Okeiii, harini tiera nak kongsi tips macamana nak pilih dan beli pam susu terbaik khusus buat bakal bakal ibu yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi. Tipsnya adalah....
Tanya kawan kawan kat facebook! haha π
Ok ok serius serius. π Yang sebenarnya tiera pon baru belajar benda benda ni. memang tiera ada post dekat fb tanya ramai orang tentang breastpump ni.. dan surprisingly baru tahu kewujudan satu kedai bernama pump-on-the-go, yang mana kedai tu memang menjual pam susu pelbagai jenama dan siap kita boleh test! So tahu lah kot mana mana yang mungkin tak best ke, sakit ke dan sebagainya. Sebab masing-masing pakai tak sama kan.
excited masa datang sini, macam ta percaya boleh try semua haha |
Tapi still blurr tak tahu mana yang sesuai. Tiera tanya kakak-kakak tiera, along & kakngah memang pakai Medela FS (Freestyle). Tengok fb ternampak hat Willow ni, Ya allah best gila. Just masukkan dalam baju then buat la kerja sambil Willow ni akan pam susu untuk kita. Sayangnya, belum masuk malaysia.. aku dah beranak dah weii π
Then tiera pon post dekat fb mintak pendapata ramai.. hasilnya..
- Kata kak min, tak semestinya orang lain pakai ok, kita pakai pon ok. Kena try sendiri, dan beliau suggestkan pergi pump on the go la. Haa tu tiera baru tahu kewujudannya. Tenkiu kak min! hehe
- Ada suggest brand milky planet, brand pureen (tp bising sikit katanya) . Spectra, avent, autumn passion, lacte duet elite.
- Kak munirah pulak kata, benda yang kita kena consider adalah suction cup. Macam dia kena pakai jenis silikon. kalau tak boleh luka nipple eh ngerinya πDan katanya dulu memang famous medela FS, pulak time tu tengah tak banyak pilihan lain. Sekarang ni dah macam macam ada.. so kena try betul betul.
So tiera beli yang mana? tiera beli spectra π. Tapi tak beli dekat pump on the go, beli dekat baby expo.
di pump on the go, harganya pump ni sahaja RM805, normal price RM920 katanya. Tapi tak ada dapat beg, botol untuk stok etc. Kalau nak, tambah RM50 |
masa prepare barang nk bersalin hihi. spectra comei je kan. ok lah puas hati . tiera suka sb dia jenis rechargable. jadi takde la berwayar bagai atau kena cari soket untuk plug dapatkan power |
buat stok hanya untuk kegunaan emergency. mmg isi cuma 3oz, 3oz. itu keperluan baby aleesha irdina buat masa ni untuk sekali minum π hat ujung tak hbs isi lagi π |
ok next entry inshaallah kita share pasal supplement yang bantu boost susu badan pulak ok? supplement yang di susuli dengan beberapa usaha lain. kena jaga demand and supply jugak.. inshaalah2 nti kita share ya. thx for reading korang π
No comments:
Post a Comment