Assalamualaikum dan ramadhan kareem!
Arghhhh rindu nak ber-blog!
Tiera dekat terengganu ni, umah mertua. kejap lagi nak gerak balik bangi dah. Najmi tengah tidur, sementara tu biar tiera update blog dulu lah :)
Bila mula pakai contact lense?
Tahu tak, kali pertama tiera try pakai contact lense masa lepas SPM. Masa tu p sabah teman along (cikgu, kena posting sana). Tiera plk dapat kerja dekat satu kolej ni. Kolej tu dekat dalam shopping mall - Centre Point. Tingkat atas. Jadi masa lunch hour merayau-rayau lah di sekitar level bawah bawah, singgah kedai cermin mata. Tiera rabun, tapi tak suka pakai spect. Macam orang tua rasa.
Tanya kakak kat kedai, susah tak kak pakai contact lense? Dia cakap senang je, try la sekali. Tiera pon kata ok nak sepasang, contact lense pada zaman 2006, RM10 je satu uols! hehe so utk mata kiri kanan, RM20. Tapi contact lense tanpa warna la. Lepas beli, owner kedai uncle cina tu panggil masuk bilik belakang dia nak ajar cara pakai contact lense. Sambil pegang rotan.Bukan rotan, tp yang bulu ayam tu haha. Dia kata kalau takut takut uncle rotan. kihkih. Bermula lah perjalanan seorang contact lense wearer hihi
Sabah, 2016 budak tgh tggu result SPM :P |
Jenis-jenis contact lense
Ada jenis yang keras sikit, ada yang lembut. Yang keras tu biasanya kita boleh dapatkan pandangan yang lebih jelas.
Contact lense jenis lembut pulak. Ada banyak antaranya daily, pakai buang. pagi pakai, kang petang buang lah. Disposable contact lense kita panggil. Biasanya jenis ni dia clear, tanpa warna. Sekarang tak sure pulak ada yang dah ada warna atau tidak.
Then yang jenis pakai sebulan, tiga bulan, setahun. Samada yang clear atau berwarna. Tiera dah try macam macam jenis lense dah, tapi setakat ni, blincon paling mesra dengan mata. Lain lain mcm mata cepat kering, mudah pedih, gatal gatal. Freshlook pernah try, freshkon belum. So ni baru beli semalam. Trying out new colours. Saja je hehe
Dapat Free buku nota omey omey
Apa warna contact lense yang sesuai kita pakai?
kulit sawa matang - brown, honey, hazel, green
putih gebu gebas gitu - boleh la try biru, purple, etc
*so far yang tiera tahu la ok.
Tiera tak boleh kot pakai biru, rasa mcm muka jd gelap je. huhu
Tiera pakai contact lense sebab rabun. Satu hari nanti, kalau dah buat lasik, inshallah tak pakai lense dah. penat jugak kadang kadang nak pakai bukak cuci bagai.
So antara tips yang boleh tiera kongsi :
- pastikan warna contact lense sesuai dengan kita
- pastikan nak pakai dan nak simpan tangan bersih ok
- jangan buat tidur tapi tiera selalu terbabas bawak tidur haih. nak cepat buat lasik la gini -_-'
- jangan pakai lepas makan, tangan tu ada lagi rasa cili2 tu bawang2 tu, kompem pedih kata!
- pilih contact lense yg water content dia tinggi
- pakai lah kalau rabun dan tak suka muka nampak berusia sb pakai spect >.<
apa lagi , haa sambung pk sendiri nah hehe sorry..
suami dah bangun pulak.
kena siap mandi!
Nanti kita jumpa lagi ek
xoxo,
Tiera
1 comment:
actually tak berani pakai lens sbb takut nak masukkan bendasing dalam mata..huhu
Post a Comment