HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Dicerai dan hilang pergantungan, wanita ini BANGKIT..!!!







Hidup tidak selalunya indah.. Langit tak selalu cerah... 


Siapa sangka,  rumahtangga yang di bina selama 11 tahun atas dasar kasih sayang, cinta, suka sama suka, akhirnya retak jua. 


Puan Nur seorang surirumah sepenuh masa, mendedikasikan dirinya, masanya untuk keluarga tersayang. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu dengan sepenuh hati. 


Namun benarlah kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kita seharusnya melakukan persediaan kalau kalau terjadi apa apa yang tak di ingini. Puan Nur tidak berkerja dan bergantung harap pada suami 100% untuk segala perbelanjaan isi rumah.


Apabila hubungan suami isteri ini goyang, rumahtangga mereka di uji dan mereka bercerai. Puan Nur hilang punca pendapatan! Mereka berpisah dalam keadaan beliau tidak di beri hak nafkah!


Buntu, beliau cuba mendapatkan secicip rezeki melalui bisnes online emasnya, tapi berapalah sangat yang beliau dapat. kadang kadang untung RM15, kadang-kadang RM30, ada masa langsung tak ada! 


Puan Nur menjadi semakin kusut, bingung. Mula jadi seorang yang pendiam. Down. Kurang keyakinan diri.


Hari-harinya berendam dengan air mata. Tiada duit untuk di beri pada anak buat belanja sekolah. Pernah satu hari ketika mengambil anak dari sekolah, motor tak dapat bergerak. minyak motor habis!



Bulan berganti bulan, kehidupan puan nur tersangat lah struggle. Beliau cuba pula menjual aiskrim 1 malaysia. Tapi sambutan menyedihkan. 


Hingga satu hari, Puan Nur mengambil keputusan untuk menyertai Projek Buat Duit Hari-Hari TWB melalui adiknya yang sudah pun sedia kala menjadi ahli TWB The Walking Beauty . Sebagai seorang adik, apa yang semampunyalah dapat di bantu sikit demi sikit, namun mengajar orang lain bagaimana menangkap ikan lebih bagus bukan dari terus menerus memberi ikan?


Perkongsian adik kepada Puan Nur saat saat beliau mula menjalankan servis mobile spa beliau




Menakjubkan. Kalau dulu hidupnya penuh dengan air mata, kesedihan, tak ada duit, tapi selepas menyertai TWB, Puan Nur mula mempunyai wang hampir SETIAP HARI !


Bayangkan sehari paling kurang beliau boleh memperolehi RM60, itu kalau basic facial. Kalau pakej penuh spa? Boleh dapat RM200 per customer. Sehari baru. kalau sebulan? Dah boleh menyamai gaji orang berkerja di pejabat!



Alhamdulillah.
Hasil pendapatan menjalankan servis spa bersama TWB.
Keuntungan 100% milik beautician tu sendiri!
Puan Nur sangat gembira. Sebak di dada.
Dapatlah bayar duit sewa rumah RM300
topup handphone, beli makan. :')


Hari hari puan nur sekarang sangat bermakna. Tiada masa untuk menangisi apa yang menimpa dirinya. Beliau BANGKIT dan membina keyakinan diri, membina masa depan yang lebih cerah. sekarang puan nur sedang sibuk untuk mengumpulkan duit buat persiapan raya nanti. mahu konvoi beramai ramai bersama adik beradik dan keluarga.



Begitulah kisah seorang wanita yang diceraikan lalu memilih untuk bangkit dan melupakan kisah lama. Usah di persoal mengapa kita di uji sebegini rupa, boleh jadi Allah sedang berbicara dengan kita soal sabar. Soal redha. Tarbiah Allah itu indah. Di sebalik sesuatu kejadian, pasti ada hikmah tersembunyi. Kita hanya perlu sabar, tunggu dan lihat apa hikmah di kemudian hari. Yang penting, usah berputus asa dan kuatlah. Air mata wanita terlalu berharga untuk di sia siakan menangisi lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sapu air mata dan teruskan melangkah. Allah sayang kita semua. percayalah.








Mahu bangkit seperti puan nur? Mahu ubah kehidupan dan prepare kewangan yang baik untuk diri sendiri? 


Ayuh sertai kami. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...