HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB




Ada hutang? Pening? Mari saya bantu anda langsaikan hutang hutang anda. Ops tidak. Saya bukan ahlong. saya cuma mahu tolong. Saya tak tolong dengan memberi wang, tapi saya tolong dengan memberi anda jalan keluar, jalan penyelesaian dari masalah di belenggu hutang 😊


TERBUKTI BERKESAN

Sebelum saya bercerita lebih, biar saya beritahu dulu, bahawa cara ini memang berkesan dan saya sendiri telah berjaya melangsaikan hutang PTPTN saya walaupun saya seorang surirumah. boleh tonton video saya baru selesai langsaikan hutang belajar saya di > Sini




DEFINISI HUTANG

Wang/harta yang dipinjam di ikuti perjanjian bahawa ia akan di pulangkan semula bersesuaian dengan apa yang telah di pinjam. Mengikut jumlah seperti yang telah di janjikan. 


HUTANG BAIK DAN HUTANG TAK BAIK


anda seharusnya bijak dalam menilai mana satu hutang yang baik mana satu hutang yang kurang baik. Mana satu harus di selesaikan segera, mana yang boleh di selesaikan mengikut sela masa tertentu. Sebagai contoh anda beli rumah, tak perlu lah anda pening kepala bila lah nak habis bayar hutang rumah ni. Thats ok. Hutang rumah adalah hutang yang baik, kerana nilai rumah akan bertambah dari masa ke semasa. Saat anda habis je bayar, fuh harga rumah itu meningkat!


Dan transaksi kita membayar setiap bulan secara konsisten akan di lihat oleh pihak bank sebagai seorang yang punya pengurusan kewangan yang baik dan stabil. Tapi hutang seperti kereta, kad kredit, hutang orang.. haa yang ini 👎

Sebab hutang kereta, nilai kereta makin lama makin jatuh. Penat bayar banyak setiap bulan, akhirnya bila selesai bayar kereta tu, harga kereta tu dah murah dah. Hutang kad kredit? Sebab kalau lambat bayar, ada cas keuntungan. So kena bayar lebih. Hutang orang? Nanti putus silaturrahim 😅


Tapi kadang kadang kita perlukannya. Sebab itu kita berhutang. Jadi bagaimana? Okay. 


1) Senaraikan semua hutang yang anda ada. Kemudian asingkan ikut kepentingan. Mana yang harus di lunaskan segera mana yang takde masalah untuk di bayar ansuran setiap bulan. Bukan tak bayar langsung ya. 

2) Mula atur strategi bagaimana untuk mendapatkan wang lebih demi membayar hutang. 


Saya pelajar undang-undang di UiTM Shah Alam yang mempunyai hutang ptptn sebanyak lebih kurang RM30K


Saya pernah berhasrat untuk melangsaikan hutang belajar ini di waktu saya sendiri tak punya simpanan yang banyak. Bermaksud saya tak ada cash. Jadi saya di nasihati oleh ramai orang untuk bayar dahulu ansur-ansur, dah ada simpanan yang stabil, boleh usahakan bayar terus tanpa usik simpanan. Kerana apa? Kita tak tahu kalau ada emergency kita perlukan cash tapi, dah takde duit sebab semua simpanan dah habis untuk bayar hutang. Haa tak nak macam tu. Kita mesti bijak. 


Saya sasarkan saya akan mula langsaikan hutang bila bila dalam bank saya simpanan saya sudahpun mencecah sekurang-kurangnya RM10K. 


Jadi bagaimana caranya? Nak capai cepat target anda? cari lah apa lagi pekerjaan yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan duit yang lebih. Anda boleh cuba buat bisnes spa. SPA WANITA untuk WANITA. Kenapa saya highlight wanita? Sebab bisnes yang melibatkan wanita kebiasaannya adalah bisnes yang tak akan sunyi dari permintaan , sambutan pasti ada. Di mana ada permintaan, di situ ada sambutan. Maka dapat lah buat duit lebih 😊 Saya pernah cerita di SINI . Sememangnya bisnes yang melibatkan wanita adalah bisnes yang laku sepanjang zaman 





Dan saya ambil keputusan untuk jebakkan diri dalam bidang ini. ketika itu bermulalah perjalanan saya sebagai seorang beautician yang menjalankan perniagaan Home & Mobile Spa


Seminggu pertama saya jalankan, saya sangat teruja kerana saya tak sangka saya boleh dapat duit sebanyak ini dalam masa yang singkat! 



Kelebihan spa yang saya jalankan adalah kerana konsep spa saya adalah > Spa natural . Saya hanya menggunakan produk yang selamat berkesan dan terbukti dengan kajian kajian unggul. Alhamdulillah sambutan memberansangkan. 


Bila saya buat spa, saya dapat save sangat banyak duit gaji saya. Menjadikan saya dapat capai simpanan RM10K saya waktu itu. Bila banyak dapat jimat, banyak lah duit dapat di simpan. Bila banyak duit dapat di simpan , cepat lah capai target. Boleh faham? 


Selepas itu saya meneruskan target memenuhkan tabung hutang ptptn dan alhamdulillah. Dengan spa jugak lah banyak bantu saya untuk capai cepat. 



Hmm nak tahu apa pakej spa yang paling boleh buat duit cepat? Jawapannya.. Spa pengantin! 


Spa pengantin atau spa pakej penuh yang lengkap dengan lulur/body scrub, sauna, mandi bunga dan mandi susu, facial dan spa tangan kaki adalah satu pakej yang sangat menguntungkan kerana harga pakej ini biasanya bermula dari RM150 malah boleh mencecah RM300 untuk seorang! Kalau dalam sebulan ada 10 orang sahaja, dah RM3K kan? Cepatnya dapat simpan RM3K sebulan. Tiga bulan dah boleh ada RM10K 😉

bestnya mandi bunga dan mandi susu 😍 
Saya yang buat servis nya pun rasa ingin memanjakan diri ber spa alahaiiiii 

Ok lah. saya harap anda nampak.. Basically, kalau anda benar benar nak selesaikan hutang buat lah satu pekerjaan yang boleh buat duit cepat dan sekaligus membantu anda menyelesaikan dengan segera. Membayar hutang itu hukumnya wajib, tak bayar berdosa. Selesai bayar hati pun tenang. Boleh juga ikuti perkongsian saya tentang cara mengurus kewangan dengan baik. Klik SINI  Inshallah pandai cari duit di ikuti pandai urus duit, cepat jugak dapat settle hutang nanti inshallah. 


Sekian perkongsian ikhlas. Saya Athirah, beautician spa The Walking Beauty (TWB)
Anda berminat untuk sertai
Spa Shaklee exclusive bersama saya?

Jangan segan untuk hubungi saya
019-4120913

terima kasih kerana berada di blog saya tika ini
assalamualaikum  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...