Alhamdulillah, Aleesha puteri sulung kesayangan kami dah pun genap setahun pada 21 jun 2018. Terima kasih Allah atas kurniaan yang tak ternilai ni.
Bila babah tengah attend training IR engineer dia, ibu la sorang siapkan deco bilik ni.. aleesha, tinggal dengan bibik jap dekat bangi |
Tiera book satu bilik dekat hotel. Macam biasalah hotel favourite tiera Marriot Putrajaya hehe. Dan actually last minute decision ni. Decide nak celebrate kat sini sebab.. suasana kat hotel lain sikit kan, plus esoknya majlis rumah terbuka TWB & sambutan hari jadi cousins aleesha iaitu kak maya & abg fateh. So ok lah, esok checkout boleh terus ke rumah kakngah dulu, dah dekat tu :)
Cuma bila last minute nak book, harga hotel terus jadi RM300 lebih per night. Mujur tiera pandai cari peluang, dapat lah harga cuma RM280 satu malam hehe. Siap dapat 1 kek percuma! Nak tahu macamana tiera dapatkan keistimewaan ini, boleh personal whatsapp / message tiera ok? 😊
Sepatutnya nak celebrate siang, tapi since babah ada training sampai 4.30 petang, so kita tukar ke malam pukul 9.00 jadi tiera cancel menu yang asalnya tiera plan. Dan ni semua order je. makan malam kan. Tak payah makan banyak la nanti obes semua balik terus tidur haha 😁
nasi goreng ayam |
Ayam goreng rempah |
Tahu bergedil |
untuk manis-manisan. bagi la layan cekelat 😆 cadburry tu beli dekat melbourne. comel kan bekas dia , bentuk telur 🍳 tp telur belum pecah laa hehe |
Yang beli masa ni.. ingat tak? cuma tibe2 terfikir, awat la tak amik m&m gegirl 🙎ada yang patung m&m girl cuma mungkin tiera rasa warna merah cantik kot. Yang gegirl hijau tu tak amik. |
Dan ini khas untuk doorgift dorang . macaron yang cute lagi sedap tiera order dari Bakes by AB (Asilah Bakri) ni geng TWB jgk ni hihi. 😍 ahli ahli The walking beauty (TWB) memang terdiri dari bermacam macam background kan! tgk bakers pun ada! |
Mango puding with nata. tq pakteh amir |
Abang tiera selepas abang boy , abang amir. And yeah, the kiddos haha
and the bibiks. Bibik evi maid kakngah, while bik ju maid tiera. |
kakak hanis.tak lama lagi dapat adik ni. anak abang boy yang berusaha hampir 6 tahun untuk dapatkan hanis ni. #ShakleeEffect ala nomey nomey la meknis ni |
Birthday present haha comel la korang ni |
beard |
hah! ada pun ha satu gambar acik dean 😆 |
Tq ciksya for the cute bag |
Loket emas untuk aleesha. Thankyou aunty hafsah mardhiah memuah 😘 |
Alhamdulillah berjaya pun buat majlis sambutan hari jadi untuk anak ibu aleesha ni. Tiera share ni sebagai tips jugak lah untuk ibu ayah yang nak celebrate birthday anak tapi tak nak budget melampau. Korang buat gini je senang hehe.
Total belanja untuk small birthday party macam ni lebih kurang RM800 lebih termasuk check in marriot satu malam la.
Checklist untuk sambut birthday anak :
✔ tempat
✔ tema . warna apa atau nak tema mickey ke, frozen ke, superhero ke. kalau ada tema boleh fikirkan decorations yang berkaitan termasuk kek
✔ menu. main course, side dish, desserts.
✔ masa
✔ jemputan siapa
✔ aturcara majlis, baca doa dulu ke, sesi bergambar dulu ke, potong kek ke. ikut lah.
✔ doorgift kalau nak bagi.
✔ baju untuk mama papa n baby hehe
So ini lah saja perkongsian tiera untuk kali ni. nak tulis entry lain pulak kejap lagi, open house TWB dan sambutan harijadi kak maya & abang fateh! Tq ya you all sebab baca blog tiera 😘
And to you Aleesha my darling daughter,
Ibu sayang awak dunia akhirat. I'm very blessed to have you in my life. Ibu tak nak lupa walau satu detik bersama awak. Dan ibu sangat dapat rasa, betapa awak perlukan ibu, betapa awak selalu rasa selamat bila dengan ibu, bila awak peluk ibu. Ibu dapat rasa, bila awak genggan tangan ibu.. Inshallah Ibu akan sentiasa ada dengan awak. Please always want to hold my hand sayang :')
May you grow into being a solehah muslimah, jaga solat, jaga aurat, jaga maruah, jaga akhlak.. terus membesar dengan sihat, cantik dan cerdik ya sayang. My prayers are with you, always and forever.
I love you so much
💖
No comments:
Post a Comment