HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kurus dengan Shaklee!?

Assalamualaikum


Frankly speaking saya gemuk. Tembam gila.Seriously. Berat saya hampir mencecah 60 kg..Ye memang itu size yang tidak bagus untuk orang yang rendah macam saya :-(


Saya decide untuk try slimming set shaklee dua bulan yang lepas..tahun lepas la kira hihi..12/11/2012 kalau tak silap saya start..seminggu sebelumnya saya timbang dan berat saya adalah 58.6 ..grrr! Seluar jeans semua ketat, baju banyak tak boleh pakai lagi-lagi tang lengan..ketat...sob sob..

And then, 24/11/2012, hari sabtu. Saya pergi rumah kakngah saya dekat bangi. Saya timbang berat badan saya dan macam tak percayaaaaa... "eh dah 56.3..?" dalam masa berapa belas hari, macam mana boleh turun ni sedangkan saya tak control makan lgsg? err...?



Jadi saya fikir punya fikir...macam mana la boleh turun padahal melantak kemain...Last last, baru ingat.


1) ofcourse la sebab makan lecithin shaklee
2) sbb dua minggu tu saya stay kolej delima kejap. Pergi class jalan kaki. Biasa kat rumah abg boy saya, pergi class naik kereta atau bus.





baju biru tu gambar latest saya balik kampung nenek 2 hari lepas. ini kira teaser je la dulu hahaha sbb saya janji nak post gambar betul2 sebelum n selepas mkn shaklee, selepas 9/2 nti lepas adik saya kawin hihi :))



Jadi, boleh nampak laa shaklee ni boleh berkesan dengan laju bila kita exercise. Tak kisah kalau tak jaga makan asal ade buat exersice. Babe, I cakap you, exercise tak semestinya jogging 3-4 round..It can be in so many ways. Saya pergi class bukan jauh pun dari kolej delima tuh..tapi sebab jalan kaki, naik bukit sikit and ade la 1 2 tangga kene 'panjat'..Tu pon dah boleh hilang 2kg? Padahal makan banyak. Imagine kalau saya jogging+sit up bagai? confirm boleh turun lg byk lah! hehehe..




 ( Insyaallah dengan izin Allah, jgn lupe sebut :) )





Okay. jom kita study sikit pasal slimming set shaklee ni. Nak kurus tak? haaa meh study sama-sama hehe.Alright. Basically set ni ada tiga benda kita kena ambil.



1) Detox
2) Fat emulsifier
3) Protein





Detox penting untuk keluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin korang pernah diet tapi tak nampak kesan kan,kan? Punca dia is detox! bila toksin terlampau banyak, badan kita susah nak serap nutrient yang kita ambil, tak kisah la sama ada nutrient dalam supplement atau diet harian kita. dop baguh dop baguh . Jadi kalau ambil detox ni, dia tolong buang toksin melalui...jeng2..penyahtinjaan hihi.. ok,Shaklee punya detox product ada 2 pilihan. Herblax and Alfalfa.




boleh pilih nak makan yang mana satu. I amik herblax. :)


 Herblax murah. Tapi kan, siapa yang menyusukan anak tak boleh la amik, sebab nak buang toksin kena la berry berry (buang air besar laa :p ) nanti tak pasal pasal baby pun ikut berry2 sama cian baby..Jadi boleh amik alfalfa..alfalfa slow sikit tapi don't worry trust me, ia best! Saya cakap ni berdasarkan pengalaman kakak saya sendiri.



 

Fat emulsifier pulak untuk bakar lemak. Ini ada satu je pilihan iaitu lecithin. Pun murah whee~ ! lecithin fungsi dia untuk pecahkan lemak berlebihan dalam badan. Tapi lemak yang dah cair/pecah susah tau nak keluar dari badan.. kita berry pun belum tentu dia keluar.


Jadi itu la pentingnya detox product (herblax atau alfalfa). Kita tahu lecithin ni pelarut kolestrol & lemak kan, jadi makan la lepas kita lunch ke..fuh memang terbaik! and dengar kata boleh cantikkan kulit jgk, tau kenapa, sebab kan  badan kita penuh dgn sel, betul? kalau kita tak cukup lecithin, membran sel akan mengeras & menyukarkan proses penyerapan. Sayangnye kalau kita makan buah sayur bagai, tapi badan x dapat serap zat zat tu kan?


ok kalau korang nak uji, boleh la try amik air, letak minyak masak. Minyak akan terapung kat atas permukaan air. Then amik la lecithin shaklee 2 biji, masukkan.. lama-lama korg akan nampak minyak tu terurai dan bercampur dengan air. Imagine itu berlaku dalam badan kita walaweh bestnye!





Protein pulak penting utk otot. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tp badan flabby je.. flabby, menggeleber tak fit, perasan tak? Nak tahu kenapa, sebab yang turun tu bukan berat, tapi otot. Ye dia kehilangan otot! Muscle kita ni penting untuk pergerakan. Dan pergerakan sangat lah penting untuk tujuan pembakaran lemak, right? Jadi kalau nak kurus tu, biar lah yang hilang lemak kita, bukan otot, oke? kita suuuka sit up. tapayah jogging pon xpe :)

Protein ada dua pilihan.

1) cinch shake
2) ESP





ESP murah sikit. Cinch mahal lagi. Lagi best la of course  Tapi dua-dua pun ok. I amik ESP. Oh ye untuk ibu yang menyusu better amik ESP sebab cinch shake kandungan kalori rendah tau dlm cinch ni. Kecian kat baby nanti terbantut pertumbuhan kang haaa....



Biasanya kawan-kawan saya amik set paling affordable Lecithin + Herblax + ESP. Tapi untuk those yang dah kerja, biasanya deorang mintak saya fiber. Terpulang la ok masing-masing.


Hurm..ok lah tu je lah. Nanti update page pulak. Ada baaanyak benda lagi saya akan share kat page. Nak tahu, jom like page saya kat facebook. Tak reti lak paste link supaya senang klik kt sini,mtk maaf huhuhu..

To ika & fazilah sorry lambat publish post ni :(

oh ye, kat bawah ni cara saya makan tiga benda ni. Kalau korang ada amik ape-ape vitamin lain, tapi tak tahu macamana nak buat jadual utk makan, tak pe boleh message saya.tapi dengan syarat kena la beli shaklee dgn saya..hehe.dont worry Saya ada banyak reference and pengalaman orang-orang sekeliling. Ye bukak la page shaklee saya & PM ok   :))



Ni contoh awal2 saya ambik. lepas tu ada jadual lain saya buat, lagi senang nak ikut. 
Maaf saya terpaksa padam jadual & menu. Customer saya mula bising , deorg dah beli barang kat saya baru dapat jadual, tp saya post jadual ni public kat blog, semua org dpt tgk, tak adil. Jadi for personal consultation, cari saya di
athirah tieramiessyou kat facebook ok. Hanya dengan setiap pembelian dari saya, anda berhak mendapat jadual eksklusif dari saya

- Saya tekankan pengambilan air kosong yang banyak. saaaaangattt penting ok! Setiap 25kg berat badan kita memerlukan ??? liter air.(nak tahu, mai singgah page aaaa) kalau tahu baru boleh kira utk berat bdn  kita ni sbnrnya berapa byk air diperlukan..?

- lecithin satu hari 6 biji. saya buat tett tett tett tett... cara saya makan lain sikit. Find me kat fb ok hihihi

- ESP satu hari 3 sudu.

- saya buat satu style senaman yg simple n membantu kurus cepat,serious! tapi info hanya untuk my customer ye :)

- lagi, pengiraan kalori. kalau makan mee, ape kita patut buat supaya kalori mee digunakan oleh bdn supaya kita tak gemuk? haaa sila cari saya di fb ok.



p/s : hati-hati dengan produk diet yg bermacam-macam skg. Ephenrine yang banyak digunakan dlm produk kurus2 ni, menurut Clinical Toxicology review, boleh bagi kesan pada kesihatan kardiovaskular dan sistem respiratori.







Kuruslah secara sihat, bukan sekadar turun berat =)

Jawapan dari Allah..Thank you Allah :)

Assalamualaikum


Pernah tak kadang-kadang rasa yang Allah tak terima doa kita,solat kita? Pernah tak terfikir yang Allah anggap kita ni hamba yang tak ikhlas, doa,solat, buat baik semua bersebab. Nak kan balasan. Sbb nak excellent dalam exam kita solat hajat. Sebab nak rezeki murah, kita solat duha. Sebab nak tenangkan hati yang resah, baru baca quran.Pernah terfikir mcm tu?

I honestly, pernah rasa macam tu. Lately kuat sangat perasaan ni mengatakan yang "kau ni tak ikhlas tiera!" atau lebih teruk time solat contohnya, hati ni berbisik "eleh..ko ingat Allah tak tahu ko solat ni sebab ko nak kan something kan? bukan ikhlas kerana Allah..ingt tiera, Allah tu maha mengetahui.tak yah la nk budgett.."

Sumpah. itu yang saya rasa.. Sampai lah 15 january, hari selasa. Saya ada paper pagi & petang. Pagi International Law II, ptg elektif, ADR. Allahu..penatnya rasa, Dia je yang tahu. Terkejar2 dari DSB nak ke DRMM plk.. kelam kabut nak recall subjek lain pulak. Saya mengaku, saya tak well-prepared..sebab tu tak tenang :-(

Habis je paper ADR, mata saya dah bergenang.. Menahan air mata dari jatuh ke pipi..hati sebak.Bisik hati ni, "Ya allah, aku tak dapat buat paper tadi..mcmn Ya Allah.." saya buntu... :-( 

Abang saya sampai. Saya naik kereta dengan muka penuh kecewa.. Kakak ipar saya faham. Abang saya terus mengusik untuk buat saya ketawa. Saya mesej sahabat saya mengadu.Tapi otak saya seakan-akan tak dapat prosess apa-apa mesej yg saya baca, atau apa2 yang masuk telinga saya. Saya diam , membisu.

Sampai je rumah, saya terus masuk bilik. Rasa lemah. Saya terduduk dan menangis. Menangis dan meraung..Saya menangis dongak kan kepala, sambil berkata kepada Allah.. "Ya Allah...kau terima ke solat aku selama ni? kau dengar ke doa aku selama ni?Adakah apa yg aku buat selama ni tak ikhlas Ya Allah.. adakah kau menganggap aku ni hambamu yang tidak ikhlas..?Adakah, rezeki utk aku?" air mata saya terus mengalir.

Dengan tangan yang mengigil-gigil, saya capai quran tafsir. Mengharap jawapan dari Allah.. 

(ada orang pernah cakap, di saat kita sedih dan buntu,buka lah mana2 helaian quran dan baca maknanya. Biasanya Allah akan tunjukkan sesuatu untuk kita)

Saya pejam mata, dan buka helaian quran randomly. Allah gerakkan tangan saya menyelak muka surat 335, Surah ke 24, surah An-nur. 2 ayat pertama yang saya baca betul2 buatkan air mata saya berjujuran ...ayat 37 & 38.

ayat 37 : "org yang tdk dilalaikan (oleh jual beli & perdagangan) dari mengingat Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang."

ayat 38 : "Mereka melakukan itu agar Allah MEMBERI BALASAN KEPADA MEREKA DENGAN BALASAN YANG LEBIH BAIK DARI APA YANG MEREKA KERJAKAN. Dan agar ALLAH MENAMBAH KURNIAANNYA KEPADA MEREKA. Dan ALLAH MEMBERI REZEKI KEPADA SIAPA SAJA YANG DIKEHENDAKI TANPA BATASAN/PERHITUNGAN."

Allahuakbar...Allah....Saya dapat jawapan! Allah bagitahu saya bahawa solat utk mengharap balasan baik dari Allah tu tak salah! Mengharap balasan dan kurniaan Allah apabila kita solat bukan bererti kita tak ikhlas! Dan bila saya kata mustahil saya dapat pass paper tadi..Allah kata "aku bagi rezeki pada siapa saja yang aku nak! " Allahu.... Saya sebak..sebak sangat-sangat.

Siapa yang menggerakkan hati saya untuk menyelak al-quran? siapa yang membuatkan jari saya berhenti pada helaian ini, surah annur ayat 37 & 38 ni? ye, ALLAH !

Hati saya mula tenang..Saya rasa sayang sangat kat Allah..Allah tak pernah hampakan saya, walaupun  jarang saya bersyukur dgn nikmatNya. Allah tak pernah kecewakan saya macam manusia yang kadang2 menyakitkan hati kita walaupun kita dah bagi yang terbaik. Allah terlalu baik..Saya sayang Allah..

Jadi, percayalah. Rahmat dan kurniaan Allah tu luas.. walaupun dosa kita menggunung tinggi, walaupun kadang-kadang kita lupa untuk ingat Allah..tapi Dia tak pernah lupa kita.. Dia sentiasa beri kita peluang untuk istighfar & bertaubat. Peluang untuk berdoa dan meminta kebaikan.. Allah terlalu-lalu baik. Yakin, yakin dengan Allah masa berdoa, itu paling penting...

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-'Araf, 55).

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).

Sabda Nabi s.a.w:

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin doa kamu diterima Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati-hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Hati mana yang tidak tenang dengan semua ni? Sekarang saya terus berdoa, moga ada rezeki utk saya. Allah,terima kasih. Sesungguhnya apa saja yang aku terima dan alami, daripada kurniannmu daripada sesiapa di kalangan hambaMu, bukanlah dari sesiapa melainkan dari engkau Ya Allah. Bagi mu lah segala pujian, bagi mu segala kesyukuran.

Tenang.. :)










Trick & Art Museum I-City, Boleh lah, cool.

Assalamualaikum!



Finally saya dapat jugak pergi, wuhuu. Museum trick & art tu la.. Before this tertanya-tanya macam mana lah rupe gambar-gambar tu kat dinding sebenarnya. memang terkeluar ke kaki kuda? Payung tu memang kita dapat pegang ke? Haaa dah p baru tahu, mmg cool la lukisan-lukisan tu. Kitorg dapat masuk free, sebab kebetulan p time ada karnival hapentah. BN punya bendera (bendera la kan?) bersepah-sepah huhu. Dan... bukan tu je..kitorg masuk jugak yg 5D cinema tu. Tapi yg tu kene bayar la RM10..untuk 7 minit. Boleh la not bad, rasa mcm pengembaraan dalam cerita Journey To The Centre of The Earth le pulak. :D





red,yellow n green, raffic light! haha
frame :)








apesal happy lak npk buaya..??



wooo...wooo











next


























Meh pekena cendol sat
Nyummyyyyy

okay lah.settle.gambar sudah di haplod. to those yg tak pernah p, p lah.. RM5 jew.. entah2 lepas ni naik dah...ok bye!




p/s : surau i-city teruk teruk gila! p lepas mgrib atau isyak better la,da siap solat lg senang dr nk solat kt surau i-city yg bersaiz ukuran sebuah stor kecil tanpa kipas berserta pintu yg kopak lubang2.worst, xde tmpt amk wuduk!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...