HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Perubahan itu kadang-kadang menyukarkan kita..

Assalamualaikum

Ya Allah how I miss blogging. Too many stories I want to confide in you diary. Tapi sejak di landa 'musibah kehilangan gambar' di hampir semua entry.. jadi sedih sangat, hilang semangat.

Inshallah kita tunggu designer kita edit blog kita. Dan inshallah nak tukar jugak lepas ni dari sweettyra.blogspot.com kepada something dot com.

By the way, bercakap tentang perubahan. Korang ada tak perasaan tu dalam diri korang? Bukan nak kata tak boleh terima perubahan, tapi kalau kita ni jenis sentimental person, kita macam selesa dengan sesuatu keadaan / barang dan kalau boleh nak stick dan stay je begitu. Ada tak?

Sebagai contoh.. dulu facebook wall lain kan? Masa nak berubah kepada timeline punya lah sedih haha. Tapi hidup ni mestilah kena ada perubahan. Tengok punya macam-macam features fb sekarang. Imagine kalau takde perubahan sikit demi sikit, mungkin tak se effecient harini, mark zuckernberg mungkin tak nampak apa perlu tambah dan tambah, dengan sekarang ada sticker, bunyi dan sebagainya.

Contoh lain. Perubahan dalam sesuatu sistem. Ni pun payah nak terima. Erm contoh ea contoh..masa awal-awal masuk uitm shah alam, naik bas rapid RM1. Lepas tu tiket tu bertahan sehari. Kita boleh naik bas berapa kali pon asalkan tiket tu masih ada, tunjuk je tarikh on the ticket. Kadang-kadang siap mintak tiket orang lain kot kot la dia dah tak nak pergi mana mana. Jimat haha. Tapi lepas tu, masuk sem seterusnya, setiap kali naik adalah RM1. No more RM1 for the whole day, walau jarak tempat kau nak pergi naik bas tu cuma macam dari meja makan nak ke sinki haha. Masa tu rasa sedih sangat, then berulang kali cakap dalam hati rindu sem satu. Rindu sistem lama. hehe

Sistem dalam perniagaan juga berubah. Kalau dulu begini begini, sekarang dah takde dah apa yang pernah ada satu ketika dulu, bagaimanapun. Pasti ada penambahan, bonus dan kebaikan dari segi lain kan.. mereka yang mendaftar menjadi sid pada hari ini, pun tak sama dah macam ketika saya mendaftar dahulu. Kalau dahulu pendaftaran melalui submission borang di kaunter atau email. Sekarang dah begitu mudah melalui sistem atas talian (online). Kalau dulu naik rank dapat incentive, sekarang takde lagi TAPI.. dulu naik rank belum tentu dapat tajaan percutian. Sekarang naik rank, boleh dah dapat percutian lima bintang tajaan sepenuhnya.

Contoh lain, mungkin ketara di rasai untuk mereka yang punya bilangan adik beradik yang ramai... Masa kakak saya kahwin, saya dan adik-adik macam lost. Kami masuk keluar bilik macam tak tahu nak buat apa. Sampai tiba-tiba saya bersuara, kenapa rasa lain ek? Tiba-tiba adik saya kata, mungkin sebab kak ngah dah kahwin dan dah takde dengan kita kot (lepas tu sama sama menangis haha) Abang saya abang boy kahwin pun masing-masing rasa kehilangan,  nangis. Masa saya sendiri kahwin pun, especially start tidur di terengganu untuk majlis belah lelaki, adik saya aimi mesej malam tu.. "aku tengah sakit gigi..sampai hati kau tinggalkan aku" hahaha. Gelak ni, tapi sebenarnya sedih. Sedih ke berkahwin? tak, cuma sedih nak tinggalkan kebiasaan kita sebelum ni. Kalau dulu lepak dalam bilik sama-sama, hadap hari-hari bosan sama-sama bila takde kerja pergi dapur cari makan, keluar shopping dan sebagainya. Tapi lepas berkahwin, pasti, perubahan rutin harian tu akan ada.

Terbaru pulak, along saya akan berpindah ke Raub. Dah bukak petronas station.. Ini juga satu perubahan yang sukar untuk saya terima. Oh no! haha. Teruk betul tahap sentimental aku ni. Tapi normal la kan siapa tak sedih kalau biasa balik melaka boleh singgah rumah along, sekarang tak boleh dah rasa nak jumpa terus pergi rumah along. Sebab..Along dah jauh :')

Tak boleh dah bila rindu mikaell fardzley, nuha marissa, jasmine, rafaell terus call kata nak amik dorang kejap. Dah jauh.. T-T

Tapi bila fikir balik, semua perubahan ini merupakan penghijrahan. Kan? Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik, inshallah. Untuk hadapi perubahan tu, memang kadang-kadang terasa begitu sukar. Tapi percayalah, sampai satu masa. Kita akan terima dan lalui nya dengan redha dan tenang, malah lebih gembira dengan perkembangan dari semasa ke semasa. :)


Random pictures - memorable moments


Praktikal di Kompleks Mahkamah Melaka. Balik mesti singgah Jusco beli guava country's titbits 
Kelantan, lawat adik aizuddin di kolej yayasan islam kelantan. Sekarang, dah kat mesir dah dia. Susah tau nak terima perubahan awal-awal yang aizuddin bukan dekat malaysia mcm selalu, tp nasib baik teknologi sekarang canggih menhubungkan kita walau jauh beriburibu batu lemon lautan

Majlis kahwin adik saya, aisyah. Masa ni saya single lagi hihi
Bersama arwah Dr Lo'lo. Boleh nampak tak keakraban kami 3 beradik mana pergi kami sentiasa bersama. Tu yang bila kahwin masing-masing sedih, masa nak hadap perubahan tu je la. sekarang tak sedih dah haha. Pardon our hitam kusam faces, maklum lah belum jumpa shaklee masa tu :p
purse purse yang saya guna zaman sekolah dan universiti. Sampai sekarang masih simpan ok haha

HQ shaklee yang dulu di Empire Gallery, sekarang dah berpindah ke Sunway Pinnacle, masa ni pun sedih sebab kalau dulu p shaklee shopping sekali kt empire haha :p 

Itu sahaja yang nak kongsi hari ni. Lepas rindu nak menulis.
Nanti saya make up awak cantik-cantik ok blog? 

Salam sayang, 
Athirah Tieramiessyou

4 comments:

miss eimanhikmah said...

perubahan itu mematangkan kite..

I 'm T i e r a said...

betul.. ^_^

Blogger said...

At Moon Bitcoin you can recieve free bitcoins. 163 satoshis every 1 hour.

Blogger said...

Did you think about choosing the best Bitcoin exchange company - YoBit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...