HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Sekadar luahan hati & perasaan



Hai Assalamualaikum. Ya Allah, rindunya tulis blog! I felt super nostalgic time login dan masuk dashboard ni! 

Convenientnya all the features on blogspot. Kalau nak compare dengan all the social media we have now, best gila blogspot ni.

The font, the formatting, macamana cara nak insert gambar, video, link, and then you can preview what you have written, boleh publish it right away or draft dulu.

And I feel so privacy, so quiet. Macam edit video untuk di post ke tiktok, I rasa ianya bising dan terlalu ramai orang. Kat sini, tak ramai lalu lalang. Rasa macam tenang pulak.. hmm

Sekarang pukul 12.19 malam , anak anak I dah tidur. Husband I pun dah tidur.. Here I am menulis blog. nak tengok situasi I sekarang macamana? alaa tak pakai tudung pulak. 

Kejap sarung tudung dan acah acah tak pandang camera ok haha .. 

haa begini ye keadaan sekarang. kaki lunjur pada kerusi depan. so shelessher ye position ni hihi


Nak tahu tak apa yang buat Tiera rasa nak menulis blog malam ni? sebab tadi scroll instagram ter tengok video si Sofeashra, korang kenal tak, dia ni?


I suka gila dia ni. Dia macam beauty with brain gitu, jenis Tiera, I suka influencer yang menggunakan perkataan best best. Auto rasa influencer tu educated, knowledgeable, boleh di percayai.

Kalau tengok video tutorial make up dia pun, dia bukan jenis sekadar sebut 

"omg guys tengok lah blusher ni lawa gila.."

tak, dia akan sebut something like 

"it's hydrating"
"it's buildable"
"nampak dewy, nampak matte"

So malam ni bila lalu reels ig dia, I terus terbit perasaan macam nak cari more info about her. Gen-Z kah beliau? 

So I google -- umur SofeaShra

maka keluar lah semua cerita tentang beliau.. bagaimana dia bermula etc. oh umur dia 28 tahun by the way this year. So yes dia Gen-Z. Patut energetic lain machiammmm

Baca dan baca lagi, keluar pulak vlog dia bertajuk > A Week in My Life . Tekan link ni keluar nanti video dia. Ni Video dia 4 tahun lepas. I di fahamkan dia start famous masa PKP. 

Bila tengok video dia..

She is so genuine, suka betul lah. Dia post je muka dia tanpa make up, dia share je macamana dia warm up untuk bercakap depan camera, takde idea nak cakap apa semua, dan.. 

ke semua footage dia dalam video tu membuatkan I teringat how I started ber video 11 years ago, dan how I started ber-blog 17 years ago..itu lah my energy dulu, itu lah dia. 

Dan masa tu sentiasa rasa happy je.. buat semua benda memang betul betul dari hati dan happy. 

Kenapa cakap macam tu Athirah, sekarang dah tak happy ke 😞

ok nampaknya kita dah masuk part yang berkaitan dengan tajuk entry blog ni. Ya sesi, luahan hati.. 

As time went by, banyak benda berlaku in my life..

jatuh, bangun, sedih, gembira. Kejayaan, kegagalan. Macam macam.. 


Since I joined Shaklee in 2012, perasan kan, I never stopped showing up on social media, (amik masa berehat tu mgkn ada lah) tapi lepas tu I akan muncul semula, continue lagi, teruskan building my personal branding (Athirah Tieramiessyou), creating more videos.

Story telling di Fb, edit gambar untuk di upload dan sebagainya.

Ada hari yang I buat full-heartedly, dengan penuh energy, rasa happy, rasa contented. 

Tapi akan ada hari lain, (omg I literally crying right now, weh kenapa nangis ni.. jap.. nak amik tisu.. basah dah ni tangan lap air mata. warghh) 
ok dah hehe


So kenapa jadi begitu ye sekarang? Sebab kita ada banyak luka, banyak trauma. Biasalah manusia, tang happy, segala nikmat dan perkara best dia dah dapat taknak ingat, hat yang tak best jugak lah yang dia nak kenang 😜

That's the reason why I tulis blog malam ni.. purposenya adalah untuk let go semua benda tak best ni.. dan kembalikan semula my old energy, my old vibes. Inshallah. 

Tiera selalu cakap dengan myself, bersyukur, boleh jadi kehidupan kau sekarang adalah kehidupan impian sesetengah orang yang sedang memerhatikan kau. 


Betul, I bersyukur je. Cuma takkan lah dengan bersyukur, kita nak deny perasaan yang kita alami (sedih, kecewa,trauma etc)

I rasa I still kena raikan perasaan ni dengan bercakap tentangnya, kemudian slowly lepaskan ia pergi dengan kesyukuran. haaa thats nice kan! better. 

Ok kita huraikan one by one ya. 


1. Expectation 

Dulu masa baru mula, kita baru mendaki. Kita tak expect much sangat, kita trust the process dan kita sangat hargai progress yang kita buat sedikit demi sedikit. 

Sekarang? dah Master Coordinator, dah 14 tahun buat Shaklee, pernah boom sampai income masuk RM50K dalam akaun bulan tu, berlambak video kita went viral dan convert into sales successfully, berduyun orang pm kita, Shaklee jadi fenomena sampai stok selalu habis, kalau membeli tu penuh HQ & branch seluruh malaysia, beratur panjang.

Bila kita pernah ada pencapaian sebesar itu, tiba tiba ia sedikit slow, kita macam tawar hati. (I'm not saying that I ni give up ye, tak give up cuma bila buat kerja tu, tak de vibes yang energetic super bubbly super happy macam dulu lah) Kerana apa, kita letak expectation yang tinggi! hakikatnya yang di katakan 'sedikit slow' ni pun not bad je pun sebenarnya. 

Like sales masih ada, group uv pun boleh cecah 10k 20k, not bad tapi tu lah kata. Bila expectation tu besar sangat, kita tak hargai progress yang duk ada dalam usaha harini. Jadi kena kecilkan expectation dan hargai progress di era yang sekarang. 

Mana boleh sama, cara bisnes pada 2012 dengan cara bisnes 2026 mesti lah ada perubahan. Kita follow perubahan arus semasa, perkembangan media sosial, terus belajar benda baru tanpa henti tanpa jemu. Setiap kali belajar benda baru, nak kuasai benda baru, setiap kali tu lupakan siapa kita, aku bukan master, aku bukan otai ke apa, aku newbie! Inshallah bila anggap diri kita newbie, kita akan hargai progress baru kita akan start enjoy semula kan 😎


2. Trauma

14 tahun buat bisnes, betul ramai orang suka kita, ada yang adore kita (please besederhana ok, saya manusia biasa byk kelemahan & kekurangan but tq those yg selalu dm dm cakap macam macam benda baik tqsm saya hargai keikhlasan anda menyukai saya Subhanallah Mashallah, tabarakallah ) 

Tapi dalam ramai ramai yang suka, ada je golongan yang tak suka. Ada je yang mengata belakang, ada je yang memandang rendah dan suka compare compare kita dengan org lain (ceh nak pandang rendah kat aku tp kau pun takde apa sgt yg kau berjaya capai 😂,ce compare diri kau dengan aku, jauh panggang dari api, bagai bumi dengan langit. haa kan aku dah jadi jahat, ish ish astaghfirullahalazim)

Dalam ramai ramai yang menghargai, ada je yang rasa kita ni macam tak pernah 1 sen tolong dia, yang buat kita macam sampah hanya sebab small mistake and even worse mistake tu adalah mistake bersama, tiba2 nak put all the blame on me alone, oh sangat tidak adil tapi itulah dunia.  

Ada yang berperangai pelik, belum masuk cerita yang unfriend kita, yang block kita, yang remove kita dari follwers list. (remove lah aku pun bukan nak sangat berkawan dgn org negatif 😛) Yes I may seem soft,nampak lembut, tak garang sangat, tak strict sangat, tak tegas sangat. Tapi now dah sampai masa untuk I tapis betul2. 

NOT EVERYONE DESERVES ACCESS TO ME ANYMORE

Ya I used to be available to everyone, jumpa selalu, ajak datang rumah selalu, belanja makan selalu. Respon pada semua pm dm , segala soalan yang memerlukan jawapan panjang,masa yang banyak

But with experience, I've learned, access to me is something to be earned. Period. 

Aku ada value aku. I don't chase, I don't force. 

The right people will value the access. Dulu I give my time freely, sekarang I protect my energy. Because not everyone knows how to value it. I am more selective with my time & energy. 

Kalau bercakap perihal anak team bisnes, benda tu normal, bab you know ----- people come and go. But the right ones will stay. 

Bab downline ni, memang bermacam ragam. Ada yang dengar kata, ada yang degil, 

ada yang menyenangkan hati kita as upline

Ada jugak yang mengjengkelkan 😂

ada yang pernah dapat hadiah beratus ringgit, beribu ringgit tiba2 claim kata kita  kedekut lah, kata kita jenis tak tepati janji lah (amboi banyak dia berburuk sangka ek) walhal dia punya dapat macam2 sampai ada org lain jeles. 

kat sini lah I nak highlight. MOVE ON dan buang jauh jauh nama orang yang menyakiti kita, pandang dan fokus lah pada mereka yang masih menghormati dan menjaga adab, mereka yang masih setia bersama. 

Sekarang I lebih berpegang kepada 

"kau nak kau buat, kau taknak it's ok aku tak rugi apa.."

Orang yang berjaya bukan orang yang tak pernah kecewa, tapi orang yang berjaya adalah yang pernah kecewa tapi dia bangkit dengan penuh gaya, slayyyy...

bak kata Azlan-the-proton-type yang tengah viral tu 

"Yang gagal bukan yang mencaci, tapi yang berhenti sebelum datangnya rezeki.."

"Selagi tangan masih bekerja, selagi hati tak putus asa, aku akan terus ke hadapan, mesti tanpa sorakan, meski hanya di temani kesabaran, bezanya aku dan kau? Aku bergerak, engkau melalak.." 😅






2. Rasa bersalah pada anak 

Dulu belum kahwin memang syok 'masa' kita, if time lepas dah kahwin pun 3 tahun kot buat Shaklee tanpa anak, masuk tahun ke-4 perkahwinan baru dapat anak. So tak mecabar sangat. (kita all out ye time belum kahwin & time belum ada anak) 

tu pasal kalau ada yg single mingle belum kahwin banyak alasan memang nak kena cepuk. dia tak tahu macamana masa dia in future masa dah ada anak nanti..

Now anak pun dah 2, inshallah on the way nak tambah lagi 2. Tapi masa kita dah makin pendek sekarang (actually masa tak berubah tetap 24 jam kan haha) cuma to do list setiap hari bertambah. Pack jadual kita. Jadi kadang memang rushing nak siapkan semua, time edit video lah baby kita buat hal, dah tak pasal pasal anak kena marah. Dulu kata buat Shaklee sebab anak, eh sekarang takkan sebab Shaklee anak terabai kan? kat sini time management kita yg salah. Bukan Bisnes Shaklee yg problem kan? I nak spend masa sungguh2 dgn anak I, quality one. jadi kena siapkan kerja bisnes pada masa yg sesuai. banyak je lah masa dalam sehari boleh selit, time anak tidur atau leka bermain. taknak marah anak, settlekan kerja cepat dengan strategy bijak.okie dokie


So rasanya tu je kot. bestnya dah luahkan semua yang terbuku di hati leganya ya Allah.. 

Alhamdulillah 
terima kasih tau sebab sudi baca sampai habis. 💜


till then, bye 
Assalamuaalaikum kalau jawab sayang kalau tak jawab dosa. haha maria elena sangat! ee rindu blog!

p/s : tadi start menulis 12.20 malam,now siap menulis 3.48 hehe. berhenti minum lah,berhenti p yak lah haha macam2. syukur habis juga ku menaip

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...