Masa tiera dan najmi buat health check tempoh hari. Hasil keputusan untuk pemeriksaan tulang kami, status tulang kedua dua kami adalah kategori osteopenia π
Jujurnya kami memang terlambat untuk ada kesedaran tentang penjagaan tulang. Rasanya tahun lepas baru kami mula memikirkan soal tulang, tu pon on off. Kejap konsisten amik kalsium setiap hari, kejap tak amik terus. Tak hairan lah, mengapa ketumpatan tulang kami begini, tak hairanlah mengapa kami selalu sakit belakang, sakit badan, lenguh-lenguh.
Apa itu Osteopenia?
Ia adalah keadaan yang mana tulang kita mengalami proses penipisan. Jisim tulang rendah. Senang cerita, bayangkan tulang, dalam tulang tu ada sedikit lubang lompong lompong tidak betul betul padat. Penurunan jisim dalam tulang ni sebenarnya tidaklah terlalu merbahaya, tetapi jika tidak di beri perhatian, boleh membawa kita kepada keadaan yang lebih merbahaya iaitu Osteoporosis.
seram π |
Apa itu Osteoporosis?
Sangat bahaya. Satu keadaan di mana jisim tulang kita sangat sikit, menjadikan tulang kita sangat sangat rapuh! Bayangkan biskut yang rapuh, mudah patah bagaimana. Macamana agaknya tulang dalam badan kita ya bila rapuh? π© Jisim tulang yang kurang ini adalah di sebabkan kekurangan kalsium, vitamin D, magnesium, vitamin dan mineral yang lain.
Kesannya bila kita mengalami osteoporosis,
- Ketinggian kita mula berkurangan
- Kita mula bongkok
- Sakit badan yang amat
Sanggup tak lalui perubahan ni nanti pada badan kita? tak nak, tak sanggup π |
Siapa yang berisiko untuk mengalami osteopenia mahupun osteoperosis?
- JANTINA : Wanita adalah golongan yang peling berisiko tinggi. Kenapa? Sebab terlalu banyak proses yang wanita lalui mengakibatkan kehilangan jisim tulang sangat banyak dan pantas. Wanita haid setiap bulan, wanita mengandung, menyusukan, melahirkan dan mengalami monopaus. Semua ni proses yang menyebabkan banyak kalsium hilang dari badan .
- KETURUNAN
- UMUR : Hampir setiap orang, baik lelaki mahupun wanita, kehilangan lebih kurang 5% jisim tulang setiap tahun selepas umur 50 tahun.
- GAYA HIDUP TIDAK SIHAT : diet seharian yang tidak sihat, tak ambil kalsium dan vitamin D mencukupi, merokok. Terlalu kerap minum minuman kafein atau alkohol. Kurang bersenam.
- MEMPUNYAI PENYAKIT : contohnya hipertiroid. Sebab ada ubat tertentu yang menyebabkan tubuh badan kehilangan banyak jisim tulang.
TIPS PENCEGAHAN DARI MENGALAMI OSTEOPENIA / OSTEOPEROSIS
- Amalkan diet pemakanan yang sihat. Pastikan pengambilan kalsium, vitamin D, K, C serta mineral lain adalah betul betul mencukupi.
- Banyakkan aktiviti fizikal seperti aerobik, berjogging, berjalan. Ini semua sangat membantu untuk meminimumkan kehilangan jisim tulang dalam badan kita.
- Say no to rokok & alkohol π
- Buat regular check-up untuk pantau sebarang kehilangan jisim tulang.
IKHTIAR KAMI SUAMI ISTERI
Dah cukup terkejut dengan hasil pemeriksaan, masa untuk kami ikhtiar sungguh sungguh. Kami suami isteri nak menua dengan sihat. Nak lah nanti main dengan anak, cucu, best je. Takde masalah bongkok atau sakit belakang.. Kami belum 30 tahun lagi, masih sempat nak penuhkan tabung tulang kami! πͺ
Jadi, jangan hairan atau pelik atau rasa eeee kenapa tiera dan najmi tu 'hantu' ostematrix. Sehari tinggal pon tak boleh. Rasa eh memang tak nak tinggal langsung lah! Inilah sebabnya.. Kami sedar keadaan kami.. Kami sedar apa kami alami, selalu lenguh, selalu rasa tak sedap badan bila bangun tidur. Tulang yang kuat adalah untuk tubuh yang kuat. Kalau korang ada alami simptom kelompongan tulang ni, jangan lah amik mudah ya.. tak de masalah pon kita nak start makan ostematrix ni, lebih lebih lagi kalau korang dah mula perasan tanda tanda kurang kalsium. Nak tahu apa tanda tanda? Check sini
Dalam Ostematrix Shaklee ada
- Kalsium - bahan asas untuk bina tulang
- Magnesium - membantu menghantar kalsium kepada tulang juga merehatkan otot usus, dan menarik air, jadi bantu atasi masalah sembelit.
- Boron - Bantu jaga metabolisme tulang
- Vitamin D - Meningkatkan penyerapan kalsium
- Kuprum, Zink, Mangan - Aktifkan enzim yang bantu meningkatkan kepadatan tulang
Alhamdulillah asbab amik ostematrix, kami dapat banyak kesan yang baik. Tidur lebih lena, membuang senang, kurang sakit belakang dan kurang dah lenguh-lenguh. Kami jugak berazam nak ubah mana mana gaya hidup yang tak sihat. Mungkin kurang bersenam kot.. Mudah-mudahan lepas ni check balik, ketumpatan tulang kami excellent! amin π
ok lah sekian dulu. bagi anda yang ada masalah sama macam tiera dan najmi, jangan teragak agak untuk try jugak ostematrix ok? Tiera suka kongsi benda yang tiera sendiri alami, tiera sendiri rasa.. that is why tiera sangat semangat untuk terus berkongsi. Apa apa whatsapp tiera ok? 019-4120913.
salam sayang,
athirah tieramiessyou
No comments:
Post a Comment