HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Siapa nak Liquid Powder ni?

Jujurnya tiera beli sebab nak kan berus make up tu percuma hehe. Bedak cair tu tak guna pun, since dah mula makan collagen powder ni kan, jadi macam tak nak berbedak sangat. Walaupun sebenarnya penting jugak application luaran untuk menghalang dari sinaran uv.



So siapa nak kan liquid powder ni bagitahu ya. Tiera beli RM29.90 tapi nak bagi half price je ni haha











p/s  : manusia memang gemar yang mana namanya PERCUMA. Join projek spa THE WALKING BEAUTY hari ini dan dapatkan BEG SPA PERCUMA!





with love and hugs ,
     Tiera 
019-4120913

Apa Beza Home Spa Dengan Mobile Spa?


Rupanya ramai keliru ya antara home spa dengan mobile spa. Ok sedikit penjelasan ya 


HOME SPA 


  • Spa dari rumah. Bukan rumah anda, tapi rumah beauty therapist tu sendiri. Ini adalah konsep spa tanpa premis, tanpa kedai, bertujuan untuk memberi keselesaan pada pelanggan dari segi parking, ramai orang dan sebagainya. Juga bertujuan untuk memberi rawatan eksklusif pada harga yang sangat berbaloi, serendah RM35 pun ada kalau di Tieramiessyou Beauty House! Cuba anda fikir, Tieramiessyou Beauty House  (TBH) menggunakan produk yang mahal dan berkualiti, tapi bagaimana boleh MAMPU menyediakan rawatan sebegitu eksklusif pada harga tak masuk akal murahnya? Simply because. Tiada kedai/premis yang perlu di sewa. 







MOBILE SPA 


  • Servis di rumah anda atau di mana saja anda berada. Hubungi kami, kami datang ke tempat anda.. konsep spa bergerak ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan yang rata-rata punya masalah tak cukup masa, tak boleh tinggalkan anak, tak punya kenderaan dan sebagainya. Tapi harus di ingat, dah tentu ada kos  untuk pengangkutan dan 'upah' panggil pakar datang rumah kita betul tak. Kebiasaannya beauty therapist akan membawa kelengkapan dan keperluan seperti trolley bag, water pitcher etc. 




"Haritu saja saja je tiera & kakak tiera book satu mobile spa datang rumah. Selalu kita spa kan orang kan, kali ni biar kita dimanjakan. Reward diri sendiri. Nak tahu tak..."



"Total RM500, tengok barang dia guna, rasa setanding je dengan apa yang TBH sediakan except for the foldable bed & blanket panas - since kami tak buat servis urutan badan so tak perlu pun la kan. Dan dari segi produk, rasanya produk kami lagi mahal dan berkualiti hehe"



"Kami berborak dan berbual. Katanya Ramai org zaman sekarang punya masalah TAK ADA MASA. Kadang-kadang siap bayar pakej penuh beribu dekat satu spa ni, tapi membazir begitu sahaja sebab? Tak sempat pergi. Tak ada masa etc"




"Sebab tu lah ORANG SANGGUP BAYAR LEBIH untuk mobile spa, simply because.. BAYARAN LEBIH ITU ADALAH UNTUK COVER SEGALA KEMUDAHAN YANG PELANGGAN NIKMATI!"  =)



******


BAYANGKAN, rawatan kecantikan in the comfort of your own home. Best tak? Tak perlu keluar rumah, save masa! Kiralah berapa banyak masa akan anda ambil sekiranya anda bercadang ke spa? Nak mandi. Nak bersiap. Nak pastikan dulu rumah kemas baru boleh tinggalkan rumah dengan aman. Nak start memandu dengan jalan jam yang kadang-kadang menyerang tanpa di duga. Nak cari parking pulak. Habis sesi rawatan kecantikan, kena drive semula balik rumah. Banyaknya masa anda! Kalau FREE, banyak masa mungkin okay, Kalau TAKDE MASA, itu yang masalah. Jadi, mengapa pening kepala bila sekarang dah wujud servis spa bergerak hingga ke pintu rumah anda kan!












"Jangan terkejut ada yang sedang outstation duduk di hotel pun contact kami. Yang di pejabat stress waktu rehat pun call kami. Special kan? "







Tapi apepun, sebolehnya.. buat la appointment lebih awal bagi mengelakkan masa bertindih dengan pelanggan yang lain.


Ok jelas dah sekarang apa beza home spa dengan mobile spa?
Saya ingin me war-warkan pada orang terengganu , sementara TBH ada di sini selama seminggu. Usah teragak-agak untuk dapatkan servis kami ya! 


Homespa terengganu di bukit tunggal.
Mobile spa pula di kawasan sekitar kuala terengganu. 



Book your slot now!

Athirah 
019-4120913



WATCH : komen Artist Atilia tentang home & mobile spa


#homespa #mobilespa #terengganu #ganukite #mobilespaterengganu #homespakualaterenagganu #TheWalkingBeauty #thewalkingbeautyproject #GengJutawanSpa #visitmyig




Rahsia Lelaki ini Hidup Lebih 100 Tahun




Mohamad Omar atau tokki, merupakan atok kepada Najmi, sebelah ayah suami saya. Kali pertama saya bertemu dengan tokki adalah ketika saya dan Najmi bertunang, waktu itu dah pun saya kagum di usia 102 tahun beliau mampu ikut travel dari Terengganu sampai ke Melaka!




Apa yang saya dapat lihat setiap kali balik ke kampung halaman suami di terengganu, tokki rajin ke masjid untuk solat berjemaah, dan walau dalam keadaan pergerakan perlahan masih lagi mengerjakan solat duha dan sebagainya. 




Mengikut kata suami saya, itulah amalan tokki sejak dari muda lagi. Tidak hairanlah bagaimana sihat tubuh badannya Allah kurniakan, pada usia 104 tahun, tiada sebarang penyakit, masih boleh menjamah makanan lazat bersama kami, masih boleh menonton bola, masih boleh ke masjid dan sebagainya. 




Tanggal 15 disember 2015, Selasa, tokki telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumah beliau.  


Ajal, maut telah Allah tentukan waktunya bg tiap-tiap insan. Tidak di lambat atau di cepatkan kan walau sesaat . Alfatihah buat tokki, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.


kenangan, family potrait yang di ambil ketika perayaan aidilfitri yang lalu

Cucu menantu yang sempat beraya bersama pada tahun 2014

Juga pada tahun 2015







Al-fatihah

Orang Baling Taik, Kita Bagi Bunga

WARNING: Blog saya masih under maintenance. Inshallah selepas 20 dec ini akan berubah wajah. harap bersabar jika anda tidak selesa dan dapati banyak button juga sidephoto dengan logo no entry ya.

Orang baling taik, kita bagi bunga, pernah dengar tak ni? Saya dengar dari ustazah, dan ustazah kaitkan tentang perjuangan nabi kita Muhammad s.a.w. Nabi, dalam berjuang banyak bersabar. Biarpun di kecam, di hina, di sakiti, tapi baginda s.a.w tetap memberi hanya balasan yang baik buat mereka.

Semalam saya telefon ibu. Saya mengadu tentang kekesalan yang saya rasakan terhadap sesetengah manusia, entah lah. Saya manusia biasa, ada masa tercalar juga hati ini dengan sikap orang yang seolah tak mengenang budi dan tak reti menghargai.

Tapi sebenarnya kat sini lah Allah nak uji kalau kita betul-betul ikhlas atau tidak. Andai nabi tidak ikhlas dalam menyebarkan agama islam, pasti begitu mudah baginda terasa hati, pasti sudah lama baginda s.a.w berputus asa dan segala-galanya akan gagal. Jika gagal, tidak islam lah kita hari ni andai misi dakwah baginda menyebarkan agama islam tidak berjaya, bukan? :')

Benarlah ikhlas itu menuntut kita untuk banyak redha dan bersabar. Biarlah, kau tak pandang aku dan membeza-bezakan aku dengan yang lain. Biarlah kau hilang hormat terhadap aku sekalipon, aku tetap akan menghulur bantuan saat kau memerlukan, inshaaAllah. Cuma pintaku pada Allah, buang lah kebencian aku pada sikapnya terhadap aku, kerana dia juga salah seorang dari kalangan anak didikku. Aku tak mahu sesuatu yang buruk menimpanya kesan dari apa yang aku rasai. Doa seorang guru adalah antara doa yang Allah makbulkan. Sebab itu, kupilih untuk berfikir yang baik-baik, senyum dan katakan yang baik sahaja tentangnya walau begini sekali hati ini di calar olehnya.

Allah, fix my heart.

"Hate no one, no matter how much they've wronged you. Live humbly, no matter how wealthy you become. Think positively, no matter how hard life is. Give much, even if you've been given little. Keep in touch with the ones who have forgotten you, and forgive who has wronged you, and do not stop praying for the best for those you love.." - Ali Ibn Talib RA

I want to inspire people. 
I want someone to look at me and say 
"Because of you, I didn't GIVE UP.."

Memilih untuk terus memberi bunga yang segar, mekar harum dan mewangi, InshaAllah

Walk The Talk

Harini kepala ada sedikit pening, kurang air mungkin. Whatsapp anak cucu pun tak dapat nak reply immediately.. 

Ada yang saya baca dan hold dulu, esok baru reply

Sekarang nak tidur dan berehat, inshallah telan dulu ostematrix 4 biji demi tidur yang lena. 

Sebelum tidur, ada satu kata-kata ingin saya simpan di diari kesayangan malam ni.. yang ingin saya pesan pada semua termasuk diri saya sendiri..

Stop talking about dreams, because now it is time to take your action, walk the talk. Saya tak nak jadi N.A.T.O. tau NATO?

No Action Talk Only. 

Hence saya mahu hentikan cerita-cerita impian saya termasuk dalam perbualan saya dan suami, saya katakan pada suami saya, dah masa kita berhenti terlalu asyik bercakap tentang impian hingga kita syok sendiri dek kerana terlalu yakin boleh kecapi tanpa melakukan sesuatu yang EXTRA.

Saya tak boleh menjalani rutin harian yang sama jika saya mahu kecapi apa yang saya targetkan. 

Selamat malam.
Assalamualaikum.

Perubahan itu kadang-kadang menyukarkan kita..

Assalamualaikum

Ya Allah how I miss blogging. Too many stories I want to confide in you diary. Tapi sejak di landa 'musibah kehilangan gambar' di hampir semua entry.. jadi sedih sangat, hilang semangat.

Inshallah kita tunggu designer kita edit blog kita. Dan inshallah nak tukar jugak lepas ni dari sweettyra.blogspot.com kepada something dot com.

By the way, bercakap tentang perubahan. Korang ada tak perasaan tu dalam diri korang? Bukan nak kata tak boleh terima perubahan, tapi kalau kita ni jenis sentimental person, kita macam selesa dengan sesuatu keadaan / barang dan kalau boleh nak stick dan stay je begitu. Ada tak?

Sebagai contoh.. dulu facebook wall lain kan? Masa nak berubah kepada timeline punya lah sedih haha. Tapi hidup ni mestilah kena ada perubahan. Tengok punya macam-macam features fb sekarang. Imagine kalau takde perubahan sikit demi sikit, mungkin tak se effecient harini, mark zuckernberg mungkin tak nampak apa perlu tambah dan tambah, dengan sekarang ada sticker, bunyi dan sebagainya.

Contoh lain. Perubahan dalam sesuatu sistem. Ni pun payah nak terima. Erm contoh ea contoh..masa awal-awal masuk uitm shah alam, naik bas rapid RM1. Lepas tu tiket tu bertahan sehari. Kita boleh naik bas berapa kali pon asalkan tiket tu masih ada, tunjuk je tarikh on the ticket. Kadang-kadang siap mintak tiket orang lain kot kot la dia dah tak nak pergi mana mana. Jimat haha. Tapi lepas tu, masuk sem seterusnya, setiap kali naik adalah RM1. No more RM1 for the whole day, walau jarak tempat kau nak pergi naik bas tu cuma macam dari meja makan nak ke sinki haha. Masa tu rasa sedih sangat, then berulang kali cakap dalam hati rindu sem satu. Rindu sistem lama. hehe

Sistem dalam perniagaan juga berubah. Kalau dulu begini begini, sekarang dah takde dah apa yang pernah ada satu ketika dulu, bagaimanapun. Pasti ada penambahan, bonus dan kebaikan dari segi lain kan.. mereka yang mendaftar menjadi sid pada hari ini, pun tak sama dah macam ketika saya mendaftar dahulu. Kalau dahulu pendaftaran melalui submission borang di kaunter atau email. Sekarang dah begitu mudah melalui sistem atas talian (online). Kalau dulu naik rank dapat incentive, sekarang takde lagi TAPI.. dulu naik rank belum tentu dapat tajaan percutian. Sekarang naik rank, boleh dah dapat percutian lima bintang tajaan sepenuhnya.

Contoh lain, mungkin ketara di rasai untuk mereka yang punya bilangan adik beradik yang ramai... Masa kakak saya kahwin, saya dan adik-adik macam lost. Kami masuk keluar bilik macam tak tahu nak buat apa. Sampai tiba-tiba saya bersuara, kenapa rasa lain ek? Tiba-tiba adik saya kata, mungkin sebab kak ngah dah kahwin dan dah takde dengan kita kot (lepas tu sama sama menangis haha) Abang saya abang boy kahwin pun masing-masing rasa kehilangan,  nangis. Masa saya sendiri kahwin pun, especially start tidur di terengganu untuk majlis belah lelaki, adik saya aimi mesej malam tu.. "aku tengah sakit gigi..sampai hati kau tinggalkan aku" hahaha. Gelak ni, tapi sebenarnya sedih. Sedih ke berkahwin? tak, cuma sedih nak tinggalkan kebiasaan kita sebelum ni. Kalau dulu lepak dalam bilik sama-sama, hadap hari-hari bosan sama-sama bila takde kerja pergi dapur cari makan, keluar shopping dan sebagainya. Tapi lepas berkahwin, pasti, perubahan rutin harian tu akan ada.

Terbaru pulak, along saya akan berpindah ke Raub. Dah bukak petronas station.. Ini juga satu perubahan yang sukar untuk saya terima. Oh no! haha. Teruk betul tahap sentimental aku ni. Tapi normal la kan siapa tak sedih kalau biasa balik melaka boleh singgah rumah along, sekarang tak boleh dah rasa nak jumpa terus pergi rumah along. Sebab..Along dah jauh :')

Tak boleh dah bila rindu mikaell fardzley, nuha marissa, jasmine, rafaell terus call kata nak amik dorang kejap. Dah jauh.. T-T

Tapi bila fikir balik, semua perubahan ini merupakan penghijrahan. Kan? Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik, inshallah. Untuk hadapi perubahan tu, memang kadang-kadang terasa begitu sukar. Tapi percayalah, sampai satu masa. Kita akan terima dan lalui nya dengan redha dan tenang, malah lebih gembira dengan perkembangan dari semasa ke semasa. :)


Random pictures - memorable moments


Praktikal di Kompleks Mahkamah Melaka. Balik mesti singgah Jusco beli guava country's titbits 
Kelantan, lawat adik aizuddin di kolej yayasan islam kelantan. Sekarang, dah kat mesir dah dia. Susah tau nak terima perubahan awal-awal yang aizuddin bukan dekat malaysia mcm selalu, tp nasib baik teknologi sekarang canggih menhubungkan kita walau jauh beriburibu batu lemon lautan

Majlis kahwin adik saya, aisyah. Masa ni saya single lagi hihi
Bersama arwah Dr Lo'lo. Boleh nampak tak keakraban kami 3 beradik mana pergi kami sentiasa bersama. Tu yang bila kahwin masing-masing sedih, masa nak hadap perubahan tu je la. sekarang tak sedih dah haha. Pardon our hitam kusam faces, maklum lah belum jumpa shaklee masa tu :p
purse purse yang saya guna zaman sekolah dan universiti. Sampai sekarang masih simpan ok haha

HQ shaklee yang dulu di Empire Gallery, sekarang dah berpindah ke Sunway Pinnacle, masa ni pun sedih sebab kalau dulu p shaklee shopping sekali kt empire haha :p 

Itu sahaja yang nak kongsi hari ni. Lepas rindu nak menulis.
Nanti saya make up awak cantik-cantik ok blog? 

Salam sayang, 
Athirah Tieramiessyou

Dia tengah bercuti dekat Maldives, aku tunggu dia balik :')

Assalamualaikum

Walaupun blog ku habis kehilangan gambar utk 3-4 tahun punya entry gara-gara google photos, tapi mana mungkin aku tinggalkan terus diari kesayangan aku ni. Sedikit sibuk dan tak sempat mencari tukang edit blog semula, inshaAllah nanti blog aku elok semula ok?

Entry kali ni izinkanlah aku menggunakan ganti diri sebagai 'aku' bukan saya bukan tiera. Ada sesuatu yang hendak aku luahkan.

Aku sebenarnya, rindu. Rindu pada satu nama yang teramat berjasa. Suatu ketika dulu, melihat gambarnya cukup membuat aku bersemangat. Apatah lagi berjumpa dengannya, mendengar suaranya, memeluk tubuhnya.

Selalu aku dengar, cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia kan pergi. Harini, aku betul-betul rasakannya, manusia yang aku sayang, sayang yang terlalu-lalu sayang.. seolah telah tiada. telah pergi entah ke mana.. 

Dia yang sekarang, bukan lah dia yang dulu.. Banyak perubahan.. Yang aku sendiri susah nak faham dan ungkapkan.. Semalam, aku mimpikan dia. Aku kejar dia, peluk dia. Dan menangis. Kami borak dan berbual panjang.. Aku tahu, mimpi mainan tidur. Tapi sekurang-kurangnya, rindu aku pada dia terlerai, lepas la jugak dapat jumpa dalam mimpi dalam keadaan dia yang dulu, bukan keadaan yang sekarang. Bangun tidur, eh ada air mata pulak. Ingat tadi taik mata hehe.. :')


Ya Allah rindunya. Kadang bila rasa terlalu sesal dengan kehilangannya, aku pujuk diri aku. Dia ada lah, dekat maldives sekarang tengah bercuti.. Nanti dia balik la..

Tapi sampai satu masa yang lain. Aku sedar. Aku mesti terima hakikat ni.. Aku sedar, yang aku harus merelakan pemergiannya. So okay, I am letting her go   :'(

Pinta aku pada Allah..

Agar Allah sentiasa pelihara insan yang pernah jadi lilin buat kami.. selama ni, tiap hari aku mintak agar Allah beri aku hidayah dan jangan bolak balikkan hati aku setelah diberi aku hidayah, hari ini. Perkara yang sama utk diriku , aku doakan untuk dirinya juga. Aku mintak sungguh-sungguh jugak supaya Allah kirimkan pahala berterusan buatnya, kerana sesungguhnya sampai hari ini aku masih amalkan apa yang di ajar olehnya, termasuk baca yassin setiap pagi, tahajjud, almulk sebelum tidur, bagaimana untuk recharge , pentingnya membuat journal kesyukuran dan  banyak lagi.

Lagu ni, aku tujukan khas untuk dia. Tapi mungkin tak boleh play kalau bukak guna smartphone, guna laptop mungkin keluar. Dengarlah, mana tahu kau pun suka.. :)



Ok lah, dah luahkan yang terbuku. Masa utk kembali fokus. Tanggungjawab menanti. Wahai guru yang aku sayang, semoga Allah mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menjagamu dirimu, keluargamu dari segala perkara yang tidak elok. 

Bersyukur lebih susah dari Bersabar

Bersyukur kadang kala lebih tinggi makamnya dari bersabar. Ramai orang dapat besabar, tapi belum tentu yang bersabar itu dapat nikmat bersyukur.

Sebab apa?

Syukur bukan sekadar lafaz alhamdulillah, tp ianya merangkumi apa yang kita perlu lakukan. Itu namanya benar-benar bersyukur. Dalam bersyukur, ada tugas, ada tanggungjawab iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah beri ke jalan Allah.

Nikmat yang kita dapat, perlu di tadbir, di urus, dan digunakan di jalan yang betul.

Sebagai contoh:

Sebut alhamdulillah tapi tak solat? Benarkan bersyukur? Jika benar bersyukur, gunakan nikmat kaki,tangan,badan untuk melawan nafsu malas dan kerjakan solat.

Banyak lagi contoh nikmat yang lain yang boleh kita fikirkan.

Manusia, mudah lupa diri bila mendapat nikmat,  menggunakan nikmat tersebut di jalan yang sia-sia, atau lebih berat ke jalan maksiat.

Macamana pulak dengan sabar? Tak ada tugasan dalam bersabar, cukup menahan perasaan. Dalam bersabar, tak ada bahaya menyalahguna nikmat Allah ke jalan yang salah, tapi yang dituntut hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah dan berbaik sangka. Kebanyakan manusia paling senang utk tahan  sungguh-sungguh perasaan dan sebut "nak buat macamana, sabar je lah.."

Berbeza dengan syukur tadi, ada tindakan yang perlu di lakukan, jika benar-benar bersyukur.

Anda boleh sabar untuk menanggung kemiskinan, tapi jika anda bersyukur, anda akan gunakan nikmat anggota badan untuk berkerja dan berusaha menjadi kaya.


Rupanya bersyukur itu lebih berat dari bersabar ya.. :')

hish mencabarnya!

Assalamualaikum





Well just a quick update. Lately terasa diri begitu matang sekali haha.. Matang ke?



Entahlah, siapa yang kenal saya memang tahu saya ni dulu playful sangat, kesan dia tak ada ke - seriousness - san  maka apa yang di hasilkan pun, kurang bagus. Apa-apa yang dilakukan secara main-main pun pasti result dia pun main-main lah. 



Dari zaman belajar, masalah tiera adalah > too playful. 



Sampai madam pernah tegur.. Katanya dia risau dengan tiera. Dia suka tengok tiera happy, cheerful, bubbly, tapi kalau terlalu banyak main.. bahaya..



Sejak akhir-akhir ni kepala saya ni makin kerap fikir tentang prestasi, sikap diri sendiri, tentang bisnes, tentang anak-anak bisnes, macam-macam. 




Tengah makan, tengah mandi, tengah masak. Macam tak ada benda lain nak fikir, asyik yang itu sahaja. 




Whauu seriousnya aku sekarang haha.. Zaman main-main dah berlalu. Tak ada orang suka jadi someone yang terlalu playful melainkan orang tu, tak ada matlamat atau tak jelas dengan matlamatnya. 





Jujur ni, rasa  sangat mencabar bila berada dalam kelompok perniagaan walau pun belum lagi tahap JUTAwan punya perniagaan, (yelah kita ni tahap puluhribuWAN aje)


but I know, bahawa saya sedang mendekatkan diri ke arah itu. Kalau masa kecil-kecilan, masa permulaan dah tak boleh handle, how do I expect nak handle yang lebih besar dari yang ini?




Saya rasa bertanggungjawab kepada banyak pihak..


1) diri saya sendiri

2) keluarga saya

3) pelanggan-pelanggan shaklee dan pelanggan homespa saya

4) Group Sparkle - anak didik saya yang serius berbisnes dalam shaklee

5) Group Info Shaklee Sparkle - mereka yang mendaftar di bawah susur galur saya, tetapi hanya untuk makan sendiri

6) Group yang saya anggap seperti 'pusat' - The Walking Beauty

7) Group Geng Jutawan Spa (GJS)

8) Group Pra-Jutawan Spa iaitu group di mana saya menempatkan mereka yang sertai TWB projek ni, yang masih newbie. Baru lagi dan dalam pemerhatian sebelum di transfer masuk ke GJS


Cabaran dia?


Saya kena bijak uruskan masa saya supaya semua dapat saya attend dengan baik dan teratur walau saya begitu busy dengan housechore dan rutin bisnes saya. 



Saya kena bijak beri tunjuk ajar memandangkan setiap yang menyertai kumpulan saya, terdiri dari pelbagai latar belakang, pelbagai generasi, iyea, gen X ada (34-46 tahun) gen Y pun ada (33 tahun ke bawah). Ada yang kita explain kat whatsapp ayat simple terus faham. Ada yang kena kita lukis baru dapat tangkap. Ada yang memang kena ulang berkali-kali baru faham. (no offence ya, saya dulu pun macam tu, sangat bodoh dalam bisnes). Tapi itulah namanya kehidupan, kena sentiasa belajar. Dan saya sangat suka ajar secara live kalau peluang itu ada. Saya suka whiteboard hehe



Saya kena kuat dan tak mudah give up supaya saya sendiri boleh bagi motivasi dan kekuatan pada anak-anak bisnes saya. Anak-anak bisnes yang baru atau lama. Semua manusia biasa, ada masa begitu fragile macam kaca, senang retak, mudah pecah. Dugaan kecik, terus down bagai nak mati, kalau dugaan besar lagi la hehe. Biasalah, terutamanya kalau yang baru-baru join tu, faham sangat.. Don't worry korang akan biasa dan jadi makin kuat kalau korang tempuh jugak sampai berjaya. Unless you stop tengah jalan, then you wouldnt know macamana cara nak jadi kuat. Sebab formula nak jadi kuat dan hebat, kita tak boleh sekadar dengan tips dari orang. 


Tapi kena rasa sendiri, kena lalui. Then you will be able to create your own formula walau rata-rata formula nak berjaya ni lebih kurang sama je, tapi setiap satu insan atas muka bumi ni mesti ada extra formula masing-masing. 




Kena alert, kena peka, kena sabar dengan bermacam kerenah, kena macam-macam lah! Mencabar betul dunia ku hari ini berbanding duniaku yang dulu.





I have to admit, dunia perniagaan memang mencabar, banyak benda kena fikir sendiri. Kena buat keputusan sendiri. Tapi hasil dia manis.. 




Alhamdulillah bisnes saya ni bukan lah saya sorang diri. Tak keterlaluan rasanya kalau saya katakan saya bekerja secara berjemaah, walau hasil bisnes, duit dan bonus adalah kepunyaan masing-masing tapi sebab kami dalam satu team selalu bertukar pendapat, berkongsi idea, kongsi masalah dan motivate each other, maka saya dapat rasakan, aura berjemaah itu. 




Suatu ketika dulu saya selalu katakan diri saya ni bodoh tak punya apa, rasa macam "semua benda kau tak tahu then apa je yang kau tahu..?"


harini suka untuk saya sebut.. I am facing a lot of difficulties and challenges but I know, semua ni buat saya jadi lebih bijak, lebih kreatif, lebih hebat!



Harapan saya, saya nak jadikan diri saya dan semua anak-anak bisnes saya.. puak kaya dan berjaya!


kaya,berjaya,bertaqwa.

Inshallah. 



Lega dapat luahkan semua. 
fuh. 



Sekian, 
Salam duha


thank you dao!




Menjawab soalan : Kenapa Tiera kena duduk sabah pulak?




Sebenarnya dah lama sangat nak tulis ni, tapi tak cukup masa.. Hmm nak tunggu cukup masa, tunggu ada masa sampai bila. Kena cari masa tu!


Harini saya share ye.. 


Ramai sebenarnya pelik dan keep asking, kenapa duduk sabah? Macamana boleh stay sana berbulan, mana keluarga awak tiera bla bla bla. Ye kadang bertubi-tubi soalan yg sama..




Kisahnya begini, selepas spm saya cuba cuba mencari kerja sementara menunggu keputusan keluar. 


(Saya spm pada tahun 2006, ada kelas peralihan kan lewat setahun)


Pergi interview sana sini ikut kawan-kawan, semua orang dapat. Eh dah kenapa aku sorang tak dapat haha..

Muka zaman2 selebet hehe
Sek.Men.Arab.Jaim.Assaiyidah Khadijah Merlimau,Melaka


Jadi frust duduk rumah je lah. Nak di jadikan cerita, along saya (Nazihah) seorang cikgu, baru sahaja berkahwin ketika itu terpaksa posting di semporna, sabah. Dan ofcourse, suami nya tak dapat ikut sebab.. suami beliau kerja TNB dan sabah mana ada TNB kan, yang ada Sabah Electricity. So kesedihan melampau la along ku, maka dia ajak saya teman kan beliau. 



Dengan meletakkan namaku sebagai seorang pembantu (maid,orang gaji. Kurang asam kan haha) maka dapat la saya ikut.. 
Free la tiket tu. Dan itu lah sesungguhnya kali pertama saya merasa naik kapal terbang :')


Ini along saya

Sampai sana, waktu di semporna. Rumah sewa beliau alamak.. macamana nak cakap ea.. 


Bayangkan masa along tidur ada tikus gigit kaki, ha boleh faham tak rumah macamana? Jadi kami pon ke KK.. untuk along buat permohonan atleast tukar ke KK mcm ok sikit kot.. Eh ke dia nak mintak tukar semenanjung kot, tak ingat la yang ni, apa yang pasti, memang perlu diuruskan di KK.. So ok ni ya perjalanan nya.. 



Dari semporna, kena ambil satu van untuk ke airport tawau. Dari tawau, amik flight ke KK. Alhamdulillah kali kedua naik kapal terbang yeayy.. penerbangan MAS pulak tu, tajaan kakngah (kak ainul) RM160 hehe.. Toceh!



Sampai kat kk, rupenya along ada kawan menetap kat situ. Kawan sama sama belajar masa dekat MMU dulu.. Kak sya :)



Kak sya kahwin dengan abang iwan dan abang iwan ni kawan along juga waktu di MMU, dan beliau adalah orang sabah. 



Jadi ini lah detik-detik saya berkenalan dengan keluarga yang sangat baik hati ni.. 



Awalnya plan begini. Kami ke KK kejap uruskan then balik semula ke semporna. Tapi entah macamana, kata along, tiera stay di KK tapi dia balik semporna kejap. Sementara tunggu jawapan rayuan beliau. Risaunya nak duduk rumah orang, abang ipar (suami along) tak setuju.. sebab ye lah tak nak susahkan orang. Mesti orang tak selesa kan ada tetamu luar tinggal bersama.



Tapi keluarga ni sangat baik, saya tinggal di sana dan uncle (daddy) offer saya untuk berkerja di kolej beliau. (Ketika itu beliau adalah CEO di situ) . Saya berkerja sebagai seorang telemarketer. Dan saya di beri satu telefon bimbit company (kolej) punya. 


Dan perjalanan saya di sabah adalah sebagai seorang pekerja di sebuah kolej di KK. Tak tahu nak kata macamana, saya sangat bersyukur di beri peluang untuk merasa banyak pengalaman manis pahit. Yang pahit itu saya ambil pengajaran dan tolak tepi. Contohnya beg saya dicuri di tandas, dua hp saya hilang. Hp yang kak ainul bagi dan hp kolej punya, duit gaji RM600 habis. Itu betul2 satu pengajaran, jgn pegang hp,purse dan masukkan dalam beg masa ke toilet. Tingkah laku kita di perhatikan. Pencuri tunggu masa je kalau-kalau kita lalai. Tu antara yg pahit la, yang manis sangat banyak.. 



Cerita pengalaman berkerja boleh di lihat di sini ya




Mummy dan novia, rindu suara halus mummy :')
Daddy yang pemurah
Bercuti di kundasang.
from left abg azfar, sherry kesayangan, I yang tudung putih dukung iffah, jojo in green, little novia dan remyzen

Celebrate birthday sherry.. Hyatt Hotel. huwaaa pink nya haku! haha masa kat sana memang balik balik pakai baju tu je. kikiki.. Ada 2 tshirt cheetah baru beli guna duit gaji, yg pink ni dengan hijau belang putih. pakai lah ulang2 haha


Dan di sabah sesungguhnya kali pertama tiera pakai jeans dan tshirt.. percaya tak? Selalu baju kurung je.. zaman sekolah mmg pakaian tiera keluar rumah baju kurung huhu


Staff paling muda ketika itu, Athirah Tieramiessyou laa hehe. Ramai panggil saya budak kecik.  hehe. Tu pon baju kurung yg selalu ku pakai ulang2 haha
Mereka buat surprise di hari terakhir tiera berkerja di sana, sebab result spm dah keluar. ok yang berdiri paling kanan itu la abg iwan, suami kak sya. Kak sya gambar yg awal2 tiera tunjuk kat atas tadi. Ni geng2 department > Marketing. 



More pictures here ya > TIERA in SABAH




So clear dah ye macamana saya boleh ke sabah.. Yeah, been there for more than 4 meaningful months.. dan Ya allah I'm so blessed dapat kenal sebuah keluarga yang sangat baik. Dapat pengalaman berkerja macam orang besar, meeting, outstation dan sebagainya. 



Kak sya yg selalu jaga saya..bila saya food poisoning makan bakso abag iwan dan kak sya bawak saya ke klinik, kak sya masakkan bubur. Terharu sob3.. 


Sherry, yang pada awalnya saya ingat sombong dan keras (kuat), tp dia sangat manja dan comel sebenarnya hehe. Kami ada rantai dan loket tanda persahabatan kami.. Ni dia .. 




Janet yang takut nak mandi gelap, farhana yang gila-gila, kak ana. 
Kak ana (orang gaji) yang selalu berkongsi cerita, masak, mengemas.  byk lagi la kalau nak sebut, remy jojo, kak jijah. kawan2 kerja kak sue, grace, vickter. Ramai lagi. 




moga Allah beri saya kesempatan utk happykan mereka pulak nanti..tp masih belum berkesempatan nk ke sabah lagi.. Inshallah one day.. pasti.. 



Buat keluarga sabah yg baik hati.. 
Tiera mintak maaf andai ada salah silap sepanjang di sana.. Percayalah sesuatu, tiera sangat mentah ketika itu (ngee) Banyak benda tak matang lagi. Tak faham. Kalau mana mana tingkah laku tak menyenangkan ke, apa apa la yang tak best. Tiera mintak maaf sangat2.. Tiera sentiasa doakan utk semua.. Allah je tahu betapa tiera tak pernah lupa jasa kalian tiap seorang. 




simpan lagi sms dari mummy. 

Monday, 23 april 2007. 
8:44 am 


"Tq juga memeriahkan suasana dlm rumah mummy. U take care ya. Jangan ambil hati daddy sering marah2 bila keluar malam dan balik lewat. for y, on good.."  


- shery, janet, ni masa chinese new year kita keluar sama, remember? Berlari2 kita nak balik hehe. Tiera dgn baju kurung nya, kita berpimpin tgn berlari tengah-tengah 'pasar' malam tu.. (Pasar la kot? hehe ala ala jonker walk melaka). Daddy ambil berat akan hal anaknya :)




sms dari sherry
Monday , 23 april 2007
9:07 pm


"Hugs tho far apart. We'are actually together bah, just like last time, when we are in the same room. Me & kak ana here will nvr stop thinking of you" - malam sebelum tiera blk semenanjung.. kami baring nangis sama sama. memikirkan yang esok, kami takkan bersama lagi.. Hehe mcm budak kecik. Miss that moment so much. 



Sekarang, masing-masing dah dengan kehidupan masing-masing.. Tapi doesnt mean kita lupa each other kan.. :') 


Inshallah dalam perancangan nak jumpa mereka. Inshallah. 


Till then, bye. 

Jangan lupa anda yang tinggal di sabah mahupun sarawak, do follow Geng Jutawan Spa punya instagram ya,  kalau perlukan rawatan kecantikan pada harga berpatutan, atau tercari-cari satu projek/bisnes untuk tambah pendapatan, boleh contact mana mana beautician kami di sana. 




ig : Geng Jutawan Spa_ Sabah Sarawak




***kusam kan muka dulu2, tak rajin makan vitamin c dan minum esp lagi, biasalah hehe

Testing Embed Post

Mungkin ia takkan appear dengan lengkap jika anda buka blog tiera menggunakan smartphone. Buat masa ni tiera cuba bukak dengan laptop ia keluar dengan baik. Akan belajar lagi ya!




Dapatkan rawatan kecantikan secara semulajadi di spa yg berkonsepkan dari rumah atau kami sendiri datang ke tempat anda! Juga utk yg berminat menjadi agen Call/sms/whatsapp 019-4120913 sekarang!
Posted by Tieramiessyou Beauty House on Monday, September 14, 2015








Pelanggan bertanya, apa rawatan terbaik untuk kulit berminyak? Mudah sahaja, selain menjaga pemakanan, shampoo rambut...
Posted by Tieramiessyou Beauty House on Wednesday, September 9, 2015

Review THE WALKING BEAUTY PROJECT

Assalamualaikum dan hai!




Sebenarnya semalam, tiera dapat call dari someone tanya sesuatu berkaitan The Walking Beauty Project. Bila di tanya mana dapat phone number tiera, katanya ' google '. 


Sebab ramai macam tertanya-tanya lagi apa benda la The Walking Beauty ni atau short form nya TWB. 



Maka tiera rasa, better buat review la. ha senang, nak tahu tengok review. 







Basically ia merupakan satu projek yang di reka khas untuk golongan wanita yang mahu menjaga kecantikan, luar dalam mengikut syariat dan pada masa yang sama, khas buat mereka yang ingin menjana pendapatan yang banyak dengan cara yang sangat seronok, mudah, simple je, dan tak membosankan. 




Its a spa project! Ya projek untuk memiliki sebuah spa atas nama sendiri. Sounds crazy right? haha like, biar betul, ingat senang-senang ke nak ada spa sendiri. 





Yes! pada awalnya tiera sendiri rasa mcm impossible dan faham faham la apa yang ada dalam fikiran tiera hehe.  Mustahil mustahil..



- Modal mesti besar ni
- Eh nak kena daftar nama syarikat, nak kena ada kedai, eh segala perkakas spa lagi, mana nak cari mek!
- Semua orang perempuan mmg la suka cantik, sure ramai suka datang spa. Tapi spa kita sendiri, mcmn? ada ke org nak datang?




Macam-macam lagi lah yang tiera fikir! Tapi hati tak senang, macam nak dapatkan jugak penjelasan dari pengasas projek ni sendiri, Ainul Shahrazad nama nya. hihi. Kenal tak? Masa tiera berjumpa dengan beliau, project ni macam baru sangat-sangat dan tak ramai lagi join. 





Bila tiera baca ni, tiera macam terdetik, best gila kot spa. Tak fikir customer lagi tau, fikir diri sendiri dulu haha. Lumrah kot orang perempuan, dengar spa, terbayang ketenangan, dan semua yang cantik-cantik je. Dan wangi-wangi hehe




Dan entah macamana, tiera terus setuju nak sertai. Walau hati masih 50-50 boleh ke, ok ke. Di takdirkan rezeki tiera, ada seseorang ni tak dapat attend kelas spa yang beliau book di satu tempat ni, beliau mintak tiera gantikan.. Mahal kelasnya, tapi tu lah, rezeki.. dapat FREE..




Guess what, kelas tu betul-betul bukak mata tiera. Dalam kelas tu selain sesi buat rawatan kecantikan, ada penerangan apa langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mendapatkan kursus penuh latihan dalam membuka spa kita sendiri. 


Mahal okay.. Kurang-kurang RM3000-RM5000 mesti ada in hand. Kursus 6 bulan, praktikal dekat spa orang lain, SKM tahap 3 dan mcm2 lagi lah!


Muka happy dapat kelas free hehe


Habis je kelas, tiera rasa lega sangat.. lega sebab.. pilihan tiera untuk sertai The Walking Beauty Project adalah T.E.P.A.T !! 


Alhamdulillah syukur! Sekarang tiera dah hampir 5 bulan sertai projek ni.. apa yang boleh tiera beritahu anda untuk review ni.. 



- projek ni modal nya rendah kalau nak compare dengan keuntungan yang bakal kita dapat. 

- masa tiera join, hanya ada satu pilihan iaitu pakej RM750. Sekarang? banyak dah pakej nya. Yang menarik nya setiap bulan akan ada promosi. Jadi semua orang macam tertunggu-tunggu tau, apa la agaknya promosi bulan ni.. 

- Bulan ni ada pakej smart student , boleh di miliki oleh mereka yang masih belajar serendah RM350, Pakej Pengantin (tiera tak ambil lagi) dan Pakej Full RM750. Imagine korang, RM1000 tak sampai, barang / produk spa kita dapat, ilmu dan training percuma, memang tersangat lah best. 

-  Bulan lepas promosi RM450 dan ada promo utk trip ke Melbourne, Australia.. Inshallah tahun depan semua team TWB dapat pergi sama-sama. Bertuahnya :)


- Kalau kelas spa kat luar, balik dari kelas, ha pandai-pandai la korang nak buat macamana kan. TWB? Tak.. kami sentiasa dalam kumpulan sokongan walau kami masing2 memiliki spa sendiri setiap sorang. best kan? bergaul dengan orang lain, kenal ramai orang, ada family yang besar.. You never walk alone! 


Dan jangan terkejut, projek ni dapat perhatian dari pihak Berita Harian bahagian education.  Memandangkan boleh tahan ramai pelajar jugak yang join this projek, lagi la dapat perhatian kan.. 



Boleh tengok gambar sesi interview berita harian kat sini ya > Newspaper BH




Hmm apa lagi nak di riew kan? hehe. Tiera kesuntukan masa. ada masa tiera sambung, kejap lagi tiera nak printscreen pulak semua anak-anak didik tiera punya whatsapp macamana mereka excited dengan income yang mereka dapat.. Tiera dah janji dengan kawan-kawan nak share kat fb, nanti korang tengok fb tiera la k? 


Ok itu saja buat masa ni. 
sekian,  review the walking beauty project. 

Harap membantu anda yang sedang tertanya-tanya tentang TWB ni ya! 



Athirah Tieramiessyou, 
Ahli The Walking Beauty,
Pemilik Home Spa Tieramiessyou Beauty House


019-4120913
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...