HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Beetle Kereta Pasarku





Harini najmi kurang sihat. Biar dia rehat. Tiera keluar kejap pagi tadi untuk belikan sarapan. Tiera capai kunci kereta myvi instead of kereta audi. Sebab nak beli nasi lemak kat depan sana je pun, bawak kereta kecik je lah. 



Tahu tak, masa awal awal tiera belajar kereta, sesi latihan tiera adalah menggunakan kereta myvi. Walau waktu itu baru beli audi, tak nak lah risiko kan kereta baru untuk berlatih memandu. So memang setiap hari, najmi balik kerja, terus tiera turun dan start bawak kereta myvi round round sekitar kawasan. 


Masa tu tiera tanya najmi, ada beza tak bawak myvi dengan audi? Najmi jawab mesti lah ada. Tiera tanya lagi, beza dari segi apa? 


Najmi kata adalah, dari segi enjin, steering apa semua. Tiera cuma "ooooo.."



Hingga dah mula naik taraf sesi latihan 😂. Dah nampak macam okay bawak myvi, masa untuk cuba bawak audi pulak. Yelah untuk apa pulak aku beli audi tapi tak nak bawak kan 😅



Awal awal bawak tu..rasa macam.. apa beza.. sama je.. audi ke myvi ke haha boleh tak macam tu. Sebab apa? tiera tak mahir lagi drive. So fokus sangat cara pegang steereng, cara tekan minyak tengok cermin and so on. So memang tak dapat nak menilai "sedap" nye tu kat mana. 



Hingga lah akhirnya... Tiera dah mula mahir drive.. Dah mula ke sana ke sini bawak audi.. and yeah today pagi ni.. bawak myvi.. 



okay now I KNOW 😂



memang ada beza.. 


1) seat. keselesaan kerusi audi dan myvi. ada bezanya


2) break. kalau audi tiera break lama sikit contoh masa kat traffic light, tiera lepas kaki tak tekan break, kereta tak kan jalan, kena tekan minyak baru jalan balik. So untuk orang yang selalu leka macam tiera - bahaya jangan tiru haha. Sangat safety la. Macam tadi bawak myvi, memang kena hold lah kaki tu kt break. lepas, memang jalan. 


3) pick up. Lepas break, tekan je minyak anytime. terus laju. dan rasa ringan sangat. Macam myvi, lama stop, gerak tekan minyak, berat sikit, dan amik masa sikit nak start laju.. 


4) steering. Bawak audi rasa smooth ringan je nak gerakkan steering, myvi macam keras. 



I see.. baru rasa beza dia.. dan tak semena mena tiera terfikir, macam tu nak lah kereta kecik satu untuk jadikan kereta pasar atau kereta yang kalau nak pergi tempat dekat dekat je kan kan. Dan walau untuk p pasar pun, tetap nak hat sedap bawak punya.. Terus terfikir beetle! 😍


TAPI... tiera cepat cepat cakap dengan myvi masa drive tadi.. eh myvi, aku sayang kau tau! aku bukan tak suka tak sayang kau tau.. kau lah kereta pertama aku dengan suami aku.. kau banyak sangat jasa.. mana aku ada harini, kau ada dalam cerita jejak jejak kejayaan aku.. you are part of it!


Banyak tempat dah kau bawak aku dengan suami aku.. bagi kemudahan bergerak, berteduh. tq myvi.. sayang kau sangat..



Kalau aku niat nak beli kereta beetle tu, doesnt mean aku tak suka kau, aku cuma nak upgrade lagi impian aku.. boleh kan kan 😊



so here we go!







Comelnyeeee 😍



Pernah tau tiera nampak orang bawak beetle ni ada wind up key kat belakang. Sumpah comel 😂 Macam kereta mainan. So google google, ada haa contoh.. hehe nak tepek sini.


tu wind-up key kat boot belakang.. comel kan macam kereta mainan haha



Dah tengok gambar ni ternampak hat lain pulak. tu warna hijau tu, boleh bukak roof! wahh bestnya. terus google pulak bettle yang boleh bukak roof.. 




😱 best giloz.. dah sudah.. ni nak buat kereta pasar ke ape ni haha.. 



then tiera google lagi, nak tahu harga pulak, berapa agaknya harga beetle biasa ni kat malaysia..bukak website wolkswagen. okay lebih kurang RM140K gitu lah.. hmm ok la kan.. takpe, tambah je dalam vision board nanti.. senarai impian 😃




sekian celoteh tiera di pagi hari. terima kasih sudi baca sampai habis hehe.. 



hidup ni sementara. akhirat kekal abadi. apepun sementara hidup ni lah, tiera nak nikmati semua benda yang tiera nak.. tambah pulak dalam usaha mengejar semua impian ni buat tiera jadi lebih baik kan.. dari malas jadi lebih rajin, dari lewat solat jadi kejar kejarkan solat, dari jarang bersedekah jadi semangat nak sedekah dan banyak lagi kebaikan yang tiera nampak mula seronok di lakukan walau awal awal buat sebab nak dapat balasan > di murahkan rezeki. tapi kesannya, ia makin sebati dengan jiwa dan diri kita.. contoh duha. tahap sebati dengan kehidupan kita sampai kalau tertinggal, rasa berdosa pulak. kan? I bet korang semua rasa benda yang sama.. sesiapa saja bila dah amalkan, akan rasa ya allah ruginya tertinggal.. kan kan?


so why not kejarkan.. kejayaan dan kekayaan sementara hidup atas muka bumi ni kan. kalau ia boleh buat kita jadi lebih baik 😉


okay lah. till then. Bye!



Keluarga Bisnesku | LAT Gathering






Harini ada gathering keluarga bisnes tiera. LAT. It stands for Legasi Anugerah Terindah yang menggabungkan semua ahli ahli shaklee, yang mendaftar di bawah susur galur Master Nur Zahirah (kak ira). 


Master itu adalah pangkat tertinggi dalam bisnes shaklee. Career development lah senang cerita. Contoh kalau korang berkerja, mesti lah ada kenaikan pangkat kan. Kenaikan gred dan kenaikan pangkat. Betul? Haa sama lah ni. Cumanya, ada lah perbezaan dia dari segi 


1) contoh, kalau nak naik gred for example, mana yang berkerja selama tiga hingga lima tahun, akan di listkan untuk di review, boleh naik gred atau tidak. kalau naik gred, naik lah gaji 

2) kalau nak naik pangkat, tengok pengalaman dan kekosongan. 


dalam shaklee? Takde batasan. takde kata kena 3-5 tahun baru boleh naik pangkat, baru boleh naik gaji. The more you give, the more you get! Lebih banyak anda usaha, lebih cepat anda naik pangkat dan ber'gaji' besar. wohoo!

Master master di bawah LAT. From left, master ainul, master ira, master hafsah, master maria. Bila lah gambar ku nak sebaris dengan mereka ni 😌. 


Dalam shaklee, sistemnya sangat adil, menepati syarak, bagus, menguntungkan dan kita akan bersangkut paut hingga enam keturunan (gittew)


So tengok, anak cucu shaklee saya mendaftar dengan saya. Saya pulak, Athirah mendaftar dengan Master Ainul. Master Ainul dulunya mendaftar dengan Master Hafsah. Master hafsah mendaftar dengan Master Zahirah. So boleh nampak tak susur galur tu? 


Anak cucu ku > athirah > master ainul > master hafsah > master ira. 


Begitulah cara untuk korang kaji asal usul keturunan korang dalam shaklee ok! 😆

**oh master maria tu mendaftar dengan master ainul. so dia anak shaklee master ainul. Saya pun anak shaklee master ainul. so kami adalah? adik beradik haha. adik beradik shaklee, dari satu omak yang sama. kita panggil sideline. sideline tu bukan side dish 😂


Ok lah jom kita tengok apa makanan yang kami nikmati tadi.. sedapnya sedapnya ya ampun.. mashallah ana suka #cheatday haha



Nasi seperti pulut, sedap sangat! 


Ayam kampung yang di bakar dengan kicap istimewa. sangat sangat sedappppp


Aneka sambal. 


Brownies by kak affni.


Marble cake by ana 

Kuih Koci by kaklang  

Cream puff (by siapa tak dapat di kenal pasti 😅)

apokono eh jang. eh salah nama 😜 okonomiyaki. makanan jepun. Siapa entah bawak pun tiera tak dapat kenal pasti maap maap

sayang semua kerana Allah taala :)


apa agaknya yang kelakar sangat tu ye master ira hehe 

sempat bergambar dengan kereta baru master ainul. kereta yang di idam idamkan setahun yang lalu, setelah dah berjaya beli 7 property (rumah) 



Seronok sangat perjumpaan harini. Tiera sangat berterima kasih pada mentor mentor tiera yang sanggup berhabis duit untuk kami.. belanja makan dan mengorbankan tenaga untuk kami. 


Betul, teknologi sekarang canggih. Boleh belajar melalui internet, secara online. Tapi percayalah, kerap bagaimana pun kita berhubung melalui atas talian, takkan sama dengan aura nya bila berjumpa depan depan. 


Setiap mentor tiera ni, ada kekuatan masing masing. Tiera sangat bersyukur kerana tiera berada dalam kumpulan yang betul. Dan tiera berterima kasih atas setiap satu ilmu yang pernah mereka kongsikan. Yang pernah mereka berikan kepada tiera, yang mana tiera guna jugak dan sesuaikan dengan ilmu yang tiera ada, dan terus melangkah dan mencipta kejayaan menggabungkan semua ilmu yang ada. Kena bijak la amik peluang, ilmu dah ada, takde tindakan tak guna jugak kan 😉 


Master ira kongsi tadi, dia tak lupa macamana mak nya pernah di hina. Kau sampai bila bila pun akan hidup, menyewa rumah. Ayah master ira pemandu bas. Walaupun pernah berkerja sebagai seorang jurutera, Petro**s pulak tu . Tapi memilih kerjaya dalam shaklee adalah kerana mahu duit lebih, DEMI MENYENANGKAN MAK DAN AYAH secepat yang mungkin. Shaklee bukan skim cepat kaya, tapi as I mentioned earlier, kenaikan pangkat dan gaji dalam shaklee boleh di perolehi dengan cepat jika kita buat betul betul, sungguh-sungguh dengan cara yang baik lagi halal dah pasti :)


Master hafsah, juga bekas jurutera (engineer) berjaya naik master dan memiliki income bulanan yang besar. Dan dalam keadaan dia menjaga ibu mertua yang terlantar sakit, jaga makan, tukar lampin dan sebagainya. Beliau tetap mampu komited dan buat sampai berjaya. Lantas apa alasan kita yang tak punya tanggungjawab sebesar itu tapi masih mahu beralasan dan mudah menyerah kalah tanpa bersungguh mencari jalan? 

***Alfatihah buat arwah ibu mertua master hafsah. 


Master Ainul , juga dulunya seorang engineer. Dia kongsikan tadi.. Untuk kita membuat keputusan dalam memilih bisnes yang tepat, yang ada masa depan dan tidak merugikan. Check dulu. Pastikan benar benar TERBUKTI. Pastikan kesemua aspek ini


1) Proven system
2) Proven mentor
3) Proven result


Dan boleh tiera katakan. Tiera dah nampak semua bukti ini. Atas sebab itu tiera kekal setia dan alhamdulillah, apa yang satu ketika dulu tiera lihat mereka mentor mentor ini miliki, harini satu persatu tiera juga berjaya memilikinya. 

*******


Kerana satu ketika dulu, aku tidak pernah mengatakan 


"dia boleh lah, engineer, banyak network.. aku ni budak law, graduate lepas tu tak pernah kerja.. "

aku tak pernah beza bezakan diri aku dengan mereka hingga menhalang potensi aku untuk pergi lebih jauh. 


Cukup berbekalkan. Kepercayaan 7 petala langit,  bahawa apa yang mereka dapat, aku juga akan dapat. Cukup aku follow mereka , duplicate apa saja yang mereka buat dalam mencapai kejayaan :)


Tqsm for today master master ku. Hingga kita berjumpa lagi. Doakan kejayaan kami anak cucu mu. 


sincerely, 
athirah tieramiessyou
Master Coordinator August 2018



Sambut Birthday Aleesha di Marriot Hotel




Alhamdulillah, Aleesha puteri sulung kesayangan kami dah pun genap setahun pada 21 jun 2018. Terima kasih Allah atas kurniaan yang tak ternilai ni. 





Bila babah tengah attend training IR engineer dia, ibu la sorang siapkan deco bilik ni.. aleesha, tinggal dengan bibik jap dekat bangi



Tiera book satu bilik dekat hotel. Macam biasalah hotel favourite tiera Marriot Putrajaya hehe.  Dan actually last minute decision ni. Decide nak celebrate kat sini sebab.. suasana kat hotel lain sikit kan, plus esoknya majlis rumah terbuka TWB & sambutan hari jadi cousins aleesha iaitu kak maya & abg fateh. So ok lah, esok checkout boleh terus ke rumah kakngah dulu, dah dekat tu :)

Cuma bila last minute nak book, harga hotel terus jadi RM300 lebih per night. Mujur tiera pandai cari peluang, dapat lah harga cuma RM280 satu malam hehe. Siap dapat 1 kek percuma! Nak tahu macamana tiera dapatkan keistimewaan ini, boleh personal whatsapp / message tiera ok? 😊





macam macam barang tiera beli untuk hias bilik ni sebenarnya tau, tapi akhirnya.. tiera pilih untuk buat simple begini sahaja 😌 alaa just a small birthday celebration pun, tak perlu beria sangat kot pada perkiraan  tiera. Nanti dia dah 2 tahun boleh la buat betul betul sikit dan jemput ramai. Kali ni, cukup lah ada kenangan untuk Aleesha tengok balik nanti bila dah besar, inilah sambutan harijadinya yang pertama dan what else kan untuk mewujudkan suasana sambutan harijadi kalau bukan ballons, candles dan party banner right? dekorasinya simple, tapi nak panjat dan cucuk bagi lekat tu sebenarnya yang mencabar 😅 I use only pin/jarum peniti untuk gantung semua dan panjat sofa. Ke sana ke sini ku tolak sofa 'ringan' tu , dan berharap sofa tu tak tumbang menampung athirah yang super ringan ni 😜





Sepatutnya nak celebrate siang, tapi since babah ada training sampai 4.30 petang, so kita tukar ke malam pukul 9.00 jadi tiera cancel menu yang asalnya tiera plan. Dan ni semua order je. makan malam kan. Tak payah makan banyak la nanti obes semua balik terus tidur haha 😁


nasi goreng ayam
Ayam goreng rempah
Tahu bergedil
untuk manis-manisan. bagi la layan cekelat 😆 cadburry tu beli dekat melbourne. comel kan bekas dia , bentuk telur 🍳 tp telur belum pecah laa hehe
m&m's dalam dispenser macam gumball. cool tak hehe tiera suka benda ni. Tu yang beli tu. Beli dekat airport masa balik dari outstation TWB ke sabah. Harga dalam RM110 macam tu.. dia sekali mcm tabung la. boleh masukkan coin then putar. Nanti coklat keluar. Nak style tak nak masukkan coin pun blh. 

Yang beli masa ni.. ingat tak? cuma tibe2 terfikir, awat la tak amik m&m gegirl 🙎ada yang patung m&m girl cuma mungkin tiera rasa warna merah cantik kot. Yang gegirl hijau tu tak amik. 

Dan ini khas untuk doorgift dorang . macaron yang cute lagi sedap tiera order dari Bakes by AB (Asilah Bakri) ni geng TWB jgk ni hihi. 😍 ahli ahli The walking beauty (TWB) memang terdiri dari bermacam macam background kan! tgk bakers pun ada! 
Mango puding with nata. tq pakteh amir

Cake 1 kg percuma dari Marriot untuk guest special macam tiera 😛 Black forrest cake. Dah ada penjimatan kat sini bila dapat kek ni. actually tiera hampir je order cake mintak bentuk castle ni 


harga dia? Dekat RM1000 jugak la. 😅 tapi.. bila fikir fikir balik.. kalau nak order cake sedap lagi cantik macam ni.. better next time masa birthday celebration yang lebih besar (inshallah) . 



Tokbu Tokyah. masing masing menunggu di lobby sementara tiera nak turun dan jemput semua naik atas 






The kiddos. Anak anak kakangah . Along tak dapat datang, mata baru lepas lasik. tudung pink tu adik tiera, aisyah. Ciksya aleesha 





Sepatutnya dia ni kena pakai bunga bunga kat atas ibu belikan, sekali dia mengamuk lah tak nak pakai 😂 mungkin dia rasa bulky ke apa kot segedabak atas kepala, last last ibu la pakai. pakai headband halus macam ni dia ok pulak 






Dan bukan senang ye nak pegang kan pisau di tangan aleesha potong kek. Nak amik a perfect photo.. jgn harap 😂 ni dia tengah nak lepaskan diri dia 




Ibu & Ayah


abang tiera. Abang boy. Pokde dan mokde aleesha






Abang tiera selepas abang boy , abang amir. And yeah, the kiddos haha


and the bibiks. Bibik evi maid kakngah, while bik ju maid tiera. 




adik bongsu tiera aiman, pokcu aleesha. Sorang lagi aizuddin lupa kot tiera nak amik gambar dia ahhaha sorry acik dean. ni dua adik tiera yang belajar kat mesir tu. Sekarang tengah cuti sem. Dan tengah busy dengan bisness Murtabak Speacial Cheese dia tu. Follow la fb Airan Delivery ya. serius sedap giloz! isterinya jamilah pun tak sempat datang

kakak hanis.tak lama lagi dapat adik ni. anak abang boy yang berusaha hampir 6 tahun untuk dapatkan hanis ni. #ShakleeEffect ala nomey nomey la meknis ni

Birthday present haha comel la korang ni

beard 
hah! ada pun ha satu gambar acik dean 😆

Tq ciksya for the cute bag

Loket emas untuk aleesha. Thankyou aunty hafsah mardhiah memuah 😘

baju yang tokbu tokyah belikan dalam mesin basuh. bibik cuci. tak sempat nak amik gambor hehe


Alhamdulillah berjaya pun buat majlis sambutan hari jadi untuk anak ibu aleesha ni. Tiera share ni sebagai tips jugak lah untuk ibu ayah yang nak celebrate birthday anak tapi tak nak budget melampau. Korang buat gini je senang hehe. 


Total belanja untuk small birthday party macam ni lebih kurang RM800 lebih termasuk check in marriot satu malam la. 



Checklist untuk sambut birthday anak : 


✔ tempat
✔ tema . warna apa atau nak tema mickey ke, frozen ke, superhero ke. kalau ada tema boleh fikirkan decorations yang berkaitan termasuk kek

✔ menu. main course, side dish, desserts.
✔ masa 
✔ jemputan siapa
✔ aturcara majlis, baca doa dulu ke, sesi bergambar dulu ke, potong kek ke. ikut lah. 
✔ doorgift kalau nak bagi. 
✔ baju untuk mama papa n baby hehe


So ini lah saja perkongsian tiera untuk kali ni. nak tulis entry lain pulak kejap lagi, open house TWB dan sambutan harijadi kak maya & abang fateh! Tq ya you all sebab baca blog tiera 😘








And to you Aleesha my darling daughter, 

Ibu sayang awak dunia akhirat. I'm very blessed to have you in my life. Ibu tak nak lupa walau satu detik bersama awak. Dan ibu sangat dapat rasa, betapa awak perlukan ibu, betapa awak selalu rasa selamat bila dengan ibu, bila awak peluk ibu. Ibu dapat rasa, bila awak genggan tangan ibu.. Inshallah Ibu akan sentiasa ada dengan awak. Please always want to hold my hand sayang :')

May you grow into being a solehah muslimah, jaga solat, jaga aurat, jaga maruah, jaga akhlak.. terus membesar dengan sihat, cantik dan cerdik ya sayang. My prayers are with you, always and forever. 



I love you so much 
💖





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...