HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee




Bertemu lagi kita di entry kali ni. Terima kasih kerana sudi jadi pembaca setia di blog saya.

Tempoh hari ada saya ceritakan apakah kelebihan bisnes shaklee berbanding bisnes lain kan, tentang 3C. Ingat lagi? jika anda tertinggal, boleh baca di sini The 3C's


Harini, saya nak kongsikan antara pencapaian  dan kejayaan saya dalam shaklee. Saya sangat bersyukur Allah pertemukan saya dengan bisnes shaklee kerana, kalau saya tak buat shaklee, saya tak tahu lah saya dan kehidupan saya ketika ini. Mungkin saya seorang yang masih rendah keyakinan diri, masih penakut dan pemalu, masih negatif dan tidak punya impian besar. Mungkin saya jadi orang yang biasa-biasa saja citarasanya dan hidup dalam denial mode. 


Hmm.. Saya akan ceritakan kisah kejayaan saya dari dua aspek. Satu dari segi self development & spiritual, satu lagi dari aspek material. 


Saya akan kongsikan pencapaian yang melibatkan duit dulu, boleh? 


mari kita mulakan. 

Saya start berbisnes shaklee masa student lagi sebenarnya. Di tahun akhir pengajian. Pencapaian saya ketika itu, bonus shaklee yang saya dapat, saya mampu membeli baju untuk konvo saya ni. Harga RM250. oh yang kat belakang tu, saya rindu :') Alfatihah buat arwah ayah


RM2175 bonus pertama sebagai seorang supervisor dalam shaklee. Pangkat pertama daripada 7 pangkat yang ada. Career development dalam shaklee 😊

supervisor > senior supervisor > coordinator > senior coordinator > key coordinator > senior key coordinator > master coordinator


Dapat hadiah loket emas dari my moyang upline.
naik pangkat coordinator dan kekalkan prestasi pada bulan bulan seterusnya.


Saya tidak berkerja selepas konvo. Memang shaklee semata yang saya buat selepas konvo. Tapi alhamdulillah, dengan duit shaklee yang saya dapat, saya dapat belikan hantaran untuk suami - bukan murah2 tau hantaran dia 😂, dan belanja perkahwinan pun saya dapat guna bonus shaklee saya cover apa yang patut. hantaran saya ketika itu RM7K(suami baru sangat berkerja waktu itu) dan sedikit ibu dan ayah sumbangkan macam goodies2 tu lah.  boleh tengok video majlis kahwin saya di sini
↪ Video Perkahwinan Athirah & Najmi




Bercuti ke luar negara. Percuma tajaan shaklee sepenuhnya ada, yang kos sendiri pun ada. Apa pandapatan saya? sudah semestinya, shaklee 😉 nanti ada masa saya kongsi gambar2 melancong saya ke luar negara ya. 

  • San Fransisco
  • Las Vegas
  • Los Angeles
  • Italy
  • Barcelona
  • France
  • Japan
  • Bali
  • Jakarta
  • Melbourne
  • Perth
  • Bejing

Beli rumah pertama dengan downpayment RM35K dan kos kos renovation RM15K. Saya pun tak percaya dengan shaklee saya boleh ada duit . rumah saya boleh tengok di sini 1st house
Umrah. RM7K / person. dan saya diizinkan Allah untuk bawak bersama ibu ayah dan suami saya sudah semestinya. Alhamdulillah




Berjaya langsaikan hutang belajar saya (PTPTN) lumpsum . boleh tengok video di sini >>> live di PTPTN


Bagi elaun 4 angka pada ibu setiap bulan

Bayarkan kereta myvi ibu RM560 setiap bulan





           Beli kereta idaman audi Q5 pada usia 29 tahun


rank up pangkat tertinggi dalam shaklee iaitu master coordinator dan di raikan dalam majlis master celebration bersama kakak saya, master ainul






Inshallah, more to achieve lepas ni 😊 next, saya nak masuk kisah kejayaan saya dalam shaklee base on spiritual dan self development la. 


Saya rasa, ni kejayaan yang sangat berharga dan punca saya dapat kejayaan material.


Kalau dulu saya seorang yang pemalu tak bertempat,saya sangat rendah keyakinan diri. Saya benci diri saya, saya tak confident dan tak pandai bercakap, tak pandai bergaul. 

Bila saya masuk dalam dunia shaklee, segalanya berubah. Saya jadi seorang yang lebih yakin dan berani, paling penting saya mula belajar untuk sayang diri sendiri. Dulu saya seorang yang sangat negatif minded, tapi harini saya rasa saya seorang yang jauh lebih positif dan berani berimpian. 


Dari aspek spiritual, solat duha tu saya tak rasa sangat sebab waktu belajar lagi saya dah cuba amalkan. Tapi penghayatan tu, lebih hebat sejak saya join shaklee. Saya belajar macamana untuk letakkan pergantungan kepada Allah sepenuhnya.. 


Saya terlalu percaya bahawa Allah boleh beri apa sahaja asalkan saya usaha dan berdoa dengan cara yang betul. Buat Allah gembira, nanti Allah akan gembirakan kita dengan rezeki mencurah curah. 


Banyak kalau saya nak story tentang kejayaan kejayaan saya dalam shaklee ni. Tapi saya tinggalkan sikit supaya anda boleh baca cerita seterusnya di masa hadapan 😋 


dan kejayaan saya lebih terasa dan lebih bermakna bila saya dapat bantu ramai orang untuk dapat apa yang saya dapat.. 


contoh... 


Leader saya, izaty dapat beli kereta

my leader jannah, berhenti kerja dan ada income yang mampu untuk cover kos duit sewa rumah, instalment kereta etc. projek spa twb adalah projek team shaklee kami 


leader saya farah yang punya income RM3K sebulan dan layak dapat trip percutian shaklee. 



dan ramai lagi leader saya yang dah pun mencapai bonus shaklee 4 angka sebulan


saya percaya, the more people we help, the more money will come. jadi saya seronok nak bantu dan guide orang lain berjaya, kalau anda sendiri sudi jadikan saya mentor anda, dan bersedia menjadi salah seorang leader saya, why not kan? why not you and why not now?


Erti hidup pada memberi.
salam sayang dan see you at the top!



Master Athirah Tieramiessyou
019-4120913










😊

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...