Assalamualaikum
31 january baru ni alhamdulillah genap dah setahun tiera & suami jadi suami isteri. Alhamdulillah..
Kami memang plan untuk celebrate anniversary kalau dah genap satu tahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya insyaallah. Mulanya macam nak plan ke Melbourne, MAS pulak tengah murah dapat dalam RM1400 macam tu pergi balik seorang. Tapi memandangkan suami agak busy.. So takpe la itu mungkin rezeki next time. Suami tiera engineer di sebuah anak syarikat TNB. Agak banyak projek yang beliau handle. Banyak kena outstation. Bayangkan sebelum anniversary dah kena ke sabah 3 hari.. takleh takleh kelam kabut.
Maka kami decide untuk ke Cameron Highland. Kebetulan pernah tengok rancangan Romantika kat Astro Ria, Diana Amir & Suami di taja ke Copthorne Hotel. Macam best..Jadi kami pilih Copthorne Hotel, yeayyy! :)
Kami book pakej honeymoon. Suami ambil cuti isnin since pakej ni memang untuk 3 hari. Makanya sabtu , ahad, isnin.
Harga untuk pakej ni RM978, apa yang ada dalam pakej ni adalah :
1) Dapat satu jambangan bunga dari pihak hotel upon check in
2) Strawberry Platter
3) Breakfast
4) Tea & Scone
5) Half day tour
6) Candle Light Dinner
On our way |
dapat bunga! tudung dah senget benget jalan jauh :p |
Subhanallah cantiknya! |
Hari pertama kami pilih hitam & gold. hehe |
Besar bilik untuk 2 orang macam ni. Memang puas hati kan? |
oh ni la dia strawberry platter. Covered with wrapper plastik lembut tu, nanti makan dip dengan cream, choc & sugar :) |
Tv luar.. dalam bilik satu lagi |
ada itik & teddy bear laaa hehe |
Bau bunga..wangi sangat! terabur sudah hehe
Tiera rasa ok kan puas hati kan macam ni? |
Comel tak? hehe Cake ni tiera tempah dr kak syahad, masa kahwin, cake yg kak ainul sponsor tiera tu cake tempah dari kak ni la..sedap.. so tiera tempah love bird, red velvet. RM250. Sedap puas hati. Kalau korang nak tempah boleh pm dia ye. Ni facebook dia nursyahadah jamaludin
|
pisau kek, tertinggal. aiyooo terlupa so makan pakai sudu je haha.. |
Makan malam makan kat luar.. alang2 jalan2 dekat brinchang. Makan kat teh tarik place. hmm biasa2 je nasi goreng dia but ok la. |
Breakfast keesokan harinya. kitorg turun 6.30 pagi br syok.. tenang tak ramai org hehe. Dalam pukul 9 kami akan ready untuk di bawa berjalan-jalan (half day tour) |
Nasi lemak. Wajib makan omega guard lecithin ni kalori tinggi |
Masa tiera p jakarta dulu setiap kali breakfast kat sana ni benda wajib tiera amik.. pancake sana sedap sgt tak tahu la nak kata macam mana.. lepas tu pergi hotel lain kat malaysia tiera tak rasa sesedap dekat jakarta.. Finally tiera jumpa yang sama rasa yeayy! sedap sgt! tapi ni takde cheese macam yang tiera makan kat jakarta... album/gambar-gambar percutian ke Jakarta boleh tengok kat sini ya Enjoy JAKARTA |
Breadstick untuk awak bear comel |
Puding roti |
Erm tu je la gambar breakfast yang lain-lain malas dah nak amik gambar hehe..
Malam berinai kakakakaka.. :p husband pakai 2 jari sudah..tiera pakai 10 jari hehe.. Ni saja je tiera bawak inai dari rumah..fefeling pengantin baru :p |
The first year of marriage is often considered the year of adjustment. Masing-masing akan tahu sifat dan perangai sebenar.
Doa tiera setiap hari, moga Allah pelihara rumah tangga kami. Jadikan kami pasangan yang sentiasa memperbaiki mana yg lemah dan menerima seadanya mana yang kurang.
Moga Allah titipkan kasih sayang antara kami, tambahkan rasa cinta lillahitaala. Banyak lagi tahun untuk ditempuh, moga ikatan ini kuat hingga ke akhir hayat.
Insyallah next entry will be
1) Aktiviti kami sepanjang 3 hari di Cameron
2) sambungan hari tu tentang Philea Resort
3) Bersyukrlah walau sekecil-kecil perkara
4) Ostematrix dan travel
Dan banyak lagi insyallah. Tiera nak check out dulu ye...Jangan lupa promosi shaklee bulan ni ostematrix, vitalea, ajht dan vitalea for kids! :)
2 comments:
salam ukhwah dari kaknoor follow sini
happy belated anniversary ya...
salam ukhuwah too kak noor.. thank you.. :)
Post a Comment