HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Tips habiskan bacaan surah al-kahfi

Assalamualaikum




Haaa ramai orang tahu yang setiap hari jumaat kita di sarankan untuk membaca surah al-kahfi kan? Insyaallah harini tiera nak share 3 cara yang setakat ni tiera nampak boleh kita pilih dan apply demi menghabiskan bacaan al-kahfi kita setiap hari jumaat. Surah kahfi panjang ye, ada 110 ayat semuanya. Ada yang terus tak baca sebab rasa tak mampu pun nak habiskan. Ruginya.. jom jom..apa kata cuba mana-mana tips ni. 





1) Empat kali baca



Jumlah muka surat surah al-kahfi adalah dua belas muka. Kita digalakkan habiskan baca sebelum maghrib kerana masuk saja maghrib, sudah dikira hari sabtu bukan lagi jumaat. Jadi kita nak kejarkan fadhilat membaca hari jumaat, maka set target asar mesti dah settle. So waktu subuh baca empat muka surat. Waktu duha empat muka. Zohor dua, asar dua. Settled! :)









2) Split jadi tiga



Pecahkan kepada tiga. Hari khamis, waktu maghrib dah di kira masuk jumaat kan? Jadi waktu maghrib khamis tu habiskan ayat 1-ayat 31. (baca sekali tafsirnya baru tahu cerita dalam surah ni). Tapi kenapa sampai ayat 31 je? Sebab start ayat 32 dah masuk cerita lain, nanti tak syok nak follow up baca terjemahan kalau tergantung, betul tak?


Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu. So lepas isyak pulak kita sambung baca ayat 32 sampai ayat 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir.


Subuh masa hari jumaat, tinggal nak habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. Haa tak la semput sangat nak habiskan sekaligus 110 ayat! ;) Ayat 83 tu start kisah Nabi Zulkarnain pulak.







3) Minda yassin



Perasan tak, kalau baca yassin kita boleh je habiskan terus? Kalau Yassin boleh, maka tak de masalah la dengan kahfi. Yassin total enam muka surat, kahfi pulak dua belas muka. Haa ibaratkan kita baca yassin dua kali. Contoh subuh baca enam muka, duha ke, zohor ke asar, baca lagi enam muka. Haa hanya 2 kali baca dah settled, cool tak kalau guna minda yassin? hehe




Surah kahfi adalah surah makkiyah, bermaksud diturunkan di mekah. Antara kebaikan dan fadhilatnya adalah terhindar dari fitnah dajjal nanti. Dan kalau anda rasa nak sangat tahu, apa asbabunnuzul, sebab surah al-kahfi diturunkan? Boleh tengok video ni. Best.





Quraisy menghantar wakil kepada paderi yahudi, memberitahu tentang Nabi Muhammad. Paderi berkata, tanyakan lah kepada Muhammad tentang 3 perkara, kalau Muhammad dapat menjawab maka sesungguhnya dia benar seorang nabi, jika tidak maka dustalah dia. 3 Perkara tersebut adalah


1) tentang beberapa orang pemuda pada zaman dahulu
2) tentang seorang lelaki yang mengembara banyak tempat
3) tentang roh


Jadi semua jawapan ada dalam surah kahfi. Pengajaran yang sangat tiera suka dalam ni adalah apabila kita melihat sesuatu yang hebat, ucapkanlah mashaallah. (kisah dua pemuda dengan kebun tu) dan apabila kita berjanji, lafazkan lah insyaallah sebagaimana kisah nabi berkata kepada kaum quraisy

 "aku akan memberitahu jawapannya nanti.." 
 (tanpa menyebut insyallah)

Kemudian lama nabi saw terpaksa tunggu jibrail menurunkan wahyu. Sehingga akhirnya jibrail turun, dan berkata 

"Kami tidak akan turun melainkan atas perintah Tuhan-mu. Kepunyaan-Nya apa yang ada di hadapan dan di belakang kami.Dan tuhan engkau Muhammad bukan la pelupa.."


Dalam surah kahfi ni, ayat 23 dan 24, Allah memberitahu


"Dan jangan lah kamu berkata sesungguhnya aku akan melakukan esok, melainkan dengan menyebut - insyaallah - bermaksud jika allah mengkehendaki. Dan ingat lah tuhan apabila engkau terlupa dan ucapkanlah mudah mudahan tuhanku memimpin aku kepada kebenaran hari ini."


Best kan? Al-quran adalah buku cerita terbaik untuk kita. Banyak lagi kisah menarik dalam surah kahfi ni lagi lagi kisah Khidir yang membunuh anak muda, membocorkan sampan dan merobohkan rumah. Mesti pelik kenapa mesti berkelakuan seperti itu, tapi ada sebab dan jawapannya. Nak tahu, kena la baca tafsir kahfi ya!








Salam jumaat
Athirah Tieramiessyou
a-happy-work-at-home-wife

2 comments:

Lynn Damya said...

Salam, thanx atas tips ni..mmg tgh mencari camne nak habiskan baca surah kahfi ni dlm masa sehari sbb agak panjang plus balik kerja malam dh penat..so cara kedua dan ketiga tu mmg boleh dipraktiskan, in shaa Allah...thanx ya!

Athirah Tieramiessyou said...

wslm sama sama lynn :)
kerja balik malam ya.. dont worry inshallah ade niat nak habiskan baca setiap jumaat nanti mesti allah mudah kan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...