Assalamualaikum seperti semua yang sedia maklum, tiera sekarang hamil 5 bulan dah alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun berusaha mendapatkan zuriat. Detik-detik tiera ikhtiar dan berusaha hingga dapat berita gembira ada tiera rakamkan di entry
👉 pengalamanku-hamil-setelah-hampir-3tahun (klik untuk baca ya)
Kalau haritu tiera kongsi apa ikhtiar kami suami isteri untuk dapatkan anak dari segi pemakanan dan sebagainya. Harini inshallah Tiera kongsikan usaha yang lain pula iaitu usaha dari segi amalan kerohanian. Tiera kongsi ni berdasarkan apa yang kami sendiri suami isteri amalkan dan tidak tiera letakkan sumber dari mana kerana semuanya adalah amalan yang di lakukan atas apa yang tiera rasa boleh menjemput rezeki (zuriat) dan atas keyakinan diri tiera sendiri. Moga ada manfaat buat anda yang sedang berusaha juga :)
Hayati makna dalam surah ke-3, iaitu surah al-imran
ayat ke 38 - Disanalah Zakaria berdoa "Ya Tuhanku berilah aku dari sisiMu seorang anak yang baik. Sesungguhnya engkau maha mendengar doa
ayat ke 39 - Kemudian malaikat Jibrail memanggil Zakaria ketika dia sedang berdiri melakukan solat mihrab. Kata Jibrail, "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu, Yahya. Yang membenarkan kalimah dari Allah. Menjadi ikutan. Menahan diri dari nafsu dan seorang nabi yang termasuk dalam keturunan yang soleh.
ayat 40 - Zakaria berkata, "Ya Tuhanku, bagaimana aku boleh mendapat anak? Sedangkan aku sangat tua. Rambutku sudah beruban, tulang empat keratku sudah lemah, isteriku pula seorang yang mandul"
Allah berfirman, demikianlah Allah membuat APA SAHAJA YANG DI KEHENDAKINYA.
ayat 41 - ........... dan sebutlah nama tuhanmu sebanyak banyaknya serta bertasbih di waktu pagi dan petang.
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Dari sini tiera nampak yang, apa jua masalah atau punca seseorang itu tidak boleh hamil, its not the end of the world pun. Bukan sesuatu yang CONFIRM pun. Maksud tiera, cuba anda lihat.
Nabi Zakaria dah terlalu tua, isterinya pula memang mandul. Ikutkan mandul memang tak boleh dapat anak lagi kan? Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.. Sebab tu memang kita kena REDHA, tapi redha itu sendiri bukan bermaksud terima saja dan hentikan segala usaha, segala doa. Teruskan berdoa..teruslah meminta.. berusaha.. Inshallah ada jalannya, tiera nak bagi semangat ni pada anda, bila down ingat semula keajaiban yang berlaku dalam kisah Nabi Zakaria dan isterinya ni, jangan putus asa ok! 😃
Dan ayat 41 yang menyuruh kita sebut nama Allah banyak banyak, bertasbih dan ingat Allah pagi dan petang. Siang dan malam. Ini membuktikan bahawa lagi dekat kita dengan Allah, lagi Dia suka untuk beri. Tiera percaya tu 😊
So.. apa antara amalan yang boleh di amalkan... tiera kongsi ya
1) Bersangka baik dengan Allah. Ingat Allah sayang kita, sebab tu Allah test kita dengan ujian tak dapat anak lagi. Pasti ada hikmahnya. Ingat jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah.
2) Banyakkan solat sunat taubat. Ia ibarat detoks. kalau kita detoks, tujuannya untuk apa? buang bendasing dan bahan tak elok dalam badan bagi meningkatkan penyerapan nutrient segala vitamin dalam badan kan? begitulah jugak taubat. Ibarat detoks, ia membuang, delete, hapus dosa dosa kita lantas menjadikan doa doa kita makbul inshallah. Jangan biar dosa dosa kita menyekat rezeki kita ok? Buat solat sunat taubat, hari-hari sebelum tidur kalau boleh.
3) Amalkan membaca surah yassin setiap pagi selepas solat subuh
4) Istighfar 100x sehari, zikir ya wahhab ya razzaq 100x , selawat 100x.
Boleh guna tasbih betul untuk memudahkan kita yakin dah cukup 100 kali, nak baca lebih pun lagi bagus cuma jangan lah kurang 100 kali. Rugi. Boleh jugak install apps di hp anda tasbih digital. |
5) Banyakkan berpuasa sunat
6) Banyakkan bangun tahajud. Biar jadi amalan yang kita tak nak tinggal pun sungguh pun lepas dah dapat zuriat kelak inshallah. Solat sunat hajat sekali.
7) Banyakkan membaca alquran dan maknanya.
8) Setiap kali ternampak kawan kawan update tentang anak mereka, be happy, raikan dan terus berdoa cepat-cepat. Ya allah izinkan aku pula untuk memiliki anak aku, zuriat aku sendiri lepas ni Ya Allah.
9) Jika ada air zam zam, even air minum biasa sekalipon, ada makan supplement ke (tiera makan shaklee sebagai ikhtiar) Boleh bacakan yassin. Bukak penutup dan baca yassin, dan kemudian letak di tempat yang tinggi ya. Jangan letak di bawah di aras aras kaki pulak. Air tu terutamanya sangat mudah menyerap gelombang bacaan yassin kita. Mudah-mudahan ada keberkatan dan tenaga luar biasa hasil bacaan ayat-ayat Allah ni.
10) Serah semuanya pada Allah. Boleh nak mintak Allah beri kita zuriat pada waktu bila, contoh kalau boleh nak mengandung tahun ni. Biar jelas kenapa nak tahun ni, mungkin sebab dah beli rumah, mungkin sebab usia kita, apa apa sebab yang anda ada lah. Tapi sentiasa pastikan yang kita jugak menyerahkan segalanya pada Allah. Bila waktu yang terbaik dalam ilmu Allah, dalam pengetahuan Allah untuk kita mendapat zuriat.
Allah sahaja mengetahui APA YANG TERBAIK UNTUK KITA. Ikhtiar, yakin dan terus berdoa. Dan berdoa lah dalam keadaan kita YAKIN Allah sedang mendengar, YAKIN Allah terima doa kita. Ketahuilah Allah tidak akan memakbulkan doa dari hati-hati yang lalai.
Itu yang tiera ingat buat masa ni. Inshallah nanti teringat lagi apa yang tiera buat, tiera tambah lagi ya.. Terima kasih sebab luangkan masa untuk habiskan baca. Tiera doakan rezeki anda pulak menyusul lepas ini dan doakan tiera dan baby sihat sihat sahaja hingga hari bersalin nanti 😉
Untuk dapatkan set ikhtiar hamil dengan shaklee, boleh hubungi tiera inshallah tiera bantu beri cadangan set yang terbaik dan konsultasi juga cara pemakanan yang berkesan.
💝,
Athirah Tieramiessyou
019-4120913
No comments:
Post a Comment