Assalamualaikum
Alhamdulillah, selesai closing utk november.. takde rezeki nak naik coordinator bulan ni walaupun sipi sipi je lagi anak-anak nak naik Supervisor..takpe..biar lah dorang matang betul-betul baru break. Harapan saya bulan ni, 2 potential ni betul-betul boleh buktikan mereka layak bergelar leader.
Okay la stop dulu pasal Shaklee. Sekarang nak share pasal bajet untuk kahwin. Terus terang, saya tidak bercita-cita untuk buat majlis besar-besaran. Entah la.. saya rasa satu pembaziran kalau saya laburkan terlalu banyak wang ringgit hanya untuk majlis saya yang sehari dua. Saya tak nak lepas kahwin duit simpanan kosong, pada saya kehidupan selepas kahwin tu lagi penting. Nak hidup best, melancong tempat best, rumah yang best, kereta best, makan minum yang kualiti, dah tentu memerlukan $$$ yang banyak. Kalau nak yang ala kadar cukup je duit. Tapi the thing is, saya nak kehidupan yang best. Jadi mengapa saya perlu terlalu ghairah berbelanja besar untuk majlis perkahwinan?
(Ini masing-masing punya pendirian ye. Jangan ada yang amik hati pulak.huhu. Setiap orang ada pendapat masing-masing,citarasa sendiri. Saya cuma nak share tentang diri saya)
Okay lah. Insyaallah majlis saya akan di adakan di Dewan Japerun Air Molek. Sewa dewan hanya RM300. Kalau dewan MITC RM3000. Berbeza kan.
Kemudian kerusi & meja bulat, termasuk satu khemah di luar dewan total RM860. Tu khemah siap scallop tu.Murah la jugak right.
Okay make-up artist kita uols I amik intan atika. Suka touch dia. Dalam RM400 utk make up malam nikah dan bersanding esoknya . Saya dapat special price dengan cik intan, tq intan! :D
Sebenarnya takde la bersanding sangat pun. Plan nak buat macam Hilal asyraff tu just ada makan beradab eh kita panggil? Tapi bila fikir-fikir balik why not saya buat satu ruang cantik untuk bergambar right?
Adik saya Aisyah kahwin hari tu, murah la jugak dapat pakej pelamin + make up + baju dalam 3-4 pasang hanya RM1300. Tapi, saya memilih untuk tidak mengambil mana-mana pakej pelamin hik3 bunyi macam melampau je si tiera ni haha :p tak, sebab saya fikir kan bagus kalau RM1300 tu saya laburkan untuk beli perabot rumah saya nanti? Kalau pelamin RM1000 lebih habis dan ianya sementara. Tapi kalau perabot sendiri, lepas kahwin dah boleh guna terus isi rumah baru :D Makanya saya dan bakal suami bersetuju untuk beli je kerusi/sofa,carpet,almari dan pandai pandai la hias nanti..
Banyak pilihan hati. Tapi mungkin saya confirm ambil yang ni dari IKEA. murah! RM299 je
Itu yang dari ikea la. Yang saya survey kat satu kedai perabot ni pun boleh tahan lawa, tapi lagi mahal dari IKEA. Costs thousand plus plus la. (IKEA tak jugak semua murah, tapi ade je yang cheaper)
Kakak tu kata, kedai ni amik perabot-perabot dari hotel-hotel & guna semula, touch up balik la kira.Dia suggest saya amik kerusi cleopatra ni RM599, tapi tak minat la... huhu
mcm common sgt org guna utk pelamin kan |
Okay. tu part so-called pelamin haha. Now pasal hantaran pulak. Saya sebenarnya nak tidur awal ni, letih la penangan closing huhu..so next time baru cerita pasal kos beli barang hantaran, baju nikah, baju pengantin , cincin semua. Tunjuk gambar je la dulu haha
Ni yang sempat kitorang beli hari tu..Yang pending tak settle lagi, cincin nikah kitorg, jam tangan kitorg & saya maybe kena tambah sikit lagi untuk najmi, mcm sikit sangat pulak set bodyshop dia saya beli. Will see how.
dan barang-barang lain macam biasa lah sireh junjung,cake,chocolate semua tu.
dan barang-barang lain macam biasa lah sireh junjung,cake,chocolate semua tu.
Nanti saya share budget saya dan budget dia berapa. Alhamdulillah tak melebihi budget yang di tetapkan :)
Okay la, selamat malam . terima kasih pada yang wish birthday saya... Macamana anda doakan saya, macam tu jugak saya doakan anda.
thank you.
With love,
tiera
7 comments:
Moga semua berjalan lancer kak tiera..:)
Waaaa...ak lak xcited..cantik suma brg..ermm..cumanya terperasan brg awk bnyk pink...so tiera lah..hiii... n nice idea..beli perabot hias2 tuk ruang amik gmbr n then u can use the same perabot for ur new house..thumbs up!!! Smga suma bjalan lancar dan diredhaiNya.. ^ _ ^
Nur andriana : tq ayu! wahh nama.. hihi..ingatkan sapa td.
Hidayah : haha..entah la dayah as usual tak plan tapi mata n tgn ni nk ke arah yg pinky2 jgk ish3..hmm penjimatan berbaloi kan hehe. g ikea teringat kt ko n isz,mar n mimi :)
Dear bole bgtau tak kedai yg kata jual perabot2 hotel yg dah dibaiki tu...berkenan lak tengok...plzzzz
fiqah hassan sorry saya mash tak mahir la edit setting blog soupy dapat notification bila org komen.. sorry yeah 2 oct u tanya 20nov br I dapat tahu..
u org melaka ka..kedai tu dekat semabok, melaka.
i tak ingt nama dia tp kalau nak I amik gambar kedai nti boleh bila I blk melaka k :)
pendirian yg sama mcm i ; life lepas tu yg i utamakn tp permintaan mak pLak yg sgt meLampau bajet anak .
Luvlis Glove : yup Yang penting tidak menyusahkan n memudahkan :)
Post a Comment