HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kisah Viral TWB




Assalamualaikum :)


Harini Allah kejut untuk bangun tahajjud, di sebalik damainya merasai ketenangan saat ini.. tiba-tiba tiera terpanggil untuk kongsikan kisah viral TWB. Sebenarnya nak move on dah, malas dah nak ulas isu ini dan nak fokus dengan kita punya kehidupan, tanggungjawab dalam bisnes dan sebagainya. Tapi rasa macam, share la satu ni last. Lepas ni tak nak fikir lagi dah. Distract fokus tau. OK sharing tiera ni, tiera akan explain satu persatu ok.



APA ITU TWB 

Satu projek spa menggunakan produk berkualiti iaitu shaklee. Sesiapa berminat untuk buat bisnes spa secara bergerak (mobile) dan persendirian, tanpa terikat dengan mana mana company atau tanpa perlu share keuntungan hasil servis pada sesiapa, jadi TWB adalah jawapannya. Kerana TWB menyediakan pakej belajar teknik spa dari wajah, hingga ke kaki, tangan dan badan tanpa mewujudkan sebarang hubungan sebagai syarikat dan staff/agen.  So untung servis spa 100% masuk poket sendiri. Kiranya TWB ibarat kelas spa, yang akan supply sekali produk dr shaklee untuk kegunaan menjalankan servis spa nanti. Kalau anda memang suka spa pakai produk shaklee, boleh lah terus join dan senang kerja anda, tak payah fikir banyak dah apa produk kena beli etc. semua dah di siapkan. Tapi kalau anda tak nak guna produk shaklee, anda ada pilihan samada nak teruskan hasrat untuk belajar dari TWB atau tidak. Ye , pilihan di tangan anda. Yang pasti ramai join belajar dari TWB bukan sebab mahukan produk yang berkualiti je, tapi rata rata mahukan juga support group, sokongan sistem dan mahukan teknik yang simple dan tak renyah. Nak teknik simple tapi result power. Itulah secara ringkas apa itu TWB. jika mahu tahu lebih detail boleh klik SINI . TWB sama seperti kelas kelas lain di luar sana, kelas baking, kelas belajar buat sandwich, kelas belajar memandu, kelas make up, dan sebagainya. 




WAJIB KE SETIAP ORANG YANG BELAJAR TEKNIK SPA DARI TWB, UNTUK GUNA NAMA TWB DALAM MARKETING SPA MEREKA? 


Tidak.There is no any obligations ke atas mereka yang dah belajar dari TWB. Semua yang sudah habis training twb, tidak wajib untuk membawa nama TWB. Tetapi, kerana TWB ada nama tersendiri, agak popular dan di kenali ramai jugak, Maka ramai yang suka gembira untuk mengaku bahawa mereka adalah ahli spa TWB, pelajar spa TWB. Saya sendiri lepas dah belajar dari TWB, saya suka sebut dengan bangga bahawa saya adalah ahli spa TWB. Seronok untuk memberitahu bahawa saya beautician TWB. Sebab sedikit sebanyak ia membantu untuk buat orang lebih yakin untuk dapatkan servis spa dari saya, tumpang nama hebat TWB jugak la kiranya ni hehe Lumrah, benda seperti ini menyumbang pada kepercayaan orang terhadap kita. Sebagai contoh, kita bangga untuk mengakui bahawa kita bekas pelajar MRSM contohnya, bekas pelajar University sekian sekian. Atau kita anak didik seorang cikgu bisnes / satu akedemik yang hebat di malaysia. Ia boleh jadi salah satu sebab untuk buat orang lebih yakin dengan kita. Pasti kita bangga untuk mengakuinya bukan? likewise in TWB. Ramai bangga untuk mengatakan "saya TWB" kerana kita tahu, TWB ni dah lahirkan ramai orang berjaya dan ramai beautician yang best best servisnya. Kita mahu tumpang sekaki. Jadi, tidak wajib guna nama twb, tetapi jika mahu sebut, tiada masalah. Asal jangan menipu sudahlah.




PENGGUNAAN STEAMER, ADAKAH WAJIB  DALAM PAKEJ SPA TWB?


Jawapannya, tidak, kerana TWB lebih menekankan kesan 'power' dari produk shaklee itu sendiri. tak perlu pakai alat canggih canggih pun, hasil boleh mantap. Malah pada asalnya pakej TWB langsung tidak ada steamer. Tetapi makin ramai yang mahu belajar dari TWB, mula makin banyak permintaan untuk di belikan steamer dan di letakkan dalam pakej, Kerana ramai yang mengatakan customer suka ada steamer, jadi mohon cadangan untuk sediakan steamer dalam pakej di pertimbangkan. Maka pengasas projek setuju, dan mula mendapatkan steamer dari kedai. Tetapi ia tetap dalam kategori pilihan, optional. Bermaksud nak guna ke taknak guna ke, takde masalah. Tapi trainer TWB tetap akan beri garis panduan cara menggunakan steamer dengan selamat.


saya ketika baru selesai menjalankan servis spa bergerak di terengganu. lihat beg yang saya bawa, memang tak muat untuk masukkan steamer since ini sebenarnya beg make up yang ada mentol mentol tu. Jadi cuma muat bawak skincare dari shaklee sahaja dalam beg ni berserta berus masker dan peralatan kecil yang lain. ini post 3 tahun lepas, ye TWB dah lama. 3 tahun dah dan saya antara yang terawal belajar spa dari TWB. 




ISU VIRAL TWB, APA CERITA SEBENARNYA? 


Bermula dengan satu fitnah mengatakan TWB perlu bertanggungjawab terhadap satu insiden ni. 

Kisahnya, ada salah seorang beautician, yang pernah belajar spa dari TWB menjalankan servis facial keatas kawannya. Malang tidak berbau, berlaku kemalangan di mana steamer yang di gunakan, terslide condong ke bawah dan steam nya, wap panas nya, terkena direct ke kulit. maka pastilah kulit kawan beautician tersebut mengalami kecederaan yakni kulit burn. Mengikut jalan cerita, kemalangan telah berlaku walaupun beautician tersebut telah mengambil beberapa langkah berjaga jaga. Tetapi tiada siapa boleh menjangkakan kemalangan yang bakal berlaku dan apabila terjadi, sudah pasti beautician tersebut harus bertanggungjawab, ini tidak dapat di nafikan. Isu mula timbul apabila ada campur tangan pihak ketiga yang membuat satu posting di fb dan meng-viralkan kejadian hingga mengaitkan nama TWB. 


Beberapa tuduhan / fakta tidak tepat yang di buat dalam posting viral tersebut adalah:

1) air panas dari steamer tumpah. Salah. Bukan air panas tercurah atas muka tetapi corong steamer ter condong dan melekap/menyentuh kulit menyebabkan wap panas terkena direct ke kulit. 

2)  seperti yang di claim di post viral, ia terkena hingga leher. sedangkan tidak ada bahagian leher terkena.beautician telah pergi ke hospital dan melihat sendiri keadaan kawannya. bila di tanya, mana yang terkena leher, kawannya menunjukkan sedikit di bahagian jaw line, size lebih kurang syiling 5 sen atau 10 sen. sewaktu rawatan facial, tuala memang di letakkan di leher. Jadi bila kemalangan berlaku, leher terlindung dengan tuala


3) 3rd party claim di dalam posting tersebut beautician itu telah lepas tangan secara total. hakikatnya tidak. 


4) mula mengaitkan TWB. cikgu yang mengajar dalam twb harus dipersalahkan dan mesti bertanggungjawab atas apa yang terjadi. 


5) Dalam posting tersebut, orang ketiga yang membuat posting hanya meletakkan sedikit screenshot maklum balas founder projek TWB.  Tanpa meletakkan conversation penuh dan punca yang menyebabkan founder memberi jawapan sedemikian,




untuk pengetahuan. tiera dan kakak tiera (founder projek spa) dapat tahu tentang insiden ni selepas 3 hari.. kami tak tahu menahu tentang apa yang berlaku. Hingga satu hari kawan beautician ni (yang sedang berehat di hospital, kita panggil beliau Puan Zalina la ya) menghantar whatsapp pada kak ainul. dengan satu terjahan..tanpa memberi salam pun. 


cuba imagine kalau anda di tempat founder projek yang tak tahu menahu akan hal ni.. rasa rasa bila dapat whatsapp orang terus tanya "TWB ni ada lesen ke?" tanpa beri salam, tanpa kenalkan diri, terkejut tak? adab kat mana ye? ok takpe lagi.. founder mintak ic. sebab nak buat sedikit background check lah.  tapi lepas tu puan zalina ni beritahu apa yang telah terjadi. Founder pun feel sorry to hear that dan teruskan bertanya tentang insiden. 


Founder mengatakan betul, beautician tersebut mesti bertanggungjawab. Bukan servis mobile spa sahaja, kalau kita p treatment spa kat premis spa sendiri pun, kalau ada accident therapist/owner spa tu kena bertanggungjawab. Dan semestinya founder tak boleh dengar dengar sebelah pihak.. kena dapatkan penjelasan kedua dua pihak.. jadi founder call beautician dan tanya apa yang terjadi sebenarnya...


maka beautician memberitahu kemalangan telah berlaku tanpa di duga.. walau telah ambil reasonable steps dan langkah berjaga jaga. Tapi dah pun terjadi. kemudian beautician seek advice apa vitamin yang sesuai untuk bantu proses pemulihan kulit wajah puan zalina. beautician ini jugak merasa sedikit terkilan...


kerana mereka sama sama kawan.. sesama kawan, yang tahu tahap kewangan kawannya bagaimana..beautician itu bukan orang senang..  tetapi untuk sesama kawan, tidak ada perbincangan yang baik dan beradab mengenai tuntutan wang..


maka founder merasakan.. hal mereka berdua tidak patut ada sesiapa campur tangan.. biar mereka sesama kawan discuss elok elok.. discuss properly dan jangan gaduh2.. founder bantu dari segi consultation, apa yang sepatutnya tindakan seterusnya beautician bernama jojie itu harus lakukan..


founder hanya lah orang yang mencipta projek spa.. dan memberi peluang kepada wanita di luar untuk belajar  spa di TWB. habis belajar, masing masing bergerak dengan spa masing masing. tiada hubungan dengan TWB, mahupun sebarang komisen perlu di beri kepada TWB atas setiap servis spa. Hak masing masing, mana mungkin bila terjadi kemalangan, tiba-tiba cikgu spa harus di persalahkan?


maka founder get back to puan zalina dan explain.. bahawa kejadian yang menimpa adalah satu kemalangan dari kawan puan zalina.. dan tiada kaitan dengan TWB (since puan zalina sebolehnya nak TWB bertanggungjawab dan berikan pampasan berbelas ribu pada beliau, founder kena bagi puan zalina faham hubungan ini)


Tetapi... puan zalina terus menerus attack orang yang tidak bersalah dalam hal ni.. malah kata kata yang di susun pun.. agak boleh membuatkan kita yang tidak bersalah dan tidak kena mengena dalam hal ni.. menjadi sedikit berang.



akhirnya founder jadi sedikit bengang dengan kata kata yang di berikan oleh puan zalina.




waktu ini founder sedang menguruskan banyak urusan dan memerlukan tumpuan penuh. bimbang kata kata seterusnya dari puan zalina akan menggangu tumpuan, founder mengambil keputusan untuk blok seketika whatsapp dan merancang untuk unblok kembali dan follow up perkembangan selepas founder selesai segala urusan penting. Pada masa yang sama, founder sudah mula plan untuk mengutip dana bagi membantu meringankan bebanan yang di rasai oleh puan zalina.  Tak lama pun blok, tak sampai 24 jam pun. 


kemudian setelah unblok, founder mula whatsapp kembali puan zalina. dan perbualan mereka elok je.. dan founder mula menyusun jadual untuk menghulurkan bantuan. Founder berada di Singapore ketika ini dan keep on texting beautician, buat apa yang sepatutnya.  walau kalau kita teliti founder takde kaitan dengan apa yang terjadi, tapi atas dasar kemanusiaan founder tetap usahakan sesuatu.. malangnya.. 


tidak sampai 24 jam selepas founder whatsapp puan zalina.. kawan kepada puan zalina telah pun menulis dengan panjang lebar di fb dan siap meletakkan link page TWB. Page TWB di serang, di lempar kata kata nista oleh netizen, di caci, di maki.. allahuakbar.. 



Damages telah berlaku.. jenayah cyber dan fitnah telah di lakukan. lantas apa yang patut di rasai oleh founder? gembira? 


founder masih cuba menjaga emosi..akhirnya founder memuat naik satu status berkaitan ini.. 







hmm begitulah ceritanya.. provokasi demi provokasi.. pun founder cuba bersabar.. tapi siapalah beliau.. manusia biasa jugak.. punya hati dan perasaan.. lama lama eh sakit hati jugak lah. 



Dan tiera juga berjumpa dengan beautician.. tiera mintak handphone beautician tersebut.. nak tengok conversation penuh antara beautician tersebut dengan kawannya, puan zalina.  


istighfar panjang aku 😥 banyaknya fitnah... dan memang nampak.. dari awal lagi.. puan zalina ni plan nak dapatkan pampasan besar dari shaklee dan founder. beliau cuba untuk dapatkan pampasan dari 2 pihak ini sebab beliau tahu, kawannya yakni beautician bernama jojie ni takde duit sangat.. so kalau mintak shaklee dan founder berbaloi sikit, sebab mesti ada duit kan pada sangkaan beliau. 


saya baca perbualan day 1. jojie keep update keadaan puan zalina. dan bertanyakan wad no berapa etc. mereka jugak berborak elok je sesama kawan.. jojie tanya dah makan ke belum, puan zalina jawab dah..cuma pening sikit.. siap borak pasal kompleks tempat mereka berkerja.. tapi esok paginya,, hari kedua.. jojie menerima whatsapp berbunyi begini.. yang meminta jojie untuk usahakan supaya pihak shaklee dan founder tanggung kos belasan ribu ni. (tapi mujur puan zalina ni pun org jual insuran, dan kos hospital pun dan di biayai insuran.so takde masalah regarding bill, cuma vitamin ke, bio oil ke ape utk bantu proses pemulihan sel kulit lepas tu, insuran tak tanggung lah.) itu yang jojie akan usahakan. jojie tanya founder berkali kali apa patut di beli.. tu yang dia plan nak belikan set skincare youth, supplements seperti vivix, vitamin c, vitamin e, dan banyak lagi.. tapi since jojie cuma ada stok vitamin c, jadi jojie dahulukan mana yang ada dulu. tapi tulah, bila indirectly macam nak cakap yang di tuntut adalah belasan ribu jojie pun terkejut.. mula lah jojie cakap pasal tak ada duit dan mereka berdua mula lah berbalah (aku pon pening daaa baca 😂) jojie cuba bagi faham, ini kes antara kita dua je. takde kaitan dengan shaklee ataupun twb.. maka berlawan lawan cakap lah sesama mereka..



sekarang, apa kita nak buat? damages dah pun happened. seluruh beautician yang belajar spa dr TWB turut terkesan.. dengan kata kata penuh hasutan tukang viral "jgn amik mana mana servis dr yang belajar dr TWB". adilkah sebegini? masa dana di kumpul dr ahli2 TWB, ada yang personal whatsapp tiera beritahu rasa tak sanggup nak sumbang, sebab jahat sangat, menghukum orang yang tak bersalah. dan menghasut, memburukkan, menyebar fitnah dan macam macam lagi..I have no word to say. tergamam 😩



but alhamdulillah, rezeki tu bukan di tangan tukang viral. semua beautician masih mendapat panggilan dan booking slot spa dari klien. mereka bersyukur dan terus fokus mengubah kehidupan dan memberi nilai kepada orang lain.


inilah sedikit sebanyak yang ingin tiera kongsikan.. tentang apa yang berlaku.. tiera berterima kasih pada yang pm dan dapatkan penjelasan atau beri cadangan untuk apa yang terjadi.. dan untuk yang share share, pada tiera anda tak respect tiera sebagai kawan anda yang merupakan leader TWB. sebab itu tiera unfriend je biarlah kita tidak berkawan ya.. buat apa anda nak berkawan dengan tiera lagi kalau tak reti nak jaga hati dan perasaan kawan anda.. tidak pm bertanya dan dapatkan penjelasan malah memilih untuk menyebarkan.


bagus jugak, waktu ni baru tahu siapa yang selama ni ada rasa dengki dan iri pada kita.. allah selamatkan tiera untuk tidak bersama  dengan orang yang hasad dengki dan iri..Allah tunjukkan! contohnya ini


boleh nampak unsur sakit hati di situ 🙊 dia ni tiera ingat lagi waktu kat sekolah dulu darjah 6 kot, dia hasut kawan kawan untuk jangan kawan dengan tiera. dia cakap tiera selekeh n busuk. takpela kisah sekolah tiera andaikan mungkin tak matang lagi, maafkan je lah, rupanya sampai ke besar perangai kau ni ya.. ish2. kesian tau.. di saat orang lain dapat motivasi, dapat semangat dan inspirasi melalui perkongsian2 kita, kau je yang dapat benda lain., iaitu.. hati yang sakit. ish2 kesian..

dan banyak lagi komen komen yang sempat tiera baca sikit sebelum tiera off notificatons di post tersebut, malas dah nak baca apa apa. buang masa. 


ada yang di buang dr whatsapp group sebab tak amanah.. promo spa twb.. guna sijil twb.. tapi duit lesap! elok sangat lah perangai gitu 


ada yang bermuka muka, lepas training bukan main terima kasih mujur jumpa twb, twb ajar sangat best bla bla. kemudian muncul di posting tu cakap benda lain pulak. hehe biasa lah kan. nak jadi kaya dan berjaya, memang biasa Allah bagi test jumpa orang orang begini. Yang penting kita jangan putus asa, dan teruskan usaha. 


dan di saat viral begini, ramai jugak datang memberi sokongan dan faham dengan apa yang terjadi. Nora furla jugak ada meninggalkan sedikit komen



terima kasih jugak buat master master shaklee yang tak henti beri sokongan dan kekuatan untuk kami tempuh semua ni..


master adilah, master nana, master haji roslan, master hafsah,  n lain2 (alamak anak dah ngs nti sambung


Detoks Program








Tada! Remember I told you something new is coming? Ia adalah program detoks by TWB punya team!



Apa sebenarnya detoks ni? 


Detoks (detox) ni singkatan dari perkataan detoxifications. Pembersihan tubuh dalaman. Kita memang sepatutnya servis badan kita ni. Macam spring cleaning la tahu kan. 


Detoks adalah proses pembuangan toksin daripada badan, melalui organ organ detoks badan. 

So kesan dia badan kita ringan, kulit kita cantik dan kita dapat banyak lagi manfaat kesihatan dari segi lain lain. 




Kenapa kita kena detoks? 

untuk buang toksin dari badan. persoalannya, betul ke badan kita banyak toksin?


Kita hidup dalam environment yang semakin hari semakin teruk. 

Pencemaran
Radiation
Racun

Kita duk makan lah semua makanan organik, duduk kat kampung banyak pokok pokok pun.. 


kita tetap terdedah kepada pencemaran , radiasi dan racun!


Asap rokok , asap kilang, bahan pencuci yang tak selamat, jerebu, racun dari pertanian, barang kosmetik yang kita pakai, handphone yang kita pegang selalu tu fuh radiation!


Semua ni menyumbang kepada pengumpulan toksin dalam badan, lepas tu pemakanan pun bukan kita jaga sangat pun 😑 fastfood dah jadi amalan dah



1) DETOKS UNTUK KURUS



ini kak laila. dia dah join detoks program detoks sebelum ni. sekarang dah macam anak dara!



my business partner punya suami. fuh kesan detoks dahsyad!





PERNAH BUAT ATKIN DIET TAPI NAIK SEMULA

Kalau nak tahu kak laila sebelum detoks pernah buat atkin. Tahu kan yang makan protein sahaja tu. Awalnya berat kak laila 58 kemudian buat atkin turun jadi 55. Lepas tu dia stop diet tersebut, zuppp naik terus 60kg!!  


kenapa jadi macam tu ya? tengok gambar ni anda akan faham



Saya nak kongsi satu pengakuan salah seorang peserta detoks ni

*********


"Nak share Cerita detox saya.Sebelum ni ada juga jaga makan, tak makan nasi, ambik protein. Tapi berat tak turun2 sbb tak bole tinggal nescafe n teh tarik😬.

Tapi bila Master Zura n geng ajak untuk buat detox shaklee terus saya join untuk cabar diri sendiri.

Entah macam mana, dengan aura yang ada dalam team detox tu, saya mampu untuk buat detox pertama kali. saya guna semua supplement detox.


Alhamdulillah hari ke 4 dah nmpak kesan, berat turun 3 kg, inci hilang 3 cm masa tu.

Bila dah nmpak hasil, saya pun teruskan detox smapi hari ke 7.

Saya lupa terus pasal nescafe n teh tarik. tak sanggup lagi minum air manis n makan makanan yg masin.

Habis sesi detox pertama kali, saya turun 5kg dalam masa 7 hari. Inci hilang 4cm!


Yang paling seronok, tak der lagi rasa mencungap bila naik tangga. nak lari pun rasa ringan jer badan, dan....yang paling seronok, nafas semakin panjang, bila mengaji lancar jer. Kulit rasa lebih lembab dan halus


Satu lagi saya nak kongsikan. lepas sesi saya detox, 2 orang kakak saya turut serta buat detox.


Kakak saya umur 56 dan 45. 
Kakak yang umur 56 tu habis detox berat turun 4kg. inci tak sure sebab dia tak ukur, tapi baju semua dah longgar. Paling best, tumit dia dah tak sakit lagi lepas detox. Kakak yang umur 45 tu lepas detox turun 5kg, inci hilang 4cm.

 
Suami saya pun turut serta buat detox ni lepas nmpak kesan detox dari saya. lepas habis sesi detox, berat dia turun 5kg, inci hilang 4cm ( dengan senaman).

Tapi yang paling best, lepas detox tu angin dalam badan dia hampir tiada. Sebelum detox dia sentiasa sendawa angin, terutama dalam kereta n tempat yang ada penghawa dingin. Lepas detox tak dengar lagi bunyi sendawa dia. kalau tak sebelum ni sepanjang perjalanan nak gi kerja n balik kerja, ke mana2 saja dalam kereta sentiasa bunyi sendawa dia.

Lepas dah rasa kesan dari detox ni, kami semua terus amalkan pemakanan sihat. Lepas detox ni, kalau terlebih makan bila ada kenduri atau balik kg, berat tetap maintain. 
Tu yg best dengan detox shaklee ni.

Saya teruskan detox shaklee untuk target nak turunkan lagi 8kg. Turun berat badan dengan cara yang sihat. Kali ni dengan senaman sekali. InShaAllah....target January 2019 ni saiz dah tukar ke M😊"



*****

Best kan! Saya sendiri pun sangat teruja mendengarkan sharing kak rubiyah ni! Detoks hilangkan ketagih nak minum manis!!


10 hari 7kg loss!? 😱





2) DETOKS UNTUK SIHAT


an lagi best, detoks selesaikan masalah lain jugak! 

lepas detoks eh eh dah takde gerd lagi? bye bye ubat ubatan! yeayy tak payah makan ubat lagi sebab dah sihat lepas detoks!



3) DETOKS UNTUK KULIT CANTIK


bertahun jerawat di muka, akhirnya dengan detoks. kulit bersih!

ini power! dalam masa seminggu ye!





4) DETOKS UNTUK USAHA DAPAT ANAK



Ni semua 'mangsa-mangsa' detoks. Ramai lagi pregnant selepas detoks. saya sendiri berjaya hamil selepas detoks. padahal, 3 tahun dah usaha tak dapat dapat. Alhamdulillah!



PERBEZAAN PROGRAM DETOKS KAMI DENGAN PROGRAM LAIN DI LUAR SANA



Baik, mari kenal pasti dahulu apa kag organ organ dalam badan kita yang tuhan cipta memang untuk detoks? 

1) usus
2) buah pinggang
3) hati 
4) paru-paru
5) kulit 
6) limfatik

Kebiasannya, program detoks lain fokus detoks usus sahaja kan? Bila detoks usus, banyak yang mudah berak je lah. Maaf direct sangat guna perkataan ni 😂


Tak ada pun yang amik berat tentang HATI. Walhal hati ni main kan peranan sangat penting. Hati JALANKAN DETOKS 70% dalam badan!! kenapa ramai fokus usus sahaja? 


Detoks kami sangat mementingkan semua terutama hati


fungsi hati 


1) singkirkan toksin dari badan
2) rembeskan enxim dan jus hempedu untuk asimilasi lemak


Kita harini banyak makan fastfood, sos sos kicap bagai yang menyebabkan hati kita semakin hari semakin terbeban. Hati kita jadi busy sampai tak sempat nak betul betul proses. Tu rasa tak sihat je kan. 


Tidur dah lama tapi rasa macam tak cukup je. Makan supplement pun macam takde kesan. Sebab badan kita banyak sangat toksin. 



So perbezaan kita adalah kita detoks bukan usus sahaja tapi MENYELURUH!


Detoks kami ni detoks shaklee. Menu dan aturan pemakanan di susun oleh nutritionist dan di endorse oleh Dr Gladys Block! Program ini sangat tersusun dan complete!



ANTARA TANDA TANDA ANDA PERLU DETOKS


  • Berat badan bertambah - metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
  • Sembelit
  • Kulit Kusam
  • Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab, slow!
  • Cepat marah, rasa nak mengamok aje. hehehe
  • Keinginan makan banyak, craving sugary foods (sel lapar aje, tak cukup nutrient). Kalau gi kenduri, open house pinggan tu penuh tamak sangat. 
  • Susah nak fokus dalam masa lama
  • Penyerapan nutrisi yang kurang - makan vitamin takde kesan pun! orang lain makan shaklee berkesan
  • Senang dijangkati penyakit - flu, demam
  • Susah tidur
  • Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan. 
  • Sering ada lingkaran hitam bawah mata
  • Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi
  • Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
  • Mulut / Nafas Berbau
  • Menghadapi masalah ALERGIK
  • Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 sawan sehari
  • Mengalami Eczma, jerawat atau Psoriasis


antara kesan kalau buat detoks. best nye! 


So macamana nak join? 




menu yang kita akan sediakan

selama 7 hari :)














Something new is coming!!

yuhuu! I have surprise for you guys!



Inshallah esok, nanti kan satu program tergempar yang akan mengubah 360 darjah hidup anda, diri anda, appearance anda!



Penglibatan anda dalam program ni akan membuatkan anda


TIBA-TIBA jadi cantik... 
TERPAKSA dapat badan kurus dan sihat
TERPAKSA pulak nikmati penjimatan untuk jadi agen spa TWB hingga RM2399! Save jimat banyak tu bila join program ni! 



Amacam, ada beran? nanti kan esok ya! 




Happy Birthday, Athirah Tieramiessyou



I used to have really low self esteem. Seingat saya, bermula ketika di zaman tadika. Hingga darjah 6, ia lebih kepada perasaan takut. 


Takut untuk bersuara, takut untuk pertahankan hak. Bila air milo kesukaan saya tumpah (di tumpahkan oleh kawan) saya sangat takut untuk express rasa sedih saya. Sangat takut untuk bersuara dan takut walau untuk bertanya 


 "kenapa tumpahkan air milo aku?" 


Saya diam dan menangis dalam hati. Pretending nothing happened. Saya juga takut untuk buat keputusan dan bersuara. Contoh, susunan dalam bilik kelas tadika masa tu, meja sebaris ada 3. Saya di tengah. Bila kawan berebut nak main sepsepsep-tomtomtom dan perlukan saya, saya bingung nak main dengan siapa. Yang tak dapat saya, dia akan cubit saya (sakit sangat) tapi saya relakan. Pasrah. Bila balik rumah, ibu mandikan, ibu tanya kena ada biru kat peha, saya cakap cikgu cubit sebab tak buat home-work 😅 Seriously, saya tak tahu kenapa saya macam tu. 


Cuba teka saya mana satu? hehe Saya tadika di Pasti Al-Yakin, Solok Gaung. 


Dan mungkin, bila saya selalu kena buli dengan kawan (Baca : dengar je arahan kawan, ikut kehendak kawan), saya cenderung untuk buat orang lain yang rapat dan baik dengan saya perkara yang sama. Nampak tak budak kecik ni macamana, bila dia experience atau nampak sesuatu, dia senang nak tiru. Sebab tu kena selalu amik tahu kisah anak anak kita ni, dan jelaskan, what is right, what is wrong, bimbang mereka menilai perkara yang salah.


(Don't blame my parents pulak. adik beradik kami ramai dan ilmu parenting ni zaman dulu tak mudah macam kita boleh dapat harini, merata boleh baca, boleh dengar, boleh tengok kat tv)


Ok apa yang saya tiru? Saya pernah mintak kawan saya bawak saya naik basikal bila balik sekolah agama (sekolah petang), sampai kawan saya ponteng sekolah sebab takut saya mintak dia carry saya kat belakang 😂 maafkan saya kawanku (if you read this hehe). Kantoi sebab ustazah cari saya, ustazah kata 


"Athirah, ____ ponteng kelas sebab dia kata takut awak mintak dia carry awak naik basikal.. Lepas ni jangan paksa dia lagi ok.. " 


Masa tu saya mula berfikir. Eh salah ke apa aku buat. Aku paksa ke? Entah, tapi saya terus ambil keputusan untuk tidak lagi meminta untuk di tumpangkan. Tak pela naik bas pakcik john je lah, tapi kena bayar lah 😅



Saya mula hilang keyakinan pada diri sendiri. Saya rasa , saya seorang yang tak pandai nak berkawan, dan tak pandai nak berkomunikasi. jadi lebih baik saya duduk diam sorang sorang kan. Tak payah nak berkawan dengan sesiapa. Tapi nanti, rasa cemburu pulak orang lain berkawan sana sini.. Ohh that kind of conflict 😂 sangat buat saya bingung



Masa darjah 4 tu, memang saya mula sedikit berani. Saya mula ada perasaan nak suka budak lelaki hensem 😂 Mula feeling pretty haha. Wah nampaknya, merasakan diri kita cantik, boleh bina keyakinan diri ya. Sebab tu penting jaga kecantikan, join TWB. eh ter promote pulak 🙊 Masa tu saya tak pakai tudung lagi, jadi kita ni duk pakai cekak rambut comel comel. Tu je pun sebabnya feeling prettayyy hehe. Ok ada la orang suka suka kat kita jugak kan. haha


Masuk darjah 5 dan darjah 6. Saya mula sangat sangat tak yakin dengan diri saya. Saya rasa saya tak cantik. SEBAB SAYA COMPARE DIRI SAYA DENGAN ORANG LAIN.  That's why guys. Never compare yourself dengan orang lain. Nanti jadi macam ni lah, rendah keyakinan diri. 


Masa tu saya rasa orang yang cantik adalah Siti Amira dan Deeyana Haron. hahah aku reveal je nama korang ni, kalau korang baca, takpela, kira aku pecahkan dah rahsia ni 🙊


Tapi dalam pada rendah keyakinan diri tu, saya cuba cover. Saya tak nak orang nampak perasaan rendah diri ni, saya buat je ceria, beranikan diri bertegur sapa, tiru bercakap macam orang lain. Cuba amik perhatian cikgu. Tapi dalaman saya, rasa suram je 😞


Percaya tak ada kawan saya, budak pandai. Dia hasut kawan yang lain jangan berkawan dengan saya, sebab dia kata saya selekeh hahah kuangasam .


Yang bagusnya, saya berfikir. Yang tak bagusnya adalah, saya tidak bercerita dengan sesiapa. Jadi saya buat penilaian sendiri tanpa mintak pendapat ibu ke, kakak kakak ke. Siapa yang nak correct me samada apa yang saya fikir tu betul atau salah. kan?


Tapi ok lah, selekeh selekeh aku pun, ada jugak orang suka kat aku time sekolah dulu tau 😝

***amboi.. like kemahen kan baru darjah 4 dah ada perasaan cintan cintun..haha biasalah baru nak up.. naluri baru terbit, masuk sekolah menengah jd anti couple pulak. athirah free from couple2 thingy zaman sekolah tau 😂


Saya sekolah JAIM.
ada peralihan setahun sebelum masuk form 1.
 Sebab tu spm saya tahun 2006 :)



Masuk sekolah menengah.. Dah masuk fasa low self esteem lain pulak. I mean, makin bertambah tak yakin dengan diri sendiri berbakul-bakul banyaknya!


The reason why saya tak suka zaman sekolah saya, zaman universiti saya. Adalah sebab, saya tidak bahagia dengan perasaan saya. Saya rasa terpenjara dengan sifat low self esteem ni 😔


Look, saya faham bila ada yang rasa tak percaya 


" Betul ke tiera dulu macam tu? betul ke tiera tak confident? rasa dia banyak je potpet potpet. Rasa dia ada je masuk debate bagai.. celah mana tak confident.."


Yang laluinya adalah saya. Dalaman saya.. saya je yang tahu.. sentiasa rasa tak seronok, tak bahagia, sampai saya pernah menangis sebab rasa kan orang lain cantik dan saya hodoh! Tak percaya tanya kakak saya master ainul, dia saksikan macamana saya menangis dan terkejut dengar jawapan saya menangis adalah sebab >>> lihat seseorang itu cantik dan rasa saya tak cantik. haish teruk betul saya dulu 😩


I & my debate team. Saya yang tudung kuning tu. Debator wakil melaka okay .. selepas berjaya mengalahkan sekolah yang lain, maka kamilah wakil untuk negeri melaka yang ke Johor untuk MASISUMA. haha macam tak percaya. Bagus sangat ke eh english aku, not sure 😂 Saya fight untuk join benda benda macam ni sebab saya rasa, saya tak cantik, saya tak menarik, so saya kena join things like this untuk lawan perasaan tu. Untuk cover the lack of confidence in myself. Like, kau takde muka yang cantik, then apa lagi kau boleh ada? Go. Pergi, jadi budak pandai, jadi budak aktif, jadi budak berpengaruh sikit.


Tapi, saya pun takde lah pandai mana 😂 boleh lah, banyak lah jugak A untuk spm saya, but takde lah straight A. hehe. So ini cara saya cover perasaan tak best saya, rendah keyakinan diri saya tu. Saya cuba berkawan dengan budak budak pandai. Cuba je, mana tahu dorang okay nak berkawan dengan kau tiera. monolog saya dalam hati. ni masa dekat library sekolah, saya tudung kuning, pengawas kantin (haha dasar kuat makan, dapat jadi pengawas pun biro kantin kan!😂) depan saya tu semua budak pandai tu hehe hi korang 🙋. Alhamdulillah, semua okay je di jadikan kawan/jadikan saya kawan.



SPM berlalu, mula masuk universiti. Dapat pengajian undang-undang pulak, matilanak.. lagi kuat aku compare diri aku dengan orang lain 😖 Budak budak law ni ramai yang pandai, speaking berhabuk, anak orang kaya, fashionista. haha aduhai macamana ni nak lalui zaman universiti ni. 




Sebenarnya, sebab saya terlalu fikir benda benda ni sampai saya tak boleh fokus belajar. Saya banyak mengelamun. Sampai saya ada repeat paper 😔




Saya tak suka sifat saya, perangai saya, cara saya berfikir, cara saya berkomunikasi masa waktu universiti dulu. sorry lah ye kawan kawan law kalau ada rasa saya pelik atau annoyed dulu 😷 Saya cuma seorang budak perempuan yang terlalu rendah keyakinan diri tapi berusaha nak jadi berani hingga tak boleh nak bezakan perkataan yang patut keluar dari mulut dengan yang tidak. Kadang sebab terlalu rasa insecure, sampai merungut berkali kali nak kurus, nak putih sedang orang sebelah saya waktu tu lagi gemuk dan lagi gelap, apa agaknya perasaan dia masa tu saya merungut macam tu arghh athirah kenapa cakap macam tu! aduhduh 😶



Sebenarnya kita ni suka fikir bukan bukan. walhal orang lain tak fikir pun kita macam tu, tak pandang pun kita macam tu. kita terlalu overthink, dan insecure memanjang. Bila ingat balik. Okay je sebenarnya dulu, bukan aku takde rupa pun. Bukan selekeh sangat pun. bukan bodoh sangat pun 😅 tapi sebab banyak sangat assumption kan. makanya hati langsung tak bahagia. Apepun I thank god untuk semua kenangan manis dan pengalaman berharga menjadi student law dulu. banyak je exposure yang positif saya dapat  :)




masa ni class party. baru sem 1 ke sem 2 hehe saya yang seluar putih tu

No wine & cheese party. saya yang shawl purple tu

Masa my classmate ain aissa invite untuk birthday party dia. masa tu saya rasa cantiknya rumah dia, dan saya mula menanam impian untuk ada rumah sendiri yang sangat cantik macam ni. Inshallah tahun depan dapat dah 😍 (uish rupanya dari zaman U lagi dah mula tanam impian tanpa di sedari kan hehe) 

Lawatan ke rumah tanjung ampang. orang orang kurang upaya. Healthcare Law . Saya yang tudung putih

my mooting team. Boleh pulak dapat semua lelaki aku sorang perempuan kan. Dah lah kita ni low self esteem, tak confident aduhai 😂





But alhamdulillah, ok lah berjaya jugak conquer my fear walau banyak ketakutan, kekurangan dan kelemahan. Bila throwback kan, saya rasa sebenarnya saya patut enjoy semua moment.. seronok je sebenarnya zaman belajar ni kan 😀

cukup lah dulu bercerita tentang zaman belajar di universiti dulu. Ni kalau story banyak sangat, tak habis nanti satu entry ni hehe. tu lain entry boleh bercerita 😊





lepas konvo dan buat shaklee.. saya mula belajar banyak benda baru. salah satunya, saya belajar untuk sayang diri sendiri. 


Perasaan perasan seperti 

saya rasa down, saya tak yakin, saya tak bahagia, saya tak hebat macam orang lain


semua ni berpunca bila kita tak sayangkan diri kita dan bila keep on  banding-bandingkan diri kita dengan orang lain. 


Sayang diri sendiri + bersyukur + terima diri seadanya + improve mana yang boleh di perbaiki, ambil tindakan lah. jangan hanya berharap perubahan akan berlaku tanpa kita berusaha kan.


tu je sebenarnya formula nak tingkatkan keyakinan diri ni dan jadi lebih baik 😊



Dulu saya rasa saya tak cantik,

saya rasa bentuk muka saya bulat, bibir saya tebal, mata jawa (I rabun dan pakai contact lense thus u tak nampak mata jawa I, kalau I pakai cermin mata, boleh nampak mata jawa I hehe)


sekarang saya suka je semua. I embrace je muka bulat ke apa ke. ok apa shape muka bulat, nampak awet muda biasanya muka bulat ni. hihi



saya bersyukur dengan apa yang saya ada. saya hitung satu persatu nikmat yang saya miliki. 


nikmat mata dapat melihat, nikmat telinga, semua pancaindera. kemudian saya beri penghargaan pada diri sendiri. Apa antara perkara yang saya pernah buat, saya cakap dengan diri saya


takde lah teruk sangat pun kau ni tiera. Ok lah tu.. ade je benda elok kau pernah buat, ade ramai je yang suka berkawan dengan kau, ade jugak pencapaian kau. 



dan mana mana yang kurang, saya akan berusaha untuk perbaiki. macam tu je sebenarnya.. 



di kesempatan ini.. saya sebenarnya nak buat ucapan khas untuk diri saya sendiri.. 



Dear Athirah, 

I love you so much. Terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya. terima kasih sebab sabar dan terus berusaha. Terima kasih sebab berani berubah.. Dari penakut jadi makin berani, dari pemalu dan tak yakin dengan diri sendiri, jadi lebih confident, dari negatif jadi lebih positif, dari seorang yang berimpian kecil menjadi seorang yang punya impian besar. Terima kasih sebab selalu bagi kata kata semangat dan harapan. awak teman terbaik saya. I'm sorry for making you sad.. kutuk bentuk muka, bentuk bibir, kata awak hodoh, rasa awak bodoh, saya mintak maaf 😢 saya tak hargai awak sebelum ni. Saya janji, lepas ni saya akan buat terbaik untuk kita. happy birthday, myself, I love you. 


                         ======================


Apa saja yang kita rasa, sebenarnya itu adalah refleksi tentang apa yang kita percaya tentang diri kita. kalau kita percaya kita bodoh, maka memang bodoh lah kita. kalau kita percaya kita tak bodoh, kita pandai, kita berguna, kita bijak. Inshallah itulah kita yang sebenar :)


Be aunthentic. Jadi diri kita sendiri. 

Learn to say no. Belajar untuk speak your mind in a kind but firm manner. jangan jadi mangsa buli macam masa saya tadika dulu hehe

Izinkan diri sendiri untuk buat kesilapan. Kita tak nak bertindak kadang-kadang sebab kita takut sangat macamana kalau tak menjadi, kalau gagal, kalau tak berjaya. buat je lah, kalau gagal, its ok. dapat belajar sesuatu. 


Your self esteem is a measure of how worthy you think you are. Kita set kan kita nak jadi orang terbaik untuk diri kita macamana, dan berusaha lah untuk live up to those expectations. 


Love,
Athirah Tieramiessyou



nah video khas , dedicate tou you . klik link

>> Love Yourself <<






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...