HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Rak kasut tak praktikal? Nah idea susun kasut sampai muat!



Siapa kat sini ada beli rak kasut, tapi tak muat pulak nak letak semua kasut atas tu? Tiera ada. Actually sebab sebelum ni masih menyewa rumah, jadi nak beli rak kasut yang murah dan simple (kalau rumah sendiri baru excited nak berhabisan  men-deco rumah kan, ni menyewa lagi cari hat biasa biasa dah la hihi) 



dulu awal awal mcm ni lah gayanya, kasut bersusun tepi tangga. satu satu anak tangga aku susun kasut haha. 


then sebab tiera ni banyak bg TRAINING SPA pada agen agen spa tiera dekat rumah, bila dorang nak naik, ke bilik spa tiera kat atas, malu la wehhh dah macam kedai kasut dah bersusun semua kat tangga haha. So I decided to buy this. walaupon nama dia bookcase, lantak lah nak jugak buat rak kasut



Sebab murah RM59 je. Tapi ofcourse la bukan kayu, fiber je ni. Berat bak hang. Nanti ku pindah rumah sendiri tak lama lagi, ku jual semula. Ada yang nak beli tak kita bagi harga second hand hehe

Kalau tengok macam molek dah tu susunnya. Tapi korang tak rasa ke ruang ruang atas kasut tu macam membazir gila tak di gunakan? Plus mmg tak semua kasut muat letak sini. kasut laki ku banyak terbiar kat bawah wargh...



so apa tiera buat,  tiera letak semua dalam kotak. dan untuk pengudaraan kotak tu kita bukak lah sikit. Hat mana ada kotak lagi nasib baik. Yang takde, tiera guna je kotak shaklee! haha


Lepas dah masukkan kotak, print lah gambar supaya tidak lah terkial kial mencari kasut mana yang nak pakai nanti.





amacam, boleh buat tak? hahaha.. begini lah kekdahnya Athirah Tieramiessyou meng-fully-utilize kan segala ruang yang ada agar semua kasut MUAT di susun atas ni  keh keh, dua lagi kasut najmi tak dapat di selamatkan lah, kotak habis. 


kasut letak atas kertas mahjong je. Pastu amik gambar satu demi satu. gigih kan. Nak buat macamana aku dah serabut nau tengok kasut kat bawah dok bertenggeh atas kotak 


last but not least sebelum nak delete semua gambar, menyemak phone storage. Kita upload sini la. Kot pasni boleh jual kasut pulak haha. Takde lah, tetibe rasa macam lawa pulak tiera amik gambar ni  sayang nak delete begitu sahaja :P



Tiera tak banyak kasut pon. Kalau nak tahu kalau tiera dah selesa pakai satu kasut, tu je lah kasut tiera akan pakai sampai ke sudah, sampai lunyai luncai.. apa yang pasti, tiera suka pakai kasut rather than pakai sandal. rasa lebih kemas dan presentable kot. 


kasut kahwin tahun 2014. Dan ini lah kasut yang tiera pakai setiap kali ada dinner haha takde beli baru ok. Sekarang dah 2016, masih pakai untuk dinner dinner bagai, tak payah nak membazir lah sesuai tak sesuai tak payah fikir. hentam je.  tiera akan pakai sampai lunyai hihi. Beli RM100 dekat sundance, aku pon tak tahu jenama apa laa yang aku dok beli ni, pakai sebat je haha


Peminat tegar platform. Tiera lah tu. Ni beli kat instagram je, RM69 tak silap. sekali aku jumpa satu website ni harga dia RM30 je, menyesal gila haha, neah takpela, rezeki orang tu :)

Beli masa clarks ada buat jualan gudang baru baru ni. Scent Weave. Dapat RM240. Buat kasut raya terus laaa hihi

kasut laki ku, sori tak tahu nak ulas apa -_-'
yang pasti masa teman dia cari kasut ni, banyak kali aku menguap.  haha
kasut buat p jogging sejak tahun 2012 kot. 

😑again tak tahu nak cakap apa haha

Kasut hantaran untuk suamiku dulu sobsob mengapa jadi begini, tak tahu lah dia keras sangat. sakit kaki najmi pakai. so masa pakai najmi terpaksa pijak je belakang tu, melecet kat belakang tumit tu. cian dia. Tapi kasut hantaran tiera lagi sedih, dah tersadai kat luar koyak! huhu ajal dah sampai err3

Pun beli masa jualan gudang Clarks haritu. Rutland Apron. RM250 kalau tak silap. Beza betul dengan harga kat kedai kan. Tengok kat ioi mall dekat RM500

RM10, happy hour, jusco! hahaha kalau korang jenis suka pakai kasut tinggi especially masa travel, bawak lah foldable flat shoes cenggini. Tiera mmg lipat buh dalam beg, bila dah jauh jalan penat lenguh kan pakai boot tinggi2, tukar je kasut ni. eh tak sabar nak p PERTH trip The Walking Beauty july nanti! yeeayyy

Kasut laki ku. Pun beli masa jualan gudang baru baru ni, Torbay slipon. Rm200

kasut lakiku bila berjogging sama bininya..heh heh lama dah kasut ni, byk kenangan dia.

sama jugak, beli masa warehouse sale. Valor jump. RM220 jauh jauh lagi murah dari kat mall!

kasut kahwin. hai handsome weewiitttt, boleh ngorat tak 

kasut yang mungkin korang boleh perasan mana mana gambar mesti tiera pakai kasut ni. boleh nampak tak betapa simple nya tiera ni sebenarnya :p malas nk pk byk, hat mana selesa pakai, sesuai dengan semua baju, yang tu tiera lenjan habis. Beli kat calashoe, RM80 kau. Rupa ada tempat lain murah lagi hehe. Takpela, bukan salah pon depa nak letak harga tu, suka hati lah nak letak harga berapa pon, tu bisnes depa. Tapi satu tempat ni memang boleh dapat RM30 je ngeee
suka sangat pakai boot! dari kecik lagi memang suka boot. kasut raya masa kecik kecik pun boot tau! hehe ni beli kat Clarks, dapat RM220 je. tapi lepas beli ada rasa bersalah sikit pakai, sb dia guna bulu kuda huhu. macamana dia amik bulu kuda tu? (nangis sat wargh..) Tiera ok tau kalau kasut tu guna kulit haiwan yang dagingnya boleh dimakan, contoh kulit lembu, kulit kambing, tapi kalau haiwan yang tak boleh dimakan ni ada rasa sedih sikit. Sebab terbayang orang ambil kulitnya saja semata untuk handbag dan kasut :(  kalau untuk makan isinya lain cerita, kambing je contohnya, kita dah sembelih lapah daging semua, kulit nak buat apa kan.. amik lah buat baju sejuk sekali pon :p


Tengok jatuh semua pasir batu atas kertas mahjong. kan dah cakap, aku gigih photoshoot satu per satu gambar kasut aku haha. ni beli masa nak p beijing, kt shopping mall mana tak ingat la pulak. 2014 dua tahun dah lupa da...
sangat suka dan sayang dengan kasut ni. beli kat pearl market, beijing. Murah je RM70 kot tapi pakai dia best gila. Sangat selesa dan pada tiera kualiti dia tiptop. design dia zip senget gitu memang taste tiera sangat-sangat lah


Kan dah cakap tiera suka boot kan? haa. Ni beli kat misslily shop. 2 pasang RM100. benda murah, rasa pakai pon faham faham lah huhu. Tak best. Teringin nak beli boot Dr.Martens, one day tiera akan beli jugak. Tapi bukan sekarang lah, sebab apa, tiera tak nak terlalu ikutkan rasa nak beli, nanti tiera selesa sangat dengan kehidupan tiera. Apa benda pon yang teringin, tiera akan hold walaupon kita dah boleh beli dah. Jangan, jangan ikutkan nanti takde push factor nak kerja keras lagi. Tiera cuba letak syarat pada diri sendiri, contoh nanti kalau kau berjaya naik rank sen key coordinator dalam shaklee baru kau boleh beli ok.


                         

oiii geramnya!!! hahaha.. nanti aku nak p london lepas berjaya naik rank aku sambar kau ok :p

Beli kt jusco, sampai hitam hitam dah dia kesian. eh dia ni sangat  selesa pakai tauuu


apesal gambar yang ni tak jadi mcm gambar gambar atas tu.. hmm.baru nak bajet bajet ala ala website jual kasut tau haha. ni pon beli masa warehouse sale, nama dia Zena Mae, RM270. sekali lah beli dengan handbag ni dapat RM200


So  ni je lah kasut yang tiera ada. Dan semua ni kita pakai masa raya tak nak  membazir, taknak ikutkan kehendak sangat. Even tahun ni , pakai baju mana yang ada. Tak beli dah kot.. kalau nak beli RM50 ke bawah je haha.. Tiera sentap lah dengan statement safiey ilias jutawan muda tu.. dia cakap , dia berniaga lepas dah dapat satu juta pertama, baru lah dia shopping sakan tau. walaupon dia highlight 'shopping' kereta sebenarnya. tapi tiera sentap gak. Tak kan baru RM10K income dah nak boros? perasan atau bajet kaya, itu lah yg buat kita boros tak tentu hala. Duit banyak nak pakai sebenarnya, insaf lah, rancang kehidupan baik-baik. jaga aliran cash (cash flow) elok-elok. Jangan terlampau selesa dengan kehidupan kita sekarang, work harder. 


kalau teringin macam-macam, jangan pilih utk habiskan duit yang ada untuk dapatkan barang tersebut, sebaliknya pilih untuk tambah pendapatan. beli tanpa usik duit simpanan, duit gaji, duit poket. 


Dalam shaklee, peluang tu ada. join projek spa kitorg, lagiii lah banyak peluang tambah pendapatan tau! dari dok perabih duit selalu, meh belajar cari duit plk dr tiera meh hihi


Banyak benda tiera nak beli sebenarnya, tp like I said earlier, capai rank tertentu, capai target yang tiera letak. Baru boleh reward diri dapatkan semua tu. Tak mau rasa mudah je dapat sesuatu, biar kita ingat betapa susah nak dapatkan sesuatu. baru lah kita lebih menghargai, juga lebih berusaha. 



kami laki bini dok borong beli clarks tu pon, korang boleh tengok nanti 2-3 tahun kitorg akan pakai sampai lunyai baru beli kasut baru tau! kihkih :P



Ok lah bebel banyak pulak. settle update blog, yeayy dah boleh delete gambar dalam henpong  hihi


jumpa lagi korang. 
terima kasih sudi baca sampai habis. 
muahx






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...