Assalamualaikum
Saya ada banyak impian. Salah satu, saya impikan untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baik, soleh, penyayang. Bukan sekadar isteri, tapi juga kawan,teman untuk suami saya, yang memahami & dan sentiasa memberi sokongan.
Hari ni saya terbaca status fb ustazah laila. Oh ulangtahun perkahwinannya yang kedua rupanya.. Alhamdulillah. Saya mahu kongsikan segala nasihat yg diterima oleh beliau dari ibu,ayah beliau dan ramai lagi. Ini dikira ilmu jugak kan? Sama-sama kita belajar dan usaha menjadi lebih baik. Ada certain point yg buat saya terkedu seketika. Ish berair pulak mata ni.. tssk.
ISNIN 18 MAC 2013~ Alhamdulillah...genap 2 tahun usia perkahwinan saya. Menjadi isteri
kepada suami tercinta Ahmad Syamim bin Saarani. Doakanlah kebahagiaan kami di dunia
sampai ke syurga ♥ Sempena ulangtahun perkahwinan kami, sekali lagi, saya kongsikan
nasihat2 yg saya kumpulkan bebarapa hari sebelum perkahwinan kami ~siapa pun yg
mmberi nasihat,ambillah manfaat darinya :) Mari kongsi nasihat ini bersama ♥
Ibu Pesan:
- Jaga mulut
- Cakap baik2
- Jgn tinggi suara
- Tambat hati dia
- Sabar
- Kalau marah,diam
- Amik hati dia
- Syg dia
- Gurau senda dgnnya
- Jadi macam kawan baik
- Syg mak ayah dia mcm syg mak abah sndiri
- Doakan selalu:
"Ya Allah,Kau bukakanlah hatinya, hati ibu ayahnya,hati adik beradiknya untuk aku,
jadikanlah mereka semua menyayangi aku sepenuh hati dan KAU tutupkanlah hati mereka
semua pd org yg dengki khianat pada hubungan kami"
Abah Pesan:
- Kalau harapan tak seperti realiti, jgn jecewa
- jgn putus asa
- semua perkara kena ada back up plan nak buat apa2,bincang bersama2 jgn buat
keputusan sendiri
- usaha,redho
Adik Pesan:
- Jgn tinggalkan dia sbb dia sgt sygkan akak
- Dia baik sgt2,jgn sesekali amik kesmpatan ats kebaikan dia
Sahabat baik @ Penceramah Puan Rohani pesan:
- Layan je dia
- Bila dah tgok kebaikan dia,bila tngok kasih syg dia,kita akan nmpak dia sorang sj,kita akan
syg dia sgt2
- Bila dah kahwin,bila kita dah jatuh cinta dgn dia,kita akan jalan macam tak pijak
bumi,indah je
- Jgn takut kahwin
- Macam2 fadhilat wanita sebagai isteri,rebut fadhilat tu banyak2
Sahabat baik @ Penceramah Ustaz Ebit Lew pesan:
- Jgn pandang yg lain
- Jgn arah2 dia, lelaki tak suka diarah
- Layan dia,jgn tolak keinginan dia,bila tolak,dia akan kecik hati
- Jgn buat muka,isteri buat muka sikit,suami dah stress sgt sbb suami ni dia asyik fikir
macam mana nak bahagiakan isteri,tngok isteri snyum hilang smua penat dia
- sokong dia selalu,sokongan isteri penting sekuat mana pun suami tu
- gunakan 3 kelebihan wanita untuk raih cinta dia menuju cinta Allah iaitu
1) Air mata
2) pujuk rayu
3) tabah
Bekas Bos@Dato Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah pesan:
Bekas Bos@Dato Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah pesan:
- Kalau dia jaga agama,jgn risau,dia boleh jaga u
- Bagus tak bercinta sblum kahwin,fantastik
- Setiap hari u akan belajar bnda baru,mengenali dia tiap2 hari
- Kalau marah di satu tempat,ubah ke tempat lain,jgn selesaikan masalah di tempat yg sama
- Kalau dia marah,u diam.kalau u marah ,dia diam
- Kalau ckp,biar sorang habis dulu
- Bermaafan setiap hari
- Peluk dan pgg tgn dan cium setiap hari sampai akhir hyt
- Amik hati mak mentua,tnya apa kesukaan dia,tnya resepi2 masakan mak dia
Bekas Bos@Prof Hj Hanim pesan:
- Ingat dia adalah suami kamu
- Dah tertulis di Luh Mahfuz
- Dalam rumah ,jaga solat awal waktu,sekalipun tgh goreng ikan,dah goreng 5 ekor,ada
seeokor lagi belum goreng,dengar je azan,tutup dulu api,solat dulu dan baru sambung
goreng.barakahnya lain.
- Baca Al-quran tiap2 hari dalam umah
- zikir setiap hari
- terima dia dgn lapang dada-dia suami awak
- jgn tolak permintaan dia,sekali tolak,dia kecik hati,tolak lagi dia kecik hati lagi,lelaki beri
kasih syg dgn seks,5 kali awak tolak,kuranglah kasih syg dia(sbb tu malaikat melaknat isteri
yg tolak keinginan suami)
- isteri pula akan beri seks bila dah syg (fikiran dua2 tak sama) fahami beza fitrah ini
- kalau ada anak,jgn lebihkan anak dari suami.suami tetap num satu.
- kena ada misi keluarga. matlamat.
- ramai rumahtangga hancur sbb awal2 kahwin takde misi keluarga.
CONTOH anak nak berapa org-7 org. 4 lelaki ,3 prmpuan
- 4 lelaki sebab setiap sorang nak usung setiap penjuru jenazah kita nnti
- 3prmpuan sbb nabi pesan siapa ada 3 anak prmpuan dan dia jaga dgn smpurna,tmpatnya
di syurga. kalau tak dpt misi tu takpe,but at least ada misi dan dah usaha
- tiap2 malam buat taklim(majlis ilmu) suami bukak kitab hadith dan bacakan pada isteri
&
&
anak2 setiap hari-buat spnjang hayat,rumah yg dibacakan hadis,hati penghuninya penuh
kasih syg dan tenang
'dating' sminggu sekali-kena jalan2 keluar-tukar suasana untuk romantik
Sahabat baik@Ustaz Muhammad pesan:
Sahabat baik@Ustaz Muhammad pesan:
- Wanita setia 98% tapi jujur hnya 2%-awak kena lebih jujur pd suami awak
- lelaki jujur 98%(semua nak cerita) tapi setia 2%-jadi awk kena juga hati2 pd suami awak
- Dia suami awak,lengkapkan dia,dan dia akan lengkapkan awak
- Terima dia seadanya
- kena syg dia
- Baca doa taubat dan kasih syg ni tiap hari jadikan mcm zikir harian:
1) Laa illa ha illa anta subahanaka inni kuntum minazzholimin
2) Rabbana zdholamna an'fusana wa illa taqfirlana watarhamna lanaku nan na minnal
khoosirin
3) Robbi' firli warhamni watub a'laiya inna anta, tawwaburrahim
4)Allahhumma firlii wa ad khilni firahmatika wa anta arhamar rohimin
5) robbi' fir war ham wa anta khoirul rohimin..
Sahabat baik@Saudara Rosemanizam Al-jebri pesan:
- Setia dgn dia
- Awk kena bersedia ditinggalkan bila dia keluar buat dakwah (sebulan 3 hari) atau dia
keluar 4 bulan ke jalan Allah (sekalipun dia akan call awak,tinggalkan duit belanja,makan
minum smua terjaga) tapi tetap awk akan diuji rasa sayu & rindu sgt2.mcm isteri2 nabi dan
sahabat,jadi kena kuat dan sedia
-ujian org lain mungkin suami tak setia,ujian awak ditinggalkan untuk ke jalan Allah.
Penjaga2 resort/tukang sapu Excel Resort, Lenggeng:
- Sabar bnyk2
- Bnyk tolak ansur
- layan dia baik2
- Allah syg sgt dia,sbb tu dia boleh dpt Laila,dan Allah syg sgt Laila,sbb tu Laila dapat dia
- Jgn risau kalau sama2 jaga agama,bahagia sampai syurga
- jgn bnyk cemburu
- jgn kongkong dia
- jgn jaga 'lebih2',jaga baik2
~DOAKAN KAMI YA :)~
Pesanan adik dan ibu ustazah sangat sama dengan pesanan ibu dan adik pada saya..
Ye, saya mesti jaga mulut, mesti sabar, bila saya marah saya kena diam supaya saya tak cakap bukan-bukan. Dan ingat, jangan jaga dia lebih-lebih, tapi jaga baik-baik. Paling penting, solat awal waktu!!!
Impian saya :) |
10 comments:
wah....menarik sangat tiera...semoga kita sama2 berjaya menuju ke arah menjadi isteri solehah ye nanti..amin :)
Insyaallah Fila..amin3..Fila kawin jemput la tiera kalau sudi,tho cuma kenal kt blog hehe :p
boleh je..asal tiera sudi pergi Sarawak..hehe...
laaaaa org sarawak rupenye! hehehe dekattttttnyeee nk pigi sane hik3....
takpe..sambil2 melancong kan.. :) hehehe
ha btl2.Insyaallah fila B-)
mulianya impian org muda cm awak nk jadi isteri yang baik. kagum =)
jemput la ke blog sy, selamat berkenalan..
http://etawonderland.blogspot.com/
hai tiera..bagus pesanan ni semua :)
nice to know you..
NANA
http://www.thepurpleroomz.com/
salam tiera,
terkedu saya baca pesanan-pesanan ni..banyak kekurangan diri saya rupanya.. part yang paling terkedu tu, jaga mulut..diam bila marah..
now bila tak puas hati je terus text tunang..bila marah je mesti buat muka masam..teruknya saya.. :(
InsyaALLAH akan ubah..thanks untuk peringatan ni..
marah itu syaitan. bila marah, lebih baik kita senyap, ia lebih selamat, kan? jom berubah :)
Post a Comment