HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Pengalaman Kurus


Warning : mungkin entry ini agak panjang kerana saya selitkan banyak gambar


Sebenarnya, kalau cakap pasal diet, pasal kurus, rasanya macam dari zaman belajar lagi dah lalui battle ni kan? haha cuma dulu angkanya mungkin berbeza. Dulu punya gemuk, 55kg tu dah rasa tembam habis dah.. Sekarang? Dah habis belajar, dah kahwin pulak tu.. mau nangis tengok angka berat badan sekarang kot T-T


Saya nak kongsi kisah saya mengecil, membesar sejak dulu sampai sekarang.. ohh.. ini kisah yang sangat menyayat hati ok sob sob. Saya ni tidak lah gemuk dari dulu pun.. kita cuba tengok


Ini ketika di tingkatan 2
Yang ini pulak kalau tak silap masa tingkatan 3. Ketika mewakili Melaka untuk pertandingan debat bahasa inggeris. Walaupun muka memang bulat bentuknya, tapi memang kurus lagi kan? hee
tingkatan 4. masih kurus tapi pipi nak mula naik men-chubby hihi


Kemudian habis SPM.. Saya mula rasa berat badan naik.. Walaupon sebenarnya kalau kenang, berat lebih kurang 48kg je masa tu.. tapi dah rasa macam naik sangat since zaman sekolah kita 45kg je kan. 





Ini sewaktu saya selepas SPM, menunggu result keluar. Berat saya tak pernah cecah 50kg dulu.. paling tinggi pon 48kg.. Tapi saya letak definisi 'gemuk' 'tembam' untuk diri saya kalau lebih 45kg, dah gemuk lah tu. Jadi bila 48kg tu saya agak risau jugak lah. Tapi risau pon, saya terus makan dengan selera macam biasa. haih










KURUS TANPA SENGAJA

Saya dapat tawaran untuk program asasi undang-undang di uitm merbuk, kedah. Ini size saya ketika itu, 45kg. Kurus kan tapi ini tanpa saya plan pun. Takde pun target nak kurus ke apa. Apa yang saya pasti, seingat saya waktu itu saya sangat kuat makan, tapi banyak berjalan ke kelas dan setiap kali makan. Saya tak terus minum air, bukan sebab nak kurus pun, tapi teringat cikgu kata kalau makan bersulamkan air, nanti kita cepat lupa. Saya pun cuba biasakan tak sediakan air siap-siap supaya takde la asyik nak capai cawan dan minum kan. Apa yang terjadi, lepas cuci tangan saya lupa terus nak minum air haha. So dalam 30 min lepas makan baru teringat nak minum air. Dan setiap kali amik air dekat water cooler (Biasalah kehidupan seorang student kan hehe) saya tak ambil air sejuk. Tapi mesti air suam.. sebab saya rasa segar minum air panas-suam ni.. Dan harini bila kenang balik, mungkinkah itu rahsiaku kurus ketika itu? hee


- Tak makan bersulamkan air 
- Minum hanya selepas 30 minit
- Minum hanya air suam. bukan air sejuk. 
- Aktif berjalan. Pergi balik kelas.


hmmm.... tapi apa jadi lepas saya sambung pengajian ke peringkat ijazah undang-undang di uitm shah alam pulak?



Saya naik sikit demi sikit T-T




Saya yang berdiri paling kanan tu.. masa ni sem 1, sewaktu menyertai pertandingan kawad. 


sem 2 macam ni lah saya, masih kurus lagi hehe 

sem 3 ni waktu p trip ke kemboja. nampak dah mula dah mengembang.. haih




Tahun 2011.
pipi dah makin mengepauu 





Dan berat mula naik sangat-sangat. Perut buncit, lengan sado wawaaaaaaarghhh





PROTEIN DIET



Kemudian saya berazam untuk kurus dengan cara protein diet. Saya tak makan nasi langsung, atau apa apa makanan berasaskan karbohidrat. Roti ke pau ke tak amik. Just makan ayam, ikan, sayur, telur, banyakkan protein. Masa tu tak kenal shaklee lagi! hihi. Saya jogging pagi dan petang. Kalau ada kelas pagi, petang tu mesti jogging jugak. Alhamdulillah berjaya, from 54kg saya dapat 48kg




Naik semula 58kg :(


Then tak tahu lah selesa ke apa, saya memang suka makan tau sejak sekolah. Orang kata tak boleh sabar bab makan hehe. Balik sekolah, terbayang-bayang dah nak makan apa, ibu masak apa. Sampai je rumah, stokin pun tak bukak, bukak tudung je. terus p dapur amik pinggan makan nasi. Pada tahun 2012.. dah la nak konvo dah.. time tu lah berat naik nak menghampiri 60kg tau! Tapi masa tu dah kenal shaklee.. alhamdulillah.. berjaya kurus sikit.. reach 55 ke 53 kg macam tu.  Boleh tengok link tiera kat sini, klik ya >  Kurus dengan shaklee







 2013. misi tercapai! hehe Dan nampak tak muka  makin berseri? sebab ambil set kurus shaklee laa.. :) sambil nak kurus, sambil dapat kulit cantik tau! Boleh nampak sendiri kan? Gambar atas2 macamana kulit tiera, yang ni lepas amik shaklee mcmn?





yeayyyy

SET KURUS SHAKLEE = SET KULIT CANTIK 

I loike



Dan battle untuk terus kurus di teruskan hehe.. Sampai lah saya masuk ke alam perkahwinan.. berat saya ketika itu 54kg. Tak capai target la pulak masa tu, target nak hit balik berat 45kg dulu dulu.. Tapi haih sedap betul lah makan lagi lagi nasi. berpinggan pinggan makan.. tak kira siang malam.. Macam ni dok pulun shaklee selori pon tak jalan beb kalau makan pun tak ingat dunia! melepas laa, haa nikoh la mung dengan size 54kg ciss...



Walaupon masa ni 54kg, bila kenang balik sekarang.. bersyukur jgk la dari macam sekarang ni T-T

Honeymoon lepas kahwin. 2014. Berat 55kg. Sebab saya rendah, so lebih 50kg tu memang dah kena jaga jaga laa.. chubby sungguh 
-_-'

Honeymoon seterusnya, di Bali. 2015, berat dah 60kg T-T

nampak macam mak mak orang dah :(

Genap 65kg, nangis T-T
sado kan huhu 
saya mungkin beruntung dari segi body frame kecik, tapi chubby tetap akan nampak jugak.. dan banyak dah baju tak muat dah nak pakai.. 




MISI KURUS MULA SEMULA FEBRUARI 2016




Jika ada yang perasan , saya ada upload gambar-gambar update saya makan apa.. nama album tu nota diet saya. Haa cuba klik 




saya buat kalori defisit. Makan semua produk shaklee untuk kuruskan badan ESP, cinch tea, lecithin, set optimum health untuk kekalkan stamina di samping mencukupkan zat nutrisi dalam badan.. Vitalea , vitamin c, bcomplex. Alfalfa.. Sambil diet jaga kalori ni, alhamdulillah berjaya turun 5kg. Berat jadi 60kg instead of 65kg  :)




Tapi tu lah, mungkin cepat sangat rasa selesa. Makan semula dengan banyaknya.. berat saya naik balik 64kg! 


Dan kebetulan shaklee lancarkan program detoks. saya study dan cuba fahamkan konsep detoks. 




Its good tau sebenarnya. Sebab detoks ni dia flush dulu toksin dan bahan tak penting dalam badan.. Sampai dia betulkan balik sistem badan kita.. siapa yang kuat garam akan jadi normal lepas tu, siapa kuat caffein boleh berhenti, siapa kuat makan inshallah selera lebih 'waras' lepas berjaya detoks sebab memang dia betulkan kaw kaw sistem dalaman kita.. 


produk yang perlu kita ambil untuk program detoks ni




Simple je, dalam masa seminggu, kita perlu makan sayur hijau sahaja pada 2 hari pertama, kemudian sayur warna warni mulai hari ke-3, mulai hari ke-4 dah boleh minum protein shake. hari ke-5 dan hari ke-6 dah boleh ambil daging ayam ke, ikan ke. Dan hari ke 7, nasi :)



Seriously.. laju sangat turun! Dalam masa tak sampai seminggu, tengok berapa banyak saya turun.








laju kan? sangat laju.. dan memang siapa yang ada masalah gemuk air lagii la.. mesti laju la turun.. 





Sayangnya.. saya berhenti di tengah jalan.. balik kampung mertua, ke laut program saya. balik rumah ibu, pun kelaut huhu.. 



GEMUK ITU TIDAK SIHAT DAN TIDAK AWESOME PON! 



Sekarang, hari ini lah. Lama dah saya fikir. Sampai bila aku nak macam ni? 



Bila kita gemuk.. sebenarnya kita jadi malas.. lebih teruk malas nak beribadah! Ada ke sesiapa rasa berat je nak beribadah... berdiri lama sikit tak boleh, duduk lama sikit lain macam. haih dah kenapa? naik berat badan bermakna lemak bertambah dan menempel-nempel dekat saluran darah. kan? Boleh bayangkan?  Jadi lipat kaki sikit, dah rasa block habis laluan darah .. dah lemak banyak sangat halang laluan darah.. 



Then jadi selalu mengantuk aje. Mana tak nya, makan karbohidrat banyak, benda benda manis lagi. kek, brownies, chocholates.  Gula buat darah jadi pekat, bila darah pekat, ia mengalir perlahan. Sedangkan kita tahu, darah berfungsi untuk mengalir ke seluruh badan selain untuk 'sampaikan' segala zat nutrient kepada semua sel dalam badan, darah juga berfungsi untuk bawak oksigen lagi lagi ke otak kita. Tapi masalahnya kita gemuk, darah kita pekat. mengalir perlahan.. mudah sangat nak rasa ngantuk.. betul?


Bila kita gemuk.. kita susah nak tutup aurat dengan sempurna! Baju jadi ketat, berjalan sikit nampak susuk tubuh. Pakai baju besar besar pon, masih nampak bentuk lengan bila bergerak, masih nampak perut, pinggul dan sebagainya.. awesome kah menjadi seorang yang gempal berisi atau gemuk? :(



Bila gemuk, bermacam penyakit mudah menyerang. Kolestrol tinggi, darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis. Lihatlah harini berapa ramai yang dah di serang penyakit-penyakit kronik di usia muda.. pemakanan dan gaya hidup kita sangat tidak sihat! 


Saya cuba betulkan semula niat saya untuk kurus. Adakah untuk cantik semata? Tak. Cantik memang bonus dan semua orang suka, kurus buat kita nampak lebih muda.. tapi jangan lupa tujuan utama untuk sihat supaya mudah bergerak, lebih aktif, rajin beribadah, tak mudah ngantuk. Lebih sihat.. 



Saya teringat satu entry saya yang lalu.. anda boleh klik dan baca 


Dalam entry ni ada saya ceritakan apa teknik teknik yang di amalkan nabi kita rasulullah saw . saya sangat percaya dengan teknik tunggu 30 minit lepas makan tu. anda baca lah kalau nak tahu ya!


Dan kebetulan ketika saya menaip ni, saya di hadapan tv. menonton rancangan Apa Rasa - Azizul Hasni Awang, hero kita dalam acara lumba basikal (keirin). Beliau sangat jaga portion nasi yang di ambil dalam amalan pemakanan seharian beliau. Nampak tak kenapa boleh cergas dan bertenaga? Bukan makan banyak macam kita ni! 



Inshallah kali ni saya mulakan kembali misi saya, tapi dengan niat yang lebih betul. Saya nak Allah suka saya. Saya tak nak jadi hamba nafsu. Saya nak sihat. Saya nak cantik pada masa sama terutamanya untuk suami. 




Maka setakat ini plan saya.. 


1) saya nak kembalikan cara saya waktu belajar dulu. selalu minum air suam sahaja. benar, air sejuk tidak menggemukkan, air kosong sejuk atau panas tiada kalori. 0.  Tapi saya percaya, ia ganggu kecergasan saya. Bila sejuk, saya jadi slow. Selesa. Mood nak relaks-relaks saja. Bila minum air panas-suam ni.. Saya berpeluh. dan rasa lebih aktif .

2) nak cuba juga kembalikan amalan tidak minum air ketika makan. dan hanya minum selepas 30 minit.. nak minum pon minum sikit la untuk telan supplement shaklee after meal kan. 


3) Saya akan mulakan dengan seminggu detoks terlebih dahulu, kemudian protein diet seminggu, then kalori diet untuk hari hari seterusnya. dengan niat, semoiga selama-lamanya nafsu saya terkawal dan dapat saya didik. tundukkan nafsu makan melampau lampau ni. 


4) Lisa surihani pernah gemuk sehingga 64kg. Lebih kurang saya. Then beliau berjaya turun sebanyak 11kg. Tips beliau, amalkan bcomplex - shaklee :p  dan beraktiviti selalu, bersenam. katanya badan jadi lebih sedap sekarang. rasa segar kot kan? Saya nak set dalam seminggu ni berapa kali untuk saya bersenam ke, jogging ke aerobic ke. 


5) Nak cuba kunyah lumat lumat baru telan. 


6) Minum air atleast 3 liter sehari. Setiap 25kg berat badan kan memerlukan 1 liter air. 


7) Tidur awal. paling lambat pukul dua belas malam. Bangun awal. 


8) Consume semua produk shaklee yang berkaitan. Ini yang saya dah ada setakat ini


yang belum ada adalah omega guard, minyak ikan yang powerful jugak dalam menurunkan paras kolestrol, mengurangkan bintik kolestrol. dan menurunkan berat badan selain manfaat-manfaat lain. TENGAH PROMOSI so saya sangat sangat nak grab buy 6 free 1 terus untuk diri saya sendiri. Jika anda mahu baca lebih lanjut tentang omega guard jenama shaklee ni.. anda boleh klik di sini ya 




Dan saya mulakan misi ini dengan berpuasa terlebih dahulu. Mudah-mudahan kali ni benar-benar berjaya kurus dengan sihat! :)



Sekiranya anda ingin sertai saya, jangan segan untuk whatsapp ok? Ni no tel saya 


019-4120913 


athirah Tieramiessyou facebook saya > Facebook Athirah Tieramiessyou



sehingga berjumpa lagi! terima kasih sudi baca sampai habis :)


1 comment:

Calrase Patrick said...

Terbaik.. Bukan senang nak kurus tetapi kalau guna cara kuruskan badan yang betul. Mesti boleh punya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...