HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Beetle Kereta Pasarku





Harini najmi kurang sihat. Biar dia rehat. Tiera keluar kejap pagi tadi untuk belikan sarapan. Tiera capai kunci kereta myvi instead of kereta audi. Sebab nak beli nasi lemak kat depan sana je pun, bawak kereta kecik je lah. 



Tahu tak, masa awal awal tiera belajar kereta, sesi latihan tiera adalah menggunakan kereta myvi. Walau waktu itu baru beli audi, tak nak lah risiko kan kereta baru untuk berlatih memandu. So memang setiap hari, najmi balik kerja, terus tiera turun dan start bawak kereta myvi round round sekitar kawasan. 


Masa tu tiera tanya najmi, ada beza tak bawak myvi dengan audi? Najmi jawab mesti lah ada. Tiera tanya lagi, beza dari segi apa? 


Najmi kata adalah, dari segi enjin, steering apa semua. Tiera cuma "ooooo.."



Hingga dah mula naik taraf sesi latihan 😂. Dah nampak macam okay bawak myvi, masa untuk cuba bawak audi pulak. Yelah untuk apa pulak aku beli audi tapi tak nak bawak kan 😅



Awal awal bawak tu..rasa macam.. apa beza.. sama je.. audi ke myvi ke haha boleh tak macam tu. Sebab apa? tiera tak mahir lagi drive. So fokus sangat cara pegang steereng, cara tekan minyak tengok cermin and so on. So memang tak dapat nak menilai "sedap" nye tu kat mana. 



Hingga lah akhirnya... Tiera dah mula mahir drive.. Dah mula ke sana ke sini bawak audi.. and yeah today pagi ni.. bawak myvi.. 



okay now I KNOW 😂



memang ada beza.. 


1) seat. keselesaan kerusi audi dan myvi. ada bezanya


2) break. kalau audi tiera break lama sikit contoh masa kat traffic light, tiera lepas kaki tak tekan break, kereta tak kan jalan, kena tekan minyak baru jalan balik. So untuk orang yang selalu leka macam tiera - bahaya jangan tiru haha. Sangat safety la. Macam tadi bawak myvi, memang kena hold lah kaki tu kt break. lepas, memang jalan. 


3) pick up. Lepas break, tekan je minyak anytime. terus laju. dan rasa ringan sangat. Macam myvi, lama stop, gerak tekan minyak, berat sikit, dan amik masa sikit nak start laju.. 


4) steering. Bawak audi rasa smooth ringan je nak gerakkan steering, myvi macam keras. 



I see.. baru rasa beza dia.. dan tak semena mena tiera terfikir, macam tu nak lah kereta kecik satu untuk jadikan kereta pasar atau kereta yang kalau nak pergi tempat dekat dekat je kan kan. Dan walau untuk p pasar pun, tetap nak hat sedap bawak punya.. Terus terfikir beetle! 😍


TAPI... tiera cepat cepat cakap dengan myvi masa drive tadi.. eh myvi, aku sayang kau tau! aku bukan tak suka tak sayang kau tau.. kau lah kereta pertama aku dengan suami aku.. kau banyak sangat jasa.. mana aku ada harini, kau ada dalam cerita jejak jejak kejayaan aku.. you are part of it!


Banyak tempat dah kau bawak aku dengan suami aku.. bagi kemudahan bergerak, berteduh. tq myvi.. sayang kau sangat..



Kalau aku niat nak beli kereta beetle tu, doesnt mean aku tak suka kau, aku cuma nak upgrade lagi impian aku.. boleh kan kan 😊



so here we go!







Comelnyeeee 😍



Pernah tau tiera nampak orang bawak beetle ni ada wind up key kat belakang. Sumpah comel 😂 Macam kereta mainan. So google google, ada haa contoh.. hehe nak tepek sini.


tu wind-up key kat boot belakang.. comel kan macam kereta mainan haha



Dah tengok gambar ni ternampak hat lain pulak. tu warna hijau tu, boleh bukak roof! wahh bestnya. terus google pulak bettle yang boleh bukak roof.. 




😱 best giloz.. dah sudah.. ni nak buat kereta pasar ke ape ni haha.. 



then tiera google lagi, nak tahu harga pulak, berapa agaknya harga beetle biasa ni kat malaysia..bukak website wolkswagen. okay lebih kurang RM140K gitu lah.. hmm ok la kan.. takpe, tambah je dalam vision board nanti.. senarai impian 😃




sekian celoteh tiera di pagi hari. terima kasih sudi baca sampai habis hehe.. 



hidup ni sementara. akhirat kekal abadi. apepun sementara hidup ni lah, tiera nak nikmati semua benda yang tiera nak.. tambah pulak dalam usaha mengejar semua impian ni buat tiera jadi lebih baik kan.. dari malas jadi lebih rajin, dari lewat solat jadi kejar kejarkan solat, dari jarang bersedekah jadi semangat nak sedekah dan banyak lagi kebaikan yang tiera nampak mula seronok di lakukan walau awal awal buat sebab nak dapat balasan > di murahkan rezeki. tapi kesannya, ia makin sebati dengan jiwa dan diri kita.. contoh duha. tahap sebati dengan kehidupan kita sampai kalau tertinggal, rasa berdosa pulak. kan? I bet korang semua rasa benda yang sama.. sesiapa saja bila dah amalkan, akan rasa ya allah ruginya tertinggal.. kan kan?


so why not kejarkan.. kejayaan dan kekayaan sementara hidup atas muka bumi ni kan. kalau ia boleh buat kita jadi lebih baik 😉


okay lah. till then. Bye!



2 comments:

Nik Ailya said...

Assalamualaikum haiii ^^ jalan ke sini :)

Rozafrina Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Tiera :) Lama tak jengah blogwalk. Sekali baca ...Wah!BEst pulak cerita Tiera ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...