HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Paun? Boleh di makan?


Paun sterling kah yang mahu saya ceritakan? Haha tidak la. ni roti. Roti pa'un. Roti yang saya tak pernah dengar sebelum ni. Haa only in terengganu hehe. Suami saya, najmi la bertanggungjawab memperkenalkan pada saya.. anyonyo :)





Apa yang sangat best? Roti dia ya allah ter sangat la lembut! Lembut sangat-sangat dan dalam dia ada isi.. ada filling yg kita boleh pilih nak kelapa ke (org ganu pggl nyior). Atau mgkn kacang merah atau planta. Semua sedap!!!



in the making hehe


Serious tak tipu, sedap yang amat. Korang wajib try okay!

masa nak turun husband suruh tengok kan dalam wallet dia, ada cash tak. sekali alamak.. ternampak yang ini.. wahh banyaknya gambar saya dia kumpul! haha

Sebenarnya balik terengganu ni sebab sepupu suami kahwin.. abg badli & kak nurul :) sebelum ke terengganu kami ke kedah dulu, suami saya ada urusan kerja kena lawat tapak dulu. Kami stay dekat grand alora hotel satu malam then esoknya terus ke terengganu merentasi perak dan kelantan huhu



selfie sikekk dgn kak nurul. mcm janet khoo plk aumm hihi

sepupu suami, ee, merangkap anak shaklee sy.. kulit ee npk mkn ctk skg.. kalau nk tahu dia amalkn vit c, vit e dan ESP :)


kawan office mak mertua , kak fiza. ank shaklee sy jugak! haha luaskan wilayahmu :p

balik dari majlis. suami langsung tak tukar baju walau dah ku iron siap2. kononnya nanti tukar, sekali dah jd 'runner' hehe dia kata tayah tukar la. ni muka penat ni sebenanye tp masing2 kena senyum paksa haha :p 




ok lah tu je nak share dari paun sampai sini eh hehe. Apepun alhamdulillah majlis berjalan lancar, makan sedap semua hehe dan terima kasih mak mertua yg sangat memahami, di saat closing shaklee 28hb, mak cakap balik la awal settlekan closing. Siap mak bungkus kan lauk. tqsm syg mak! hihi ;)


dan saya masih lagi belum mencapai rank key coordinator. belum rezki :') bulan april. saya nak balas dendam! Buat lagiii baik ok tiera!


Till then insyallah

Athirah tieramiessyou
a-happy-work-at-home-wife 





















































Steamed Rose Bread


Hai! Salam alaik. Harini tiera nak share cara membuat roti stim bunga ros kat korang. Senang sangat tau! Cuma tang menguli kena sabar la ye.. penat sikit hihihi






Alright, lets get started.





Bahan-bahan :
Tepung serbaguna 2  1/3 (alaaa gandum aje haha)
Gula 4 sudu camca (tbs)
yis - mauripan tu 1 sudu teh (teaspoon)
1 gelas air suam
Pewarna merah




yang jug jernih dan hijau tu penapis air portable istimewa saya..
nak tahu kelebihan dia boleh tengok kat sini ye >  PENAPIS AIR MUDAH ALIH




Geli pulak tgk mauripan ni haha :p
Masukkan tepung, air, yis, gula, pewarna, kacau kacau kacau. then uli , kalau lembik tambah sikit lagi tepung.  then biarkan kejap.

okay, now kita ambil sikit, golek2 sampai panjang macam tu dan potong macam ni ye 
Setiap satu potongan roll dan roll leper2. ambil satu untuk buat centre. gulung mcm ni
Susun mcm ni ok. sory la pakai penutup bekas ni aje hehe
Kemudian gulungkan dan kerat dua
tadaa! kembang2kan kelopak okay 
Demo lagi sekali. Jangan lupa selalu selalu lah tabur tepung sikit supaya tak melekat setiap kelopak dan memudahkan proses me- rolling hehe

kita buat dua kaler okay. sepatutnye light pink ni.. tapi dah terlebih tepung cair dah kaler haha 


excited guna steamer, baru beli ni kat IKEA sabtu hari tu hehe
Kuantiti untuk 2 orang ye harap maklum hehe. buat banyak kang tak habis

Siap! senang je kan. try la k.



Selamat mencuba!!



p/s : promosi 3 produk bawah ni dah nak habis tau. 28 mac ni last. Cepat-cepat whatsapp tiera k kalau nak! :)







Shaklee untuk yang terdedah kepada matahari


Assalamualaikum




Okay saya nak share jalan penyelesaian bagi anda yang selalu terdedah kepada cahaya matahari. Tahu kan sekarang ni cuaca panas sangat, dan sinaran uv waktu pagi dan petang takdelah begitu bahaya, tapi kebiasaannya yang merbahaya adalah yang bermula lebih kurang pukul 9 pagi hingga 3 petang, haa yang itu merbahaya kepada kulit kita. Masalahnya, itu lah waktu yang kebiasaan kita lebih terdedah kan?



UV tu stands for ultraviolet.



Kesannya?

- sel kulit kita rosak
- kulit berkedut, nampak tua sebelum usia
- bintik-bintik hitam, 
- jeragat (pigmentation)
- dan jangan terkejut kanser kulit pon salah satu risiko terdedah pada sinaran uv! (termasuk masalah katarak, rosak retina dsb)


Ada 3 jenis uv, uva,uvb,uvc. Semuanya merbahaya ye





Saya sangat menitikberatkan soal penjagaan kulit khasnya buat yang selalu terdedah kepada cahaya matahari . Baru baru ni saya ke penang, menemani suami untuk site visit dan saya faham sekarang, kenapa begitu teruk belang pada lengan suami saya, muka dan leher T-T




nampak beza?



Jadi saya kata pada suami, mulai harini, kena jaga kulit tu dari dalam mahupun luaran. Apa yang saya cadangkan adalah :



:: ESP & Herbablend ::




Esp ni protein. Sangat penting menghasilkan sel baru mengurangkan kesan sel kulit mati, dan mengatasi masalah jeragat. Saya bancuh dengan fresh milk jenama dutch lady choc untuk suami setiap pagi

Sapu pada bahagian yang selalu kering sperti siku, buku lali




:: VITAMIN E & VITAMIN C ::





Vitamin c sangat penting untuk pembentukan kolagen.  Ambil secara konsisten kulit akan jadi lebih cerah, melambatkan proses penuaan, dan menyekat pembentukan pigmentation, jeragat. Jangan tak tahu vitamin c ni adalah bahan antioksida yang sangat penting , membantu badan menghasilkan radikal bebas yang merosakkan kulit-kulit sihat. 

Vitamin e juga antioksidan yang kuat dan sngat melindungi kita dari sinaran uv. Juga membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak pada liang kulit. 



:: RANGKAIAN NUTRIWHITE TERUTAMA SPF 15 ::


SPF 15, Bermaksud sun protector factor yang bertahan selama 150 jam. Penting ke guna ultimate protection nutriwhite ni? Mesti lah sebab ia melindungi kulit kita dari cahaya matahari maka takde lah hilang seri kat muka! 
Memang wajib pakai dan bawak setiap kali nak keluar. Mengelakkan kulit dari rosak akibat terkena sinaran matahari dan pencemaran udara, mengurangkan keradangan, memberi perlindungan kepada kulit, bertindak sebagai pelembap. Best!


Set Nutriwhite ada

- gentle action MAKE UP REMOVER

-gentle deep foaming CLEANSER

- soothing radiance whitening SOFTENER

- daily defense WHITENING ESSENCE

- ultimate protection WHITENING LOTION
- SPOT WHITENING treatment

- OVERNIGHT renewal WHITENING CREAM

Cuci muka 2 kali sehari, ok? :)







:: VIVIX ::














Itu lah yang saya mula buat sekarang. Taknak la muka kusam, jeragat bintik hitam teruk sebab tak jaga kan.. Sayang diri sendiri, dan sayang suami jugak hehehe


aktiviti setiap hari, pack kan vitamin untuk suami untuk di bawa ketempat kerja...


So itu saja buat masa ni. Kalau awak yang tengah baca ni berminat, boleh pm facebook saya Athirah Tieramiessyou atau page saya Dear health I heart You  atau call/sms/whatsapp ok?

no saya 019-4120913 panggil saya tiera ;)


***Special beli dari saya, saya buatkan jadual makan. saya bg free gift dan bg sedikit tips ok. selamat bershaklee!



Love
Athirah
a-happy-work-at-home-wife

Bersyukurlah, Walau Sekecil-kecil Perkara

Assalamualaikum 



Lama pulak tak di publish publish. Dok dalam draft je ek. Okay lah saya publish.. Saya nak cerita sikit ni.





Sepanjang saya menjalankan bisness dari zero hingga harini.. salah satu punca rezeki saya tak pernah putus, saya dapat rasa dan dapat lihat, ia datang dari sebab > bersyukur. 




Apa yang buat saya terpanggil untuk kongsikan ini adalah, saya lihat ramai peniaga, sid hari ini, seolah-olah payah untuk dapat customer, untuk naik rank dan sebagainya.



Bukan rezeki dari sudut itu sahaja, spirit, semangat yg konsisten jugak satu rezeki bukan? Tapi ada yang tak dapat semua ni.





Bila saya perhati.. rupanya baru saya tahu.. ada antara mereka.. payah untuk bersyukur perkara-perkara kecil yang terjadi atas diri mereka.





Sebagai contoh.. Masa saya awal-awal buat shaklee dan dapat bonus dalam RM20-RM40 macam tu.. Ya Allah.. excited lain macam..bersyukur sgt2. saya guna duit tu untuk belanja abang saya nasi kukus, ibu saya topup. Dan bulan seterusnya bonus saya bertambah lagi, tambah dan tambah lagi. 




Tapi jangan hairan, ada ye sid yang, "boleh la.dapat la RM20..."  atau 
"RM25 je.." 
"boleh la...boleh la..."



Jerrr.. haaa jer jer... ni ape maksud? Jangan perlekeh rezeki yang kita dapat, ingat, Allah cakap lainnsyakartum laazidannakum. Kalau harini  engkau bersyukur esok aku tambah lagi. Tapi kalau kita dok je..jee..jerr.. Terlatihkah hati untuk bersyukur? 





Dapat customer zinc complex jer..





je lagi. lagi dan lagi. sampai bila kita nak bersyukur kalau semua kita pandang sebagai je sahaja? Sedang kita tak tahu saat kita dapat seorang customer zinc complex, ada orang tak dapat customer langsung! Masih mahu > je?





Pandang lah setiap satu perkara tu sebagai sesuatu yang patut kita syukuri.. 




Saya bagi contoh lain.. satu ketika dulu masa saya dan kakak saya (master ainul) baru lagi dalam shaklee.. Setiap satu perkara yang terjadi kami akan jadi sangat excited. Salah satunya


nama kak ainul under selangor







Bukan keluar gambar pon , keluar nama kat situ pon rasa excited. Happy. bersyukur sangat! Saya sendiri siap komen hoping that one day nama saya juga akan ada dalam tu. Tapi sid hari ini? Macamana? Ye bukan semua, tapi ada segelintir yang tak heran langsung! 



Saya berbual dengan kak ainul tentang hal ini.. dan dia sendiri cakap perkara yang sama.. 


"dorg ni tak de rasa happy kan...tak excited.."



Ada jadi kan? Nama u all keluar majalah Shaklee Today tapi u all tak heran pon..ada..betul tak.. dapat award time NC. Ada kan , yang pandang like 'alaaa dinner je pun..'  . Nama di panggil naik pentas utk motivation rally.. ' alaaa bukan ape benda pon..'




Kalau satu ketika dulu kak ainul tidak bersyukur ketikamana nama nye keluar sebagai list supervisor dalam shaklee today, mungkin kah Allah akan tambah lagi rezeki sampai tahap ini? 



Kenapa susah sangat  nak pandang ia sebagai sesuatu yang patut di syukurkan? Jaga jaga dengan akibat tidak bersyukur. Lihat di mana anda berada sekarang. Adakah masih di takuk lama?




Orang tak tahu lagi majalah apa saya maksudkan..hihi. ha kalau nak tahu.. ni lah yg saya maksudkan... Shaklee Today. 


Agak2 ade tak yg cakap "alaa majalah shaklee JER pon.."
kalau anda tak mahu bersyukur terpulang. Cuma nak pesan,  tak perlu halang atau sakit hati  kalau org lain nk bersyukur. ok? boleh?  :)



Dulu dulu ye la saya keluar majalah Dara.com. Laaa ni dah bertaubat takde dah nak jd model baju bagai hak3...jadi model yang boleh menginspirasikan orang lain untuk jd kaya sebelum umur 30 tahun, aci tak? boleh? hehe









Syukur itu besar kuasanya. Percayalah. Ada masa, duduk dan renungkan apa yang dah kita ada hari ni. Apa yang dah kita kecapi. Syukur dan usaha lagi.



Buat semua yang menjalankan bisness khususnya yang sama bidang dengan saya , Shaklee.  Berusahalah untuk menjadi ahli syukur. Ini salah satu kunci rezeki buat kita. 




Kalau anda rasa lemah. Rasa hampir putus asa.. ambil masa untuk ingat kembali semua kesusahan yang pernah kita lalui sebelum ni. Banyak sgt!




Masa kita lalui, kita rasa macam tak leh tempuh je. Tapi tengok di mana kita harini? Masih hidup? Dan kita lepas rupenye ujian2 sebelum ni! 




Kuatkan semangat. Kuatkan usaha. Jangan pernah putus asa. Jangan pernah berhenti bersyukur di kala anda meneruskan usaha. 




Allah sedang memerhati kan kita, maka bersyukur lah walau sekecil-kecil perkara. Tiap satu yang terjadi, tidak pernah Allah biarkan ia terjadi sia-sia. Pasti ada sesuatu yang tersembunyi... 

Kalau sekecil-kecil perkara kita susah nak bersyukur, mcmn Allah nak bagi sebesar-besar perkara?  :')




Syukurlah,
kau akan lebih bahagia dan berjaya



Salam sayang
Athirahtieramiessyou
working-at-home-wife

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...