I used to have really low self esteem. Seingat saya, bermula ketika di zaman tadika. Hingga darjah 6, ia lebih kepada perasaan takut.
Takut untuk bersuara, takut untuk pertahankan hak. Bila air milo kesukaan saya tumpah (di tumpahkan oleh kawan) saya sangat takut untuk express rasa sedih saya. Sangat takut untuk bersuara dan takut walau untuk bertanya
"kenapa tumpahkan air milo aku?"
Saya diam dan menangis dalam hati. Pretending nothing happened. Saya juga takut untuk buat keputusan dan bersuara. Contoh, susunan dalam bilik kelas tadika masa tu, meja sebaris ada 3. Saya di tengah. Bila kawan berebut nak main sepsepsep-tomtomtom dan perlukan saya, saya bingung nak main dengan siapa. Yang tak dapat saya, dia akan cubit saya (sakit sangat) tapi saya relakan. Pasrah. Bila balik rumah, ibu mandikan, ibu tanya kena ada biru kat peha, saya cakap cikgu cubit sebab tak buat home-work 😅 Seriously, saya tak tahu kenapa saya macam tu.
Cuba teka saya mana satu? hehe Saya tadika di Pasti Al-Yakin, Solok Gaung. |
Dan mungkin, bila saya selalu kena buli dengan kawan (Baca : dengar je arahan kawan, ikut kehendak kawan), saya cenderung untuk buat orang lain yang rapat dan baik dengan saya perkara yang sama. Nampak tak budak kecik ni macamana, bila dia experience atau nampak sesuatu, dia senang nak tiru. Sebab tu kena selalu amik tahu kisah anak anak kita ni, dan jelaskan, what is right, what is wrong, bimbang mereka menilai perkara yang salah.
(Don't blame my parents pulak. adik beradik kami ramai dan ilmu parenting ni zaman dulu tak mudah macam kita boleh dapat harini, merata boleh baca, boleh dengar, boleh tengok kat tv)
Ok apa yang saya tiru? Saya pernah mintak kawan saya bawak saya naik basikal bila balik sekolah agama (sekolah petang), sampai kawan saya ponteng sekolah sebab takut saya mintak dia carry saya kat belakang 😂 maafkan saya kawanku (if you read this hehe). Kantoi sebab ustazah cari saya, ustazah kata
"Athirah, ____ ponteng kelas sebab dia kata takut awak mintak dia carry awak naik basikal.. Lepas ni jangan paksa dia lagi ok.. "
Masa tu saya mula berfikir. Eh salah ke apa aku buat. Aku paksa ke? Entah, tapi saya terus ambil keputusan untuk tidak lagi meminta untuk di tumpangkan. Tak pela naik bas pakcik john je lah, tapi kena bayar lah 😅
Saya mula hilang keyakinan pada diri sendiri. Saya rasa , saya seorang yang tak pandai nak berkawan, dan tak pandai nak berkomunikasi. jadi lebih baik saya duduk diam sorang sorang kan. Tak payah nak berkawan dengan sesiapa. Tapi nanti, rasa cemburu pulak orang lain berkawan sana sini.. Ohh that kind of conflict 😂 sangat buat saya bingung
Masa darjah 4 tu, memang saya mula sedikit berani. Saya mula ada perasaan nak suka budak lelaki hensem 😂 Mula feeling pretty haha. Wah nampaknya, merasakan diri kita cantik, boleh bina keyakinan diri ya. Sebab tu penting jaga kecantikan, join TWB. eh ter promote pulak 🙊 Masa tu saya tak pakai tudung lagi, jadi kita ni duk pakai cekak rambut comel comel. Tu je pun sebabnya feeling prettayyy hehe. Ok ada la orang suka suka kat kita jugak kan. haha
Masuk darjah 5 dan darjah 6. Saya mula sangat sangat tak yakin dengan diri saya. Saya rasa saya tak cantik. SEBAB SAYA COMPARE DIRI SAYA DENGAN ORANG LAIN. That's why guys. Never compare yourself dengan orang lain. Nanti jadi macam ni lah, rendah keyakinan diri.
Masa tu saya rasa orang yang cantik adalah Siti Amira dan Deeyana Haron. hahah aku reveal je nama korang ni, kalau korang baca, takpela, kira aku pecahkan dah rahsia ni 🙊
Tapi dalam pada rendah keyakinan diri tu, saya cuba cover. Saya tak nak orang nampak perasaan rendah diri ni, saya buat je ceria, beranikan diri bertegur sapa, tiru bercakap macam orang lain. Cuba amik perhatian cikgu. Tapi dalaman saya, rasa suram je 😞
Percaya tak ada kawan saya, budak pandai. Dia hasut kawan yang lain jangan berkawan dengan saya, sebab dia kata saya selekeh hahah kuangasam .
Yang bagusnya, saya berfikir. Yang tak bagusnya adalah, saya tidak bercerita dengan sesiapa. Jadi saya buat penilaian sendiri tanpa mintak pendapat ibu ke, kakak kakak ke. Siapa yang nak correct me samada apa yang saya fikir tu betul atau salah. kan?
Tapi ok lah, selekeh selekeh aku pun, ada jugak orang suka kat aku time sekolah dulu tau 😝
***amboi.. like kemahen kan baru darjah 4 dah ada perasaan cintan cintun..haha biasalah baru nak up.. naluri baru terbit, masuk sekolah menengah jd anti couple pulak. athirah free from couple2 thingy zaman sekolah tau 😂
***amboi.. like kemahen kan baru darjah 4 dah ada perasaan cintan cintun..haha biasalah baru nak up.. naluri baru terbit, masuk sekolah menengah jd anti couple pulak. athirah free from couple2 thingy zaman sekolah tau 😂
Saya sekolah JAIM. ada peralihan setahun sebelum masuk form 1. Sebab tu spm saya tahun 2006 :) |
Masuk sekolah menengah.. Dah masuk fasa low self esteem lain pulak. I mean, makin bertambah tak yakin dengan diri sendiri berbakul-bakul banyaknya!
The reason why saya tak suka zaman sekolah saya, zaman universiti saya. Adalah sebab, saya tidak bahagia dengan perasaan saya. Saya rasa terpenjara dengan sifat low self esteem ni 😔
Look, saya faham bila ada yang rasa tak percaya
" Betul ke tiera dulu macam tu? betul ke tiera tak confident? rasa dia banyak je potpet potpet. Rasa dia ada je masuk debate bagai.. celah mana tak confident.."
Yang laluinya adalah saya. Dalaman saya.. saya je yang tahu.. sentiasa rasa tak seronok, tak bahagia, sampai saya pernah menangis sebab rasa kan orang lain cantik dan saya hodoh! Tak percaya tanya kakak saya master ainul, dia saksikan macamana saya menangis dan terkejut dengar jawapan saya menangis adalah sebab >>> lihat seseorang itu cantik dan rasa saya tak cantik. haish teruk betul saya dulu 😩
SPM berlalu, mula masuk universiti. Dapat pengajian undang-undang pulak, matilanak.. lagi kuat aku compare diri aku dengan orang lain 😖 Budak budak law ni ramai yang pandai, speaking berhabuk, anak orang kaya, fashionista. haha aduhai macamana ni nak lalui zaman universiti ni.
Sebenarnya, sebab saya terlalu fikir benda benda ni sampai saya tak boleh fokus belajar. Saya banyak mengelamun. Sampai saya ada repeat paper 😔
Saya tak suka sifat saya, perangai saya, cara saya berfikir, cara saya berkomunikasi masa waktu universiti dulu. sorry lah ye kawan kawan law kalau ada rasa saya pelik atau annoyed dulu 😷 Saya cuma seorang budak perempuan yang terlalu rendah keyakinan diri tapi berusaha nak jadi berani hingga tak boleh nak bezakan perkataan yang patut keluar dari mulut dengan yang tidak. Kadang sebab terlalu rasa insecure, sampai merungut berkali kali nak kurus, nak putih sedang orang sebelah saya waktu tu lagi gemuk dan lagi gelap, apa agaknya perasaan dia masa tu saya merungut macam tu arghh athirah kenapa cakap macam tu! aduhduh 😶
Sebenarnya kita ni suka fikir bukan bukan. walhal orang lain tak fikir pun kita macam tu, tak pandang pun kita macam tu. kita terlalu overthink, dan insecure memanjang. Bila ingat balik. Okay je sebenarnya dulu, bukan aku takde rupa pun. Bukan selekeh sangat pun. bukan bodoh sangat pun 😅 tapi sebab banyak sangat assumption kan. makanya hati langsung tak bahagia. Apepun I thank god untuk semua kenangan manis dan pengalaman berharga menjadi student law dulu. banyak je exposure yang positif saya dapat :)
masa ni class party. baru sem 1 ke sem 2 hehe saya yang seluar putih tu |
No wine & cheese party. saya yang shawl purple tu |
Lawatan ke rumah tanjung ampang. orang orang kurang upaya. Healthcare Law . Saya yang tudung putih |
my mooting team. Boleh pulak dapat semua lelaki aku sorang perempuan kan. Dah lah kita ni low self esteem, tak confident aduhai 😂 |
But alhamdulillah, ok lah berjaya jugak conquer my fear walau banyak ketakutan, kekurangan dan kelemahan. Bila throwback kan, saya rasa sebenarnya saya patut enjoy semua moment.. seronok je sebenarnya zaman belajar ni kan 😀
cukup lah dulu bercerita tentang zaman belajar di universiti dulu. Ni kalau story banyak sangat, tak habis nanti satu entry ni hehe. tu lain entry boleh bercerita 😊 |
lepas konvo dan buat shaklee.. saya mula belajar banyak benda baru. salah satunya, saya belajar untuk sayang diri sendiri.
Perasaan perasan seperti
saya rasa down, saya tak yakin, saya tak bahagia, saya tak hebat macam orang lain
semua ni berpunca bila kita tak sayangkan diri kita dan bila keep on banding-bandingkan diri kita dengan orang lain.
Sayang diri sendiri + bersyukur + terima diri seadanya + improve mana yang boleh di perbaiki, ambil tindakan lah. jangan hanya berharap perubahan akan berlaku tanpa kita berusaha kan.
tu je sebenarnya formula nak tingkatkan keyakinan diri ni dan jadi lebih baik 😊
Dulu saya rasa saya tak cantik,
saya rasa bentuk muka saya bulat, bibir saya tebal, mata jawa (I rabun dan pakai contact lense thus u tak nampak mata jawa I, kalau I pakai cermin mata, boleh nampak mata jawa I hehe)
sekarang saya suka je semua. I embrace je muka bulat ke apa ke. ok apa shape muka bulat, nampak awet muda biasanya muka bulat ni. hihi
saya bersyukur dengan apa yang saya ada. saya hitung satu persatu nikmat yang saya miliki.
nikmat mata dapat melihat, nikmat telinga, semua pancaindera. kemudian saya beri penghargaan pada diri sendiri. Apa antara perkara yang saya pernah buat, saya cakap dengan diri saya
takde lah teruk sangat pun kau ni tiera. Ok lah tu.. ade je benda elok kau pernah buat, ade ramai je yang suka berkawan dengan kau, ade jugak pencapaian kau.
dan mana mana yang kurang, saya akan berusaha untuk perbaiki. macam tu je sebenarnya..
di kesempatan ini.. saya sebenarnya nak buat ucapan khas untuk diri saya sendiri..
Dear Athirah,
I love you so much. Terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya. terima kasih sebab sabar dan terus berusaha. Terima kasih sebab berani berubah.. Dari penakut jadi makin berani, dari pemalu dan tak yakin dengan diri sendiri, jadi lebih confident, dari negatif jadi lebih positif, dari seorang yang berimpian kecil menjadi seorang yang punya impian besar. Terima kasih sebab selalu bagi kata kata semangat dan harapan. awak teman terbaik saya. I'm sorry for making you sad.. kutuk bentuk muka, bentuk bibir, kata awak hodoh, rasa awak bodoh, saya mintak maaf 😢 saya tak hargai awak sebelum ni. Saya janji, lepas ni saya akan buat terbaik untuk kita. happy birthday, myself, I love you.
======================
Apa saja yang kita rasa, sebenarnya itu adalah refleksi tentang apa yang kita percaya tentang diri kita. kalau kita percaya kita bodoh, maka memang bodoh lah kita. kalau kita percaya kita tak bodoh, kita pandai, kita berguna, kita bijak. Inshallah itulah kita yang sebenar :)
Be aunthentic. Jadi diri kita sendiri.
Learn to say no. Belajar untuk speak your mind in a kind but firm manner. jangan jadi mangsa buli macam masa saya tadika dulu hehe
Izinkan diri sendiri untuk buat kesilapan. Kita tak nak bertindak kadang-kadang sebab kita takut sangat macamana kalau tak menjadi, kalau gagal, kalau tak berjaya. buat je lah, kalau gagal, its ok. dapat belajar sesuatu.
Your self esteem is a measure of how worthy you think you are. Kita set kan kita nak jadi orang terbaik untuk diri kita macamana, dan berusaha lah untuk live up to those expectations.
Love, Athirah Tieramiessyou nah video khas , dedicate tou you . klik link >> Love Yourself << |
No comments:
Post a Comment