HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Bila Ibu Nak Berhenti Tengok Handphone?



Selama hampir empat tahun tiera berada dalam shaklee. Kalau orang lain sibuk tengok handphone untuk main game, atau stalk orang, atau borak kosong di whatsapp, tiera pulak selalu bersama fon untuk samada update blog, update instagram, edit gambar produk, coaching, buat kelas, whatsapp customer dan sebagainya. 




Hinggalah tiera mendapat cahaya mata pertama Nur Aleesha Irdeena, sungguh masa itu sangat berharga kerana kalau tak pandai manage, memang tak dapat buat apa. Dok hadap baby je.. so tiera cuba untuk jadi cekap, time baby tidur tulah kena laju laju buat kerja, ada masa dapat lah lebih masa sikit bila dia tidur up to 2-3 hours. Tapi bila dia tidur cuma 30 minit atau 1 jam. There you go, charlie chaplin 😂


Salah satu cara tiera rasa nak gunakan masa dengan baik adalah buat semua kerja yang menggunakan handphone, masa susukan aleesha. Tapi tak lama lepas tu.. rasa sesuatu.. masa Aleesha genap 1 bulan. Tiera rasa cepatnya masa berlalu dan terasa, walaupon tiera sentiasa bersama aleesha especially dalam pantang ni, tiera dah terlepas banyak moment bersama dia! eh kan memang selalu ada dengan dia?


Ye. Tiera susukan dia. Dia sentiasa ada dalam pelukan tiera. Secara fizikal, nampak hubungan antara ibu dan anak ini begitu rapat bukan? 


Tapi secara mental. Tiera seolah olah tidak hadir bersamanya.. Tiera berada di dunia luar.. Tiera cuma beri dia makanan, dan biar dia menyusu sendiri. 😩


Walaupon bukan lah setiap masa begitu. Banyak je masa masa yang tiera berbual dengan aleesha, zikir dan nyanyikan lagu untuk dia sambil menyusu . tapi sejak sejak nak masuk sebulan haritu, tiera macam fikirkan sangat bisnes tiera, organisasi tiera, anak cucu shaklee sampai tiera lupa akan hal ni. 



Tiera mula teliti dan perhati. Keadaan Aleesha ketika di susukan.. jika waktu itu dia tidak dibedung.. tangan comelnya akan berjalan.. letak atas kepala.. atau tergantung (imagine gaya terlentang) atau sentuh baju tiera. atau 'parking' atas dada tiera.. 



Mitten yang di sarungkan pada tangan Aleesha, tiera bukak. Tiera belek tangan halus dia tu. Tiera perhatikan kuku jari dia.. ya allah comelnya.. 


Tiera tengok muka dia pulak.. ada masa dia menyusu sambil pejam mata, ada masa dalam keadaan mata terbuka luas.. mata dia biasa pandang tiera.. yang mana kadang-kadang kalau tiera terlalu asyik dengan handphone.. terasa pandangan tu seolah olah nak beritahu sesuatu..seakan nak bertanyakan pada tiera 


"Bila ibu nak berhenti tengok hp dan layan aleesha?" sob sob. 


perhatikan bibirnya pulak. bibir comel yang tak pernah kenal erti penat, sentiasa bergerak laju demi mendapatkan susu dan mengisi perut comelnya. lidah kecil yang sentiasa berkerja untuk proses menyusu. kemudian dia berhenti kejap. lepaskan. mengeliat dan sambung lagi.. comelnya... 


Bayangkan kalau kita terlalu asyik dengan fon, sayang kan kalau kita terlepas moment berharga ni? tahu tahu je baby dah besar.. berapa banyak saat saat indah ni kita lepaskan..



Bila fikir balik kan.. apa la yang baby ni tahu.. lapar, nangis. kita bagi susu.. Dan susu yang meninggalkan badan kita ni lah, yang memberi kehidupan buat dia. yelah makanan dia kan, takde makanan nanti macamana nak hidup. 



So okaylah. itulah perkongsian tiera untuk harini.. tiera nak ajak semua mommies untuk appreaciate moment ni.. sedih bilamana kita susukan dia, tapi tak beri perhatian pon untuk dia. kita sibuk dengan fon kita, tau tau baby dah berhenti menyusu & tertidur sendiri. tak ada detik merapatkan hubungan pon. tiada hubungan emosi. baby melekap pada kita tapi hakikatnya dia masih alone, bersendirian. 


usahlah kita sekadar memberi makanan pada anak kita tapi tak ada cipta masa istimewa pon untuk dia. kalau kita ada kerja, tinggalkan dan set dalam kepala, ini masa untuk kita dua je. kita dan baby. takde siapa boleh ganggu, takde apa nak dikejarkan. kerja kita sambung bila dah tamat waktu berdua, baby pon dah kenyang dan dah tidur sambil dah borak macam-macam dengan kita. kat sinilah penting pengambilan vitamin supaya :


1) bantu memperbanyak susu badan supaya mencukupi. kalau tak banyak, tu yang masa menyusu mungkin sangat lama sebab baby sedut sikit, sikit yg keluar.. kan

2) bantu memekatkan lagi. baby puas dan kenyang.

3) bantu bagi tenaga. yelah nak susukan baby kalau penat tak ada tenaga boleh stress. tak enjoy dah

4) bantu atasi masalah lenguh dan sakit belakang. 

5) bantu kuatkan antibodi anak kita



xoxo, 
athirah tieramiessyou




muka kesian 😜







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...