HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

10 teknik lariskan servis spa anda!


Menjalan kan bisnes dalam bentuk servis adalah satu bisnes yang sangat demanding di masa sekarang. Mana tidaknya, semua orang sangat sibuk dan terpaksa mencari servis yang boleh memudahkan dan menjimatkan masa mereka. 


Sebut saja apa jenis servis, samada penghantaran makanan, personal shopper , rider hantar dokumen tak ketinggalan jugak servis spa bergerak! 


Walaubagaimanapun, sungguhpun servis ini demanding dan mendapat permintaan ramai , jika kita tak tahu apa strategi untuk pastikan ramai orang tahu khidmat yang kita sediakan, susah juga. Maka amatlah penting untuk kita kuasai teknik pemasaran berkesan. Saya selaku beautician TWB yang telah berkecimpung dalam bidang kesihatan dan kecantikan spa selama hampir 5 tahun ini berbesar hati untuk kongsikan SEPULUH TEKNIK berkesan untuk lariskan perniagaan spa anda. 


#1. Servis ahli keluarga atau rakan rakan anda terlebih dahulu

Semasa saya baru habis belajar bersama TWB, orang pertama yang saya facialkan adalah kawan sekolah saya dan adik beradik saya. Saya tahu siapa yang sangat supportive dan saya tawarkan servis spa kepada mereka. Sebab mereka kategori istimewa, saya berikan harga yang istimewa juga. Tak mengapa! kerana kita bukan sahaja dapat mengeratkan kembali jalinan ukhuwah malah kita punya testimoni dan gambar untuk di kongsikan di media sosial.



#2. Sentiasa tunjukkan sambutan

Kongsi lah  aktiviti anda, gambar pelanggan , feedback mereka selalu. Kerana ini akan memberikan pandangan yang bagus terhadap audience anda bahawasanya servis spa anda mendapat sambutan dan mereka jugak tak patut ketinggalan mendapatkan servis anda. 



#3. Kekerapan berkongsi di platform bisnes

Bila di tanya tentang keuntungan dan berapa ramai pelanggan yang di mahu kan, jawabnya ramai tapi bila di lihat posting posting di fb , instagram, dalam masa 3 hari baru satu post. eh macamana tu! Ingat lah, tiada perkara datang mudah sahaja dalam hidup kita, apa lagi dalam berbisnes. Di mana ada usaha di situ ada hasil. Jika anda malas, maka sale dan target income anda akan terbabas!



#4. Gunakan sepenuhnya platform bisnes percuma

Tak perlu keluar duit pun. Semuanya percuma. Blog, facebook, instagram, whatsapp stories. Ahhh ruginya jika tak fully utilize semua ni!


#5. Mulut ke mulut

Eh bukan bercium lah! 😂 tapi referral ataupun recommend dari orang yang pernah merasai servis spa kita. Untuk ini ada dua cara, pertama, anda kena sebut. Tak sebut orang tak tahu. Contoh, 

"Kalau ada sesiapa nak kan servis spa, bagitahu lah mereka cari saya. " 

Cara kedua adalah berikan servis sehabis baik. Biasanya kalau pelanggan sangat berpuas hati, mereka tak tahan untuk tidak share kepada orang lain tentang servis kita. Tak payah suruh pun dia dah kongsi di facebook! The purpose of a business is to create a customer who creates customers! 


#6. Buat iklan. 

Anda boleh buat iklan berbayar samada di fbads, googleads, igads dan macam macam lagi. Macamana cara nak buat, tu kena lah sertai team spa kami sebab kami ada ajar cara buat iklan serendah RM3 je! 


#7. Paid review

Cari mana mana selebriti atau instafamous yang boleh buat paid review untuk servis spa anda. Yang ini, pandai pandai lah anda study mana yang ok dan harga berpatutan ya!


#8. Jangan abaikan jiran tetangga anda

kadang-kadang kita sibuk nak cari orang jauh jauh, sedangkan orang sebelah rumah pun belum tahu kita buat servis spa! 


#9. Edar flyers

Anda boleh fikir di mana boleh anda edarkan flyers bersesuaian dengan target niche dan market anda. Jika mahukan student, kan boleh jelajah universiti berhampiran?



#10. Bukak mulut bukak kedai tutup mulut tutup kedai. 

Ringan ringankan mulut bila berjumpa dengan sesiapa sahaja, di surau, semasa que panjang di sesuatu tempat, di butik ketika membeli belah. Kerana boleh jadi orang yang anda baru jumpa di surau semasa shopping harini. adalah bakal pelanggan yang sangat setia dan akan repeat mahukan servis dari anda berkali kali!



Gambar ketika saya baru habis memberikan servis spa kepada client yang merupakan seorang doktor pakar :)


Itu saja tips dari saya untuk kali ini. Ada banyak lagi tips boleh saya beri, Inshallah. pastikan anda follow facebook saya Athirah Tieramiessyou atau boleh mendaftar untuk belajar spa dengan saya dan saya ajarkan anda bagaimana anda boleh dapatkan minimum RM2000 sebulan dengan servis spa sahaja! Yang lagi best, spa itu adalah kepunyaan anda, atas nama anda sendiri dan keuntungan 100% masuk poket anda sendiri!


Boleh klik link ini jika mahu menyertai training dengan saya di bawah projek spa THE WALKING BEAUTY, ok? sehingga kita berjumpa lagi, bye bye!


Link Facebook : Athirah Tieramiessyou
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/6019-4120913

 


1 comment:

Azian Elias said...

salam kenal..
kena sentiasa rajin mencari peluang bila berniaga ni kan.

akak suka ke SPA. manjakan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...