HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Buggy ride with the kids :)

Assalamualaikum



Jumaat lepas kakak saya (kakngah) ke sabah untuk coaching session dengan anak-anak shaklee beliau  di sana. Jadi tentera-tentera kenitnya di 'import' ke rumah ibu sekejap (melaka). Saya & husband juga balik melaka...dan bila kami balik bangi nanti, kami akan bawa mereka pulang bersama hihihih





Pagi ahad tu, saya & adik saya Amirah planned untuk bawak tentera-tentera ni pergi Hutan Rekreasi Ayer Keroh, to be specific Taman Botanikal , nak bawak deorang naik buggy ride. Anak along Mikaell pun kitorang bawak sekali  :)





Oh husband saya letih nak rehat je kat rumah ibu sambil tengok bola, jadi dia izinkan saya pergi dengan adik saya dengan syarat, hati-hati & jaga budak-budak tu elok-elok. Ok baik boss! 





You know what, to supervise budak kecik lebih dari dua orang memang hectic gila hahaha.. Yang sorang berlari, yang sorang nak kutip apa saja dia jumpa atas jalan, yang sorang ni asyik nak dukung.. Tahap bisingnya kami semua dah macam rombongan cik kiah dah haha..





Tapi jujurnya, seronok bawak deorang berjalan.. Seronok tengok anak-anak buah kita happy dan senang hati.. (saya menulis sambil tergelak sorang-sorang teringat karenah sorang-sorang haha). 


Berhenti sini sat beli kan air & buah. Say NO to junkfood ya 
hihi omey


Buggy ni sejenis kereta/motosikal elektrik yang ringan. Memang perkhidmatan menyewa buggy ni disediakan dekat situ, bayaran mengikut jenis kereta yang kita pilih.



RM40, RM50 atau paling kanan tu RM60 untuk setengah jam. Boleh teka anak-anak buah kitorang pilih yang mana? hahaha
Belum sempat che mie & aunty tiera habis deal dengan orang kaunter, deorang dah ada dalam buggy yg ini! amboi nak yang mewah saje budak-budak ni haha haduii
Ok bagi laluan che mie nak bawak 
Bye-bye kitorang jalan dulu :D
Jalan-jalan, ada macam-macam jenis replika kita akan jumpa. Jumpa je, kitorg berhenti.. Bergambar  dulu & bercerita.. Siapa ingat cerita kancil nak menyeberangi sungai tu tapi ada banyak buaya? hee

Puas bergambar, masuk buggy balik semua.. Next station please :D 
siapa ingat kisah gagak nak minum air tapi paruhnya tak kesampaian? :) 
Bergambar dengan siput cadbury hihihi 
Jurassic Park hee




Kisah Arnab berlumba dgn kura-kura..
si maya ni kan suka betul buat muka time bergambar haha

Boleh nampak melaka wonderland dari sini
 seronoknye semua..
Che mie ngajor kuning itu mcm raja kui3
*Lompat si katak lompat*
Tahukah anda bagaimana keadaan mereka di dalam kereta? huru hara haha 


 



Settle naik buggy. Now kita p rumah lebah pulak jom!




Bee wax
Bee ride, Fateh hehe
Dah patah rupanya.aiyaaa
Aunty amikkan ael cup, ael nak rase honey tu la... - Mikaell 
So many different types of honey 
Maya's feeding fateh
Madu asli ^_^
 
Ada tayangan bee movie laaaa.. 
Ammar 
Percuma untuk dirasai hihi
Free testing
 
Madu dengan ekstrak epal. Masam
ok jom kita balik!!




Penat, tapi seronok. hehe.. Siapa rasa nak relax-relax, rindukan udara segar, pergi la jalan kat taman botanikal tu..Serius best, nyaman je berjalan tengah hutan tu. :)



Till then, bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...