Alhamdulillah, nikmat Allah yang mana lagi nak di dustakan? satu ketika dulu, tiera pernah cemburu dengan kawan-kawan yang bergelar WAHM atau working at home mom. Nak jugak guna gelaran tu, tapi nak buat macamana, kita belum ada anak , jadi cuma boleh guna WAHW iaitu working at home wife 😌
Hidup ni adalah satu doa. Setiap hari, doa adalah yang membentuk kehidupan. Setuju? Sebab apa saja kita buat, fikir, rasa, cakap, semuanya adalah doa. Setiap hari kita buat macam-macam kan? Bermacam perkara ada dalam fikiran kita, tanpa kita sedar, itulah yang membentuk atau mencorak hari hari kita seterusnya..
Sebab tu kena jaga segala perbuatan kita, percakapan kita, fikiran kita. Tambah lagi dengan doa doa spesifik dan terperinci.. selepas solat dan setiap masa yang kita rasa nak doa, doa je lah.
Dan hari ini, bila tiera kenang, terlalu banyak dah doa yang Allah kabulkan.. walaupon ada sesetengah doa, bertahun tahun baru Allah makbulkan, tapi syukur.. Akhirnya dia bagi, pada masa yang benar benar terbaik dalam pengetahuan-Nya
Allah tak kejam.
Allah tidak pernah menjawab tidak pada doa doa kita.
Allah cuma ada 3 jawapan untuk setiap doa kita.. untuk setiap yang kita mintak.
1) ya
2) ya tapi bukan sekarang
3) aku ada sesuatu yang lebih baik untuk kau
Saat baby di letakkan di atas dada tiera, skin to skin right after dia keluar.. Allah je tahu bagaimana perasannnya.. Saat najmi iqamat, azankan baby, allahuakbar ini lah detik yang lama aku tunggu.. terasa sempurna diri tiera sebagai seorang isteri dapat melahirkan zuriat najmi.. lama penantian ni.. lama sayang ibu..
alamak baby dah nangis! nanti sambung pot pet lagi ya! hehe kang dok post psl bersyukur dpt baby, baby pon terabai, tak guna jugak.. nanti sambung ya. thanks for reading uols 😍
No comments:
Post a Comment