Mohamad Omar atau tokki, merupakan atok kepada Najmi, sebelah ayah suami saya. Kali pertama saya bertemu dengan tokki adalah ketika saya dan Najmi bertunang, waktu itu dah pun saya kagum di usia 102 tahun beliau mampu ikut travel dari Terengganu sampai ke Melaka!
Apa yang saya dapat lihat setiap kali balik ke kampung halaman suami di terengganu, tokki rajin ke masjid untuk solat berjemaah, dan walau dalam keadaan pergerakan perlahan masih lagi mengerjakan solat duha dan sebagainya.
Mengikut kata suami saya, itulah amalan tokki sejak dari muda lagi. Tidak hairanlah bagaimana sihat tubuh badannya Allah kurniakan, pada usia 104 tahun, tiada sebarang penyakit, masih boleh menjamah makanan lazat bersama kami, masih boleh menonton bola, masih boleh ke masjid dan sebagainya.
Tanggal 15 disember 2015, Selasa, tokki telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumah beliau.
Ajal, maut telah Allah tentukan waktunya bg tiap-tiap insan. Tidak di lambat atau di cepatkan kan walau sesaat . Alfatihah buat tokki, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
kenangan, family potrait yang di ambil ketika perayaan aidilfitri yang lalu |
Cucu menantu yang sempat beraya bersama pada tahun 2014 |
Juga pada tahun 2015 Al-fatihah |
No comments:
Post a Comment