Assalamualaikum
Sebenarnya..banyak benda bermain di fikiran saya ni..Resah, risau, kesian..ini tentang mereka yang saya kenal lebih-lebih lagi yang saya sayang...
Saya sedih melihat keadaan sesetengah dari mereka.. Hati ni meronta untuk memberitahu tapi apakan daya.. andai mereka tak dapat melihat apa yang saya rasakan...tak dapat melihat dengan jelas apa yang saya maksudkan.. pasti mereka akan memilih untuk menjauh atau mengelak dari bercakap tentang ini...
Buat kalian yang saya sayangi.. ada sesuatu ingin saya sampaikan.. Andai sudah Allah gerakkan hati kalian untuk bukak link dan baca entry saya ini, mungkin dah sampai masa untuk kalian..memilih.. apa yang terbaik...
*************************************************************
Wahai yang aku sayangi..
Andainya kau tahu....
betapa aku ingin melihat engkau senang...
betapa aku tak mahu melihat engkau sedih dan tertekan...
betapa aku juga merasa sakit melihat kesedihan yang harus engkau tanggung..
Wahai yang aku sayangi..
Andai kau tahu....
Betapa aku mahu engkau jua miliki kebebasan masa seperti aku...
Betapa aku mahu engkau duduk di rumah berehat tatkala kau sedang menanggung kesakitan...tanpa perlu memikirkan tuntutan untuk keluar bekerja...
Andai kau tahu...
Betapa aku ingin engkau melihat anakmu membesar di depan matamu..
Betapa aku ingin kau menjadi orang pertama yang mengetahui perkembangan anakmu, bukan penjaga, bukan sesiapa..
Betapa aku tak mahu hati kau sayu meninggalkan anak lebih-lebih lagi tatkala anak kecil itu sedang demam dan tidak sihat...
Tahu kah engkau bahawa aku ingin engkau miliki semua ini kerana sayangnya aku terhadap engkau? Andainya kau tahu apa yang aku rasa..Pasti kau memahami...
Andai kau tahu..
Betapa aku ingin engkau memiliki wang yang banyak, supaya engkau tidak berkira-kira untuk diri sendiri.. untuk anak, rumahtangga, ibu ayahmu yang sepatutnya senang di usia tuanya..
Andai kau tahu apa yang tersirat di hati aku.. berjuang lah, untuk diri sendiri.. berniagalah..walau payah pada awalnya.
Aku ingin kau tahu, aku benar-benar mahu hidupmu senang seperti harapan seorang ibu terhadap masa depan anak kecilnya.
Wahai Allah..buka lah hati mereka.. tiupkan semangat buat mereka.. agar mereka juga turut sama menyertai aku dalam perjuangan ini!
Berjuang untuk dapatkan kebebasan masa.
Berjuang untuk miliki kuasa dalam membeli.
Berjuang untuk beri yang terbaik buat diri sendiri, rumahtangga dan keluarga tersayang.
Ikhlas,
yang ingin melihat engkau senang dan tenang.
2 comments:
kalau kita rasa nya tak mampu membantu, alangkah bagusnya kalau kita mampu berdoa untuk mereka... mudah2an saya pun akan lakukan yang sama
itu lah yg mampu sy buat skg najib..doa dan teruskan berdoa...
Post a Comment