HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Boss vs Leader

Assalamualaikum





Alhamdulillah, logo empayar saya dah siap. Saya tempah di FW. Cantik tak? :)






Sparkle Outstanding Leaders 

Ini empayar saya.

Keluarga shaklee yang saya asaskan pada January 2013 dan saya sayang sangat-sangat.



Saya distributor Shaklee. Ya, sistem Shaklee adalah sistem MLM, multilevel-marketing yang sangat best lagi adil. 


Saya suatu ketika dulu adalah seorang yang anti MLM, nak tahu kenapa, sebab ibu ayah saya dah masuk bermacam jenis MLM. Saya rasa MLM adalah satu perniagaan yg tak adil dan meng-kaya kan orang atasan.



Sebut saja Zh****, Elk**, Am***, macam-macam lagi la. Semua ibu ayah dah masuk. Rasa macam yang penat ibu ayah, yang kaya uncle (upline) tu la. 


Kalau saya di beri soalan "apa yang kamu tahu ttg MLM?"



Jawapan saya would be:


MLM punya orang mata duitan.

MLM penipu

MLM sistem piramid. 

MLM? Confirm kena cari orang.

MLM such push orang. paksa orang.



Betapa anti nya saya dengan MLM.. seriously! Tapi semuanya berubah bila saya kenal dan tahu bagaimana sistem MLM Shaklee sebenarnya.



Tiada langsung konsep meng-kaya kan orang atasan. Hakikat konsep MLM Shaklee yang sebenar ialah siapa berusaha, dia lah yang dapat.


Buktinya?


Saya bagi contoh jika upline tiada jualan, 0 uv, sedangkan downline membuat sale yang banyak, upline tak berhak dapat bonus 1 sen pon! 


Adil bukan?  


Contoh lain. Jika downline berusaha gigih dan mencapai kriteria tertentu, naik rank, sedang upline leka malas dan buat ala kadar.


Bonus yang di perolehi oleh downline lebih banyak dari upline! Nampak tak, shaklee bukan sistem piramid.  Tapi multi-level-marketing, pemasaran secara bertingkat.


Yang mana Shaklee memberi 'upah' pada kita sekiranya kita berjaya  mengajar dan mendidik downline kita samapai naik rank..we call it leadership bonus. Bonus kepimpinan.


Upah/komisyen yang shaklee bagi ni pula, langsung tak usik bonus hasil jualan downline tadi. 


Wah untung betul siapa join Shaklee. Lagi untung kalau masuk keluarga SPARKLE.  Dapat sifu mommy tiera yang comel hahaha ok saya gurau.




Anda bekerja? Sekiranya ya, di mana? Anda ada boss? Nah pasti boss anda suka mengarah-arah atau beri direction what to do, what not to do. Kena dengar cakap boss kalau nak kerja lama.



Saya? Saya juga bekerja tapi bekerja dari rumah. Shaklee adalah kerjaya saya. Saya punya ramai anak cucu cicit shaklee, tapi tak pernah saya rasa saya lah big boss.. Memang saya bukan boss, tapi saya seorang leader. Pemimpin. 


Jika saya memberi task atau tugasan pada anak shaklee saya, saya akan pastikan saya sendiri buat perkara tu. Contohnya, saya suruh mereka banyakkan berkongsi, buat blog dan kongsi cerita-cerita.. Tulis blog. Tengok saya sendiri menulis di blog sekarang bukan?


Gambar ni boleh memberi gambaran yang jelas perbezaan antara boss dan leader ye :)




bersama anak dan cucu shaklee saya
Kak mimie, anak shaklee saya datang minta saya coaching. Saya seorang leader dan saya nak bagi yang terbaik buat anak didik saya!




Ingat ye, walau ESP ni saya susun dalam bentuk piramid, tp sistem shaklee bukan sistem piramid okeh, no no no...hehe







Percayalah, sistem shaklee adil dan saksama. Kalau tak,takde la saya bertahan dengan shaklee sampai hari ini :)




I love my Sparkle Family. 
Anyone is welcome to join us ok? Rumah SPARKLE tiera sentiasa terbuka untuk semua baik lelaki mahupun perempuan. Insyaallah tiera ajar dari A-Z. See you!




With love,
Athirah Tieramiessyou
work-at-home-wife

Lukisan yang membawa maksud...

Assalamualaikum




Ingat entry saya semalam? Klik sini  Indahnya menjadi WHAW kalau nak tahu.




Baik ini lukisan semalam. 

Ada 10 buah pintu 




Saya berjalan, dan cuba membuka semua pintu. Saya try bukak semua pintu satu demi satu.



Pintu 1 : Ada banyak wang.banyak sampai melimpah keluar ha.
Pintu 2 : Eh juga banyak wang.
Pintu 3 : Ya Allah pintu ni mengalirkan wang yg banyak!
Pintu 4 : Wang melimpah keluar jugak!
Pintu 5 : Wang,di mana mana, Allahuakbar
Pintu 6 : Eh duit lagii, banyak sangat ni!
Pintu 7 : Mashaallah duit banyaknye!
Pintu 8 : Subhanallah..banyaknya duit melimpah
Pintu 9 : Wang. Duit. Baaaanyak.
Pintu 10 : Saya menjangkakan perkara yang sama dengan pintu-pintu sebelum ini..tapi..saya tersilap.. saya terkejut lalu terduduk...
kenapa pintu ke 10 ini wang nya kurang? Terlalu banyak beza berbanding apa yg saya temui dalam pintu 1 hingga 9.



Sebenarnya, itu lah gambaran yang saya nampak bila baca hadis yang di catatkan oleh Imam Al-ghazali dalam kitabnya yang terkenal Ihya Ulumuddin. Hadisnye berbunyi :


عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق





"Berniagalah kamu kerana sembilan dari sepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan"



Jika 9 pintu pertama yang saya lalui mengalirkan banyak wang, start pintu ke sepuluh dan seterusnya wang yang mengalir, KURANG, SEDIKIT, kenapa saya tidak pilih untuk masuk mana-mana 9 pintu yang pertama?



Ya, saya pilih untuk berniaga. Sebab saya punya impian. Impian saya besar. Untuk saya capai semua impian saya, duit yang sangat banyak di perlukan.



Kalau saya pilih pintu 10? Mungkin mustahil untuk saya capai impian saya, kalau dapat pun, mungkin memakan masa yang sangat lama. Mungkin ketika saya sudah berusia 30? 40 tahun? Atau mungkin ketika sudah bermenantu kelak baru tercapai semua impian saya? 



Biar saya straight to the point pintu ke 10 adalah makan gaji. Saya konvo tahun lepas kan.


Kalau saya bekerja makan gaji, lepas saya konvo sampai hari ini, saya tak rasa saya mampu bagi ibu saya setiap bulan hampir RM1K. Kalau gaji saya katakan RM2K sebulan, tolak bayar kereta RM600, groceries rumah RM400 sebulan, Internet RM100, Hutang PTPTN RM200, Savings maybe boleh la RM200, cash untuk emergency dalam tgn RM200, Takafaul Insuran RM200, Lebih RM100 utk ibu ayah, kan?


Banyak ke banyak?


Kalau saya ni jenis tak kisah.. jenis tak berimpian balas jasa ibu ayah.. maybe saya rasa ok kot, banyak kot RM100 sebulan.



Tapi masalahnya saya bukan macam tu, pernah baca kan kisah kami hidup susah dulu... Lepas bussiness ayah jatuh..


Kalau belum baca, boleh tengok sini Cukup lah aku pernah hidup susah dulu!



Mana mungkin segala kesusahan yang di lalui oleh mereka dalam membesarkan saya, saya balas hanya dengan RM100 sebulan?



Kan saya kata, impian saya banyak, impian saya besar. Salah satu nya saya nak bagi mereka lebih RM1K sebulan. Lepas tu nak bawak mereka round satu dunia, selain haji dan umrah.


Riak kah saya?


Terpulang cara anda melihat. Saya bercerita tentang pilihan saya,  dan apa yang saya kecapi harini ini dan saya mahu ia menjadi satu inspirasi buat semua yang masih tercari-cari jalan untuk capai impian masing-masing.


Saya masih belum sampai puncak kejayaan, sebab tu baru mampu bagi parents saya RM800 sebulan, target saya lebih RM1k.


Saya dah pilih satu dari sembilan pintu pertama, apa perlu saya risau. Teruskan je lah.


Saya percaya semua impian yang saya tuliskan satu demi satu akan tercapai. Dan kalau hari ini kertas impian saya di tampal di dinding, satu hari nanti ia hanyalah satu coretan.. kerana semua nya telah saya capai..Saya percaya Allah itu sifatnya maha memberi, dan maha adil, siapa usaha lebih, pasti Allah beri.  :)





Shaklee adalah pilihan saya. Sistem pemasarannya sangat adil. Cash,Car & Convention yang di tawarkan juga sangat logik untuk di capai, dan membuat saya jadi semakin bijak mengatur plan dan strategi pemasaran, paling penting, semua produk shaklee best, saya memang makan dan guna. Apa tidak nya, Shaklee ni di asaskan oleh seorang doktor bernama Forrest C Shaklee. Wujud sejak tahun 1956. It always safe, always work and always green. Selamat, berkesan dan mesra alam.


Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan shaklee. Mudahkan jalan untuk aku berjaya dan untuk memimpin kesemua anak bisnes ku , downline ku untuk sama-sama mencapai impian masing-masing. Jauhkan kami dari sikap negatif, malas, suka bertangguh dan mudah putus asa. Amin.



Saya akhiri dengan satu video yang selalu saya tengok ulang-ulang, ia sangat memberi semangat kepada saya.






Berimpian lah.. Beranilah  mimpikan yang hebat, bermimpi besar. ianya percuma.


Mimpi itu adalah harapan..

Harapan yang akan menggerakkan kita ke arah usaha mencapai segalanya.


Menulislah...Tuliskan lah mimpi-mimpi anda secara nyata..jangan tulis dalam ingatan saja.. kerana pasti anda akan lupa...



Athirah Tieramiessyou
A happy work-at-home-wife

Indahnya menjadi W.A.H.W (Part 1)

Assalamualaikum



Hai! :)


Tahu tak apa itu W.A.H.W? hehehe selalu dengar WAHM ni WHAW pulak ek. 


Kalau WAHM abbreviation untuk working-at-home-mom, WAHW pulak adalah abbrv untuk working-at-home-wife.


Since I belum ada anak lagi (tak lama lagi insyaallah) so I guna WAHW lah!



Saya ni dulu tak pernah pun terfikir nak jadi WHAW. Sebab dulu saya rasa isteri yang duduk rumah, macam orang lama je, atau bahasa kasar sikit , ketinggalan atau kolot. Duduk rumah, masak, jaga anak, tunggu suami balik. Eh eh...



Saya mengimpikan satu kerjaya, yang mana saya ke office setiap hari, saya dress-up cantik-cantik everyday, kasut tumit tinggi, jalan laju sebab busy yang amat, dengan file di tangan, kasut berbunyi bunyi ketak-ketuk ketak-ketuk... you know, gaya seorang wanita bekerjaya..fuh itu yg saya bayangkan..saya mahukan..suatu ketika dulu...

Masa baru balik dari mahkamah.
Kenangan Intern.
Pendaftar kanan suruh kami pakai blazer hari2 uols hehe
dan sy suka tak tau kenapa



Tapi segalanya berubah bila....



Saya konvo tahun lepas ye, bulan 5. Saya pelajar undang-undang di UiTM Shah Alam. 


Saya frust gila bila saya rasa susah sangat nak dapat kerja. Kalau belum baca kisah saya interview kat mana, dan pengalaman saya bekerja di beberapa tempat boleh tengok gambar dan cerita di sini ye Work Experience


Frust sedih. Dan saya cuba selami hati saya sendiri. "Tiera, kau nak bekerja untuk apa sebenarnya? Kan syok macam sekarang, duk rumah dengan ibu ayah, sekali sekala share psl shaklee (masa tu tak aktif sgt pun shaklee, saje-saje je buat kalau ada mood) tak payah pergi class mcm dulu dah. Makan semua best ibu masak sedap-sedap. Petang enjoy p gym dengan amirah...Apa lagi kau nak.. sibuk sangat cari kerja.."


Lama saya tunggu jawapan (dari diri sendiri hihi)


"Aku nak duit.. aku tak boleh kahwin kalau aku takde duit.. aku tak boleh melancong oversea kalau takde duit..plus aku malu dengan kawan-kawan aku.. ada yang dah keje. ade yang sambung LLB.. habis tu aku? Malu la!..."


Malu? untuk apa malu? Kenapa hidup mesti bersandarkan apa orang fikir? Di mana enjoy dan seronoknya hidup ini kalau asyik fikir what other people think about you?


Finally I know, tujuan utama saya is DUIT. Saya kerja sebab saya nak duit. Nak bergaya, nak ada kerjaya, tak nak malu itu semua no 2.  Yang utama tujuannya ialah duit.






Dalam lukisan ni ada 10 buah pintu. Faham ke maksud lukisan saya tu? hehehe kalau tak faham nanti next entry saya explain. Maaf la tangan xde seni haha.Orang lidi yang terduduk tu saya la tu.. terduduk mak jemah terkejut bila bukak pintu no 10 tu.


Apa indahnya saya jd WAHW ni? Ada banyak tau. Ni part 1 baru,  saya cerita satu je la dulu hehe



Working at home bererti saya bekerja sendiri. Saya lah boss, saya lah pekerja.



Suami saya? Dia seorang engineer di salah sebuah anak syarikat TNB. Kerja nya ok, cuma banyak outstation. Site visit, meeting etc.


Sekali outstation bukan yang dekat-dekat, Penang, Perak, Cameron Higland, Terengganu. 



Jadi kalau dia outstation, saya macamana? hey saya ikot sekali lah!


Ini indahnya bila saya jadi WAHW, saya tak perlu apply cuti dekat boss. Saya bebas nak follow suami saya kemana saja. yeahooo!


Permai Inn Kuala Terengganu
Breakfast
Feel so relax bila berjalan, sebab takde pikir masak kemas rumah ape semua hehe

Terkejut tengok kenderaan perang apakah ini hehe.
Suami outstatation ke kedah pulak. Saya follow...harus laaaa 
Alhamdulillah dah sampai!
Emerald Puteri Hotel







Benda penting saya wajib bawak. Kata WAHW kan.. hehe
Saya hanya perlukan handphone, laptop dan internet. Untuk saya whatsapp ank cucu shaklee saya dalam group sparkle. Untuk saya layan whatsapp customer, untuk order barang, update blog dan macam-macam lagi.

Esoknya, suami dah kena p site visit. Saya duduk dekat hotel la buat shaklee. Ni baru lepas breakfast. Habis breakfast salam salam peluk2 (ok ini over) then dia ke kereta saya masuk lift naik bilik.
Kebetulan masa tu memang di ambang closing. Haa siapa sid dia tahu la apa perasaan nak ngadap closing. cemas gigil semua lah macam nk amik exam hehe. Gambar ni suami sy yang amik ish3




Ding dong room service!
laksa kedah RM14. di hantar terus ke bilik sebab kami malas nk turun hehe. Sedap boleh tahan
Saya bawak ye few shaklee products bersama , sebab mana la tahu tibe-tibe ada customer dari kedah nak COD ka. kot la gadis receptionist nak ka. ha senang le hihi tu yg sy pangkah tu adalah produk yang tibe2 ade buyer. nak tahu siapa?
Ni dia, kak ida! Cun lagi wehhh hehe...
Saya kenal masa duduk kolej delima dulu.
JPK kolej dulu..Saya update kt fb yang saya di kedah, lepas tu kak ida tanya kalau saya ada ESP.  Memang ada pon, so kak ida balik kerja terus singgah hotel amik ESP :)




Cara kak ida minum ESP... sedap katanye campur dgn gula merah slurp3


:)



Ini indahnya bila menjadi seorang WAHW. Sekian part 1 hehe 


p/s : suami kata tulisan blog saya kecik buat dia hilang semangat nak baca blog saya haha. so saya buat besar-besar haaaa :p



Sekian,
pengakuan jujur betapa seronoknya bekerja sendiri, part 1.

Athirah Tieramiessyou,
Working-at-home-wife

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...