HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Tips habiskan bacaan surah al-kahfi

Assalamualaikum




Haaa ramai orang tahu yang setiap hari jumaat kita di sarankan untuk membaca surah al-kahfi kan? Insyaallah harini tiera nak share 3 cara yang setakat ni tiera nampak boleh kita pilih dan apply demi menghabiskan bacaan al-kahfi kita setiap hari jumaat. Surah kahfi panjang ye, ada 110 ayat semuanya. Ada yang terus tak baca sebab rasa tak mampu pun nak habiskan. Ruginya.. jom jom..apa kata cuba mana-mana tips ni. 





1) Empat kali baca



Jumlah muka surat surah al-kahfi adalah dua belas muka. Kita digalakkan habiskan baca sebelum maghrib kerana masuk saja maghrib, sudah dikira hari sabtu bukan lagi jumaat. Jadi kita nak kejarkan fadhilat membaca hari jumaat, maka set target asar mesti dah settle. So waktu subuh baca empat muka surat. Waktu duha empat muka. Zohor dua, asar dua. Settled! :)









2) Split jadi tiga



Pecahkan kepada tiga. Hari khamis, waktu maghrib dah di kira masuk jumaat kan? Jadi waktu maghrib khamis tu habiskan ayat 1-ayat 31. (baca sekali tafsirnya baru tahu cerita dalam surah ni). Tapi kenapa sampai ayat 31 je? Sebab start ayat 32 dah masuk cerita lain, nanti tak syok nak follow up baca terjemahan kalau tergantung, betul tak?


Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu. So lepas isyak pulak kita sambung baca ayat 32 sampai ayat 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir.


Subuh masa hari jumaat, tinggal nak habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. Haa tak la semput sangat nak habiskan sekaligus 110 ayat! ;) Ayat 83 tu start kisah Nabi Zulkarnain pulak.







3) Minda yassin



Perasan tak, kalau baca yassin kita boleh je habiskan terus? Kalau Yassin boleh, maka tak de masalah la dengan kahfi. Yassin total enam muka surat, kahfi pulak dua belas muka. Haa ibaratkan kita baca yassin dua kali. Contoh subuh baca enam muka, duha ke, zohor ke asar, baca lagi enam muka. Haa hanya 2 kali baca dah settled, cool tak kalau guna minda yassin? hehe




Surah kahfi adalah surah makkiyah, bermaksud diturunkan di mekah. Antara kebaikan dan fadhilatnya adalah terhindar dari fitnah dajjal nanti. Dan kalau anda rasa nak sangat tahu, apa asbabunnuzul, sebab surah al-kahfi diturunkan? Boleh tengok video ni. Best.





Quraisy menghantar wakil kepada paderi yahudi, memberitahu tentang Nabi Muhammad. Paderi berkata, tanyakan lah kepada Muhammad tentang 3 perkara, kalau Muhammad dapat menjawab maka sesungguhnya dia benar seorang nabi, jika tidak maka dustalah dia. 3 Perkara tersebut adalah


1) tentang beberapa orang pemuda pada zaman dahulu
2) tentang seorang lelaki yang mengembara banyak tempat
3) tentang roh


Jadi semua jawapan ada dalam surah kahfi. Pengajaran yang sangat tiera suka dalam ni adalah apabila kita melihat sesuatu yang hebat, ucapkanlah mashaallah. (kisah dua pemuda dengan kebun tu) dan apabila kita berjanji, lafazkan lah insyaallah sebagaimana kisah nabi berkata kepada kaum quraisy

 "aku akan memberitahu jawapannya nanti.." 
 (tanpa menyebut insyallah)

Kemudian lama nabi saw terpaksa tunggu jibrail menurunkan wahyu. Sehingga akhirnya jibrail turun, dan berkata 

"Kami tidak akan turun melainkan atas perintah Tuhan-mu. Kepunyaan-Nya apa yang ada di hadapan dan di belakang kami.Dan tuhan engkau Muhammad bukan la pelupa.."


Dalam surah kahfi ni, ayat 23 dan 24, Allah memberitahu


"Dan jangan lah kamu berkata sesungguhnya aku akan melakukan esok, melainkan dengan menyebut - insyaallah - bermaksud jika allah mengkehendaki. Dan ingat lah tuhan apabila engkau terlupa dan ucapkanlah mudah mudahan tuhanku memimpin aku kepada kebenaran hari ini."


Best kan? Al-quran adalah buku cerita terbaik untuk kita. Banyak lagi kisah menarik dalam surah kahfi ni lagi lagi kisah Khidir yang membunuh anak muda, membocorkan sampan dan merobohkan rumah. Mesti pelik kenapa mesti berkelakuan seperti itu, tapi ada sebab dan jawapannya. Nak tahu, kena la baca tafsir kahfi ya!








Salam jumaat
Athirah Tieramiessyou
a-happy-work-at-home-wife

Kisah satu degupan jantung :)

Assalamualaikum



Pernah satu ketika dulu..keluarga kami dapat berita gembira.. bila di beritahu tentang pemeriksaan jalur upt, ada double line :)





Doktor sah kan usia kandungan dah 5 minggu di dalam rahim, ucapan tahniah dari doktor dan pastinya perasaan gembira tak terkata yang pasti di rasai oleh mana-mana pasangan suami isteri. Mula nampak bayangan bayi yang comel..terdengar-dengar suara tangis yang manja..senyum sorang-sorang..





Tapi berita gembira itu hancur..musnah bila satu hari..tiba-tiba darah keluar begitu banyak..berketul-ketul..sakit yang amat.. berkejar ke hospital dan doktor memberitahu, kandungan gugur :')




Bersedih seluruh keluarga...





Menitis air mata....





Hati di pujuk...Belum rezeki..belum rezeki...
kehilangan ini..terlalu sakit rasanya..pahit..payah untuk diterima..






Tapi hari ini, alhamdulillah..penantian berakhir..satu nyawa..satu tubuh kecil dengan satu jantung kecil yang berdegup..





selamat di lahirkan...iya..ini kisah abang saya.. petang tadi kakak ipar saya, kak dila selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel...












Ini bukan penantian satu tahun, dua tahun,tiga tahun.. Tapi lima tahun. ye lima tahun!




Saat keguguran.. Allah saja tahu kesakitan yang di alami, kata kak dila. Saat doctor mengeluarkan kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran.. saat doctor mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan cebisan daging yang tertinggal, memercik darah pada langsir yang mengelilingi katil.. dan ketika itu suami (abang saya) tiada di sisi. tidak dibenarkan masuk dan hanya mendengar jeritan isteri dari luar.. bayangkan apa perasaan abang saya ketika itu..




Selesai tugas doktor. Berlari abang saya dapatkan si isteri..kak dila begitu lemah.. air mata mengalir keluar dari matanya dan tangan abang saya di tarik..di peluk kuat.. 




Walau ia bukan terjadi pada saya, tapi keadaan tu cukup buat saya sebak.





Kakak ipar saya mengalami keguguran sebanyak dua kali.. Dan selama 5 tahun, mereka suami isteri menunggu kehadiran si kecil.. alhamdulillah.. selepas konsisten mengambil set kesuburan shaklee..




Abang saya amalkan zinc complex & vitamin e, kakak ipar pula amalkan ESP, vitalea, bcomplex, vitamin c, alfalfa. 



Dalam 6 bulan macam tu, mereka dapat berita gembira tentang kandungan berusia beberapa minggu, namun ia di rahsiakn dari kami sekeluarga. Tapi rahsia terbocor juga, hehe bila abang saya whatsapp di group family, pura-pura bertanya kalau ada kawan pregnant boleh makan alfalfa lagi tak? kami dapat detect dah :p




Alhamdulillah. semuanya selamat. Bayi perempuan 3.7kg di lahirkan di Mahkota Medical Centre, Melaka.





Happynya  kami sekeluarga tak terkata. Doakan saya menyusul pulak ye? Insyallah dah setahun kahwin, kami dah ready.. cukup lah setahun masa untuk kami berdua, dah mula rasa mahu bertiga. hehe..



Doakan ya? 
terima kasih :)


p/s : sebelum hamil dan semasa hamil, pengambilan bcomplex sangat sangat penting. asid folic di perlukan untuk pembentukan sel darah ibu dan baby. Penting untuk tumbesaran tulang belakang baby dan mengelakkan insiden spina bifida seperti mana yang pernah saya tunjukkan gambar di > sini





Okay la itu saja, thanks for reading. Selamat malam :)


xoxo
Tiera,
A-happy-work-at-home-wife~

Patutkah aku merasa bangga?




Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi klik dah singgah blog Tiera :)



Alhamdulillah lega tak terhingga bila dah selesai menduduki  final exam dan presentation untuk TTT modul 2.



Dengan ini, tiera ingin memberitahu bahawa tiera bukan lagi distributor shaklee biasa, tapi seorang Product Consultant yang bertauliah, yeahh!!




Tiera sangat sangat bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee. You wanna know why?




Because Shaklee is NOT an ordinary company..



Because Shaklee is NOT invented by any ordinary people...




But..invented by a legend!



Dr Forrest C. Shaklee is a legend. Why? Bak kata Victor Lim,  people who studies nutritions, be called as what? Bapak Vitamin! haha. Yes  Dr. Forrest C.Shaklee is a father of vitamin.



Dan beliau adalah orang pertama yang invented,menemui, natural health supplement. During his time, no one knows about nutritions. Takde siapa yang percaya pada health supplement.



Dr Forrest C Shaklee lah satu-satunya yang bring this up dan kenalkan pada semua.. Tak patutkah untuk tiera merasa bangga dengan Shaklee?



Okay, bila agaknya the very first clinical studies started on health supplement? Nak tahu tak bila? 1915. Sejak wujudnya multivitamin pertama dalam dunia hasil penemuan Dr Forrest C Shaklee sendiri! Yes Vitalea is the FIRST multivitamin in the world dan tahun ini genap 100 tahun usia VITALEA!!











Beliau orang pertama yang cipta vitalea, beliau juga orang pertama yang try the product! Sebelum sesiapa consume vitalea,  beliau consume terlebih dahulu!





Sebab beliau di lahirkan sebagai seorang pesakit TB. He's not really that healthy and he took many medicine. Keadaan beliau tetap sama...



Tapi, segalanya berubah bila beliau perhatikan alam sekitar. He listens to the nature.. goes back to the nature and starts inventing the first bottle of multivitamin dan beliau sendiri yang makan secara konsisten dan dapati kesan yang sangat baik pada dirinya sendiri!



Jadi dari tahun 1915 sehingga lah tahun 1956, beliau mula prescribe multivitamin di klinik beliau kepada pesakit-pesakit yang datang. Dan mashaallah, it helps thousands people!!




Tidakkah tiera patut merasa bangga, dengan multivitamin yang tiera amalkan hari ni, adalah multivitamin pertama di dunia? di cipta oleh seorang legend bukan orang biasa-biasa?






Sebelum tiera aktif dengan shaklee.. tiera hanya lah seorang pengguna.. tiera tahu betapa natural nya produk shaklee tanpa sebarang bahan kimia.. tiera rasa sendiri  keberkesanannya pada diri tiera..macamana tak jatuh cinta? Unless kalau anda makan dengan cara yang salah, cara yg tidak berkesan dan tidak konsisten maka yang tu tiera tak dapat nak tolong la. Kan. Siapa suruh beli dari orang yang lepas tangan :p





Di tambah pula Shaklee ni bukan lah syarikat MLM yang berkonsepkan kewangan, tapi lebih kepada HELP MORE PEOPLE, dengan kekuatan produknya yang berkesan, selamat dan mesra alam.



Dah tentu Tiera bangga menjadi sebahagian dari ahli Shaklee!!






Alhamdulillah, harini, selesai Train The Trainer Training Nutrition (TTT)  Modul 2. Dah pun selesai menduduki final exam dan oral presentation on DTX Complex Shaklee. Subhanallah ini pengalaman yang takkan tiera lupa sampai bila-bila!





Precious! Precious!!



masa ni baru sampai.. Tiera dapat station 3 untuk oral presentation. masing2 nervous ok! haha Kak puteri siap cakap "aku rasa macam tgh tggu que utk amik BCG.." punya nervous kan! mana taknya, kita bukan present sebagai seorang customer atau distributor biasa, tapi sebagai seorang product trainer yang bertauliah...!

Persiapan sebelum exam malam sebelumnya. Ni kira macam slip exam la kena bawak masuk hall..  
Mini nutritionist in the making ^_^
harus di ingat.. kami bukan lawan doktor ye..
tapi kami work closely with the doctor..

Doctor rawat pesakit, manakala nutritionist support for fast recovery  process.
We never ask people to stop seeing doctor or to stop the medicine before seeking for doctor's advice

Jelas ya




Settled exam.. benda pertama tiera dapatkan kesukaan tiera ni dulu, bread pudding. Makan la nak makan apa pun, shaklee belanja.. Bangga kan jadi ahli shaklee? macam rasa sangat di sayangi dan di hargai :)

kalau semalam tiera makan sangat 'sopan' chicken yakitori dengan vege tempura.. hari ni kurang sopan sebab penuh satu pinggan untuk round pertama :p  lega sangat dah habis exam kot? :p

Fried dimsum
Brokoli
Tempura Fish with lemon sauce
Kerabu ayam (2 rasa)
Chicken Fillet with sos yang super lazat
Sanwiches

^_^



Selepas lunch dan solat, kami diberi peluang untuk belajar macam mana cara untuk baca medical report. Ya Allah bestnya!!!





Alhamdulillah, I am now a certified product trainer!



Dengan ini, ingin tiera nyatakan sekali lagi bahawa tiera sangat berbangga sebab tiera adalah sebahagian daripada Shaklee.. Anda juga patut berbangga kerana anda juga sebahagian daripada shaklee bukan?







Terutama buat anak didik Tiera dan juga customer tersayang... Anda juga sebahagian daripada Shaklee, be proud of it! :)






Moga Allah mudahkan jalan bagi tiera untuk membantu ramai orang diluar sana dari segi kesihatan mahupun kewangan. 





Salam sayang 

K.C Athirah Tieramiessyou

A-happy-work-at-home-wife


Our One Year Wedding Anniversary

Assalamualaikum




31 january baru ni alhamdulillah genap dah setahun  tiera & suami jadi suami isteri. Alhamdulillah..



Kami memang plan untuk celebrate anniversary kalau dah genap satu tahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya insyaallah. Mulanya macam nak plan ke Melbourne, MAS pulak tengah murah dapat dalam RM1400 macam tu pergi balik seorang. Tapi memandangkan suami agak busy.. So takpe la itu mungkin rezeki next time. Suami tiera engineer di sebuah anak syarikat  TNB. Agak banyak projek yang beliau handle. Banyak kena outstation. Bayangkan sebelum anniversary dah kena ke sabah 3 hari.. takleh takleh kelam kabut.





Maka kami decide untuk ke Cameron Highland. Kebetulan pernah tengok rancangan Romantika kat Astro Ria, Diana Amir & Suami di taja ke Copthorne Hotel. Macam best..Jadi kami pilih Copthorne Hotel, yeayyy! :)





Kami book pakej honeymoon. Suami ambil cuti isnin since pakej ni memang untuk 3 hari. Makanya sabtu , ahad, isnin.





Harga untuk pakej ni RM978, apa yang ada dalam pakej ni adalah :



1) Dapat satu jambangan bunga dari pihak hotel upon check in
2) Strawberry Platter 
3) Breakfast
4) Tea & Scone
5) Half day tour
6) Candle Light Dinner



On our way
dapat bunga! tudung dah senget benget jalan jauh :p 
Subhanallah cantiknya!
Hari pertama kami pilih hitam & gold. hehe
Besar bilik untuk 2 orang macam ni. Memang puas hati kan?



oh ni la dia strawberry platter. Covered with wrapper plastik lembut tu, nanti makan dip dengan cream, choc & sugar  :)
Tv luar.. dalam bilik satu lagi

ada itik & teddy bear laaa hehe 
Bau bunga..wangi sangat! terabur sudah hehe




Tiera rasa ok kan puas hati kan macam ni?
Comel tak? hehe Cake ni tiera tempah dr kak syahad, masa kahwin, cake yg kak ainul sponsor tiera tu cake tempah dari kak ni la..sedap.. so tiera tempah love bird, red velvet. RM250. Sedap puas hati. Kalau korang nak tempah boleh pm dia ye. Ni facebook dia nursyahadah jamaludin 

ni sesi celebrate dalam bilik hehe.. yg kotak gold hadiah dari tiera dan kotak kecil merah baldu hadiah dari najmi untuk wife dia ni. Candle light dinner kami pilih esoknya. Ye boleh pilih nak bila dan pukul berapa..
pisau kek, tertinggal. aiyooo terlupa so makan pakai sudu je haha.. 
Makan malam makan kat luar.. alang2 jalan2 dekat brinchang. Makan kat teh tarik place. hmm biasa2 je nasi goreng dia but ok la.
Breakfast keesokan harinya. kitorg turun 6.30 pagi br syok.. tenang tak ramai org hehe.
Dalam pukul 9 kami akan ready untuk di bawa berjalan-jalan (half day tour) 
Nasi lemak. Wajib makan omega guard lecithin ni kalori tinggi

Masa tiera p jakarta dulu setiap kali breakfast kat sana ni benda wajib tiera amik.. pancake sana sedap sgt tak tahu la nak kata macam mana.. lepas tu pergi hotel lain kat malaysia tiera tak rasa sesedap dekat jakarta.. Finally tiera jumpa yang sama rasa yeayy! sedap sgt! tapi ni takde cheese macam yang tiera makan kat jakarta... album/gambar-gambar percutian ke Jakarta boleh tengok kat sini ya Enjoy JAKARTA


Breadstick untuk awak bear comel
Puding roti

Erm tu je la gambar breakfast yang lain-lain malas dah nak amik gambar hehe..


Malam berinai kakakakaka.. :p husband pakai 2 jari sudah..tiera pakai 10 jari hehe.. Ni saja je tiera bawak inai dari rumah..fefeling pengantin baru :p


The first year of marriage is often considered the year of adjustment. Masing-masing akan tahu sifat dan perangai sebenar.
Doa tiera setiap hari, moga Allah pelihara rumah tangga kami. Jadikan kami pasangan yang sentiasa memperbaiki mana yg lemah dan menerima seadanya mana yang kurang.
Moga Allah titipkan kasih sayang antara kami, tambahkan rasa cinta lillahitaala. Banyak lagi tahun untuk ditempuh, moga ikatan ini kuat hingga ke akhir hayat.









Insyallah next entry will be 


1) Aktiviti kami sepanjang 3 hari di Cameron
2) sambungan hari tu tentang Philea Resort
3) Bersyukrlah walau sekecil-kecil perkara
4) Ostematrix dan travel


Dan banyak lagi insyallah. Tiera nak check out dulu ye...Jangan lupa promosi shaklee bulan ni ostematrix, vitalea, ajht dan vitalea for kids! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...