HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Apa kandungan minyak ikan Shaklee?

Assalamualaikum



Bila sebut minyak ikan je, apa yang korang terbayang? Mesti lelaki yang pakai topi kendong ke galas ikan besar kat belakang badan dia tu kan?  Yes,yes Scott's Emulsion kan? Sama! hihi gimme five!







Oh Cod LIVER ?
SERIOUSLY, LIVER????



Yang saya nak cerita bukan scott emulsion, tapi omega guard shaklee, minyak ikan Shaklee. Saya amalkan sebab ia dikatakan sangat membantu dalam proses pembakaran lemak. Hmm yeke?




Dan cuba you google, Mashaa Allah. Banyak betul kebaikan minyak ikan ni! Tapi apa kandungan dalam minyak ikan ni sampai boleh dikatakan sangat bagus untuk kesihatan, sistem imun, program kurus?




Dan apa beza minyak ikan shaklee dengan minyak ikan lain? haa...tu yang uols kena amik tahu. Jangan ambil remeh tentang kandungan minyak ikan ni, salah pilih, nanti toksid terlebih! you jugak yang rugi.



macam tu la rupa omega guard.Shaklee dalam bentuk capsule :)

Okay saya suka study bab bab macam ni, maklum lah cita-cita nak jadi dentist, minat pulak lebih pada subjek biologi & kimia. Sekali stpm dapat class fizik, sambung degree pulak jurusan undang-undang, ohhh lari sungguh! haha. Jadi bagi peluang kat diri sendiri untuk bermain semula dengan term term saintifik & kimia.
sukaaa.... :)





Firstly... kita kena faham omega tu apa? Ia adalah gabungan rantaian asid politak-tepu, merupakan asid lemak penting yang mana badan kita tak boleh hasilkan dengan sendirinya, sbb apa, badan kita tak ada enzim yang sepatutnya untuk sintesis asid lemak tu.



Bukan semua lemak tak sihat tau! Ada lemak yang penting untuk kita ambil :)




So? Kalau badan kita tak boleh hasilkan asid lemak penting ni, apa masalahnya? Perlu sangat ke asid lemak yang di panggil omega 3 ni?



Ye, penting. Sebab apa, ia penting untuk melindungi organ-organ lembut dari terkena renjatan atau kejutan. Dan dikatakan ada 'brain-boosting' power terutama pada kanak-kanak. Bukan tu je, ia jugak Insyaallah boleh mencegah kanser (breast cancer ke, colon cancer etc).



Hmm apa lagi? Omega 3 jugak boleh mengurangkan sakit sendi. Sebab dia kurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. Jugak mengurangkan risiko serangan jantung, hebat betul ciptaan Allah ni!



Oh ye lupa, omega 3 ni bantu badan kita tingkatkan kadar serapan vitamin A,D,E dan K. Jadi kalau tggi kadar serapan, baru la best badan dapat manfaat vitamin2 tu kan? Dah tu meningkatkan kadar metabolisme badan pulak tu, memang patut la boleh kuruskan badan!




Omega 3 ni banyak ditemui dalam ikan tau. Yang tu kita panggil DHA & EPA (biasa dengar kan3).


Omega guard shaklee mengandungi


 1. Omega-3 EFA (330mg)
 2. EPA (180mg)
 3. DHA (120mg) 



Omega 3 ni paaaling banyak ditemui dalam jisim ikan-ikan dekat lautan yang betul-betul dalam, dan lautan yang sejuk. Kenapa?



Takat beku ikan adalah rendah. Means cepat membeku pada suhu sejuk. Macaman ikan nak hidup dan berenang dalam laut sejuk, mati la deorang kebekuan kan? Maka Allah anugerahkan omega 3 ni yang mana, ia sangat membantu memanaskan ikan di lautan yang paling sejuk. Memang Allah Maha Bijaksana. Lapisan lemak ni lah yang memanaskan ikan-ikan membolehkan mereka mampu hidup walaupun dalam laut sejuk kan, Subhanallah..


Tu ikan kod. (dlm bhs inggeris cod fish)


Okay. Ikan-ikan yang biasanya hidup di lautan sejuk adalah macam ikan sardin, tuna, mackerel, salmon. Termasuk lah ikan kod mcm kat atas tu.


Minyak ikan shaklee bebas toksid, You wanna know why?



1) Sebab shaklee tak amik ikan yang tinggi merkuri.

2) Omega Guard Shaklee di hasilkan melalui kaedah ultratulen ber gred farmaseutikal. Bermaksud proses penyulingan proprietari 3 molekul yg dapat memekatkan asid lemak omega 3 paling tulen.

So boleh lah singkirkan bahan bahaya dalam ikan macam merkuri and plumbum. Company lain tak guna kan proses ni sebab mahal...  


3) Omega Guard Shaklee tidak di ekstrak dari minyak hati ikan sebab kandungan toksik dalam hati adalah sgt tggi!


Alamak! Check minyak ikan yang uols amik, guna liver oil ke?



Okay lah. nanti kita sambung lagi pasal Omega Guard Shaklee ni.


Wallahi, saya suuuuuuuka omega guard shaklee!!

No, bukan sebab saya SID, tapi sebab saya amalkan dan saya tahu apa yang saya alami.



Sekian dulu hasil revision. Kalau rasa nak tahu atau tanya apa-apa, sms atau whatsapp saya ye
 019-41203913.Pasal promosi omega buy 6 free 1 nanti saya cerita.


sekian
with love,
Tiera

2 comments:

Noru Azlina Nasir said...

best info.. tq yer..
http://duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

I 'm T i e r a said...

same2 kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...