HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Stuffed Bell Peppers

Salam alaik , yuhuuu!!




This time saya nak share resipi Stuffed Bell Peppers yang saya buat hari ni.. Jom tengok cara saya buat :)


Capsicum.. potong yang atas hati hati ye. buat penutup :)

Bersihkan biji :)

Ok next prepare utk nasi goreng. Kita nak stuff dalam capsicum tu.. 
Saya tak guna Mix veges tu tau. Saya guna lobak dan jagung potong sendiri.. lagi fresh, lg sedap, lagi manis. kenapa SAYA TAK GUNA yang MIX VEGES FROZEN tu ye?


Sebab.... saya ada share di facebook tempoh hari.. kalau ada yang terlepas, meh baca meh







So saya sangat-sangat sarankan pada anda.. cukup-cukup la makan makanan segera atau frozen food dengan kerap. Sekali sekala teringin takpela. Tapi elakkan lah dari terlampau kerap.. banyak garam gula pengawet. Rendah nutrisi.. makan shaklee lg syok haha



ok kita sambung ye. 



Nasi goreng dah siap goreng. Bell peppers kita dah siap basuh. now masa untuk sumbat kan
Resipi nasi goreng :

bawang putih 10 ulas di tumbuk dengan cili padi
saya mmg suka letak byk garlic. sedap hihi. bonus, garlic bantu tingkatkan antibodi badan :)

tumis.
kemudian masukkn lobak dan jagung.
tambah garam.
masuk kan nasi.
kemudian tomato cery
siap!

seriously.. jagung sangat manis dan segar berbanding yang frozen tu
Ikan salmon pulak kita potong kiub. saya panggang siap-siap. 

Resipi ikan salmon panggang boleh tengok post saya yang ini > Steak Salmon


Masukkan nasi dalam bell peppers kita. letakkan ikan salmon yg kita potong kiub tadi. kemudian sapu sikit minyak zaitun atau minyak masak kat luar bell peppers/capsicum kita dan bakar kejap. 



Kui kui kui
ok jug jernih yang cantik tu adalah penapis air portable yang saya sangat-sangat suka!
Saya guna, saya suka, dan ofcourse saya jual jugak.

letak kat mana mana pon boleh, mudah,  cantik, air bersih bebas bau. tadah je air paip pulak tu! jimat masa tenaga hehe.

alaaa nak cakap banyak pon tak best.
awak boleh tengok sini details saya explain pasal water pitcher ni...
Penapis Air Cinderella



hehe saje buh nama cinderella since dia jernih mcm kasut kaca cinderella :)

Jemput makan
Nak gigit terus boleh
Makan guna sudu  pun boleh. aroma bell pepper tu meresap ke nasi perghhh...wallaaaa
Tak semestinya nasi tau.. awak boleh stuff apa je dalam capsicum/bell pepper ni daging ke, kentang ke.. ikut la kreativiti  k :')




Ok sekian. 
Jemput follow instagram saya ye. Dan juga ig home/mobila spa saya :)



Insyallah anda boleh rasa facial special dari tiera.. Produk 100% semulajadi , kulit muka bersih licin lembut rasa nak pegang tak nak lepas je...hehe

dan urutan muka yang boleh buat anda tertidur lena..  Mesti puas hati :)


DAN.. kalau nak jadi anak didik saya.. macam mana jalankan bisnes spa tanpa kedai dan modal rendah.. boleh contact saya ok? :)



Athirah
019-4120913



Sebab saya bukan anak orang kaya



Adakalanya saya terfikir.. untuk apa aku susah susah bekerja kuat-kuat.. tambah pulak saya bukan bekerja dengan mana mana majikan yang sudah tentu skop kerjanya bagaimana, gaji nya sudah di tetapkan setiap bulan berapa. Tak perlu pening kepala, just go with the flow. Datang pejabat, buat kerja, cukup bulan dapat gaji. 




Tapi saya? Peningnya boleh tahan.. Apa tidaknya, saya lah boss saya lah pekerja.. saya kena tentukan sendiri berapa gaji saya setiap bulan. Tiada skop kerja khusus, saya perlu bijak mencari mentor, belajar sendiri dan redah sampai jadi. 




Tak cukup dengan tu, kena pulak selalu berfikiran positif la, kena kuat la, kena sabar la, kena teguh pendirian dan tak mudah down la. Macam-macam kan. Tapi saya fikir balik.. Untuk apa sebenarnya saya amik semua ni.. hadap segala perasaan risau, kadang-kadang takut nak mencuba, takut tak jadi, takut di reject macam-macam lagi la....





Simply because..saya bukan anak orang kaya. Ya.. saya tak seperti kawan-kawan saya yang senang-senang boleh beli apa yang mereka mahu.. yang kalau nak melancong, ok jom pergi. Yang mampu bagi ibu ayah duit setiap bulan lebih dan lebih bukan RM50..RM100... atau mungkin rasa parents dah terlebih2 duit sampai tak payah dah bg duit (mungkin la.) Saya tak bebas mcm kawan saya yang takde hutang. Yang mampu umrah satu family..Tak.. saya tak mcm kawan-kawan saya yang kaya.. 




Betul ... SAYA TAK KAYA SEPERTI MEREKA... sebab tu saya pilih untuk hadap semua ni.. 



Saya pernah hadapi kehidupan yang susah seperti saya ceritakan di entry Cukuplah aku pernah hidup susah dulu dan saya tak nak ulang lagi kehidupan mcm tu.. taknak.. :'(




Sebab tu saya nak jadi kaya..salah satu sebabnya adalah, saya sangat suka melancong.. tapi saya kurang gemar dengan cara backpackers.. (kita mungkin berbeza tp kita raikan citarasa sesama kita ok?)



Entah la. Tak tahu nak cerita macam mana.. yang pasti nak melancong byk tempat tu salah satu impian saya..




Pagi ni saja tengok album-album sendiri dekat facebook, macam tak percaya dah empat tempat saya pergi (Luar Malaysia). Sebab masa kecik saya tak pernah naik kapal terbang hehe kesiankan saya? Kan dah cakap..saya bukan anak orang kaya mcm kawan2 saya... :')




Kali pertama dapat naik kapal terbang adalah when I was 18 lepas SPM..tu pon dapat free sebab... teman kakak urusan kerja beliau. Pi sabah merasa lah dua kali naik MAS (KL-KK, KK-TAWAU) Balik semenanjung air asia pulak. Haha berbeza makan roti putar dalam flight MAS dengan Maggie dlm air asia :P





Saya tak malu nak mengaku saya bukan anak orang kaya.. Dan cakap lah saya jakun sekali pun .. takpe.. cakap lah.. 



Saya tetap nak jakun hihi. Saya bukan anak orang kaya faham tak.. saya tak pernah melancong luar negara masa kecik2 mcm kawan-kawan saya, harus lah jakun hihi. Excited laaaaaaa faham dak T-T






Sekarang aim nak p jauh jauh sikit... Doakan ye? Target nya...


- Umrah
- Dubai
- US
- Paris
- Melbourne
- Jepun 
- Korea
- Istanbul
- Mesir (nak lawat adik yg study kat sana)




Ini dalam kepala setakat ni.. Saya berfikiran positif yang saya akan dapat pergi semua tempat ni.. makan sedap-sedap jalan puas puas. hehe. Doakan ye. 




Nanti bila dah tercapai, buat entry baru, dan entry yg ini akan saya titipkan semula dalam entry yang baru tu, sebagai kenangan yg satu ketika dulu ia cuma satu impian.. :)




K tu saja. 
saja cari mood pagi-pagi ni dengan melihat semula negara-negara yang saya teringin nak jejak kan kaki :')








Jom layan lagu Hikmah Kembara. Memang suka kumpulan nasyid Mirwana ni, dia macam lain dari yang lain la. Faizal Tahir masa ni tak se fofular sekarang tapi saya dah memang suka suara dia dari dulu lagi :) semua ahli mirwana suara best-best! Play lagu ni tau, sedap sangat hihi




"berjalan..bermusafirlah..melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaannya, nilai harga nya, iman dan taqwa..bagi hamba yang setia.."






Salam sayang
Athirah Tieramiessyou

Seri Angkasa Revolving Restaurant | Restoran Berputar Menara Alor Setar



Lama dah teringin nak try restoran berputar ni. Alhamdulillah finally!



Lokasi nya adalah tingkat teratas, puncak Menara Alor Setar dan dah tentu lah di Alor Setar Kedah! hehe.. 





Sebenarnya menara ni memainkan fungsi penting untuk telekomunikasi selain daripada salah satu tarikan pelancong. 




Tingginya adalah 94 meter dan dari atas kita boleh nampak pemandangan area alor setar, butterworth, dan sipi sipi thailand pon boleh nampak tau. 



     





Video pendek.
Im not sure you all can play it or not. 
Cuba je la dulu k :)



Welcome

Sebelum check in hotel nk singgah makan sini dulu
Menara Alor Staqqqq 
Isnin kan, hari bekerja, tak ramai orang hehe ada satu family je kat side sana.  
what a spectacular view :)
Milo ice with cream. Rasa berdosa balik hotel terus turn on laptop buat aerobic haha :p

Rasa dia, boleh la. Tak banyak pilihan dalam menu restoran ni. usual western food like chicken chop, grill fish lamb semua tu.  Dengan steamboat set.




What I can say, pergi lah untuk try makan sambil 'base' berputar bawak kita keliling menara 360 degree  nikmati pemandangan dari atas. Bab makanan dan servis, agak kurang, toilet tak boleh guna, paip takde air, menu limited. Dan actually restoran seri angkasa ni adik beradik je dengan restoran berputar dekat menara kuala lumpur :)


Dan sewaktu balik, lalu muzium telekom kat tingkat bawah. wah macam mana ibu ayah dulu kala guna kan public fon eh haha 

Ibu pernah cerita dulu public fon, orang luar boleh call situ. Ayah pernah call public fon tempat ibu selalu tunggu bus ngeee jimat duit orang dekat public fon :D











ok bye bye awak
Check in, kali ni stay dekat star city hotel. Hotel Ke 4 kami try di kedah selepas Emerald Puteri,  Park Avanue dan Grand Alora.  Lepas ni p lagi sekali suami kata kita try Regency Hotel pulak

Kriteria hotel yang tiera suka besar dan luas, so mcm suka emerald puteri. Takpe nanti share perbezaan hotel setiap satu ye 
Selagi mana projek suami tiera kat kedah x habis lagi, selagi tu lah kami akan kerap ke kedah haha
sebelum tidur telan 10 biji alfalfa dulu. detox, buang toksin yg masuk dalam bdn melalui udara air dan makanan...  sihatkan badan, cantikkan kulit, buang angin. ALFALFA SHAKLEE AWESOME!

Cuci muka bersih2 dengan Make up remover & foaming cleanser nutriwhite shaklee. 
guna make up remover tu tau walau pon tak apply make up. serius best sel kulit mati habis dia kasi bersih!


view dari hotel

Breakfast
Vitamin 3 warna, wajib ambil hari2.
kuning - bcomplex untuk tenaga, berikan tiera asid folic dan bantu convert makanan kpd tenaga

putih - vitamin c sustained release shaklee yang melepaskan vit c secara berperingkat. kulit jd sihat dan cantik serta memperkukuhkan daya tahan dalam badan kita. tingkatkan imunisasi

hijau - multivitamin, vitalea. vitamin yang berusia 100 tahun, merupakan multivitamin pertama di dunia di cipta oleh dr. forrest c shaklee. sumber zat besi dan mineral penting terbaik. 






So okay lah itu saja perkongsian saya buat masa ni..  Petang ni tiera akan ke Sunway untuk majlis konvokesyen, University Of Shaklee. Tiera dan kakak tiera lulus exam TTT yeayy alhamdulillah.. 


Mungkin ada yg terlepas info tentang TTT.

"Ia adalah salah satu usaha $haklee untuk melahirkan ramai 

mini nutritionist di kalangan distributor $haklee itu sendiri.. 

$haklee sgt2 menitikberatkan kualiti bukan dari segi produk 

sahaja ye tetapi juga dari segi pengetahuan para 

agen/pengedar2nya.



Melalui TTT kami seolah seolah melalui proses 



pembelajaran seperti seorang pelajar biologi. Segala sistem 


dalam tubuh kita.. sistem pernafasan, 

penghadaman pertahanan dan macam2 lagi. Penyakit2 

popular yang selalu di hidapi masyarakat kita..semua kami 

pelajari..apa punca.. apa yg kita ter kurang ambil dalam 

pemakanan seharian kita sehingga penyakit tersebut boleh 

menyerang kita atau mungkin kita terr lebih makan makanan

 kurang sihat seperti makanan yang di proses, fast food etc 

dan bagaimana makanan tambahan boleh membantu kita 

dalam melawan penyakit tersebut..


Dah belajar. Dah faham. Kemudian perlu menduduki 

peperiksaan sebagai bukti kami benar2 tahu dan faham.. tak 

cukup dengan ujian 100 soalan.. kami juga perlu lulus ujian 

oral iaitu presentation mengikut topik yang kami dapat (topik 

kami dapat melalui undian so nasib la dapat topik / produk 

apa).


Kami di ajar bagaimana bercakap seperti seorang pakar 

nutrisi di samping menggunakan ilmu yang dah kita belajar 

dan fahami sepanjang TTT. Ye Serba serbi Kami di ajar.


Seronok bukan? Terima kasih Shaklee atas peluang ini. "








Till then, good bye!

Athirah Tieramiessyou
Founder of SPARKLE &  Dear HealtH I Heart You

Honeymoon Bali (Preparations)


Hai salam alaik


Bersempena hari jadi suami pada 3 may, tiera telah pun memilih Bali untuk celebrate! wuhuu!





Lagipun memang dah lama jugak plan nak pergi...oh ye, guna bonus shaklee tiera, tiera book flight ticket, hotel.. Tapi tiera tak usik portion untuk simpanan atau keluarkan savings tiera tau.. no no no. 




Nak bagitahunya kat sini, jom sama sama usaha tambah pendapatan supaya kita melancong guna duit yang lebih setelah dah tolak simpanan, komitmen dan wang belanja untuk bulan tu. Jangan usik simpanan. Penting tau untuk ada cash dan emergency fund. 





We never know what will happen in the  future, things happen, tiba-tiba perlukan duit, family issue contohnya, rumah jauh, kena beli tiket kapal terbang supaya cepat sampai, macam mana kalau takde 'tabung emergency'? banyak lagi contoh situasi, kereta tiba-tiba rosak ke, kena buang kerja ke (nauzubillah). Pentingkan ada simpanan? Prepare ok your financial protection, tambah pendapatan  anda.



Jawapannya, pilih shaklee lah untuk jana side income dengan tunjuk ajar tiera! ;)





Ok nak share preparation tiera untuk ke sana ni.




1. Tiket kapal terbang



Book ticket. Ini paling penting ye. Tiera book MAS sebab masa untuk depart cantik, unlike air asia, kebanyakan malam, leceh la. 


Lagipun dapat murah je dapat ni . Korang  Pandai pandai la update k kat sini bookings.malaysiaairlines.





Untuk 2 orang  RM1242 masuk tax siap2

Kuala Lumpur - Denpasar  : 3 mei , 12.05 tghr
 Denpasar - Kuala Lumpur  : 7 mei, 4.05 petang






2. Check in ticket


48 jam sebelum penerbangan buat check in secara online ye




3. Hotel



Tiera pilih Jas Boutique Villas. Daftar keahlian agoda secara online, jangan lupa ye, supaya dapat point! Kemudian pilih lah hotel ikut kriteria yang korang suka. Tiera pilih yang ini sebab ada private pool dan reasonable la, satu malam cuma RM250 macam tu. so total 5 hari 4 malam bersamaan dengan RM1216 

(siap cukai hotel 10%  &  cukai perkhidmatan 10%)



4. Supir


email je pak yanto. ambik orang islam senang nak makan tempat halal. next time cerita pasal ni k. 

emailnya : ytobalitour@gmail.com



5. Passport

Jangan lupa check plk. sekurang2 nya tak mati 6 bulan sebelum tarikh expired.




6. Apply cuti



Yang mana kerja tu jgn lupa apply cuti awal2. macam tiera tak perlu apply ke, tggu boss approve ke, sebab tiera kan kerja sendiri. im the boss im the staff hehe. best kan buat shaklee dan jadi surirumah berpendapatan? bebas sgt2 tau. Tiera sgt alu-alukan kedatangan ahli baru yang nak bebas macam tiera k. jom buat shaklee dan jd sebahagian dr keluarga sparkle. Tiera ajar :)




7. Tukar matawang /aktifkan debit atau credit card


Tukar siap-nanti ye..kalau nak money changer yg murah pergi dekat ioi mall putrajaya. Debit or credit card jgn lupa aktifkan. call je customer service bank tu ye.



8. Beli simkad indonesia

Roaming jgn lupa bg yang pakai bill. Call celcom (atau ape2 syarikat telekomukasi yang u all langgan ye) kalau  pakai simkad xpe xde hal. sampai sana boleh beli simkad simpati. Time nak shopping tu senang nk guna. Dan call/whatsapp supir lagi kalau ade pape. kat hotel xpe boleh connect wifi.



9. Supplement-supplement penting


Sangat penting. untuk kesihatan asas, tenaga, untuk uv protection, imunisasi (kang demam x syok kan).  Untuk  membantu pembakaran lemak dan menghalang kolestrol masuk badan (ye lah makan macam-macam time melancong tak ingat dunia)


as for me.. tiera bawak ....


Vivix bantu badan cergas dan bertenaga je, plus kan nak jaga muka kan.. nak cantik kena la makan hari2 walau pon masa travel :)
alfalfa utk detoks. ye kita makan mcm2, sedut udara pon tak lah bersih sgt. wajib buang semula toksin2 yg masuk badan kita setiap malam

Omega guard minyak ikan utk pecahkan lemak, lancarkan perjalanan darah, cantikkan kulit muka.
lecithin juga untuk membantu mencairkan lemak dalam bdn kita.


Dan 3 warna yang tiera wajibkan diri amik setiap hari utk kesihatan asas dan banyak lagi. vitamin bcomplex (kuning) tingkatkan metabolisme. Vitalea (hijau) iaitu multivitamin pertama di dunia. dan vitamin c  (putih) untuk antibodi kulit etc




10. bagasi/ luggage


Kalau naik MAS biasanya memang kita dapat 30kg setiap sorang so rasanya takde masalah kalau setakat berdua. 






so okay la. next time update benda yang lain pulak k. masa utk YES pulak, nak tahu apa itu YES? tunggguuu.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...