HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

YOUTH Shaklee Bersama TWB





Bila sebut spa shaklee je, mesti semua orang terus teringat TWB kan kan kan hehe.. Dan sebut je Spa TWB.. ramai yang sukakannya 😍


Maklumlah..  spa natural siapa tak suka kan.. dan lebih buat ramai teruja adalah.. spa TWB adalah menggunakan produk YOUTH! 




Hmm apa bestnya spa guna produk ni? Selain sebab ianya adalah natural. Ia mengandungi muscadine grape! Alaa muscadine grape yang ada dalam vivix tu tahu tak?





Vivix ni sangat famous dengan manfaatnya dalam menjadikan wajah kita awet muda 😍


Dan bayangkan ini yang di gunakan untuk facialkan wajah client? fuh... boleh kot nak panggil anti-aging spa 😄


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk terunggul lagi premium ni. feel free to klik 
HERE


Ok lah sekian dulu. Just a simple update from me. Jumpa lagi di next entry! Till then inshallah 😘



Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB




Ada hutang? Pening? Mari saya bantu anda langsaikan hutang hutang anda. Ops tidak. Saya bukan ahlong. saya cuma mahu tolong. Saya tak tolong dengan memberi wang, tapi saya tolong dengan memberi anda jalan keluar, jalan penyelesaian dari masalah di belenggu hutang 😊


TERBUKTI BERKESAN

Sebelum saya bercerita lebih, biar saya beritahu dulu, bahawa cara ini memang berkesan dan saya sendiri telah berjaya melangsaikan hutang PTPTN saya walaupun saya seorang surirumah. boleh tonton video saya baru selesai langsaikan hutang belajar saya di > Sini




DEFINISI HUTANG

Wang/harta yang dipinjam di ikuti perjanjian bahawa ia akan di pulangkan semula bersesuaian dengan apa yang telah di pinjam. Mengikut jumlah seperti yang telah di janjikan. 


HUTANG BAIK DAN HUTANG TAK BAIK


anda seharusnya bijak dalam menilai mana satu hutang yang baik mana satu hutang yang kurang baik. Mana satu harus di selesaikan segera, mana yang boleh di selesaikan mengikut sela masa tertentu. Sebagai contoh anda beli rumah, tak perlu lah anda pening kepala bila lah nak habis bayar hutang rumah ni. Thats ok. Hutang rumah adalah hutang yang baik, kerana nilai rumah akan bertambah dari masa ke semasa. Saat anda habis je bayar, fuh harga rumah itu meningkat!


Dan transaksi kita membayar setiap bulan secara konsisten akan di lihat oleh pihak bank sebagai seorang yang punya pengurusan kewangan yang baik dan stabil. Tapi hutang seperti kereta, kad kredit, hutang orang.. haa yang ini 👎

Sebab hutang kereta, nilai kereta makin lama makin jatuh. Penat bayar banyak setiap bulan, akhirnya bila selesai bayar kereta tu, harga kereta tu dah murah dah. Hutang kad kredit? Sebab kalau lambat bayar, ada cas keuntungan. So kena bayar lebih. Hutang orang? Nanti putus silaturrahim 😅


Tapi kadang kadang kita perlukannya. Sebab itu kita berhutang. Jadi bagaimana? Okay. 


1) Senaraikan semua hutang yang anda ada. Kemudian asingkan ikut kepentingan. Mana yang harus di lunaskan segera mana yang takde masalah untuk di bayar ansuran setiap bulan. Bukan tak bayar langsung ya. 

2) Mula atur strategi bagaimana untuk mendapatkan wang lebih demi membayar hutang. 


Saya pelajar undang-undang di UiTM Shah Alam yang mempunyai hutang ptptn sebanyak lebih kurang RM30K


Saya pernah berhasrat untuk melangsaikan hutang belajar ini di waktu saya sendiri tak punya simpanan yang banyak. Bermaksud saya tak ada cash. Jadi saya di nasihati oleh ramai orang untuk bayar dahulu ansur-ansur, dah ada simpanan yang stabil, boleh usahakan bayar terus tanpa usik simpanan. Kerana apa? Kita tak tahu kalau ada emergency kita perlukan cash tapi, dah takde duit sebab semua simpanan dah habis untuk bayar hutang. Haa tak nak macam tu. Kita mesti bijak. 


Saya sasarkan saya akan mula langsaikan hutang bila bila dalam bank saya simpanan saya sudahpun mencecah sekurang-kurangnya RM10K. 


Jadi bagaimana caranya? Nak capai cepat target anda? cari lah apa lagi pekerjaan yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan duit yang lebih. Anda boleh cuba buat bisnes spa. SPA WANITA untuk WANITA. Kenapa saya highlight wanita? Sebab bisnes yang melibatkan wanita kebiasaannya adalah bisnes yang tak akan sunyi dari permintaan , sambutan pasti ada. Di mana ada permintaan, di situ ada sambutan. Maka dapat lah buat duit lebih 😊 Saya pernah cerita di SINI . Sememangnya bisnes yang melibatkan wanita adalah bisnes yang laku sepanjang zaman 





Dan saya ambil keputusan untuk jebakkan diri dalam bidang ini. ketika itu bermulalah perjalanan saya sebagai seorang beautician yang menjalankan perniagaan Home & Mobile Spa


Seminggu pertama saya jalankan, saya sangat teruja kerana saya tak sangka saya boleh dapat duit sebanyak ini dalam masa yang singkat! 



Kelebihan spa yang saya jalankan adalah kerana konsep spa saya adalah > Spa natural . Saya hanya menggunakan produk yang selamat berkesan dan terbukti dengan kajian kajian unggul. Alhamdulillah sambutan memberansangkan. 


Bila saya buat spa, saya dapat save sangat banyak duit gaji saya. Menjadikan saya dapat capai simpanan RM10K saya waktu itu. Bila banyak dapat jimat, banyak lah duit dapat di simpan. Bila banyak duit dapat di simpan , cepat lah capai target. Boleh faham? 


Selepas itu saya meneruskan target memenuhkan tabung hutang ptptn dan alhamdulillah. Dengan spa jugak lah banyak bantu saya untuk capai cepat. 



Hmm nak tahu apa pakej spa yang paling boleh buat duit cepat? Jawapannya.. Spa pengantin! 


Spa pengantin atau spa pakej penuh yang lengkap dengan lulur/body scrub, sauna, mandi bunga dan mandi susu, facial dan spa tangan kaki adalah satu pakej yang sangat menguntungkan kerana harga pakej ini biasanya bermula dari RM150 malah boleh mencecah RM300 untuk seorang! Kalau dalam sebulan ada 10 orang sahaja, dah RM3K kan? Cepatnya dapat simpan RM3K sebulan. Tiga bulan dah boleh ada RM10K 😉

bestnya mandi bunga dan mandi susu 😍 
Saya yang buat servis nya pun rasa ingin memanjakan diri ber spa alahaiiiii 

Ok lah. saya harap anda nampak.. Basically, kalau anda benar benar nak selesaikan hutang buat lah satu pekerjaan yang boleh buat duit cepat dan sekaligus membantu anda menyelesaikan dengan segera. Membayar hutang itu hukumnya wajib, tak bayar berdosa. Selesai bayar hati pun tenang. Boleh juga ikuti perkongsian saya tentang cara mengurus kewangan dengan baik. Klik SINI  Inshallah pandai cari duit di ikuti pandai urus duit, cepat jugak dapat settle hutang nanti inshallah. 


Sekian perkongsian ikhlas. Saya Athirah, beautician spa The Walking Beauty (TWB)
Anda berminat untuk sertai
Spa Shaklee exclusive bersama saya?

Jangan segan untuk hubungi saya
019-4120913

terima kasih kerana berada di blog saya tika ini
assalamualaikum  

Top 10 Produk Shaklee




"Salam sis, saya nak cuba produk shaklee. Mana satu paling best ye?"

Hmm mungkin anda perlukan info ini, antara 10 produk shaklee yang paling laris di malaysia! Anda tahu apa?


(1) Vivix
(2) ESP
(3) Omega
(4) Vitamin c
(5) Ostematrix
(6) Alfalfa
(7) Vitamin E
(8) Vitalea
(9) Kolagen
(10) Lecithin





Ini adalah turutan mengikut jumlah yang terpaling banyak di beli oleh rakyat malaysia. Haaa tudia dah ter, paling lagi  😆



Kalau ikutkan semua pun saya suka hehe. Semua pun terbaik.  Setiap satu produk ada fungsi beza beza, tapi rasa suka pada semua sama! I love them equally.. aiceh


Tapi izinkan saya berkongsi 5 produk yang saya rasa tersangat best dan mengapa saya sukakannya



Yang pertama > OSTEMATRIX




biasa panggil oste je hehe. jujur eh

saya sangat suka bagaimana oste buat tidur saya lena.. 

saya sangat suka bagaimana oste buat saya mudah membuang macam roller coaster 😂

saya suka bila sakit badan lenguh lenguh saya hilang lepas makan oste

saya suka bila oste bantu banyakkan susu badan saya untuk anak saya..




Yang kedua > ESP






Saya suka bila ESP buat kulit saya cerah dan licin

Saya suka bila ESP buat saya rasa kenyang lama. Boleh lah kurus hehe

Saya suka bila ESP bagi tenaga untuk ibu menyusu seperti saya apa lagi dikala berpuasa

Saya suka ESP mempercepatkan penyembuhan luka dan mana mana kecederaan kecil saya 

Dan ofcourse! Saya suka bila ESP boleh guna untuk macam macam dalam servis spa saya! yeahuuu





Yang ketiga >  Omega Guard




Pernah dengar minyak ikan? Inilah minyak ikan yang sangat berkualiti tinggi


Saya sangat suka bila omega bantu saya membakar lemak dalam badan dengan lebih cepat. Terasa sangat metabolisme badan mencanak canak!


Saya suka bila omega buat saya tak lagi pelupa macam dulu kala. Asyik lupa je banyak benda 😞


Saya sangat suka bila omega cantikkan kulit bila darah berjalan lancar. Nutrient yang di bawah darah jugak sampai ke seluruh anggota badan


Saya suka bila makan omega, perkembangan otak anak saya sejak dalam perut dah develop, bila lahir dan membesar, memang nampak 'budak omega' dia tu. Bijak mashallah alhamdulillah di usia 10 bulan daya faham dia macam budak setahun lebih 😂


Yang keempat >  Sustained Release Vitamin C




C is for cinta, cantik, comel! 😝


Sejak makan vitamin c saya jarang sangat demam macam dulu dulu.


Kalau sakit atau batuk, dulu makan masa sebulan baru elok. Sekarang, dalam masa yang singkat dah baik alhamdulillah. Vitamin c bantu tingkatkan imunisasi badan kita 

Dan sekarang, lebih berani untuk keluar walau tanpa secalit make up. kulit cerah bersih, bebas jerawat. Vitamin c lah punya pasal!




Yang kelima  > Vivix




Alaa cerita pasal vivix saya macam touching sikit la 😢
Mungkin anda boleh baca bagaimana struggle nya saya usaha untuk mendapatkan zuriat sampai akhirnya ikhtiar dengan vivix lah mendatangkan hasil alhamdulillah


jemput baca kisah Hamil setelah 3 tahun



Inshallah nanti saya akan cerita lebih details tentang setiap satu vitamin ya? Sekian dulu. Thanks fpr reading guys!

Modal Minima Buka Spa




Anda terfikir banyak kali dah, nak buat bisnes apa. Akhirnya bisnes spa jugak yang menerjah ke dalam fikiran kan? Buktinya, anda dah pun sampai ke sini 😊 Tapi bagaimana dengan modalnya? Berapa agaknya minimum modal di perlukan untuk buka perniagaan spa ya? 




Sebenarnya anda boleh start memiliki perniagaan spa anda pada modal yang rendah dan munasabah dengan TWB . Tapi sebelum saya berikan anda jalannya bagaimana, mari kita tengok dulu apa pendapat sesetengah orang berkaitan dengan bisnes spa?


saya terbaca di satu forum. ada seorang yang berpendapat begini



1) spa atau facial ni adalah bisnes untuk waktu mewah dan waktu senang. bila berlaku gawat atau ekonomi merosot, bisnes spa ni lah mula mula sekali kena hit. untungnya malaysia dah lama tak mengalami kemerosotan ekonomi terus semenjak tahun 1998 dulu lagi


2) spa ni biasanya bisnes mak mak datin. datuk ada lebih duit, datin tak tahu nak buat apa kat rumah, hence datuk bagi duit untuk mak datin habiskan masa. so kalau tak untung pun atau break even je, atau rugi sikit pun  takpe. sebab datuk ada supply unlimited fund. yang penting datin tak kacau datuk nak 'happy2' 😅 atau sibuk bisnes. 


3) bisnes spa ni kena ada pengalaman dua tiga tahun


4) saya rasa kawasan saya tak boleh hidup la. tak kan ada sambutan. maklum lah kawasan kampung. 


5) banyak modal kena keluar. paling paling pun RM5K. tu belum masuk nak bayar sewa kedai, bayar staff, renovate situ sikit sini sikit bagi lawa.  mungkin perlu jugak buat loan bank sikit. Saya dulu bukak RM25K


hmm yeke? 😏



Mari saya rungkai pendapat negatif ini satu persatu. 


1) Bergantung kepada ekonomi? Kalau gawat maka sambutan kurang? Maaf sis saya bantah 😌 . 

Tahukah anda bahawa ada satu kajian membuktikan, wujud perniagaan yang sangat laku dan tak akan terkesan dengan masalah kegawatan ekonomi walau teruk macamana sekalipun? perniagaan apa, bisnes apa? Ia adalah bisnes yang melibatkan wanita dan fokusnya adalah fabrik dan kecantikan! Anda tahu spa berada dalam kelompok mana? Ya, kecantikan. Dan mengikut pengalaman saya sendiri, orang tengah tak ada duit pun masih ber spa hehe. 

Terfikir jugak saya, macamana ekonomi meleset pun masih ada yang nak ber spa. Ternyata wanita itu sanggup buat apa sahaja asalkan masih boleh mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit 💅Ada saya kongsikan ini di sini. Klik > KAYA DENGAN BISNES SPA



2) Spa ni bisnes untuk mak mak datin? Hmm yeke? habis tu yang ini apa?

Student

Dafila, nurse ye ni kak. 

Jannah, pensyarah 😊
isha, Kerani.


haha amacam? Mak datin punya bisnes ke spa ni? Sorry guys. Ini membuktikan pendapat ini tidak tepat. Saya kongsi latarbelakang semua yang bukak bisnes spa dengan TWB 😎

1. Doktor perubatan
2. Peguam
3. Majistret
4. Qaqc
5. Pensyarah
6. Guru pendidikan khas
7. Engineer
8. Pelajar universiti
9. Domestic Engineer
10. Teacher Tadika 
11. Akauntan 
12. Nurse
13. Arkitek 
14. IT 
15. R&D Officer
16. Kerani
17. Tailor
18. Physiotherapist 
19. Seketeri
20. Student
21. Baker
22. Designer
23. Student
24. Officer 1/Secretary
25. Research executive


Dan banyak lagi! 



3) bisnes spa ni kena ada pengalaman dua ke tiga tahun? hehe semua yang dah berjaya buat duit kepok kepok dengan bisnes spa TWB boleh terus dapat duit walau baru lepas seminggu training. hmm kalau dalam masa seminggu punya task dah boleh buat duit banyak, kenapa perlu habiskan masa bertahun tahun baru boleh buat bisnes spa dan dapat banyak duit?



4) kawasan saya kawasan kampung? Hmm biar saya betulkan. Manusia bukan nak kan sesuatu produk atau sesuatu barang kerana istimewanya servis/produk tu semata. tapi kerana emosi. emosi ni, mendorong mereka untuk MAHU. Tapi semua ni perlukan ilmu. tu je. anda ada ilmu, macamana nk bagi dapat, duk lah kampung ceruk mana sekalipun. pasti tetap ada! buktinya? lihatlah 😌









5) banyak modal? Mak aih sampai RM5K 😱 tahukah anda dengan TWB anda cuma perlukan modal sebanyak RM1999? dapat semua. produk dan barang-barang spa. Boleh start terus habis training tak payah fikir apa dah! 





Bagaimana ya TWB boleh tawarkan kursus yang murah siap dapat semua produk untuk buat bisnes spa? Mudah saja. Kerana TWB mengajarkan kepada semua bahawa bisnes spa juga boleh di jalankan walau tanpa kedai! ya spa tanpa kedai atau lebih di kenali sekarang sebagai mobil spa 😉


kini sudah beribu-ribu wanita menyertai team spa TWB.. sayangnya masih tak dapat menampung permintaan 35 juta rakyat malaysia! kita perlukan lebih ramai orang yang mahu buat duit dengan bisnes spa tanpa kedai TWB . dengan TWB keuntungan 100% adalah milik anda! 


ya betul apa yang anda fikirkan . agen spa di perlukan! sekiranya anda benar benar berminat, hubungi saya segera di 019-4120913

inshallah saya akan guide anda dari A-Z !! Yang penting, kita bagi ilmu berterusan seumur hidup, inshallah :)


terima kasih kerana sudi baca dan singgah entry saya.













Buat Duit Dengan Mobile Spa




Harini saya borak borak dengan bibik. Bibik cerita kisah dia, dan kenapa dia ke Malaysia untuk berkerja. Saya faham sesuatu hari ini, bukan semua warga Indonesia ke Malaysia kerana duit. Bukan semua datang kerana susah dan perlukan duit. Ada yang kerana bosan, ada yang kerana mahu lari dari masalah, ada yang kecewa dengan suami. Macam macam lagi. Tapi kalau boleh alang alang lari dari masalah, biar lah dapat buat duit jugak ye tak?


ok habis. hihi. itu kisah bibik mencari kerja. kita? kita semua nak cari kerja untuk apa? Semua orang yang cari kerja adakah sebab duit?  


Tak semestinya.. 

Ada orang cari kerja sebab dia fikir apa nak buat lepas SPM .. yelah sementara menunggu result kan, bagus lah kalau dapat buat sesuatu isi waktu lapang sambil sambil buat duit. 


Ada orang cari kerja sebab nak belajar berdikari walaupun hidup dah senang dengan mak ayah yang mewahkan dia atau suami yang super kaya. 


Tapi paling ketara, memang ramai cari kerja sebab nak duit la, yang ini tak boleh di nafikan lah 😅


hmm saya nak beri cadangan pada anda ni.. kerja apa yang anda boleh buat,  yang mana kerja tu yang memang boleh buat duit! haa kerja apa? 


Zaman sekarang susah nak cari kerja kan.. atau kalau dah dapat kerja pulak, gaji tu tak berapa nak meriah 😅


apa kata anda buat bisnes? Eh tak perlu fikir jauh jauh.. buat bisnes mudah je.  Buat apa tau... 


Buat mobile spa! Kenapa spa? Kenapa mobile (bergerak)? Betul ke senang buat duit dengan mobile spa ni?


Pernah tak dengar satu kajian berkaitan perniagaan..kajian tu menunjukkan bahawa..


Perniagaan yang berkaitan wanita adalah perniagaan yang akan laku sepanjang zaman! Ada dua perkara yang wanita sangat suka. Fabrik dan Kecantikan. Tak ada duit macamana pun, wanita sanggup buat apa sahaja untuk pakaian atau apa apa berkaitan kecantikan. 


Nah! Boleh nampak? Mobile Spa berada dalam bidang kecantikan! 


So anda kena nampak peluang ni. peluang dalam bidang ini sangat lah besar! 


Dan kalau anda nak tahu.. saya dah pun 3 tahun berada dalam bidang ini.. ye, saya salah seorang beautician spa The Walking Beauty  Saya sendiri dah dapat hasil memberansangkan, sebab tu saya galakkan sangat sangat anda pun buat benda ni.





Dan untuk pengetahuan anda, mobile spa yang saya buat adalah Spa Shaklee . Bermaksud kami menggunakan 100% produk shaklee. Why shaklee? Ada sebabnya. Anda pasti rasa macam, betul jugak. baik guna shaklee! Tapi nanti saya kupas di entry yang lain ya. 😚


Saya buat dua dua tau. Home spa sekali dengan mobile spa. Apa maksud home spa? Apa maksud mobile spa? Apa beza keduanya? Haa boleh rujuk sini ya 👉 BEZA HOME & MOBILE SPA


Susah ke ye buat? Seriously boleh buat walau tanpa sewa kedai? yes! tak percaya tengok ni macamana saya buat kat rumah saya. ni bilik kosong dah macam stor dah. haha longgok semua dalam ni. tapi tengok macamana saya buat jadikan bilik spa hehe


Bila saya ada customer spa atau orang nak datang belajar spa dengan saya, bibik akan kemas sapu lap lap ke apa semua lah. Jadi bibik tahu dah bilik spa itu wajib ada untuk saya hehe


Ni masa saya bawak bibik dan adik ipar (yg tgh pegang anak saya aleesha tu hehe) pergi showroom eco ardence.

Bibik suka rumah ni. Biasalah bibik pun gembira nak buat kerja kalau 'work station' dia cool hehe

Tapi apa yang buat saya tergelak adalah, bila bibik masuk bilik bilik tertentu dan bibik cakap

"Puan, ini boleh buat bilik spa.." 😂 hahahaha advance. bibik dah fikir siap siap dah bilik spa majikan dia 😛





Inshallah satu hari nanti saya akan beli rumah saya yang seterusnya di sini. Saya ajak anda buat mobile spa ni bukan saja saja tau. Tapi sebab saya sendiri dah berjaya dapat macam macam asbab buat benda ni, thats why saya galakkan sangat anda buat jugak. 


Alhamdulillah sebelum umur saya reach 30 tahun lagi saya dah berjaya capai banyak impian saya melalui bisnes spa TWB ni. 


Sebelum saya masuk 30 tahun, saya dah pun

✅ beli rumah
✅ beli audi idaman 
✅ langsaikan hutang PTPTN 
✅ umrah bawak suami dan ibu ayah 


dan banyak lagi! Pelik macamana bisnes spa TWB boleh bantu saya dapat semua ni? Semuanya sebab kursus spa TWB lain dari yang lain.. itu istimewanya belajar spa dengan TWB. Belajar spa di tempat lain, mana mungkin ada hingga 5 penjuru income macam yang TWB tawarkan kan. 😊


Ok lah itu saja sharing kali ni. till we meet again. Nak sertai jangan segan cari saya , inshallah saya sedia beri tunjuk ajar 😘

Kusus Spa The Walking Beauty 2018



Secara purata, para wanita melayari beberapa laman web sebelum menyertai kursus spa. Saya faham semua ni.. Kita nak pastikan kita dapatkan kursus spa terbaik, pada harga terbaik. Tapi mengapa berpenat mencari beberapa sedangkan ada SATU saja yang terbaik? 

Lain kali kalau nak belajar spa, periksa dulu TWB 😆


Wah dah macam iklan Trivago! hehe Assalamualaikum dan hai awak yang tengah baca, terima kasih sebab sudi bukak dan baca perkongsian saya. Jangan pergi dulu, habiskan baca ya sebab anda mungkin sangat memerlukan apa yang saya kongsikan ini. 




Cantik tak uniform ni? 
Inilah uniform rasmi untuk beautician spa The Walking Beauty 💖


Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ni, 5 tips untuk memilih kursus spa terbaik untuk anda sertai. 

1) Modal yang okay dan berbaloi

2) Pastikan ada jaminan dan proven result bahawa memang ada dah orang yang sertai sebelum ni berjaya buat duit dengan ilmu kursus spa tersebut

3) Fleksibel. Anda boleh set kan tarikh, masa dan tempat yang sesuai. Malah tiada halangan jika anda nak bawak anak. Maklum lah kadang kadang kita ni takde orang pulak nak tolong jaga anak. 

4) Simple dan tidak renyah. makan masa berhari hari. Biarlah simple dalam masa berapa jam boleh habis menuntut ilmu one to one practical tapi hasilnya effective, hebat, berkesan dan memuaskan!

5) Dipercayai dan ada ongoing coaching. Habis training pun masih ada ilmu berterusan secara online. orang panggil support group. 



Dan anda nak tahu tak, Kursus Spa The Walking Beauty menepati semua tips ini!


Bukan sahaja memenuhi semua 5 di atas tetapi siap ada bonus tambahan iaitu percutian ke >>> PARIS ! untuk tahun 2018. 



Cuba anda fikir, mana lagi nak dapat kursus spa, yang lepas anda register je, settle training terus boleh buat duit sebab barang - barang dah lengkap anda dapat? ye LENGKAP ! 




Skincare yang dapat pulak.. fuh.. bukan skincare biasa biasa.. Tapi YOUTH SKINCARE !



Mana korang nak dapat skincare yang menggunakan bahan bahan selamat dan bebas 2500 bahan kimia merbahaya.. 

Mana korang nak dapat skincare yang menjalani 8 tahun penyelidikan sebelum di pasarkan?

Mana korang nak dapat skincare yang ada 8 paten? Di TWB lah! TWB guna YOUTH SKINCARE wei, exclusive sungguh!




Bukan itu sahaja, dari segi akademik setiap beautician akan dapat sijil membuktikan kita memang dah pernah belajar dengan TWB. jangan tak tahu TWB adalah antara servis yang ramai mahukan! Jadi satu kebanggan bila anda ada sijil sudah belajar dari TWB 😊




Feel free untuk lawati instagram saya tieramiessyou beauty house ya. saya kongsikan macam macam termasuk lah bukti bukti penting yang pasti akan buat anda lebib yakin, mengapa kursus spa TWB adalah yang terbaik.


Jadi berapakah harga pakej kursus spa penuh The Walking Beauty? Lihat di bawah


-
-
-
-
-
-
-
-
-







Belajar 5 rawatan kecantikan dan teknik dapat customer, dapat satu lagi extra tambahan advance course bagaimana untuk bermula dan untuk setup. dapat barang barang lengkap. memang berbaloi kan? Terus start je habis training.. fuh.. 


cadangan saya, bagi yang mampu, ada modal sejelupuk. Boleh terus ambil pakej rm1999. jika tiada modal, ayuh sertai satu pintu kecil RM99. Anda akan dapat ilmu ilmu basic spa dan layak untuk dapat penjimatan hingga hampir RM1700!!! 


tak kisah mana satu pilihan anda. saya sentiasa membuka pintu untuk menyambut penyertaan anda. 


hubungi atau whatsapp saya 

Puan Athirah
019-4120913

Ahli The Walking Beauty
Pemilik home & mobile spa TBH

atau boleh klik 



sekian terima kasih 😊


Dicerai dan hilang pergantungan, wanita ini BANGKIT..!!!







Hidup tidak selalunya indah.. Langit tak selalu cerah... 


Siapa sangka,  rumahtangga yang di bina selama 11 tahun atas dasar kasih sayang, cinta, suka sama suka, akhirnya retak jua. 


Puan Nur seorang surirumah sepenuh masa, mendedikasikan dirinya, masanya untuk keluarga tersayang. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu dengan sepenuh hati. 


Namun benarlah kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kita seharusnya melakukan persediaan kalau kalau terjadi apa apa yang tak di ingini. Puan Nur tidak berkerja dan bergantung harap pada suami 100% untuk segala perbelanjaan isi rumah.


Apabila hubungan suami isteri ini goyang, rumahtangga mereka di uji dan mereka bercerai. Puan Nur hilang punca pendapatan! Mereka berpisah dalam keadaan beliau tidak di beri hak nafkah!


Buntu, beliau cuba mendapatkan secicip rezeki melalui bisnes online emasnya, tapi berapalah sangat yang beliau dapat. kadang kadang untung RM15, kadang-kadang RM30, ada masa langsung tak ada! 


Puan Nur menjadi semakin kusut, bingung. Mula jadi seorang yang pendiam. Down. Kurang keyakinan diri.


Hari-harinya berendam dengan air mata. Tiada duit untuk di beri pada anak buat belanja sekolah. Pernah satu hari ketika mengambil anak dari sekolah, motor tak dapat bergerak. minyak motor habis!



Bulan berganti bulan, kehidupan puan nur tersangat lah struggle. Beliau cuba pula menjual aiskrim 1 malaysia. Tapi sambutan menyedihkan. 


Hingga satu hari, Puan Nur mengambil keputusan untuk menyertai Projek Buat Duit Hari-Hari TWB melalui adiknya yang sudah pun sedia kala menjadi ahli TWB The Walking Beauty . Sebagai seorang adik, apa yang semampunyalah dapat di bantu sikit demi sikit, namun mengajar orang lain bagaimana menangkap ikan lebih bagus bukan dari terus menerus memberi ikan?


Perkongsian adik kepada Puan Nur saat saat beliau mula menjalankan servis mobile spa beliau




Menakjubkan. Kalau dulu hidupnya penuh dengan air mata, kesedihan, tak ada duit, tapi selepas menyertai TWB, Puan Nur mula mempunyai wang hampir SETIAP HARI !


Bayangkan sehari paling kurang beliau boleh memperolehi RM60, itu kalau basic facial. Kalau pakej penuh spa? Boleh dapat RM200 per customer. Sehari baru. kalau sebulan? Dah boleh menyamai gaji orang berkerja di pejabat!



Alhamdulillah.
Hasil pendapatan menjalankan servis spa bersama TWB.
Keuntungan 100% milik beautician tu sendiri!
Puan Nur sangat gembira. Sebak di dada.
Dapatlah bayar duit sewa rumah RM300
topup handphone, beli makan. :')


Hari hari puan nur sekarang sangat bermakna. Tiada masa untuk menangisi apa yang menimpa dirinya. Beliau BANGKIT dan membina keyakinan diri, membina masa depan yang lebih cerah. sekarang puan nur sedang sibuk untuk mengumpulkan duit buat persiapan raya nanti. mahu konvoi beramai ramai bersama adik beradik dan keluarga.



Begitulah kisah seorang wanita yang diceraikan lalu memilih untuk bangkit dan melupakan kisah lama. Usah di persoal mengapa kita di uji sebegini rupa, boleh jadi Allah sedang berbicara dengan kita soal sabar. Soal redha. Tarbiah Allah itu indah. Di sebalik sesuatu kejadian, pasti ada hikmah tersembunyi. Kita hanya perlu sabar, tunggu dan lihat apa hikmah di kemudian hari. Yang penting, usah berputus asa dan kuatlah. Air mata wanita terlalu berharga untuk di sia siakan menangisi lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sapu air mata dan teruskan melangkah. Allah sayang kita semua. percayalah.








Mahu bangkit seperti puan nur? Mahu ubah kehidupan dan prepare kewangan yang baik untuk diri sendiri? 


Ayuh sertai kami. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...