HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Apa Beza Home Spa Dengan Mobile Spa?


Rupanya ramai keliru ya antara home spa dengan mobile spa. Ok sedikit penjelasan ya 


HOME SPA 


  • Spa dari rumah. Bukan rumah anda, tapi rumah beauty therapist tu sendiri. Ini adalah konsep spa tanpa premis, tanpa kedai, bertujuan untuk memberi keselesaan pada pelanggan dari segi parking, ramai orang dan sebagainya. Juga bertujuan untuk memberi rawatan eksklusif pada harga yang sangat berbaloi, serendah RM35 pun ada kalau di Tieramiessyou Beauty House! Cuba anda fikir, Tieramiessyou Beauty House  (TBH) menggunakan produk yang mahal dan berkualiti, tapi bagaimana boleh MAMPU menyediakan rawatan sebegitu eksklusif pada harga tak masuk akal murahnya? Simply because. Tiada kedai/premis yang perlu di sewa. 







MOBILE SPA 


  • Servis di rumah anda atau di mana saja anda berada. Hubungi kami, kami datang ke tempat anda.. konsep spa bergerak ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan yang rata-rata punya masalah tak cukup masa, tak boleh tinggalkan anak, tak punya kenderaan dan sebagainya. Tapi harus di ingat, dah tentu ada kos  untuk pengangkutan dan 'upah' panggil pakar datang rumah kita betul tak. Kebiasaannya beauty therapist akan membawa kelengkapan dan keperluan seperti trolley bag, water pitcher etc. 




"Haritu saja saja je tiera & kakak tiera book satu mobile spa datang rumah. Selalu kita spa kan orang kan, kali ni biar kita dimanjakan. Reward diri sendiri. Nak tahu tak..."



"Total RM500, tengok barang dia guna, rasa setanding je dengan apa yang TBH sediakan except for the foldable bed & blanket panas - since kami tak buat servis urutan badan so tak perlu pun la kan. Dan dari segi produk, rasanya produk kami lagi mahal dan berkualiti hehe"



"Kami berborak dan berbual. Katanya Ramai org zaman sekarang punya masalah TAK ADA MASA. Kadang-kadang siap bayar pakej penuh beribu dekat satu spa ni, tapi membazir begitu sahaja sebab? Tak sempat pergi. Tak ada masa etc"




"Sebab tu lah ORANG SANGGUP BAYAR LEBIH untuk mobile spa, simply because.. BAYARAN LEBIH ITU ADALAH UNTUK COVER SEGALA KEMUDAHAN YANG PELANGGAN NIKMATI!"  =)



******


BAYANGKAN, rawatan kecantikan in the comfort of your own home. Best tak? Tak perlu keluar rumah, save masa! Kiralah berapa banyak masa akan anda ambil sekiranya anda bercadang ke spa? Nak mandi. Nak bersiap. Nak pastikan dulu rumah kemas baru boleh tinggalkan rumah dengan aman. Nak start memandu dengan jalan jam yang kadang-kadang menyerang tanpa di duga. Nak cari parking pulak. Habis sesi rawatan kecantikan, kena drive semula balik rumah. Banyaknya masa anda! Kalau FREE, banyak masa mungkin okay, Kalau TAKDE MASA, itu yang masalah. Jadi, mengapa pening kepala bila sekarang dah wujud servis spa bergerak hingga ke pintu rumah anda kan!












"Jangan terkejut ada yang sedang outstation duduk di hotel pun contact kami. Yang di pejabat stress waktu rehat pun call kami. Special kan? "







Tapi apepun, sebolehnya.. buat la appointment lebih awal bagi mengelakkan masa bertindih dengan pelanggan yang lain.


Ok jelas dah sekarang apa beza home spa dengan mobile spa?
Saya ingin me war-warkan pada orang terengganu , sementara TBH ada di sini selama seminggu. Usah teragak-agak untuk dapatkan servis kami ya! 


Homespa terengganu di bukit tunggal.
Mobile spa pula di kawasan sekitar kuala terengganu. 



Book your slot now!

Athirah 
019-4120913



WATCH : komen Artist Atilia tentang home & mobile spa


#homespa #mobilespa #terengganu #ganukite #mobilespaterengganu #homespakualaterenagganu #TheWalkingBeauty #thewalkingbeautyproject #GengJutawanSpa #visitmyig




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...