HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kisah Viral TWB




Assalamualaikum :)


Harini Allah kejut untuk bangun tahajjud, di sebalik damainya merasai ketenangan saat ini.. tiba-tiba tiera terpanggil untuk kongsikan kisah viral TWB. Sebenarnya nak move on dah, malas dah nak ulas isu ini dan nak fokus dengan kita punya kehidupan, tanggungjawab dalam bisnes dan sebagainya. Tapi rasa macam, share la satu ni last. Lepas ni tak nak fikir lagi dah. Distract fokus tau. OK sharing tiera ni, tiera akan explain satu persatu ok.



APA ITU TWB 

Satu projek spa menggunakan produk berkualiti iaitu shaklee. Sesiapa berminat untuk buat bisnes spa secara bergerak (mobile) dan persendirian, tanpa terikat dengan mana mana company atau tanpa perlu share keuntungan hasil servis pada sesiapa, jadi TWB adalah jawapannya. Kerana TWB menyediakan pakej belajar teknik spa dari wajah, hingga ke kaki, tangan dan badan tanpa mewujudkan sebarang hubungan sebagai syarikat dan staff/agen.  So untung servis spa 100% masuk poket sendiri. Kiranya TWB ibarat kelas spa, yang akan supply sekali produk dr shaklee untuk kegunaan menjalankan servis spa nanti. Kalau anda memang suka spa pakai produk shaklee, boleh lah terus join dan senang kerja anda, tak payah fikir banyak dah apa produk kena beli etc. semua dah di siapkan. Tapi kalau anda tak nak guna produk shaklee, anda ada pilihan samada nak teruskan hasrat untuk belajar dari TWB atau tidak. Ye , pilihan di tangan anda. Yang pasti ramai join belajar dari TWB bukan sebab mahukan produk yang berkualiti je, tapi rata rata mahukan juga support group, sokongan sistem dan mahukan teknik yang simple dan tak renyah. Nak teknik simple tapi result power. Itulah secara ringkas apa itu TWB. jika mahu tahu lebih detail boleh klik SINI . TWB sama seperti kelas kelas lain di luar sana, kelas baking, kelas belajar buat sandwich, kelas belajar memandu, kelas make up, dan sebagainya. 




WAJIB KE SETIAP ORANG YANG BELAJAR TEKNIK SPA DARI TWB, UNTUK GUNA NAMA TWB DALAM MARKETING SPA MEREKA? 


Tidak.There is no any obligations ke atas mereka yang dah belajar dari TWB. Semua yang sudah habis training twb, tidak wajib untuk membawa nama TWB. Tetapi, kerana TWB ada nama tersendiri, agak popular dan di kenali ramai jugak, Maka ramai yang suka gembira untuk mengaku bahawa mereka adalah ahli spa TWB, pelajar spa TWB. Saya sendiri lepas dah belajar dari TWB, saya suka sebut dengan bangga bahawa saya adalah ahli spa TWB. Seronok untuk memberitahu bahawa saya beautician TWB. Sebab sedikit sebanyak ia membantu untuk buat orang lebih yakin untuk dapatkan servis spa dari saya, tumpang nama hebat TWB jugak la kiranya ni hehe Lumrah, benda seperti ini menyumbang pada kepercayaan orang terhadap kita. Sebagai contoh, kita bangga untuk mengakui bahawa kita bekas pelajar MRSM contohnya, bekas pelajar University sekian sekian. Atau kita anak didik seorang cikgu bisnes / satu akedemik yang hebat di malaysia. Ia boleh jadi salah satu sebab untuk buat orang lebih yakin dengan kita. Pasti kita bangga untuk mengakuinya bukan? likewise in TWB. Ramai bangga untuk mengatakan "saya TWB" kerana kita tahu, TWB ni dah lahirkan ramai orang berjaya dan ramai beautician yang best best servisnya. Kita mahu tumpang sekaki. Jadi, tidak wajib guna nama twb, tetapi jika mahu sebut, tiada masalah. Asal jangan menipu sudahlah.




PENGGUNAAN STEAMER, ADAKAH WAJIB  DALAM PAKEJ SPA TWB?


Jawapannya, tidak, kerana TWB lebih menekankan kesan 'power' dari produk shaklee itu sendiri. tak perlu pakai alat canggih canggih pun, hasil boleh mantap. Malah pada asalnya pakej TWB langsung tidak ada steamer. Tetapi makin ramai yang mahu belajar dari TWB, mula makin banyak permintaan untuk di belikan steamer dan di letakkan dalam pakej, Kerana ramai yang mengatakan customer suka ada steamer, jadi mohon cadangan untuk sediakan steamer dalam pakej di pertimbangkan. Maka pengasas projek setuju, dan mula mendapatkan steamer dari kedai. Tetapi ia tetap dalam kategori pilihan, optional. Bermaksud nak guna ke taknak guna ke, takde masalah. Tapi trainer TWB tetap akan beri garis panduan cara menggunakan steamer dengan selamat.


saya ketika baru selesai menjalankan servis spa bergerak di terengganu. lihat beg yang saya bawa, memang tak muat untuk masukkan steamer since ini sebenarnya beg make up yang ada mentol mentol tu. Jadi cuma muat bawak skincare dari shaklee sahaja dalam beg ni berserta berus masker dan peralatan kecil yang lain. ini post 3 tahun lepas, ye TWB dah lama. 3 tahun dah dan saya antara yang terawal belajar spa dari TWB. 




ISU VIRAL TWB, APA CERITA SEBENARNYA? 


Bermula dengan satu fitnah mengatakan TWB perlu bertanggungjawab terhadap satu insiden ni. 

Kisahnya, ada salah seorang beautician, yang pernah belajar spa dari TWB menjalankan servis facial keatas kawannya. Malang tidak berbau, berlaku kemalangan di mana steamer yang di gunakan, terslide condong ke bawah dan steam nya, wap panas nya, terkena direct ke kulit. maka pastilah kulit kawan beautician tersebut mengalami kecederaan yakni kulit burn. Mengikut jalan cerita, kemalangan telah berlaku walaupun beautician tersebut telah mengambil beberapa langkah berjaga jaga. Tetapi tiada siapa boleh menjangkakan kemalangan yang bakal berlaku dan apabila terjadi, sudah pasti beautician tersebut harus bertanggungjawab, ini tidak dapat di nafikan. Isu mula timbul apabila ada campur tangan pihak ketiga yang membuat satu posting di fb dan meng-viralkan kejadian hingga mengaitkan nama TWB. 


Beberapa tuduhan / fakta tidak tepat yang di buat dalam posting viral tersebut adalah:

1) air panas dari steamer tumpah. Salah. Bukan air panas tercurah atas muka tetapi corong steamer ter condong dan melekap/menyentuh kulit menyebabkan wap panas terkena direct ke kulit. 

2)  seperti yang di claim di post viral, ia terkena hingga leher. sedangkan tidak ada bahagian leher terkena.beautician telah pergi ke hospital dan melihat sendiri keadaan kawannya. bila di tanya, mana yang terkena leher, kawannya menunjukkan sedikit di bahagian jaw line, size lebih kurang syiling 5 sen atau 10 sen. sewaktu rawatan facial, tuala memang di letakkan di leher. Jadi bila kemalangan berlaku, leher terlindung dengan tuala


3) 3rd party claim di dalam posting tersebut beautician itu telah lepas tangan secara total. hakikatnya tidak. 


4) mula mengaitkan TWB. cikgu yang mengajar dalam twb harus dipersalahkan dan mesti bertanggungjawab atas apa yang terjadi. 


5) Dalam posting tersebut, orang ketiga yang membuat posting hanya meletakkan sedikit screenshot maklum balas founder projek TWB.  Tanpa meletakkan conversation penuh dan punca yang menyebabkan founder memberi jawapan sedemikian,




untuk pengetahuan. tiera dan kakak tiera (founder projek spa) dapat tahu tentang insiden ni selepas 3 hari.. kami tak tahu menahu tentang apa yang berlaku. Hingga satu hari kawan beautician ni (yang sedang berehat di hospital, kita panggil beliau Puan Zalina la ya) menghantar whatsapp pada kak ainul. dengan satu terjahan..tanpa memberi salam pun. 


cuba imagine kalau anda di tempat founder projek yang tak tahu menahu akan hal ni.. rasa rasa bila dapat whatsapp orang terus tanya "TWB ni ada lesen ke?" tanpa beri salam, tanpa kenalkan diri, terkejut tak? adab kat mana ye? ok takpe lagi.. founder mintak ic. sebab nak buat sedikit background check lah.  tapi lepas tu puan zalina ni beritahu apa yang telah terjadi. Founder pun feel sorry to hear that dan teruskan bertanya tentang insiden. 


Founder mengatakan betul, beautician tersebut mesti bertanggungjawab. Bukan servis mobile spa sahaja, kalau kita p treatment spa kat premis spa sendiri pun, kalau ada accident therapist/owner spa tu kena bertanggungjawab. Dan semestinya founder tak boleh dengar dengar sebelah pihak.. kena dapatkan penjelasan kedua dua pihak.. jadi founder call beautician dan tanya apa yang terjadi sebenarnya...


maka beautician memberitahu kemalangan telah berlaku tanpa di duga.. walau telah ambil reasonable steps dan langkah berjaga jaga. Tapi dah pun terjadi. kemudian beautician seek advice apa vitamin yang sesuai untuk bantu proses pemulihan kulit wajah puan zalina. beautician ini jugak merasa sedikit terkilan...


kerana mereka sama sama kawan.. sesama kawan, yang tahu tahap kewangan kawannya bagaimana..beautician itu bukan orang senang..  tetapi untuk sesama kawan, tidak ada perbincangan yang baik dan beradab mengenai tuntutan wang..


maka founder merasakan.. hal mereka berdua tidak patut ada sesiapa campur tangan.. biar mereka sesama kawan discuss elok elok.. discuss properly dan jangan gaduh2.. founder bantu dari segi consultation, apa yang sepatutnya tindakan seterusnya beautician bernama jojie itu harus lakukan..


founder hanya lah orang yang mencipta projek spa.. dan memberi peluang kepada wanita di luar untuk belajar  spa di TWB. habis belajar, masing masing bergerak dengan spa masing masing. tiada hubungan dengan TWB, mahupun sebarang komisen perlu di beri kepada TWB atas setiap servis spa. Hak masing masing, mana mungkin bila terjadi kemalangan, tiba-tiba cikgu spa harus di persalahkan?


maka founder get back to puan zalina dan explain.. bahawa kejadian yang menimpa adalah satu kemalangan dari kawan puan zalina.. dan tiada kaitan dengan TWB (since puan zalina sebolehnya nak TWB bertanggungjawab dan berikan pampasan berbelas ribu pada beliau, founder kena bagi puan zalina faham hubungan ini)


Tetapi... puan zalina terus menerus attack orang yang tidak bersalah dalam hal ni.. malah kata kata yang di susun pun.. agak boleh membuatkan kita yang tidak bersalah dan tidak kena mengena dalam hal ni.. menjadi sedikit berang.



akhirnya founder jadi sedikit bengang dengan kata kata yang di berikan oleh puan zalina.




waktu ini founder sedang menguruskan banyak urusan dan memerlukan tumpuan penuh. bimbang kata kata seterusnya dari puan zalina akan menggangu tumpuan, founder mengambil keputusan untuk blok seketika whatsapp dan merancang untuk unblok kembali dan follow up perkembangan selepas founder selesai segala urusan penting. Pada masa yang sama, founder sudah mula plan untuk mengutip dana bagi membantu meringankan bebanan yang di rasai oleh puan zalina.  Tak lama pun blok, tak sampai 24 jam pun. 


kemudian setelah unblok, founder mula whatsapp kembali puan zalina. dan perbualan mereka elok je.. dan founder mula menyusun jadual untuk menghulurkan bantuan. Founder berada di Singapore ketika ini dan keep on texting beautician, buat apa yang sepatutnya.  walau kalau kita teliti founder takde kaitan dengan apa yang terjadi, tapi atas dasar kemanusiaan founder tetap usahakan sesuatu.. malangnya.. 


tidak sampai 24 jam selepas founder whatsapp puan zalina.. kawan kepada puan zalina telah pun menulis dengan panjang lebar di fb dan siap meletakkan link page TWB. Page TWB di serang, di lempar kata kata nista oleh netizen, di caci, di maki.. allahuakbar.. 



Damages telah berlaku.. jenayah cyber dan fitnah telah di lakukan. lantas apa yang patut di rasai oleh founder? gembira? 


founder masih cuba menjaga emosi..akhirnya founder memuat naik satu status berkaitan ini.. 







hmm begitulah ceritanya.. provokasi demi provokasi.. pun founder cuba bersabar.. tapi siapalah beliau.. manusia biasa jugak.. punya hati dan perasaan.. lama lama eh sakit hati jugak lah. 



Dan tiera juga berjumpa dengan beautician.. tiera mintak handphone beautician tersebut.. nak tengok conversation penuh antara beautician tersebut dengan kawannya, puan zalina.  


istighfar panjang aku 😥 banyaknya fitnah... dan memang nampak.. dari awal lagi.. puan zalina ni plan nak dapatkan pampasan besar dari shaklee dan founder. beliau cuba untuk dapatkan pampasan dari 2 pihak ini sebab beliau tahu, kawannya yakni beautician bernama jojie ni takde duit sangat.. so kalau mintak shaklee dan founder berbaloi sikit, sebab mesti ada duit kan pada sangkaan beliau. 


saya baca perbualan day 1. jojie keep update keadaan puan zalina. dan bertanyakan wad no berapa etc. mereka jugak berborak elok je sesama kawan.. jojie tanya dah makan ke belum, puan zalina jawab dah..cuma pening sikit.. siap borak pasal kompleks tempat mereka berkerja.. tapi esok paginya,, hari kedua.. jojie menerima whatsapp berbunyi begini.. yang meminta jojie untuk usahakan supaya pihak shaklee dan founder tanggung kos belasan ribu ni. (tapi mujur puan zalina ni pun org jual insuran, dan kos hospital pun dan di biayai insuran.so takde masalah regarding bill, cuma vitamin ke, bio oil ke ape utk bantu proses pemulihan sel kulit lepas tu, insuran tak tanggung lah.) itu yang jojie akan usahakan. jojie tanya founder berkali kali apa patut di beli.. tu yang dia plan nak belikan set skincare youth, supplements seperti vivix, vitamin c, vitamin e, dan banyak lagi.. tapi since jojie cuma ada stok vitamin c, jadi jojie dahulukan mana yang ada dulu. tapi tulah, bila indirectly macam nak cakap yang di tuntut adalah belasan ribu jojie pun terkejut.. mula lah jojie cakap pasal tak ada duit dan mereka berdua mula lah berbalah (aku pon pening daaa baca 😂) jojie cuba bagi faham, ini kes antara kita dua je. takde kaitan dengan shaklee ataupun twb.. maka berlawan lawan cakap lah sesama mereka..



sekarang, apa kita nak buat? damages dah pun happened. seluruh beautician yang belajar spa dr TWB turut terkesan.. dengan kata kata penuh hasutan tukang viral "jgn amik mana mana servis dr yang belajar dr TWB". adilkah sebegini? masa dana di kumpul dr ahli2 TWB, ada yang personal whatsapp tiera beritahu rasa tak sanggup nak sumbang, sebab jahat sangat, menghukum orang yang tak bersalah. dan menghasut, memburukkan, menyebar fitnah dan macam macam lagi..I have no word to say. tergamam 😩



but alhamdulillah, rezeki tu bukan di tangan tukang viral. semua beautician masih mendapat panggilan dan booking slot spa dari klien. mereka bersyukur dan terus fokus mengubah kehidupan dan memberi nilai kepada orang lain.


inilah sedikit sebanyak yang ingin tiera kongsikan.. tentang apa yang berlaku.. tiera berterima kasih pada yang pm dan dapatkan penjelasan atau beri cadangan untuk apa yang terjadi.. dan untuk yang share share, pada tiera anda tak respect tiera sebagai kawan anda yang merupakan leader TWB. sebab itu tiera unfriend je biarlah kita tidak berkawan ya.. buat apa anda nak berkawan dengan tiera lagi kalau tak reti nak jaga hati dan perasaan kawan anda.. tidak pm bertanya dan dapatkan penjelasan malah memilih untuk menyebarkan.


bagus jugak, waktu ni baru tahu siapa yang selama ni ada rasa dengki dan iri pada kita.. allah selamatkan tiera untuk tidak bersama  dengan orang yang hasad dengki dan iri..Allah tunjukkan! contohnya ini


boleh nampak unsur sakit hati di situ 🙊 dia ni tiera ingat lagi waktu kat sekolah dulu darjah 6 kot, dia hasut kawan kawan untuk jangan kawan dengan tiera. dia cakap tiera selekeh n busuk. takpela kisah sekolah tiera andaikan mungkin tak matang lagi, maafkan je lah, rupanya sampai ke besar perangai kau ni ya.. ish2. kesian tau.. di saat orang lain dapat motivasi, dapat semangat dan inspirasi melalui perkongsian2 kita, kau je yang dapat benda lain., iaitu.. hati yang sakit. ish2 kesian..

dan banyak lagi komen komen yang sempat tiera baca sikit sebelum tiera off notificatons di post tersebut, malas dah nak baca apa apa. buang masa. 


ada yang di buang dr whatsapp group sebab tak amanah.. promo spa twb.. guna sijil twb.. tapi duit lesap! elok sangat lah perangai gitu 


ada yang bermuka muka, lepas training bukan main terima kasih mujur jumpa twb, twb ajar sangat best bla bla. kemudian muncul di posting tu cakap benda lain pulak. hehe biasa lah kan. nak jadi kaya dan berjaya, memang biasa Allah bagi test jumpa orang orang begini. Yang penting kita jangan putus asa, dan teruskan usaha. 


dan di saat viral begini, ramai jugak datang memberi sokongan dan faham dengan apa yang terjadi. Nora furla jugak ada meninggalkan sedikit komen



terima kasih jugak buat master master shaklee yang tak henti beri sokongan dan kekuatan untuk kami tempuh semua ni..


master adilah, master nana, master haji roslan, master hafsah,  n lain2 (alamak anak dah ngs nti sambung


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...