HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

LIEBSTER AWARD

Hi assalamualaikum!






Okay saya tak pernah join keje tag-mengetag blog ni, so this is my first time! Kata nadia, siapa yang kena tag perlu jawab soalan. Ada 11 soalan kesemuanya.



Syarat yang perlu di penuhi untuk LIEBSTER AWARD ni adalah seperti berikut:


  • Sertakan nama dan URL rakan anda yang telah dicalonkan di Liebster Award ni.
  • Jawab 11 soalan yang diajukan.
  • Anda wajib mencalonkan 11 blog lain.
  • Cipta 11 soalan anda sendiri dan mereka yang tercalon wajib menjawab kesemua soalan tersebut.
  • Maklumkan kepada 11 blog yang tercalon supaya mereka menjawab soalan anda itu.



Ok saya sudah di tag oleh Nurul Atieka Ibrahim . Now masa untuk saya menjawab 11 soalan yang diajukan. Here we go!






1. Apakah nama gelaran anda dan mengapa diberi gelaran tersebut?

 > Hmmm banyak gelaran saya. Kotir, t-rex, tiruk, roti hahaha. kenapa? takde sebab just because nama saya ATHIRAH tu itself , jd asal benda ade huruf T dan R haaa sedap la tu nk nyebut nama saya. Tapi terbaru gelaran saya adalah Athirah Tieramiessyou, sebab ape sebenarnya masa nak kahwin plan nak share fb profile dengan husband. so tiera (saya) mie (najmi suami saya) is you (fb tieramie itu is you la athirah, n is you jugak la najmi). So become tieramiessyou. Tapi later we think tak praktikal la to share fb profile. so tak jadi share tp nama tu kekal sampai hari ni.





2. Destinasi mana anda ingin bawa ibu ayah anda?

 > Satu tempat yang semua anak2 nak sangat bawak ofcourse Mekah Almukarramah, tunaikan haji dan umrah. TAPI pd saya bukan tempat itu shj, saya kalau boleh nak bawak deorang round satu dunia! Semua tempat best kot.hehe






3. Rumah impian anda dan kenapa?

> Saya nak rumah besar,ada tangga (dari kecik saya suka rumah ade tangga),ada swimming pool, ada laman dan taman bunga yg cantik, lengkap dengan mini gym haha dan piano ok. Walau belum pandai main piano tapi satu hari nanti saya akan belajar jugak. 







4. Masakan apa yang anda pernah masak dan kebabom sedapnya. Nyatakan

> Eh semua yg I masak sedap kot! hahaha :p erm ape ye. mungkin ikan masin perah air asam limau letak cili padi bawang kot hahaha 







5. Berapa bilangan adik beradik dan anda anak ke berapa?

>  10 orang adik beradik, 5 laki 5 perempuan, saya anak ke 5







6. Jika anda diberi 1 juta, apa yang ingin anda lakukan?

>  pembahagian mcm biasa. Ada portion utk zakat.infaq/sedeqah, utk keluarga, utk reward diri sendiri, untuk tanggungjawab. Modal utk usiness lain? jauh dari dalam kepala, sebab priority saya adalah anak2 shaklee saya dalam empayar sparkle. saya hanya akan fokus shaklee bukan perniagaan lain. ye, FOCUS sampai capai master coordintor,sampai anak2 saya juga master coordinator.






7. Makan kat restoran ade kucing kelaparan dtg.apa reaksi anda?

> anyonyo comelnye kucing ni. ambik gambaqqq dulu. pastu bg la mkn sikit. 







8. Apakah impian yang anda nak sgt capai dalam hidup

> terlalu banyak that I can't write them down. impian saya besar.dan ban yak hehe






9. Nyatakan 3 tempat yang anda nak sangat pergi dan kenapa?

> Paris,sebab terpengaruh dengan drama2 omputih time kecik kakaka. Maldives sebab cantik sangat! Bali sebab plg dekat , org kata best yet romantic, kawan2 aku ramai dah p awat aku tak sampai lagi? hahaha









10. 5 ciri-ciri untuk mengenali diri anda?

>  sebenarnya kurang jelas soalan ni ciri2 org yg perlu ade utk  kenal saya atau ciri2 yg ada pd saya utk org kenal? hahaha blurr tapi saya rasa ciri2 saya la kot. ok saya suka benda yg best2,yg tak best saya taknak pk taknak layan. saya jenis yg bersemangat,suka bergambar, sentimental, cheerful.









11.  Adakah anda suka membaca? nyatakan buku apa paling anda suka.

>  sedang berjinak-jinak untuk suka membaca. setakat ni saya banyak membaca penulisan di blog etc. Buku saya mudah terlelap haha. Tapi ade je buku yg buat mata saya terbuntang. Buku kisah perjuangan serikandi islam mcm ummu salamah,khadijah banyak lagi. Takut kagum semua ade rasa. 






ok siap! mcm ni rupenya tag tag ehh.. ok masa utk saya tag orang lain dan bagi 11 soalan.



selamat menjawab dengan gembira! hehe




1) Apa yang anda suka bawa dalam handbag bila anda keluar?
2) Jenama lipstick kesukaan? 
3) Siapa idola dalam hidup anda selain Nabi Muhammad (saw)
4) Filem/cerita paling best yang anda suka apa? kenapa ye?
5) Suka tak jadi boss sendiri? Be your own boss?Kalau ye knp kalau tak kenapa plop?
6) Kat mana nak shopping dress laws-lawa ye? hehe
7) Apa 5 sifat positif lagi terpuji yang ada pada diri anda?
8) Kalau MAS nak sponsor tiket percutian untuk anda, mana anda nak pilih dan siapa yang anda akan bawak?
9) Ada tak apa-apa 'lafaz' atau kata-kata yang tersimpan untuk di luahkan pada ibu ayah?
10) Pakai handphone apa sekarang? 
11) Anda tengok jam sekarang pukul berapa, cuba beritahu apa yang anda nak dapat sekarang jugak kalau boleh ditunaikan? 




senarai calon blog lain yang di tag :









http://jarimanistravel.blogspot.com/

http://bellaisyqeef.blogspot.com/

http://ashchroniclesletsfly.blogspot.com

http://nad-lifeisfun.blogspot.com/




p/s : sambil cari blog mesti saya tersadai atleast 30 minit baca 11 blog2 kat atas ni haha best2 entry dorg :)

Rindunya BEIJING

Assalamualaikum




Argh mood bercuti saya datang. Saya rindu untuk berjalan oversea. Seriously! So bila rindu, saya akan bukak balik album saya ke beijing hari tu....



Harini nak simpan gambar kat sini sikit, sambil me LUA kan yang awal tahun depan saya dan suami mesti bercuti lagi ke mana-mana negara. MESTI, haish jangan la kacau saya tengah visualize ni. hihi. Bayangkan ia dah pun terjadi, yeayy saya nak!



LUA = Law of universal attractions. Hukum daya tarikan, tau? Like attracts like tau? Jom bayangkan sama-sama. Pejam mata, bayangkan, tahun depan, anda akan ke Istanbul contohnya dengan suami. Bayangkan...bayangkan...











solat lah walaudimana anda berada. walau org dtg mengerumuni sebab pelik hihi solat jugak ok


Hello I'm Athirah Tieramiessyou ^_^
Dating dengan kekasih halal takpe, kekasih gelap jangan 












I really miss you :-*


Jom LUA sama-sama. Tahun depan nak pergiiii... ISTANBUL!  K bye nak sambung visualize... 




bayangkan tiera..bayangkan.. (ckp sorang2 sambil naik tangga kemas bilik atas)

Tips bershopping di IKEA

Assalamualaikum





Semalam cuti Hari Malaysia, kami ke IKEA lagi. Macam ada benda perlu di beli hihi. Apapun jom saya nak share sikit tips untuk bershopping di ikea buat mereka yang masih bujang atau yang baru berkahwin macam kami (^_^)





Ikea ni best sebab barang-barang dia praktikal, mudah,simple nampak kemas yet cantik. Okay tips ni merangkumi masa,senarai barang apa yang you nak beli, barang apa yang you patut beli (orang bujang atau baru kahwin) sampai lah mcmn nak jadi part of ikea family dan apa you nak makan.








1) MASA


Ikea waktu weekend atau public holiday memang ramai.You macam berjalan dekat pasar malam tau, jalan setapak,setapak, sebab ramai sangat orang depan belakang kiri kanan! So the best you pergi hari weekdays,lega, tak ramai orang, enjoy sangat hehe. Macam I ni buat shaklee, masa kerja I fleksibel, boleh la anytime pergi, tapi untuk orang yang bekerja office hour, susah la kan. So korang boleh pergi weekend waktu pagi, sepagi yang boleh sebab nak elak jammed waktu balik dan dapatkan parking, ikea ni waktu pagi pun ramai tapi percaya tak ada yang datang saja-saja untuk breakfast saya tengok, serious! So mana yang dah habis breakfast tu you follow dia amik parking dia hehe, semalam saya & hubby pergi pukul 10 pagi, agak lewat.Tapi still, balik awal dengan senang hati, tak jammed. Ikea buka start 9.30 pagi. So sila pergi lebih awal dari itu :D





2) to-buy-list


Sebelum you pergi ikea, make sure malam sebelumnya you dah bukak website ikea malaysia. Klik sini IKEA MALAYSIA. Tengok dulu limited time deals, apa barang yang ikea ada offer dalam suatu masa tertentu, yelah dah nama limited time kan! Kalau ada benda yang suka and berbaloi, sila masukkan dalam list :p







Then pandai-pandai lah you tengok setiap category, dari living room sampai la kitchen textile apa semua tu. Yang penting amik nama, contoh UDDEN. No rack & section rasa takde kat web, so kena cari jugak la, cuma atleast you terarah nak cari apa kan. Macam I, I screenshot siap-siap kat hp hahaha malas nak tulis-tulis/type dekat note :p . 








3) APA PATUT BELI - bagi yang bujang atau baru berkahwin



Okay, for me Ikea ni murah kalau pandai cari. Murah dan praktikal ie mudah bawak, ringan, boleh lipat etc. Orang bujang atau yang baru kahwin, rumah biar simple tapi selesa cukup keperluan.


Buat checklist dari ruang tv, tempat makan, keperluan dapur sampai la ke bilik air.



Eventhough you dah tahu apa nak beli, make sure you tengok jugak la semua barang kat sana.



Jalan start dari showroom dia kat atas sampai la turun bawah ke bahagian store. Sebab kadang-kadang ada barang takde dekat web tapi ada dekat sana. Contoh meja ni, I check web takde, pergi sana terjumpa pulak.


Meja ni I beli RM70 lebih je. Murah la tu weh. Kan. Harga tv nak tanya tak? haha :p itu tv import jauh punya, jangan main-main tau hehe


Korang cari meja la, sekarang ikea ade offer satu meja tu RM95. Tak ingat apa nama meja tu sorry. Tengok je dekat store-layan-diri dia tingkat bawah. Ada dia display.



Sofa ikea? Erm I takde beli sebab yang best semua mahal ribu-ribu, yang murah pulak macam KNOPPARP ni contoh nya. Yes murah tapi tak sesuai.... saya dan husband tak boleh la nak baring sama-sama sambil tengok tv kalau macam ni hahaha :p I mean, sofa kita nk duduk,nak baring masa rehat, kan..






RM249, kalau cari kat kedai perabot biasa you boleh dapat yang lagi best. I bagi contoh, ni kak ngah I kak ainul ada beli 


ha tengok sofa-bed tu, bukan dari ikea, harga lebih kurang tapi lagi cantik dan panjang, best pun best baring, kan ke berbaloi tu. Siap boleh jadi katil tu tau.
Ni ruang tv tingkat atas, carpet, cushion polka dot, meja tv, almari buku dan lampu tu yes,yes, yang itu semua barang ikea. I tell you lampu berdiri belakang tv tu RM59 je!


So



a) Ruang tv you boleh cari meja tv, carpet, cushion x 2, lampu (cari bedroom > floor lamp), ha cukup lah. Alaa awal2 ni relaks dulu tak payah beli macam-macam sangat. Nak tambah cermin besar ke, boleh, tapi kena la ada drill pulak. So tak payah lagi la.



b) Ruang makan? Meja makan cari yang RM129, murah. Yes kecik tapi cantik. Simple tapi menawan hee. Cukup la untuk 4 orang. Orang baru nak 'hidup' macam kami ni yang kecik-kecik sudeh. Kerusi ada yang RM25, tapi I cari yang RM10 satu, (ada color putih,hitam,merah) beli 4, RM40. settled. 


carpet square bawah tu RM39.90 je


Tapi guess what semalam pergi ada satu lagi meja makan harga yang sama RM129 


tapi panjang sikit dari yang ini! huwaaa saya mahuu tapi dah beli yang ini kan. Better korang p cepat, RM129 tapi panjang sikit, cukup untuk 6 orang.


Meja putih tu RM29 
Laci putih tu RM299. 

Tak larat nak angkat, you boleh request untuk 


delivery RM75/trip

RM53 assembly (upah pasang).




Tapi delivery service ikea ni HANYA untuk Klang Valley termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Kajang Bangi and selected part of Rawang. Yang di luar kawasan, angkut je la masuk kereta you, muat jangan risau :)



Jangan lupa benda ni, saya rasa wajib la ada kat rumah you. RM119 je tapi sumpah berbaloi. Tak percaya, tengok la sebelum dan selepas I hahaha



See..haha. Sangat berguna. Ok nama trolley ni under BYGEL. nanti you all cari ok. Sangat-sangat praktikal. Ada laci dan tempat gantung jugak.


By the way jug jernih dan hijau tu is penapis air shaklee yg portable, its get clean water pitcher. Please have one, berbaloi! Tak payah nak beli penapis air mahal2, yang ini tak sampai RM300 pon kalau beli basic atau satu set lengkap RM400 pon tak sampai! Dari masak air paip tu, rasa tak sedap, bau, byk bendasing, sakit tekak, atau dari beli mineral byk duit hbs, atau p machine isi air 20 sen seliter, baik la invest sekali beli pitcher ni.


korang tadah je air paip, siap! Boleh minum.


boleh tgk sini kalau nak tahu lebih pasal Penapis Air Shaklee


dan boleh tengok video saya upload dekat instagram saya. Tengok jangan tak tengok! hehehe







Beli kat saya ok, kalau beli kat orang lain, huh, tak nak kawan! 

:p




c) Barang dapur serius I cakap you banyak benda murah, tapi cantik. Pinggan kalau beli tempat lain kena beli 1 set sekotak terus, tak best. Kat ikea you boleh decide nak beli satu ke, dua keping ke 3 keping ke up to you. Glass cawan tak payah beli, hadiah kahwin banyak dapat hee. XD




Frying pan dia pun murah, imagine RM36 dapat 2, murah kan, tapi quality tip top, goreng telur tak melekat you. Tak perlu guna minyak.


Pinggan tu RM3.90 satu, kuali besar tu tak ingat tapi tak sampai RM100 pon, set GNARP 5 piece kitchen utensil RM11.90 ja yo. Baloiiiii. Yang putih lubang-lubang tu untuk letak plastik..takde la you longgok plastik kat mana-mana kan. Sumbat situ, nak amik pun senang
Pinggan putih, mangkuk putih tu? RM1.90 je satu! haha.. Thermos RM19.90

bekas ala-ala tupperware tu RM14 dapat 17 pieces tak ke best, senang you nak simpan makan dalam peti sejuk, cili bagai, boleh la semua seragam tutup hijau, kemas I like :D



Ok boleh jugak beli yang ini ye. Macam-macam boleh letak. Ada color putih dan merah. Tak ingat harga tapi RM100 lebih la, tak sampai RM150 pon






d) Bilik Tidur erm penting cari carpet ofcourse. Carpet ikea ada je yang RM49, RM99, pandai-pandai la cari. Almari pun ada je yang RM199, tapi I tak beli almari tu. Macam tak berapa nak kualiti almari ikea hok yg murah :p Tak semua barang ikea bagus. Kena pandai pilih. I beli clothes rack dengan drawer ni je. SIMPLE tapi SELESA, PRAKTIKAL & SENANG. Inshaallah ada rumah sendiri nanti baru boleh beli yang betul-betul pecfecto :)






I beli putih
Drawer pun putih.
Putih saja kan I ni. Haah I memang suka putih.

RM229?
I beli RM89.90 je dekat kedai perabot bangi hehe. Base dia marmer. Sejuk je. Yang penting murah dan kegunaan dia tu.  


e) Bilik air, so far I takde beli apa-apa utk bilik air. Sebab rumah ni pun masa I masuk dah ada cermin kat bilik air. Apa lagi nak beli untuk bilik air kalau bukan cermin ye tak :p Tapi berus-berus toilet semua tu ada, you beli la. Memang murah berapa ringgit je pun.



Small stuff macam pasu kecik ke, lilin comel2, you beli la supaya tak nampak kosong sangat.



scented candle, wangi :)
Ni sebenarnya place mat ni :p tapi meja I kan kecik, letak je la centre. Bunga tu just utk tujuan bergambar ye :p
only rm3.90
Lampu tu RM16.90 je. Beli la satu korang :D



4) Macam mana nak dapatkan Ikea Family Membership


Korang perasan tak dekat mana-mana dalam ikea tu mesti ada pc. Go to the pc and register je la Ikea family. Its FREE! Nanti dapat kad sementara. Later Ikea akan pos ke kita kad betul. Tapi kalau dekat website ikea pon boleh sign up sebenarnya.




Antara privileges dia adalah:



- dapat member price on selected products (tak banyak tapi boleh la murah la sikit hehe)

- dapat point utk redeem vouchers beli brg kat kedai terpilih

- dapat 3x bonus points. Masa birthday, cth ur birthday 13 feb. 1st feb you dah beli brg kat ikea, terus dapat 3x points, tapi hanya sekali dalam bulan harijadi you. 

- dapat free coffee/tea setiap kali dtg ikea. tunjuk je kad

-  dapat jemputan (members-only events)



I ada la dalam 4000 points sekarang. Kalau nak dapat kan voucher dalam RM40 kot haha jadi la dari beli tak dapat apa-apa.Boleh check promotion untuk Ikea Family Members kat wesite









5) Makan. Kalau datang ikea tak sah kalau tak makan meatball. Tapi, orang ramai, meja penuh, kena sentiasa cari dan tunggu siapa yang dah habis makan. Siapa cepat dia dapat.  Kalau nak tapi malas nak makan kat sana, please bawak tupperware dari rumah. Ikea tak provide utk yang nak take away. Kena bungkus masuk bekas sendiri la kalau nak. Saya dan husband beli yang ini








Udang krai RM10 tak sedap huhu, Salmon sedap RM13.90 (kalau member tambah 70 sen untuk free sup) meatball 20 biji RM18. Maka ketahuilah oleh mu meatball tu, sos dia tu banyak MSG. Sakit kepala ooo makan, rasa macam tangkap kepala habis! So tak payah la makan lagi hih. Kalau lapar alas perut beli aiskrim ikea rm90 sen kat bawah, dengan karipap n bebola salmon. Sedap n cepat.





Ok sekian. Jom target ada rumah sendiri yang besar sebelum umur 30 tahun. Saya teringin nak beli sofa lorenzo yang ada batu swarovski tu. Athirah, visualize, target dan bergerak lah ke arah itu!


Till then jangan lupa like page saya Dear Health I Heart You okay! :)



nah inspirasi kalau yg suka bilik yg kemas,simple, praktikal.

Wardrobe putih tu RM69 lagi murah dari giant

cermin rm199.

Saya beli jugak cermin tu, serius berbaloi sebab ada tempat hang kat belakang cermin.

Senang nak hang tudung :)







xoxo,
Tiera 
Shaklee Independent Distributor 019-4120913
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...