HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Get Clean Water Pitcher Shaklee

Assalamualaikum





Intro

Alhamdulillah selamat berpindah ke tempat baru. Kalau dulu duduk dekat shah alam, gated apartment ground floor berbilik 3, kali ni berteduh di rumah yg gated/guarded jugak alhamdulillah, dua tingkat.  Saya suka sangat sebab ini peluang untuk bakar kalori,turun naik tangga selalu! erk, ok bukan tu yang saya nak cerita.



Yang saya nak cerita adalah tentang air yang saya minum. Dulu masa di shah alam. Saya dan suami boleh dikatakan setiap hari beli air mineral di pasaraya Giant berdekatan . hehe



Ye setiap hari!


Kami tak boleh minum air paip yang di masak sebab walaupun kuman mungkin mati, tapi air tetap berbau dek kerana kandungan ammonia, klorin, segala plumbum karat besi paip dan sebagainya.



Bayang kan air spritzer 1500ml RM2.50 sebotol
(husband saya tak suka brand lain,kurang sedap katanya)
Kalau botol besar yg 6 liter dah RM7.80. Sehari setiap sorang kena minum 3liter air. Boleh bayangkan berapa total kos belanja kami untuk air minum sahaja?




Penghijrahan


Amboi tajuk penghijrahan. hehe. Yelah hijrah, kan perubahan. Kami memilih untuk berubah. Berubah dari segi perbelanjaan air minuman seharian. Sekarang, kami tak lagi beli air macam dulu. Sebab ada satu jug jernih ala-ala kasut kaca  cinderella yang mampu menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain! Ini dia, taraaa!!


Pembetulan no tel 019-4120913





Cara menggunakan


Jangan risau tentang bagaimana untuk pasang penapis, nak masukkan air dan sebagainya. Sebab semua manual bergambar, data sheet semua ada! Don't worry :)


Nota cinta buat pemilik water pitcher shaklee hehehe
Quickstart guide, nah siap gambar step by step macam mana nak guna :)
Finish! minum dulu! gulp2
Yang ini datasheet dia
Kita boleh study performance data sheet ni sebum tidur ye hihi
Code : 52116
3 blok karbon (3 kali tukar) yang mampu menyingkirkan plumbum & bendasing lain dalam air paip!
Biskut shaklee! tak lah. Ni la blok karbon tadi.
"Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%..."
Code : 52114
Jug transparent dengan penutup bermeter.
Tadaaa!
Nampak tak meter kat penutup tu. Ia akan bergerak sebaik sahaja anda mengisi air dan menutup lid (penutup) tersebut. Jadi bila genap 80 gelen air ditapis, meter itu akan menunjukkan perkataan "set" ,  menandakan perlunya menukar blok karbon yang baru.
Tanpa menggunakan batery atau electric supply, best gila kan? :)
Tu housing kit, untuk 'simpan' blok karbon tadi
Code : 52117
Senang sangat! Suka3!
memang jimat! Dah penuh satu jug boleh la isi penuhkan segala jug kosong yang anda ada. Saya isi sekali dalam  thermo-pot  tu, untuk dapatkan air yang panas dengan cepat hehe
(buat teh cinta ke milo kasih sayang ke utk suami haks)
Boleh call/sms saya sekarang kalau nak jugak water pitcher yang best ni!
Tapi no 1,2 dan 3 je tau. Yang tengah tu, sekadar hiasan hihi



1 ) Pitcher (jug yg cantik & canggih bermeter itu sahaja ye) 

   



2) Housing kit (bekas untuk blok karbon) + 1 blok karbon penapis  tu

     


3) Filter 3 Pack ( 3 blok karbon untuk anda tukar 3 kali)

      







Harga? Murah sangat-sangat! Jangan kata ribu, RM400 pon tak sampai! Ada yg RM300 pon tak sampai tau! nak tau whatsapp saya ok? :)




Nak keluar jalan-jalan pun rasa nak bawak pitcher ni letak dalam kereta, hahaha hoverrr kau :p




Info penting untuk dikongsi tentang Water Pitcher !!!!




Ia menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama




Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak




KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.




PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.




HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.





MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.




Sekian dari saya.
Photographer : Athirah, SID 881453
Camera : Handphone HTC One max
Lokasi : Ruang tamu hehe


Nak water pitcher, terus ingat Athirah! hehe, Just klik

Mobile 019-4120913

7 comments:

Norlaili A Wahab said...

as salam. wah, saya pun nak "berhijrah" juga. selalu beli air botol cactus untuk minum. jadi lepas tapis guna pitcher shaklee, air tak perlu dimasak? boleh terus minum?

Athirah Tieramiessyou said...

waalaikumsalam..maaf baru perasan ada comment..
saya guna dan terus minum..tak masak semula pun..
unless nak buat air teh ke, LA coffee ke lena la masak juga hihi :)

Apa-apa pun kalau nak boleh sms atau whatssapp saya terus 019-4120913 :)

Anonymous said...

Hi jom singgah ke blog sy..byhaslindakamal.blogspot.com

Unknown said...

Bacaan ppm untuk air dari picther tu berapa ye..??

Athirah Tieramiessyou said...

Haslinda : Inshaallah :)

Amirul : PPM? Parts per million?

Mak Lin said...

water pitcher ni kena bubuh air masak ke or direct dr paip dulu ek?

http://suzlinazreena.blogspot.com

Athirah Tieramiessyou said...

Ye suzlin, saya isi air paip terus boleh minum, tak payah masak dulu ke apa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...