HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Jawapan dari Allah..Thank you Allah :)

Assalamualaikum


Pernah tak kadang-kadang rasa yang Allah tak terima doa kita,solat kita? Pernah tak terfikir yang Allah anggap kita ni hamba yang tak ikhlas, doa,solat, buat baik semua bersebab. Nak kan balasan. Sbb nak excellent dalam exam kita solat hajat. Sebab nak rezeki murah, kita solat duha. Sebab nak tenangkan hati yang resah, baru baca quran.Pernah terfikir mcm tu?

I honestly, pernah rasa macam tu. Lately kuat sangat perasaan ni mengatakan yang "kau ni tak ikhlas tiera!" atau lebih teruk time solat contohnya, hati ni berbisik "eleh..ko ingat Allah tak tahu ko solat ni sebab ko nak kan something kan? bukan ikhlas kerana Allah..ingt tiera, Allah tu maha mengetahui.tak yah la nk budgett.."

Sumpah. itu yang saya rasa.. Sampai lah 15 january, hari selasa. Saya ada paper pagi & petang. Pagi International Law II, ptg elektif, ADR. Allahu..penatnya rasa, Dia je yang tahu. Terkejar2 dari DSB nak ke DRMM plk.. kelam kabut nak recall subjek lain pulak. Saya mengaku, saya tak well-prepared..sebab tu tak tenang :-(

Habis je paper ADR, mata saya dah bergenang.. Menahan air mata dari jatuh ke pipi..hati sebak.Bisik hati ni, "Ya allah, aku tak dapat buat paper tadi..mcmn Ya Allah.." saya buntu... :-( 

Abang saya sampai. Saya naik kereta dengan muka penuh kecewa.. Kakak ipar saya faham. Abang saya terus mengusik untuk buat saya ketawa. Saya mesej sahabat saya mengadu.Tapi otak saya seakan-akan tak dapat prosess apa-apa mesej yg saya baca, atau apa2 yang masuk telinga saya. Saya diam , membisu.

Sampai je rumah, saya terus masuk bilik. Rasa lemah. Saya terduduk dan menangis. Menangis dan meraung..Saya menangis dongak kan kepala, sambil berkata kepada Allah.. "Ya Allah...kau terima ke solat aku selama ni? kau dengar ke doa aku selama ni?Adakah apa yg aku buat selama ni tak ikhlas Ya Allah.. adakah kau menganggap aku ni hambamu yang tidak ikhlas..?Adakah, rezeki utk aku?" air mata saya terus mengalir.

Dengan tangan yang mengigil-gigil, saya capai quran tafsir. Mengharap jawapan dari Allah.. 

(ada orang pernah cakap, di saat kita sedih dan buntu,buka lah mana2 helaian quran dan baca maknanya. Biasanya Allah akan tunjukkan sesuatu untuk kita)

Saya pejam mata, dan buka helaian quran randomly. Allah gerakkan tangan saya menyelak muka surat 335, Surah ke 24, surah An-nur. 2 ayat pertama yang saya baca betul2 buatkan air mata saya berjujuran ...ayat 37 & 38.

ayat 37 : "org yang tdk dilalaikan (oleh jual beli & perdagangan) dari mengingat Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang."

ayat 38 : "Mereka melakukan itu agar Allah MEMBERI BALASAN KEPADA MEREKA DENGAN BALASAN YANG LEBIH BAIK DARI APA YANG MEREKA KERJAKAN. Dan agar ALLAH MENAMBAH KURNIAANNYA KEPADA MEREKA. Dan ALLAH MEMBERI REZEKI KEPADA SIAPA SAJA YANG DIKEHENDAKI TANPA BATASAN/PERHITUNGAN."

Allahuakbar...Allah....Saya dapat jawapan! Allah bagitahu saya bahawa solat utk mengharap balasan baik dari Allah tu tak salah! Mengharap balasan dan kurniaan Allah apabila kita solat bukan bererti kita tak ikhlas! Dan bila saya kata mustahil saya dapat pass paper tadi..Allah kata "aku bagi rezeki pada siapa saja yang aku nak! " Allahu.... Saya sebak..sebak sangat-sangat.

Siapa yang menggerakkan hati saya untuk menyelak al-quran? siapa yang membuatkan jari saya berhenti pada helaian ini, surah annur ayat 37 & 38 ni? ye, ALLAH !

Hati saya mula tenang..Saya rasa sayang sangat kat Allah..Allah tak pernah hampakan saya, walaupun  jarang saya bersyukur dgn nikmatNya. Allah tak pernah kecewakan saya macam manusia yang kadang2 menyakitkan hati kita walaupun kita dah bagi yang terbaik. Allah terlalu baik..Saya sayang Allah..

Jadi, percayalah. Rahmat dan kurniaan Allah tu luas.. walaupun dosa kita menggunung tinggi, walaupun kadang-kadang kita lupa untuk ingat Allah..tapi Dia tak pernah lupa kita.. Dia sentiasa beri kita peluang untuk istighfar & bertaubat. Peluang untuk berdoa dan meminta kebaikan.. Allah terlalu-lalu baik. Yakin, yakin dengan Allah masa berdoa, itu paling penting...

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-'Araf, 55).

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).

Sabda Nabi s.a.w:

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin doa kamu diterima Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati-hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Hati mana yang tidak tenang dengan semua ni? Sekarang saya terus berdoa, moga ada rezeki utk saya. Allah,terima kasih. Sesungguhnya apa saja yang aku terima dan alami, daripada kurniannmu daripada sesiapa di kalangan hambaMu, bukanlah dari sesiapa melainkan dari engkau Ya Allah. Bagi mu lah segala pujian, bagi mu segala kesyukuran.

Tenang.. :)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...