4, RM40. settled. 


carpet square bawah tu RM39.90 je


Tapi guess what semalam pergi ada satu lagi meja makan harga yang sama RM129 


tapi panjang sikit dari yang ini! huwaaa saya mahuu tapi dah beli yang ini kan. Better korang p cepat, RM129 tapi panjang sikit, cukup untuk 6 orang.


Meja putih tu RM29 
Laci putih tu RM299. 

Tak larat nak angkat, you boleh request untuk 


delivery RM75/trip

RM53 assembly (upah pasang).




Tapi delivery service ikea ni HANYA untuk Klang Valley termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Kajang Bangi and selected part of Rawang. Yang di luar kawasan, angkut je la masuk kereta you, muat jangan risau :)



Jangan lupa benda ni, saya rasa wajib la ada kat rumah you. RM119 je tapi sumpah berbaloi. Tak percaya, tengok la sebelum dan selepas I hahaha



See..haha. Sangat berguna. Ok nama trolley ni under BYGEL. nanti you all cari ok. Sangat-sangat praktikal. Ada laci dan tempat gantung jugak.


By the way jug jernih dan hijau tu is penapis air shaklee yg portable, its get clean water pitcher. Please have one, berbaloi! Tak payah nak beli penapis air mahal2, yang ini tak sampai RM300 pon kalau beli basic atau satu set lengkap RM400 pon tak sampai! Dari masak air paip tu, rasa tak sedap, bau, byk bendasing, sakit tekak, atau dari beli mineral byk duit hbs, atau p machine isi air 20 sen seliter, baik la invest sekali beli pitcher ni.


korang tadah je air paip, siap! Boleh minum.


boleh tgk sini kalau nak tahu lebih pasal Penapis Air Shaklee


dan boleh tengok video saya upload dekat instagram saya. Tengok jangan tak tengok! hehehe







Beli kat saya ok, kalau beli kat orang lain, huh, tak nak kawan! 

:p




c) Barang dapur serius I cakap you banyak benda murah, tapi cantik. Pinggan kalau beli tempat lain kena beli 1 set sekotak terus, tak best. Kat ikea you boleh decide nak beli satu ke, dua keping ke 3 keping ke up to you. Glass cawan tak payah beli, hadiah kahwin banyak dapat hee. XD




Frying pan dia pun murah, imagine RM36 dapat 2, murah kan, tapi quality tip top, goreng telur tak melekat you. Tak perlu guna minyak.


Pinggan tu RM3.90 satu, kuali besar tu tak ingat tapi tak sampai RM100 pon, set GNARP 5 piece kitchen utensil RM11.90 ja yo. Baloiiiii. Yang putih lubang-lubang tu untuk letak plastik..takde la you longgok plastik kat mana-mana kan. Sumbat situ, nak amik pun senang
Pinggan putih, mangkuk putih tu? RM1.90 je satu! haha.. Thermos RM19.90

bekas ala-ala tupperware tu RM14 dapat 17 pieces tak ke best, senang you nak simpan makan dalam peti sejuk, cili bagai, boleh la semua seragam tutup hijau, kemas I like :D



Ok boleh jugak beli yang ini ye. Macam-macam boleh letak. Ada color putih dan merah. Tak ingat harga tapi RM100 lebih la, tak sampai RM150 pon






d) Bilik Tidur erm penting cari carpet ofcourse. Carpet ikea ada je yang RM49, RM99, pandai-pandai la cari. Almari pun ada je yang RM199, tapi I tak beli almari tu. Macam tak berapa nak kualiti almari ikea hok yg murah :p Tak semua barang ikea bagus. Kena pandai pilih. I beli clothes rack dengan drawer ni je. SIMPLE tapi SELESA, PRAKTIKAL & SENANG. Inshaallah ada rumah sendiri nanti baru boleh beli yang betul-betul pecfecto :)






I beli putih
Drawer pun putih.
Putih saja kan I ni. Haah I memang suka putih.

RM229?
I beli RM89.90 je dekat kedai perabot bangi hehe. Base dia marmer. Sejuk je. Yang penting murah dan kegunaan dia tu.  


e) Bilik air, so far I takde beli apa-apa utk bilik air. Sebab rumah ni pun masa I masuk dah ada cermin kat bilik air. Apa lagi nak beli untuk bilik air kalau bukan cermin ye tak :p Tapi berus-berus toilet semua tu ada, you beli la. Memang murah berapa ringgit je pun.



Small stuff macam pasu kecik ke, lilin comel2, you beli la supaya tak nampak kosong sangat.



scented candle, wangi :)
Ni sebenarnya place mat ni :p tapi meja I kan kecik, letak je la centre. Bunga tu just utk tujuan bergambar ye :p
only rm3.90
Lampu tu RM16.90 je. Beli la satu korang :D



4) Macam mana nak dapatkan Ikea Family Membership


Korang perasan tak dekat mana-mana dalam ikea tu mesti ada pc. Go to the pc and register je la Ikea family. Its FREE! Nanti dapat kad sementara. Later Ikea akan pos ke kita kad betul. Tapi kalau dekat website ikea pon boleh sign up sebenarnya.




Antara privileges dia adalah:



- dapat member price on selected products (tak banyak tapi boleh la murah la sikit hehe)

- dapat point utk redeem vouchers beli brg kat kedai terpilih

- dapat 3x bonus points. Masa birthday, cth ur birthday 13 feb. 1st feb you dah beli brg kat ikea, terus dapat 3x points, tapi hanya sekali dalam bulan harijadi you. 

- dapat free coffee/tea setiap kali dtg ikea. tunjuk je kad

-  dapat jemputan (members-only events)



I ada la dalam 4000 points sekarang. Kalau nak dapat kan voucher dalam RM40 kot haha jadi la dari beli tak dapat apa-apa.Boleh check promotion untuk Ikea Family Members kat wesite









5) Makan. Kalau datang ikea tak sah kalau tak makan meatball. Tapi, orang ramai, meja penuh, kena sentiasa cari dan tunggu siapa yang dah habis makan. Siapa cepat dia dapat.  Kalau nak tapi malas nak makan kat sana, please bawak tupperware dari rumah. Ikea tak provide utk yang nak take away. Kena bungkus masuk bekas sendiri la kalau nak. Saya dan husband beli yang ini








Udang krai RM10 tak sedap huhu, Salmon sedap RM13.90 (kalau member tambah 70 sen untuk free sup) meatball 20 biji RM18. Maka ketahuilah oleh mu meatball tu, sos dia tu banyak MSG. Sakit kepala ooo makan, rasa macam tangkap kepala habis! So tak payah la makan lagi hih. Kalau lapar alas perut beli aiskrim ikea rm90 sen kat bawah, dengan karipap n bebola salmon. Sedap n cepat.





Ok sekian. Jom target ada rumah sendiri yang besar sebelum umur 30 tahun. Saya teringin nak beli sofa lorenzo yang ada batu swarovski tu. Athirah, visualize, target dan bergerak lah ke arah itu!


Till then jangan lupa like page saya Dear Health I Heart You okay! :)



nah inspirasi kalau yg suka bilik yg kemas,simple, praktikal.

Wardrobe putih tu RM69 lagi murah dari giant

cermin rm199.

Saya beli jugak cermin tu, serius berbaloi sebab ada tempat hang kat belakang cermin.

Senang nak hang tudung :)







xoxo,
Tiera 
Shaklee Independent Distributor 019-4120913

13 comments:

Princesa3290 said...

nice nice! I love loveeeee this post!!!

Athirah Tieramiessyou said...

thank you dear :)

Mashitah Mashitah said...

hi, i search pasal sofabed n terjumpa your blog. nk tanya, sofabed tu you beli kat mana ya? cantikla :)

Athirah Tieramiessyou said...

dekat bangi je mashitah. whatsapp I eh I hantar location kat you. 019-4120913

Han Hanni said...

Singgah sini cari info pasa ikea

Azizah Hamzah said...

benda ikea quality okeh ke?? sy tk tau sy ni malang ke apa, tp benda2 yg beli kata ikea tk tahan satu tahun hahaha.. kerusi patah, meja rosak... skrg ni kena la beli baru punya. selain ikea kat mana blh dpt design cantik dn murah ???

Unknown said...

Sye kena jugak satu kali, bli almari dari ikea tak tahan sampai 6 bln. Pintu patah.

HalleyLeong said...

@azizah hamzah

aq tak tau la, benda yg aq beli kat sana pon x tahan jugak.. baik beli brand lain la.. hari tu aq gi courts beli meja makan dan kerusi makan. murah la, satu set cume 500 je.. kayu dia lagi kayu bagui.. sbb husband i tau tgk kayu2 kat perabot..

Azizah Hamzah said...

@halleyLeong

500 je??! kenapa murah sampai tahap ni??? kayu bagui sepatutnya mahal kan?? x pernah masuk courts tgk benda pon, cume lalu kat luar je dekat rumah sy tu

HalleyLeong said...

@azizah hamzah

hahaha skrg courts ade promosi la.. byk benda yg ade diskaun la.. ade yg sampai 90%... sebab tu la aq cume kena byr 500 je hahah.. ade penghantaran percume lagi!! berbaloi la gi tgk courts skrg semua benda pon murah je.. brand besar harga murah.. ade tv, peti sejuk semua...

Azizah Hamzah said...

@halley Leong

wahh 90% hahah terlampau ni. skrg courts blh byr secara ansuran kan?? aq dgr dr kwn semua kata courts blh sampai 60bln ansuran..??

HalleyLeong said...

@azizah hamzah

ya, courts blh byr secara ansuran, flexicredit.. bagui la utk org2 yg x mampu tu... xyah nak bayar sekali gus la.. blh ade budget longgar sikit utk keluarga dan gunaan hari. sebulan byr cume 100 lebih je.. berbaloi la..

kedaionlinemy said...


KEDAI nombor 1 malaysia dan Popular.....
Menjual barangan sangat pelik dn gempak!!! Lelaki dn wanita pasti suka.... Lihat disini www.kedaionlinemy.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...