HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Babymoon

Assalamualaikum semua 😊




Just a quick update dari tiera untuk harini. Korang pernah dengar tak istilah babymoon? Tiera tak pernah pon hehe. Ni dah nak dekat dekat bersalin baru tahu haha 😂




Actually istilah babymoon ni diperkenalkan oleh Sheila Kitzinger,  seorang penulis buku kehamilan dan kelahiran. Menurut beliau, babymoon ni adalah honeymoon sebelum kita lahirkan anak dalam kandungan kita ni 👶 Tu je pon sebenarnya hehe.. 



Rasa semua tahu yang tiera suka bercuti, suka check in hotel walaupon kadang-kadang hotel tu dekat je dengan rumah. Sebab apa? Ada masa memang kita perlu tinggalkan rumah kita kejap, amik mood dekat luar.. Relaks.. tenangkan fikiran.. 



Aik? kenapa kat rumah tak tenang ke? Tak bukan macam tu.. Bila dekat rumah kepala kita sebenarnya sarat memikirkan macam macam. Walaupon kadang kata harini nak rehat, kepala ni still fikir nak masak apa, nak basuh baju, nak mengemas la apa la haha dan selain itu.. ada masa tiera rasa macam idea tiera jadi terbatas.. Tiera  seorang isteri yang berkerja dari rumah.. seorang leader buat anak didik.. tiera sentiasa perlukan idea baru untuk terus maju dan bantu semua anak didik bisnes tiera.. 


So tiera perlu keluar kejap dari rutin harian. Tinggalkan semua dulu. Recharge. Dapat kan satu tenaga, satu nafas, satu environment yang lain, luar dari rumah yang mana inshallah sangat membantu untuk tenangkan fikiran dan generate idea demi idea. 


kat sini lah sekarang tiera dok update blog ni.. laju je rasa nak menulis hihi

Alang-alang tu, ber babymoon la kita hehe. Tiera dah nak masuk 38 weeks dah ni tau. Dah sarat sangat sebenarnya hehe. Cakap dekat suami tiera najmi, 


"yang..b dah nak bersalin yang..bila kita nak babymoon ni..nak keluar dari rumah kejap.." 


Dan khamis baru ni 8 jun tiera punya appointment checkup dengan O&G. Najmi cakap, 


"kalau doktor kata ok, baru boleh, ok? "


Sebenarnya checkup masa ni kami suami isteri sangat berdebar.. sebab kami mengharapkan satu keajaiban berlaku masa scan.. dan alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami! Tentang apa, inshallah nanti tiera kongsi dalam ebook tiera ya. Tapi sungguh hidup ini terlalu ajaib dengan doa.. Benarlah, doa mampu mengubah takdir. Kita kena percaya tu dan kuatkan berdoa tanpa putus asa. 



Dan kemudian doktor kata, tak ada masalah untuk tiera travel jauh pon kalau by car 😌 So petang khamis tu jugak kami gerak untuk ke Pahang.. 



Sebenarnya memang najmi pon ada kerja kat site sini, so alang alang tu kita sekalikan lah dengan babymoon..babymoon ni special sebab bulan puasa, dan best hotel ni ada jugak sesi solat terawih 😃



Yang rezekinya, kami book bilik biasa biasa je, bilik deluxe. Tapi masa nak check in pihak hotel inform bilik tak cukup, makanya kami diberikan bilik Executive tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan. Tiera & baby sangat happy yeayyy alhamdulillah. 





Tiera memang sangat suka bilik spacious macam ni, luas. lapang rasa :)



View dari beranda bilik kami 


Sebelum ke sini ingat weekend sabtu ahad ni nak try Grand Lexis PD. Grand Lexis terkenal dengan konsep bilik yang dilengkapi private swimming pool. Tapi bila fikir-fikir balik.. puasa puasa ni bukan nak mandi kolam pon hehe. Plus masa dekat Bali kan dah memang merasa bilik siap private pool, so takpela cancel. Tapi untuk siapa yang nak tahu grand lexis macamana, tiera share sikit gambar masa family tiera p menginap kat sana. (sebenarnya nak clearkan storage gambar jugak ni 😋)






Tokyah dengan marry kenit sebelum acara renang 😝

kemain suka budak budak ni pokcu n pakteh depa layan swimming sama naaa. Ammar, sumayyah, fateh


Grand lexis PD ni ada 3 jenis bilik kita boleh pilih, samada nak 



1) Above the sea

memang atas laut. Tu nampak ada kaca tengah tengah tu boleh la tengok air laut kat bawah hehe

2) Garden Living

Ni yang macam family tiera p tu 

3) Sky living



Ada satu lagi hibiscus kot namanya. Dia ada kolam transparent tepi laut.. Kalau korang berminat boleh la try ushaa ushaa agoda ke booking ke trivago ke ok.. 



So itu saja update tiera harini.. kata quick update, dekat 30 minit jugak menulisnya hehe. Harini inshallah nak try satu ikan bakar best kat sini.. nanti tiera kongsi di next entry ya! 


Masa nak keluar buka puasa semalam hehe boyot dah perut makyong 🙈




ok korang. thanks for reading 💕
Salam 15 Ramadhan semua 



love, 
athirah tieramiessyou

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...