HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Sakit Tulang Rusuk Semasa Hamil



Alhamdulillah, usia kandungan tiera sekarang dah 5 bulan. Kejap je kan, menunggu selama 3 tahun untuk dapat zuriat, kemudian dapat berita gembira sebelum mengerjakan umrah dan tiba-tiba eh dah 5 bulan?? How time flies :')




Semalam tiera memang tak mampu dah nak tengok hp, share apa apa dekat fb. Rasa sakit yang amat pada tulang rusuk dan bahagian bawah miss B. Sakit sangat, duduk tak kena berdiri tak kena. Baring pun sakit, nak mengiring kiri dan kanan? tak payah cakap macamana sakit dia.. sakiiitttt



Yang sebenarnya semalam tiera teman najmi outstation ke JB. Travel dari setia alam ke JB, kemudian terus shoot ke Melaka pulak. Sakit dia perlahan-lahan, sikit-sikit mula muncul. Pulak tu, langsung tak berhenti turun stretch badan ke. Padahal najmi stop stesen minyak beberapa kali, dia tanya banya kali nak pergi toilet ke tidak. Tapi entah kenapa tak rasa nak turun. Solat pon jamak takhir dekat melaka. 


Sampai je, masa turun dari kereta tiera rasa tak selesa yang amat. Ish kenapa ni 😩


Lepas solat, makan. Rasa rib cage macam mencucuk-cucuk. Pergi mandi dan tidur awal, rest. 



Tiera tahu dah apa punca, dah tiera jumpa bagaimana cara mengatasinya. Tiera harap perkongsian tiera ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu hamil lain di luar sana yang mungkin menghadapi perkara yang sama.





Sebenarnya sakit tulang rusuk semasa mengandung ni perkara biasa yang di alami oleh wanita hamil tau. Biasanya masuk trimester ketiga la cuma bergantung keadaan jugak. Sesetengah wanita hamil mula merasainya lebih awal. Jangan risau tak ada apa yang serius melainkan? Sakit dan tak selesa. 



Apa punca sakit tulang rusuk masa hamil ni sebenarnya?




1) Tekanan daripada uterus yang sedang membesar dan memberi ruang untuk tumbesaran baby, yang mana juga merupakan kawasan, tempat baby kita aktif menendang. Otot tulang rusuk mula lebih tegang 

2) Hormon progestron yang semakin meningkat.

3) Pertambahan saiz miss B


4) Perut kita dah tertolak ke atas. Jadi saiz perut dah makin kecil dan tersepit gitu. Maksudnya apa? Dah tak boleh makan banyak πŸ˜‚. Makan kerap boleh tapi setiap kali makan, makan lah dengan kuantiti yang sedikit. Perut dah 'kecut' tau, makan banyak, ruang tak muat, asid yang berfungsi untuk hadam makanan akan naik ke atas, habis effect ke tulang rusuk jugak!




Jadi apa tips terbaik untuk hadapi detik tulang rusuk sakit mencucuk-cucuk ni?



πŸ’œ Pakai pakaian yang longgar. 
πŸ’œ Bila baring support belakang kita dengan bantal. 
πŸ’œ Duduk tegak, jaga postur badan.
πŸ’œElakkan duduk terlalu lama, lebih 2 jam lagiii lah jangan. No wonder tiera sakit sangat, berapa jam weh duk dalam kereta! Padah tak turun langsung bila suami berhenti kat stesen minyak kan πŸ˜‘ Jadi selalu selalu lah bangun buat regangan sikit, jalan jalan sikit k. 
πŸ’œ Tidur mengiring. Masa tidur, letak bantal banyak banyak. Suami kata nak belikan bantal ni hehe kita tunggu ye bila dapat 😁


πŸ’œ Urutan boleh melegakan kesakitan.Mintak tolong suami tolong urut kan bahagian yang sakit ya.
πŸ’œ Berenang boleh legakan kesakitan ni jugak. Nanti balik rumah nak swim la.
πŸ’œ Kurangkan gula dan makanan pedas. hat pedas tu errr 😁
πŸ’œ Telan magic pill! Seriously ini sangat membantu, tiera makan ni lah semalam sebelum tidur. Amik 6 biji, bangun bangun je, ya allah sedapnya badan! pill apa? ini dia.. tada! serious ni tau, highly recommended! πŸ‘πŸ‘πŸ‘



ini pill kalsium shaklee yang juga kaya dengan magnesium dan vitamin d. serta beberapa mineral lain. sangat membantu memberi kesan relaks pada otot kita. tidur pun jadi lena sangat semalam alhamdulillah. Alhamdulillah tiera memang ahli shaklee kan, kenal dan tahu tentang ostematrix ni so boleh lah terus makan. Tapi untuk yang bukan ahli shaklee, mungkin tak tahu wujudnya pill magik ni.. anda boleh cuba jugak kalau nak.. sungguhpun ia antara produk paling murah dan tak banyak untung pon, tapi tiera suka sangat kongsi sebab keberkesanannya terbukti dan macamana tiera happy dengan apa yang tiera rasa, tiera harap semua ibu hamil yang lain dapat nikmati jua nikmat badan sihat cergas lega sedap lepas makan ostematrix ni. 


Bonus untuk tiera dan juga anda, bulan ni promosi beli 6 percuma 1. Syukur, boleh lah buat stok untuk 7 bulan terus. Jimat. Maklum lah kita perempuan ni banyak kehilangan kalsium, memang kena makan kalsium hari-hari. 




Jika ada yang macam mushkil apa beza ostematrix iaitu kalsium shaklee dengan hospital punya, boleh tengok kat sini ya Perbezaan kalsium shaklee & kalsium hospital


Atleast anda tahu kenapa pilihan TERBAIK adalah Ostematrix Shaklee :)



Ok lah itu sahaja perkongsian tiera setakat ini. Excited tau share ni sebab tiera rasa lega sangat sangat.. 



Jika anda ada alami perkara yang sama dan mahukan penawarnya.. nak dapat kelegaan yang sama macam tiera.. jangan segan untuk contact tiera tau!


Ni phone no tiera, whatsapp je terus ok? :)


019-4120913

sehingga kita berjumpa lagi. Bye bye! 

xoxo
Athirah Tieramiessyou





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...