HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Peringatan sempena Ramadhan - Menjemput rezeki yang baru

 

Assalamualaikum

Subhanallah kejap je dah masuk Ramadhan semula. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas ,pantasnya masa berlalu๐Ÿ˜€


Harini ada sesuatu yang tiera nak share kat sini.. tentang menjemput rezeki yang baru.  


Korang nak hidup senang tak? Nak baiki tahap kewangan korang, tingkatkan ekonomi keluarga, bukan takde rezeki sebelum ni tapi tak cukup. Terlalu banyak benda nak bayar, dan kos hari ni serba serbi mahal, keperluan anak sekolah lagi macam macam.


Nak jemput rezeki yang baru? 


Yang lebih banyak? Dan banyak itu banyak yang berkat?


Jauhi sifat sombong. sombong ni bukan bila kaya sahaja ya, bila miskin pun boleh sombong. 


Bila kita susah, miskin, jangan sombong dengan tuhan . kita sombong bila kita tidak meminta, dan tidak berdoa bersungguh-sungguh. Tambah teruk bila kita suka mempersoalkan kepada Allah, kenapa aku? Kenapa test aku macam ni? Kenapa bagi aku ujian yang berat? Ingat, kita hidup bertuhankan Allah, bukan ber member kan Allah. Ingat Allah tu member ke nak question question macam tu sesuka hati kan? Kita hamba yang hina, Allah cipta kita suka hati Dia lah nak uji kita macamana pun, lagipun bukan Allah uji saja saja, tapi sebab nak bagi kita syurga.


Bila kita kaya pulak, dan kita berjaya cipta kejayaan kita 


tak kisah lah dalam pekerjaan ataupun bisnes. Kita sombong dan angkuh bila kita ada sifat keakuan dalam diri. Aku dapat benda ni sebab


"aku yang buat"

"aku yang usaha"

"aku yang belajar"

"aku yang banyak keluar duit.."


Aku itu adalah keiblisan yang membelit dalam jiwa kita. Nauzubillah min zalik


"Aku" adalah sifat iblis. 


Iblis ni ibarat ketua malaikat dalam syurga, Iblis lah paling hebat beribadah, Iblis paling di angkat dalam syurga satu ketika dulu.


Kenapa dia tercampak ke neraka? kerana AKU. aku takkan sujud kepada nabi Adam,aku lagi hebat, aku di buat dari api. aku aku aku. aku itu sombong


Kita hebat ni, ada perantara. Kejayaan kita ni ada asbab orang sekeliling kita tanpa kita sedar. Mungkin ada yang mendoakan kita dalam keadaan tak siapa tahu, doa yang lebih diangkat oleh Allah



So kita elak sifat sombong, inshallah sifat baik lain akan follow seperti sangka baik selalu dengan tuhan, dengan orang sekeliling, perasaan merendah diri yang melindungi kita dari rasa "perasan bagus" "holier than tho" dan sebagainya


jom kita jauhi sifat sombong, okay? ๐Ÿ˜Š









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...