Tahukah anda, jika anda kaya macamana sekalipun, anda tetap orang yang miskin sekiranya anda tidak tahu menguruskan kewangan anda dengan baik? Tu kalau kaya, kalau memang tak berapa kaya, lagi lah. Duit tak banyak, dah tu duit yang sedikit tu pun kita tak reti urus dengan baik.. habislah.. bocor di sana sini..
Semua orang perlukan duit. Duit bukan segala-galanya tapi lihat keadaan harini, hampir semua, segala-galanya memerlukan duit.
Kalau kita nak senang, nak dapat duit banyak.. Nak Allah murahkan rezki kita lagi.. belajar dulu.. cara urus duit dengan baik. Kalau duit yang sedikit pun kita tak urus dengan baik, macamana nak urus duit yang banyak?
So kali ni biar saya kongsi cara urus duit dengan baik. Berapa sahaja income anda, pendapatan anda. Semua orang boleh guna sistem ni. Inshallah. Anda boleh rasa lebih teratur dan lebih disiplin. Ok kita mula ya? Anda mesti buat Enam (6) tabung. Tak kisah lah tabung yang nampak depan mata boleh pegang contohnya pakai bekas bekas ke atau akaun bank yang berbeza. Janji, asingkan ikut kategori.
1) Tabung FFA yang bermaksud Financial Freedom Account.
Bila kita dapat je duit, ingat, always pay yourself first. Tabung FFA ni adalah tabung untuk kesenangan kita, tapi bukan sekarang, inshallah masa hadapan nanti. Jadi berapa kena peruntukan untuk tabung ni? Jawapanya.. 10%
Kalau gaji anda RM1000, maka 10% dari RM1000 adalah RM100
Kalau gaji anda RM1500, maka 10% dari RM1500 adalah RM150
Kalau gaji anda RM2000 maka 10% dari RM2000 adalah RM200
Dan begitulah seterusnya berapa juga gaji anda, percentage nya untuk simpanan adalah 10%. ok boleh?
Ingat ya, apa jua terjadi, anda jangan guna duit dalam tabung ni. susah macamana sekalipon. Cari jalan lain, sumber lain. Bukan tabung ni sebab apa? nanti saya cerita kat bawah.
2) Tabung Sedekah. Zakat.
Takkan miskin orang yang memberi sedekah. Ingat tu. Sedekah juga membuka pintu rezeki kita, tapi kan lebih mudah kalau kita ada tabung khas untuk sedekah? Nak sedekah je, guna duit dalam tabung tu. Tapi, berapa ringgit pulak kita kena peruntukan untuk tabung sedekah? Jawapannya.. 5%
Kalau gaji anda RM1500, maka isi lah tabung sedekah anda RM75/sebulan.
Kalau gaji anda RM2000, maka asingkan lah RM100 setiap bulan untuk tabung sedekah
Kalau RM10,000 income anda? Dapat lah masuk tabung sedekah tu RM500
Kalau RM50,000? 5% daripadanya adalah RM2500 sebulan.
Nampak tak, lagi besar pendapatan kita, lagi banyak kita boleh peruntukan untuk bersedekah. Sebab tu amat amat di galakkan kita buat kerja extra untuk dapat income extra dan lebih banyak. Buat bisnes ke sambil berkerja, kan. Baru dapat memberi lebih banyak :)
Jadi dah ada tabung ni, bila nak sedekah je, ternampak orang susah, amik duit dari tabung ni.. bagi pada yang memerlukan. So takde lah terguna duit nak bayar bil eletrik untuk sedekah tu, ok?
3) Tabung Education
Tiba-tiba nak beli buku motivasi, atau tiba-tiba rasa macam nak pergi seminar keluarga sunnah Ustaz Ebit Lew contohnya. Nak pakai duit yang kita peruntukkan untuk bayar hutang ke? Tak! tapi ni lah tabung nya untuk kita guna sekiranya nak spend untuk sesuatu yang berkaitan ilmu. nak beli alquran ke apa yes, guna duit dari tabung ni. Berapa nak simpan? Jawapannya adalah 10% . Setiap bulan. simpan. masuk 10% dari income dalam sini ok. Nak start bisnes rasa nak pergi kelas kelas fbads ke, kelas edit gambar ke apa. haa amik duit dari tabung ni nanti.
4) Tabung Necessity
Ini penting bro. hehe. Segala keperluan harian kita, belanja nya ambil dalam tabung ni. Jangan kacau duit dari tabung yang lain. Nak bayar bil eletrik, air, bayar hutang, bagi mak ayah duit. Semua dari tabung ni. Apa lagi, contoh nak pergi klinik, anak demam ke, nak beli ubat batuk ke, nak beli barang dapur, baju kerja, duit tol, duit minyak SEMUA dalam kategori tabung yang ini ok. Berapa % nak kena masuk tabung ni setiap bulan? Jawapannya 55%
Kalau gaji anda RM1500, so 55% daripadanya adalah RM825.
segala sewa rumah, makan pakai, bayar hutang etc anda hanya boleh guna RM825 sebulan, pandai pandai la manage bagi cukup. Sedih kan? :(
Bukan sedih sebab tak bersyukur, tapi sedih sebab kita patutnya boleh buat macam-macam, kalau duit kita banyak. Tapi pilihan yang kita ada jadi sangat terhad bila peruntukan yang kita ada setiap bulan RM825 je. Bayangkan kalau sewa rumah/bilik dah RM250, tinggal RM575. bagi mak ayah berapa? kita nak makan apa semua berapa? Bukan menghina, jauh sekali memandang rendah. Cuma nak ajak anda berfikir, kalau kita teringin nak memberi lebih banyak pada mak ayah kita, kenapa kita tak nak pilih untuk usaha lagi bagi dapat lebih banyak? betul tak? Allah bagi kita kudrat yang inshallah kita mampu buat macam macam. Kenapa kita tak nak pilih untuk tambah lagi pendapatan kan?
Bayangkan kalau income anda RM10,000....
Dapat lah isi tabung ni 55% = RM5500 sebulan. Bila Tabung necessity RM5500 sebulan, boleh beli kereta yang sesuai, boleh sewa rumah yang lebih selesa (atau beli rumah yang sebulan bayar RM1600 contohnya) . Bagi mak ayah lebih sikit.. betul tak? Tu kalau RM10,000. Kalau lebih lagi, lagi banyak boleh bagi kan :)
5) Tabung Fun
Teringin nak pergi spa. Pakai duit dari tabung ni. Teringin nak romantic dinner kat atas klcc hehe haa pakai duit ni. Jangan guna duit tabung education, tabung necessity, tabung sedekah. Berapa % untuk tabung ini? Jawapannya 10% . Jadi nak reward diri korek tabung ni ya. Kalau rasa tak cukup, usahalah tambah pendapatan supaya tabung ni punya peruntukan pon jadi lebih. ok?
6) Tabung LTSS iaitu Long Term Saving For Spending
Katakan tiba-tiba rasa nak bercuti p maldives. Haa guna duit dari tabung ni. Nak beli perabot baru, set tv hometheater ke apa, yes guna tabung ini ok? Berapa banyak kena peruntukan? Jawapannya 10% juga..
Nak beli kereta baru pon, guna tabung ni.. Jadi bila anda buat tabung macam ni.. setiap kali anda nak spend untuk sesuatu contoh nak beli kereta, anda tahu anda layak atau tidak, untuk beli sekarang, check jumlah tabung dan boleh decide dah boleh beli ke belum ya? Dari sini kita akan sedar status kewangan kita macamana.. Cukup atau tak cukup untuk memenuhi segala keinginan dan impian kita?
SELESAI ~
Nampak tak macamana? takde la duit bocor.. masing-masing dah ada tabung masing-masing. cuma bahagian necessity tu, nak bagi cukup jangan usik tabung lain, tapi belajar untuk guna dengan baik 55% tu ok?
Dengan disiplin manage duit macam ni, baru anda sedar status kewangan anda. Baru anda boleh buat keputusan,
"aku ni cukup dengan makan gaji sahaja atau kena tambah lagi buat bisnes ye" contoh lah. kan.
Ok pasal tabung FFA tadi yang no 1, mesti ada yang pelik kan. Kata tabung bebas kewangan, kata pay yourself first. tapi bila terdesak tak boleh guna pulak? Kenapa? Sebab ini tabung untuk masa depan. Kita simpan dan compound kan. Maksudnya, duit dari tabung ini akan buat duit yang lain untuk kita. Duit beranak, wang berganda. Bukan sebab ada bomoh kelapa tau haha tapi sebab, ada nya faedah pelaburan sebagai contoh katakan anda masukkan dalam ASB.. setiap tahun katakan anda dapat 6% dari simpanan anda.. letsay simpanan anda RM10,000. Anda dapat lah extra duit RM600 setahun. Kalau simpanan 1juta? Dapat lah RM60,000 setahun. ok.
Jadi, kalau nak guna untuk belanja harian, bulanan. Kan untung kalau kita usik duit yang beranak ni je, duit simpanan asal tak usik langsung. Best kan? Cuma kena la tengok jugak, kalau simpanan sejuta, faedah tahunan dapat RM60,000. So jangan lah pulak semua RM60K tu di habiskan begitu saja. bahagikan dengan 12 bulan dalam setahun. makanya, sebulan boleh la guna RM5000 tanpa usik duit simpanan asal. Nampak?
Jadi, anda dah kena set dari sekarang. Akan datang anda nak dapat duit yang beranak pinak ni, berapa RM? Nak setiap bulan berapa RM boleh guna duit faedah ni?
Kalau nak setiap bulan ada RM5000. target lah simpanan satu juta.
Kalau nak setiap bulan ada RM50,000? Target lah simpanan RM10juta.
Dari sini lah, anda boleh kenal pasti.. gaji yang anda ada sekarang boleh ke tidak bawa anda capai target simpanan anda? Kalau boleh alhamdulillah, kalau tak. Pilihlah untuk mula berniaga dan tambahkan pendapatan supaya cepat sikit penuh tabung FFA ni :)
Ok lah sekian saja dari mak jemah. Membebel di pagi hari dengan niat dapat beri manfaat dan kebaikan kepada anda yang membaca, anda tak baca semua ni kalau anda tak nak belajar cara urus duit dengan baik kan? Tapi anda berjaya baca sampai habis, tahniah. Anda sedang berusaha untuk lakukan perubahan dalam hidup anda.
Ni bukan gambar saya, hehe ini miranda kerr. Sekadar hiasan jangan marah ye.. saya dah tutup rambut dia dah bg mengelakkan sebarang pendedahan aurat di blog saya haha
Apapon impian anda, target anda. Betulkan niat. Nak banyak duit, nak kaya, sebab apa? sebab nak senangkan mak ayah? nak menyumbang lebih? Nak bantu lebih ramai orang dan sebagainya.
Niat sangat sangat penting. Dan ingat menjadi kaya itu tidak berdosa. Melainkan anda kaya dan lupa tuhan. Tapi harini alhamdulillah boleh lihat ramai orang kaya yang tak lupa tuhan, berjemaah kat masjid sokmo kan depa ni ^_^
No comments:
Post a Comment