HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Percutian Atas Kapal Mewah - Western Mediterranean Cruise




Apa exposure anda tentang percutian atas kapal? Well for me, dah tentu cerita Titanic 😊


Alhamdulillah berpeluang merasai percutian mewah atas kapal baru baru ini. Kapal TERBESAR dalam dunia pulak tu!


Anda google sahaja Royal Carribean Cruise, dan spesifikkan lagi pencarian anda dengan sambungan nama kapal, iaitu Symphony of The Seas (SoTS). Then you will know betapa besarnya kapal ni! Ada banyak kapal lain lagi dengan nama yang berbeza, (SoTS) ni salah satu under Royal Carribean dan memang yang paling besar so far dalam dunia.




Kalau kita tengok cerita titanic tu pun dah rasa kapal dia gah macam apa, boleh imagine tak kapal yang saya naik ni lagi gah dan besar tahap macamana? Titanic boleh muat approx 3500 penumpang, kapal yang saya naik boleh muat 6000 penumpang. wow kan! hehe gambar ni saya google. Tapi jumpa harmony of the seas punya picture je dan masa ni belum wujud kot SoTS. Symphony of the seas (SoTS) ni baru lagi. So takde latest gambar. dan ia besar sikit lagi dari harmony of the seas. Dulu harmony of the seas paling besar.






Ini bilik yang ada dalam kapal ni. Susunan gambar tu menunjukkan bilik dari harga biasa biasa hingga harga yang mahal. Bilik pertama (paling kiri), balcony dia kat dalam kapal. takde nampak laut. Bilik no 2 tu, ada lah tingkap bulat situ untuk tengok tengok laut. Bilik no 3, ada sliding door dan balcony. keluar terus laut, sangat best! Dan ini lah bilik saya weehu! 









suka suka sangat!!!


Cruise yang saya naik ni, adalah selama 8 hari 7 malam, bermula di Spain, kemudian ke France, kemudian ke Italy. 





Baik, mana nak book percutian atas kapal ni? Anda bukak je lah website Royal Carribean ye. Harga survey lah situ, saya ni dapat PERCUMA saje! hehe ye , tak percaya ke? FREE jee 😍



Macamana boleh dapat free, sila teruskan bacaan anda. 



Kita nak naik cruise ni di Spain (Barcelona), so kena lah amik flight ke sana dulu dari Malaysia betul tak. Jadi sila bear in mind kos untuk anda peruntukkan for this trip ok?



Flight ticket + Cruise + Shore Excursion + Makan bila turun kapal + Shopping dan Souvenir



it's my time ever naik Emirates tau. So far dah pernah rasa 

✓ Malaysia Airlines - MAS
✓ Dragon Air
✓ Cathay Pacific
✓ Air Asia


Besar oo emirates ni. Kalau anda nak tahu, Emirates ni satu antara top 10 BEST economy class airlines in the world! 

  1. Eva Air
  2. Garuda Indonesia
  3. Cathay Pacific
  4. ANA All Nippon Airways
  5. Emirates
  6. Qatar Airways
  7. Singapore Airlines
  8. Thai Airways
  9. Lufthansa
  10. Japan Airlines



ini masa saya naik MAS business class. Naik business class baru dapat sudu besi kan hehe. economy class dia sudu plastik je. Tapi di Emirates, baru economy class pun dah di sediakan sudu besi! 







screen nak tengok movie pun besar 😍

Transit (connecting flight) di Dubai Airport

Dari malaysia ke dubai lebih kurang 6 jam. Kemudian dari dubai ke barcelona 6 jam 45 minit lebih kurang. 

Transit di dubai 3 jam. 


Yang paling di harapkan, toilet dia ada air. oyeahh ada. hehe malah tempat amik wuduk pun tersedia khas. Dubai ok, kan pak pak arab islam duk dubai gak. Jadi di sini tak perlu bimbang dengan makanan halal, tempat solat etc


kids zone. besar area dia. budak-budak boleh main kat sini. kalau anda bawak anak, ok sangat bagi mereka spend masa di sini


selesai solat subuh, misi mencari makanan bermula. lapar 😹


with my kakak. akhirnya mcd jadi pilihan. mcd sini halal don't worry be happy hihi

burger clubhouse sangat sedap, roti lembut daging super tebal. anda mesti cuba kalau sampai sini. Harga lebih kurang RM40

ok masa dah tamat. mari kita naik kapal terbang seterusnya, from dubai to barcelona!

breakfast dalam penerbangan seterusnya. 

beberapa jam seterusnya, lunch pulak 😍


Dan masa di habiskan dengan menonton movie dan tidur.

And finally! yes! Dah sampai airport barcelona! 

Inshallah akan saya buat entry seterusnya berkenaan itinerary sepanjang percutian bersama cruise terbesar ini ok? Dari Day 1 hingga Day 8


sebelum tu, bagi menjawab persoalan di atas mengapa saya dapat PERCUMA aje.. 


ini jawapannya.. 



ye! Shaklee yang hadiahkan saya trip ini. Fully sponsored termasuk shore excursion dan makan makan. Siap dapat meal allowance (lebih kurang RM800) untuk tempat tempat yang bebas nak makan kat mana. tqsm shaklee! 


ok lah, sekian dulu update dari saya. Nantikan next update, saya kongsikan itinerary, activities dan shore excursion ok πŸ˜‰


Thanks for reading guys!


xoxo, 
Athirah Tieramiessyou









1 comment:

Jaja Zaleha said...

Saya pernah tonton video cruise ni di youtube memang gempak habis tau. Wah seronok tu naik cruise free hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...